Anda di halaman 1dari 7

Hadis Jangan Marah

: : : ][
Terjemah hadits / : Dari Abu Hurairah radhiallahuanhu sesungguhnya seseorang bertanya kepada Rasulullah sholallohu alaihi wa sallam : (Ya Rasulullah) nasihatilah saya. Beliau bersabda : Jangan kamu marah. Beliau menanyakan hal itu berkali-kali. Maka beliau bersabda : Jangan engkau marah. (Riwayat Bukhori ) Pelajaran yang terdapat dalam hadits / : 1. Anjuran bagi setiap muslim untuk memberikan nasihat dan mengenal perbuatanperbuatan kebajikan, menambah wawasan ilmu yang bermanfaat serta memberikan nasihat yang baik. 2. 3. Larangan marah. Dianjurkan untuk mengulangi pembicaraan hingga pendengar menyadari

HADITS KEENAM BELAS

pentingnya dan kedudukannya.

CIRI-CIRI PENTING DAIE 1. Pertama: Niat yang Ikhlas kerana Allah s.w.t. semata-mata. Pertama-tama, sebelum segala-galanya bermula, ikhlaskanlah niat kerana Allah Taala semata-mata. Tanpa keikhlasan, segala urusan akan runtuh dan musnah. Sebagai seorang dai, hendaklah memahami bahawa, kita diciptakan untuk beribadah kepada Allah s.w.t.. Di antara Ubudiyyah kita kepadaNya ialah dengan ketaatan kita kepadaNya. Dakwah dan Amr bil Maruf wa An-Nahyu An Al-Munkar merupakan salah satu daripada tanggungjawab dan tugas setiap muslim. Oleh yang demikian, seseorang hamba Allah s.w.t. perlulah mengerjakan apa yang disuruh oleh Allah s.w.t., semata-mata kerana Allah s.w.t., bukan untuk mendapatkan habuan dari keduniaan, mendapat kemasyhuran, mendapat kedudukan di sisi manusia dan sebagainya.Dalam setiap amalan, ikhlas merupakan satu yang paling penting dalam memastikan amalan kita diterima oleh Allah s.w.t.. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud : Katakanlah (wahai Muhammad) : Upah apa pun yang aku minta daripadamu maka itu untukmu. Upahku hanyalah dari Allah dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu. (Surah Saba : 47) Rasulullah saw sekali-kali tdk meminta upah kpd mereka..tapi yg diminta Rasulullah saw ialah agar mereka beriman kpd Allah..dan iman itu utk kebaikan mereka sendiri. Kedua: Jauhi Ujub, Hindari Takabbur

