Anda di halaman 1dari 5

Pengajaran Berpasangan

Konsep Satu strategi yang melibatkan dua orang peserta kursus bekerjasama merancang p&p, memerhati pengajaran rakan sebaya dan memberi maklum balas tentang persediaan dan penyampaian pelajaran semasa praktikum. Objektif Peserta kursus dapat:

1. mewujudkan kerjasama di kalangan peserta kursus secara formal berasaskan ungkapan 2. berfikir dan berbincang mengenai teknik p&p, cara-cara meningkatkan pembelajaran 3. 4. 5. 6.
murid dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengan tugas mereka. berlatih dan mencuba pelbagai kemahran p&p. mengkaji kelemahan p&p mereka dan berikhtiar mencari jalan untuk mengatasinya. memerhati p&p orang lain dan membina kemahiran memerhati serta menilai. meningkatkan kreativiti. "two heads are better than one".

Garis Panduan

1. Pengajaran berpasangan mengandungi ciri-ciri berikut: I. Peringkat-peringkat perkembangan kemahiran: a. Pengurusan bilik darjah dan merancang persediaan mengajar. b. Kemahiran Mengajar c. Menganalisis dan mengkaji semula kemahiran mengajar serta mencuba II.
pendekatan, strategi, kaedah dan teknik yang berlainan. Proses pembelajaran berlaku melalui:

III.

a. perbincangan, b. pemerhatian, c. maklum balas


Jenis-jenis interaksi

a. "Tandem": proses dalam pengajaran berpasangan di mana dua orang

peserta kursus bersama-sama merancang dan mengajar sesuatu pelajaran. mana dua orang peserta kursus bersama-sama merancang pengajaran tetapi mengajar berasingan. mana dua orang peserta berbincang bersama tetapi menyediakan pelajaran dan mengajar berasingan.

b. "Berpasukan": proses interaksi dalam aktiviti pengajaran berpasangan di c. "Individu": proses interaksi dalam aktiviti pengajaran berpasangan di 2. Pengajaran berpasangan hendaklah dijalankan pada minggu kedua hingga keempat
Praktikum Fasa I.

3. Pelaksanaan pengajaran berpasangan adalah tertakluk kepada pertimbangan pihak 4. Penyeliaan pengajaran berpasangan tidak diberi gred.

Jawatankuasa Praktikumm, seperti menyediakan senarai semak bagi panduan membuat pemerhatian dan perbincangan.

Perkara-perkara Yang Perlu Diberi Perhatian Dalam Pengajaran Berpasangan

1. Pensyarah perlu menyedarkan peserta kursus bahawa percanggahan idea perlu diatasi 2. Peserta kursus dikehendaki menetapkan masa dan kelas di mana pengajaran berpasangan 3. Guru pembimbing/pensyarah penyelia memastikan pengajaran berpasangan dijalankan. 4. Peserta kurusu diberi latihan semasa pengajaran mikro/makro.
akan dijalankan. secara profesional.