Menjiwai betapa besarnya tugas dan tanggungjawab yang dipikul. Dengan itu akan memberikan perhatian yang selayaknya dengan tugas tersebut dan dalam masa yang sama merasai ganjaran yang tidak ternilai menantinya.Sebagai seseorang muslim, hendaklah dia sentiasa menghindari sikap ujub dalam setiap amalan, termasuklah dalam berdakwah. Ujub ialah satu sifat merasa seronok dengan diri sendiri, merasa diri sendiri baik, dan menisbahkan kebaikan tersebut kepada diri kita sendiri.Ujub merupakan salah-satu sifat yang paling tercela kerana, seseorang yang menisbahkan kebaikan kepada diri sendiri, seolah-olah mengkufuri nikmat Allah s.w.t. kepadanya, kerana pada hakikatnya, Allah s.w.t.lah yang menjadikannya sebagai seorang insan yang baik dan mengizinkannya untuk berdakwah di jalan Allah s.w.t.. Kalaulah tidak kerana keizinan dan kehendak Allah s.w.t., nescaya seseorang itu tidak mampu mentaatiNya, kerana tiada daya dan kuasa melainkan dengan keizinan Allah s.w.t. dan dariNya.Hayatilah bahawa, Allah s.w.t.-lah mentakdirkan anda sebagai seorang pendakwah, dan apabila anda diberi nikmat ketaatan, maka bersyukurlah kepada Allah s.w.t. yang menjadikan anda sebagai seorang yang taat, dan rendah dirilah di hadapanNya, sambil menyalahkan diri sendiri dan merasakan bahawa amalan kita tidak sempurna.Ingatlah firman Allah s.w.t. yang bermaksud: wahai org2 yg beriman,jgnlah kmu mengikuti langkah2 syaitan..barangsiapa yg mengikuti langkah syaitan,maka syaitan akn menyuruhnya melakukan kemungkaran..Sekiranya tidak kerana kurnia Allah dan rahmat-Nya kepada kamu, nescaya tidak ada seorang pun dari kamu yang bersih (dari perbuatan keji dan mungkar)...tapi Allah bersihkan siapa yg ia kehendaki ..dan Allah mendengar lagi maha mengetahui (Surah An-Nur : 21) Adab ini amat penting bagi seseorang muslim, apatah lagi sebagai seorang dai yang mengajak manusia kepada jalan Allah s.w.t.. Janganlah menisbahkan kebaikan yang dilakukan kepada diri sendiri kerana ia merupakan pintu kepada takabbur yang pernah menyebabkan Iblis, yang merupakan ketua para malaikat, menjadi selaknat-laknat makhluk di sisi Allah s.w.t.. Hindarilah sifat takabbur, yang merasakan diri lebih baik dari orang lain. Apabila kita melakukan usaha Amr bil Maruf wa An-Nahyu an Al-Munkar, maka lakukanlah dengan merasakan bahawa setiap orang muslim itu lebih baik dari kita.Pandanglah orang-orang Islam dengan mata rahmat (kasih sayang) walaupun kepada si pelaku maksiat. Apabila kita lihat sesuatu maksiat datang dari seseorang, maka anggaplah pada hakikatnya orang itu lebih baik dari kita, dan dia pada hakikatnya sempurna akhlaknya, melainkan hanya satu maksiat tersebut sahaja yang mengurangkan kesempurnaannya.Oleh yang demikian, kita akan menasihatinya atas dasar memberi cadangan untuk lebih menyempurnakan dirinya, tanpa merasakan diri kita lebih baik darinya, sebaliknya merasakan diri kitalah yang lebih buruk darinya, kerana boleh jadi orang yang melakukan maksiat tersebut, hanya melakukan satu maksiat sahaja (iaitu maksiat yang kita nampak dia lakukan tersebut), sedangkan kita ini pula, walaupun tidak melakukan maksiat yang dilakukannya, masih banyak lagi maksiat-maksiat lain yang dilakukan oleh kita, yang disembunyikan oleh Allah s.w.t. dari manusia.Dengan rasa keinsafan ini, budaya nasihat akan penuh dengan bunga-bunga ukhuwah, apabila setiap individu muslim merasai orang yang dinasihatinya sebenarnya lebih baik dari dirinya. Oleh yang demikian, nasihat akan lebih berbentuk mesra, kerana ianya berbentuk cadangan ke arah kesempurnaan, bukan kritikan ke arah menghina dan merendahkan kedudukan seseorang.Janganlah kita merasakan, diri kita sebagai pendakwah kerana diri kita lebih baik atau lebih sempurna dari orang lain, tetapi sebaliknya, berdakwahlah kerana kita rasakan bahawa, ianya sebagai satu tanggungjawab ke atas setiap individu muslim, yang disarankan

oleh Allah s.w.t. agar saling nasihat-menasihati antara sesama muslim, bukan atas dasar kita lebih soleh dari orang lain.Imam As-Syarani r.a. menegaskan adab ini dalam buku Al-Bahr Al-Maurud dan menyatakan bahawa, adab inilah yang asasi dalam berjalan menuju Ilahi s.w.t.. Ketiga: Mempunyai Matlamat yang Jelas,bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan agama Allah dan mengutamakan kepentingan Islam. Seorang pendakwah mesti mempunyai matlamat yang jelas di hadapannya iaitu untuk menegakkan agama (Iqamatuddin), melakukan pembaikan (islah) dan mencegah semua bentuk kemungkaran, mengajak manusia mengamalkan Islam dalam segenap sudut kehidupan mereka dan memurnikan semula umat Islam dengan mengembalikan mereka kepada identiti Islam yang sebenar. Melaksanakan tugas dengan bijaksana, pandai memilih uslub (pendekatan), memberi tunjuk ajar dan menasihati yang baik serta berbincang dengan cara yang terbaik. Bersungguh-sungguh yang dimaksudkan adalah sebagaimana seorang mujahid yang melawan musuh di medan peperangan. Ini dilakukan dengan menyeru sekalian manusia ke arah melaksanakan perkara-perkara yang baik (amar maruf) dan mencegah daripada melakukan perkara-perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah. Hal ini, Allah s.w.t. amat menyukai seseorang yang bersungguh-sungguh dan beristiqomah dalam melakukan sesuatu amal kebaikan dan ketaatan, apatah lagi dalam usaha dakwah yang merupakan salah satu ibadah yang paling tinggi kedudukannya dalam Islam. Baginda mengingatkan lagi dengan sabda yang bermaksud; Sesiapa yang berpagi-pagian tidak mengambil berat hal ehwal orang Islam yang lain maka ia bukanlah dari golongan mereka (Islam). Rasulullah SAW menjelaskan secara langsung dengan sabda yang bermaksud; Engkau memegang pos-pos penting daripada pos-pos Islam, maka (awas) jangan sampai musuh dapat lolos daripada penjagaanmu. Keempat: : Dakwah dalam Tawadhuk dan memiliki Akhlak yang Mulia Hendaklah bersikap ramah mesra, mempermudahkan urusan dan memiliki akhlak yang baik. Semua ini dilakukan dengan sabar, lemah lembut (tidak cepat marah), mengharapkan pembalasan di sisi Allah hasil daripada rintangan yang dihadapi ketika melaksanakan kerjakerja dakwah, dan menuruti jejak langkah Rasulullah s.a.w dan para daie yang mengikuti jejak langkah Baginda s.a.w. Rasulullah s.a.w. sebagai contoh yang paling agung. Rasulullah s.a.w. sentiasa mempamerkan sikap rendah diri, walhal Baginda s.a.w.-lah yang merupakan sebaik-baik manusia. Oleh yang demikian, sebagai seorang muslim dan pendakwah, perlulah juga kita mengikuti sifat tawadhuk Rasulullah s.a.w. tersebut khususnya dalam berdakwah.Seseorang muslim dan pendakwah yang sejati, dia mestilah berakhlak dengan akhlak-akhlak mahmudah dan meninggalkan sebarang akhlak-akhlak mazmumah, kerana ia merupakan teras kebahagiaan seseorang dalam menggapai redha Ilahi s.w.t..Akhlak yang mulia merupakan satu gambaran kesempurnaan Rasulullah s.a.w. yang sentiasa hidup dalam jiwa seseorang insan yang beriman, di mana seseorang yang berakhlak mulia dari sudut rohani mahupun jasmani, bererti dia sentiasa bersama dengan Rasulullah s.a.w. dan Rasulullah s.a.w. hidup di

dalam kehidupannya seluruhnya.Kebersamaan dengan Rasulullah s.a.w. dalam konteks adab dan akhlak, merupakan satu nilai kemuliaan hidup yang utama di dalam menempuh hari-hari yang mendatang selaku hamba Allah s.w.t. di dalam muka bumi ini, jesteru ianya juga merupakan satu pakej lengkap bagi seseorang dai dalam menyampaikan dakwahnya kepada orang lain.Ini kerana, dakwah bil hal (dakwah dengan menunjukkan contoh yang baik) itu lebih memberi kesan positif kepada sasaran dakwah, berbanding dakwah bil maqal.Tetapi, ikhlaslah dalam berakhlak mulia. Janganlah seseorang itu berakhlak mulia kerana ingin dicontohi oleh orang lain, atau kerana ingin didengari dakwahnya, tetapi sebaliknya, berakhlaklah dengan akhlak Nabi s.a.w. kerana cintakan Allah s.w.t. dan RasulNya s.a.w. dalam konteks ketaatan kepada keduanya. Kelima:Memiliki Iman dan aqidah yang sempurna. Antara ciri-ciri seorang pendakwah yang rabbani ialah, memiliki iman dan aqidah yang sempurna. Ini kerana, keimanan, keyakinan kepada Allah s.w.t., kefahaman yang sebenar tentang hakikat sesuatu dan kemantapan aqidah Islamiyah merupakan kekuatan yang paling utama dalam menempuhi ranjau di sepanjang jalan dakwah.Seseorang pendakwah perlulah beriman kepada Allah s.w.t. dengan sebenar-benar iman, jesteru metahqiqkan makna muroqobah dalam diri yang merupakan nadi ihsanseseorang muslim. Dia hendaklah sentiasa merasai kehadiran Allah s.w.t. di sisinya, yang sentiasa mengawasi dan memerhatikannya, dan merasai kebersamaan Allah s.w.t. yang sentiasa memberi rahmat kepada para hambaNya yang berdakwah di atas jalanNya.Dia juga perlulah mendapat kefahaman yang sempurna mengenai hakikat di sebalik sesuatu, di mana, dia perlulah menghayati konsep tiada daya dan upaya melainkan dengan kekuasaan dan keizinan Allah s.w.t.. Oleh yang demikian, dia akan memahami bahawa, dakwah dan usaha islah yang dilakukannya sebenarnya tidak memberi kesan kepada perubahan, tetapi sebaliknya Allah s.w.t.-lah yang Maha Berkuasa dalam memberi kesan perubahan, samada dengan perantaraan usaha dakwah kita ataupun tanpa perantaraan tersebut.Oleh yang demikian, kita berdakwah sekadar menunaikan perintah Allah s.w.t. ke atas kita, dan kita akan sentiasa faham bahawa, Allah s.w.t. tidak memerlukan dakwah kita untuk mengubah masyarakat Islam, tetapi kitalah yang memerlukan usaha dakwah tersebut sebagai taqarrub kita kepada Allah s.w.t.. Adapun natijah dari dakwah tersebut, bukanlah di dalam bidang tugas kita. Apa yang penting, Allah s.w.t. menyuruh kita melakukan sesuatu secara terbaik, oleh yang demikian, kita juga berdakwah secara terbaik, untuk melaksanakan perintah Allah s.w.t..Apabila seseorang memahami hakikat ini, maka dia akan lebih pasrah, berlapang dada, tenang dan bersabar dalam usaha dakwah, kerana dia tahu bahawa, yang menyebabkan perubahan sesuatu bukanlah usaha dakwah itu sendiri, tetapi Allah s.w.t.. Usaha dakwah yang dilakukan sekadar melaksanakan perintah Allah s.w.t. sebaik mungkin, dan hanya Dialah yang menentukan kemenangan atau syahid.Inilah aqidah Rasulullah s.a.w., takkala Baginda s.a.w. bersabda: Walaupun matahari diletakkan di tangan kananku dan bulan diletakkan di tangan kiriku, untuk memaksa aku meninggalkan urusan dakwah ini, nescaya aku tidak akan meninggalkannya. Aku akan meneruskannya sehinggalah Allah s.w.t. memberi kemenangan atau menjadikan aku syahidRasulullah s.a.w. sendiri meletakkan natijah dakwah Baginda s.a.w. sebagai urusan mutlak Allah s.w.t., sebagai tanda iman yang mantap, dan melaksanakan dakwah kerana ianya sebagai tugas Baginda s.a.w.. Jadi, Allah s.w.t.-lah yang menentukan natijah sesuatu usaha dakwah tersebut, samada mencapai kemenangan atau syahid (seperti Nabi Yahya a.s.).

Keenam: Bekalan Ilmu yang Mencukupi Skop dakwah amat luas. Oleh yang demikian, seseorang perlu berdakwah di lapangan yang sesuai dengan tahap ilmu dan akal yang dimilikinya. Hal ini amat penting khususnya dalam membentuk pengagihan bidang tugas dalam sesuatu pergerakan tajdid dan islah.Setiap orang perlulah menyampaikan apa yang diketahuinya, dan banyak bertanya tentang apa yang tidak diketahuinya. Jika dia masih belum sampai tahap ijtihad, atau sekurang-kurangnya menguasai bidang ilmu agama yang mantap, maka seelok-eloknya dia menjauhi perbahasan-perbahasan yang cabang dan tinggi, seperti masalah-masalah bidah dan sebagainya.Selain itu juga, seorang muslim lagi pendai perlulah sentiasa menambah ilmu pengetahuan dengan terus belajar dan menuntut ilmu, terutamanya dalam bidang agama, dari sistem pendidikan agama yang terpercaya (seperti sistem bertalaqqi secara bersanad). Menghafaz al-Quran sebanyak yang mampu untuk dijadikan dalil dalam kerja-kerja dakwahnya. Pendekatan melalui kisahkisah yang terdapat di dalam al-Quran mempunyai kesan yang besar dalam jiwa. . Mempelajari dan mendalami sirah Rasulullah s.a.w dan sejarah Islam untuk dijadikan bekalan. Dia akan mendapati di dalamnya terdapat pelbagai bentuk penyelesaian masalah yang mampu membantunya menyelesaikan masalah yang dihadapi. Begitu juga dengan beberapa pendirian yang diambil oleh generasi muslimin yang pertama. Memahami selok belok cara hidup dan budaya masyarakat yang dia berkecimpung di dalamnya. Juga memahami aliran pemikiran dan isu-isu yang berlaku di dalam masyarakat, serta berusaha untuk mengenali dengan lebih mendalam madu yang didakwahnya. Ketujuh: Mengutamakan Perkara-perkara Prinsip (Usul) dari perkara-perkara (Furu) Dalam setiap perbualan dan perbincangan, unsur akal (kefahaman dan logik) hendaklah dipandukan dengan unsur perasaan dan kejiwaan. Sesungguhnya membangkitkan unsur perasaan dan kejiwaan akan mempersiapkan akal untuk menerima apa yang disampaikan kepadanya dan meninggalkan kesan. Seseorang pendakwah perlulah pandai membezakan antara yang Usul dan yang furu dalam agama, agar mereka tidak terjebak dalam kencah pembaziran waktu, dalam sibuk berdebat mengenai perkara-perkara furu (yang sememangnya merupakan satu lapangan yang banyak perselisihan pendapat, dan tidak perlu berdebat) dan mengabaikan perkara-perkara usul.Hal ini sayugia banyak terjadi di dalam realiti masyarakat Islam hari ini, khususnya di kalangan mahasiswa-mahasiswi Islam, yang sibuk membincangkan perkara-perkarafuru yang padahal mereka tidak lagi layak untuk membincangkan perkara tersebut berdasarkan kecetekan ilmu mereka, apatah lagi bersikap bantah-membantah sehingga membawa ke tahap bidah-membidah.Hal ini amat dikesali oleh para ulama dan dai termasuklah Imam As-Syahid Hasan Al-Banna sendiri. Gagasan idea Usul 20 Al-Imam Hasan Al-Banna sendiri hasil dari pertembungan antara dua pihak yang mana, salah satunya menuduh pihak kedua sebagai pelaku bidah dan sebagainya. Oleh yang demikian, Al-Imam Hasan Al-Banna cuba menampilkan satu pelan damai dalam meredakan peperangan pemikiran antara kedua-dua pihak tersebut.Begitu juga, budaya mengutamakan furu dari usul ini turut dikritik dan dibidas oleh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi dalam pelbagai penulisan beliau, samada secara jelas mahupun secara sindiran.Hal-hal seperti membidahkan amalan yasiin malam Jumaat, membidahkan tahlil arwah dan sebagainya sebenarnya satu perkara yang furu dan hanya berkaitan dengan perkaraperkara khilafiyah kerana pihak yang mengamalkannya juga mengambil hujah dari kefahaman mereka terhadap dalil-dalil dari Al-Quran dan As-Sunnah juga. Oleh yang demikian, tidak timbul soal bidah-membidahkan dalam perkara-perkara furu tersebut

Kelapan: Bersifat Memaafkan dan Terbuka Seorang dai yang menyedari diri sendiri bukanlah yang terbaik, akan terdedah untuk menerima teguran, kritikan dan nasihat kerana dia menyedari bahawa, dia juga selaku manusia yang serba kekurangan, perlu dinasihati oleh orang yang lain juga, kerana kadangkadang, aib yang kita tidak nampak pada diri kita oleh diri kita sendiri, didapatinya orang lain. Teguran dari saudara yang ikhlas juga merupakan hadiah darinya buat kita yang perlu dihargai. Kesembilan: Husnu Zhon dan Berbuat Baik Sesama Muslim Seseorang dai perlulah bebaik-baik sangka sesama muslim, apatah lagi bersifat sedayaupaya menganggap orang lain lebih baik dari kita. Ini kerana, sifat ini merupakan kunci kekuatan ukhuwah Islamiyah.Imam An-Nawawi r.a. mengatakan bahawa: Jika seseorang muslim itu berkata dengan satu lafaz yang mendatangkan 70 makna yang membawa kepada syirik, dan membawa 1 takwil yang bersesuaian dengan syariat, maka pakailah tawil tersebut sebagai usaha husnu zhon sesama muslim.Ini kerana, hanya Allah s.w.t.-lah yang Maha Menghukum, sedangkan kita sebagai para hambaNya merupakan para penyeru manusia kepadaNya. Jadi, apa yang dimaksudkan oleh seseorang dari perkataan mereka, cukuplah Allah s.w.t. yang menghukumnya, dan kita cubalah sedaya-upaya mentakwilkannya dengan menyesuaikannya dengan syarak, selagi ada ruang untuk itu.Janganlah mengkritik seseorang kerana sifat benci kepadanya dan bersifat mencari kesalahan orang lain, walaupun orang itu cuba mencari kesalahan kita. Sesungguhnya, sifat umat Islam ialah rahmatan lil alamin (sebagai satu rahmat buat sekalian alam). Janganlah cuba mencari-cari aib orang lain, sebaliknya sembunyikanlah aib seseorang jika kita mengetahuinya, dari orang lain, agar Allah s.w.t. menyembunyikan aib kita dari orang lain di dunia dan di akhirat. Kesembilan: Bersikap Terbuka dan Tidak Fanatik dan Bepuak-puak Sesungguhnya, jemaah-jamaah, kumpulan haraki, dan pertubuhan-pertubuhan dakwah dan islah yang pelbagai, tidak boleh dijadikan alasan untuk mewujudkan budaya berpuakpuak kerana seluruh umat Islam adalah bersaudara.Walaupun berbeza manhaj, tetapi seluruh golongan tajdid ini membawa matlamat yang satu, iaitu, untuk memurnikan semula umat Islam. Jadi, tidak perlu wujud satu bentuk berpuak-puak atau jamaah centric dalam dunia kampus mahupun di luar kampus. Jamaah-jamaah dan pertubuhan-pertubuhan hanyalah alat untuk menyampaikan dakwah, bukanlah matlamat dakwah itu sendiri. Kesepuluh: Tidak Berputus Asa dan Sentiasa Beristiqomah. Berputus asa terhadap sesuatu kegagalan atau kesulitan bukanlah ciri-ciri seorang yang baik. Ini kerana, jalan dakwah sentiasa memerlukan kesabaran yang tinggi dan berusaha untuk mengatasi segala kesukaran yang dihadapi. Rasulullah s.a.w. berada di Mekah selama 13 tahun untuk berdakwah terus-menerus walaupun baginda sering dihina dan disakiti. Sesungguhnya, jika kita kumpulkan seluruh kesusahan yang kita alami ketika ini dan dibandingkan dengan kepayahan yang dihadapi oleh Rasulullah s.a.w. ternyata kita berada amat jauh di belakang. Ketabahan dan istiqomah inilah yang merupakan kunci terakhir untuk mendapat kejayaan di sisi Allah SWT. Allah SWT berfirman yang bermaksud :

Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguhsungguh) di antara kamu, dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangan)? (Surah Ali-Imran, 142)

Anda mungkin juga menyukai