Pengajaran Berpasangan Oleh Mohd Isa Abd Razak Oleh Mohd Isa bin Abd Razak http://mohdisa-abdrazak.blogspot.com/ Seorang-seorang, tidak seronoklah! Jadi, mari kita bermain bersama-sama. Mari kita bermain berpasangan. Kita berpasangan semasa bermain badminton, kita berpasangan semasa bermain tenis, dan kita berpasangan semasa bermain congkak. Penyanyi juga berpasangan atau berduet semasa menyanyi. Seronoknya berpasangan! Para pendidik kita ambil berat manfaat berpasangan. Maka wujudlah kaedah pengelolaan kelas secara berpasangan. Bukan setakat itu sahaja, dalam pengajaran juga ada pengajaran berpasangan. Pengajaran berpasangan ialah satu strategi yang melibatkan dua orang pelajar merancang pengajaran dan pembelajaran, memerhati pengajaran rakan sebaya dan memberi maklum balas tentang persediaan dan penyampaian pelajaran semasa praktikum. Dalam kalangan guru pelatih institut perguruan, pengajaran berpasangan bertujuan meningkatkan keberkesanan latihan semasa praktikum. Kerjasama itu dilakukan secara terancang. Rasionalnya ialah pemikiran dan usaha berdua lebih baik daripada pemikiran dan usaha bersendirian. Secara umum, pengajaran berpasangan melibatkan usaha sebelum, semasa dan selepas pengajaran. Sebelum pengajaran, pasangan itu berbincang bersama-sama. Mereka membincangkan pelbagai perkara seperti kaedah yang akan digunakan, pengelolaan kelas, teknik yang sesuai untuk sesi itu dan strategi untuk mengaktifkan murid. Seterusnya, mereka menulis rancangan pelajaran harian dan membina bahan bantu belajar bersama-sama. Natijahnya, perancangan secara berpasangan memungkinkan mereka meningkatkan kreativiti dan meneroka perkara-perkara yang rumit dan mencabar untuk sesi pengajaran. Semasa sesi pengajaran, seorang daripada mereka bertindak selaku pemerhati. Pemerhati perlu melakukan pemerhatian dengan teliti, menilai situasi yang diperhatikan dan membuat catatan sebagai asas perbincangan selepas pengajaran. Hasil perbincangan itu dapat dimanfaatkan untuk pengajaran seterusnya sama ada secara individu atau berpasangan. Ringkasnya pengajaran berpasangan perlu mematuhi pola rancang-perhati-bincang untuk menjamin keberkesanannya. Terdapat tiga jenis interaksi pengajaran berpasangan. Yang pertama ialah secara tandem. Tandem ialah kata pinjaman daripada bahasa Inggeris yang bermaksud menunggang bersama-sama seperti menunggang kuda dan basikal. Jika kita menunggang kuda, lazimnya seorang menjadi pemacu (penunggang aktif) dan seorang lagi pembonceng (penunggang pasif). Hal ini sama dengan menunggang basikal. Namun, ada basikal yang mempunyai pedal yang berasingan untuk penunggangnya. Dalam kes ini kedua-dua penunggang aktif. Namun penunggang di hadapan lebih aktif kerana perlu menentukan haluan. Sesuai dengan maksud asal perkataan itu, tandem dalam praktikum bermaksud proses perancangan dan pengajaran dilakukan bersama-sama. Seorang daripada anggota pasangan itu perlu bertindak selaku ketua.

Pada prinsipnya, pengajaran berpasangan secara tandem memerlukan penglibatan kedua-dua orang guru pelatih semasa sesi pengajaran. Kemungkinan pertama ialah pelaksanaannya dibahagi kepada dua, iaitu separuh masa pertama dikendalikan oleh seorang guru pelatih dan seorang lagi menjadi pemerhati. Pada separuh masa kedua mereka bertukar peranan. Kemungkinan kedua ialah mereka bergilir-gilir melaksanakan langkah-langkah pengajaran itu. Dengan perkataan lain, mereka bergilirgilir menjadi guru dan pemerhati. Satu atau dua langkah tertentu dapat juga dilakukan secara serentak. Sebagai contoh, penglibatan kedua-dua anggota secara serentak sebagai pengajar atau fasilitator dapat dilakukan semasa aktiviti kumpulan pelbagai kebolehan dengan menggunakan kaedah stesen. Secara bersama-sama, mereka dapat juga mengadakan aktiviti kumpulan berdasarkan kebolehan yang berfokuskan penulisan. Dalam hal ini, proses pemerhatian mungkin terganggu. Ada pendapat mengatakan bahawa pengajaran berpasangan secara tandem dapat juga dilakukan dengan cara seorang bertindak selaku guru dan seorang lagi bertindak selaku pembantu guru. Pembantu hanya melaksanakan kerja-kerja bantuan. Dia tidak melaksanakan pengajaran secara terus. Antara tugas pembantu termasuklah mengagih dan mengutip semula bahan bantu belajar, mengoperasi alat-alat, melakukan tunjuk cara, membimbing kelompok, dan membimbing individu. Masalahnya, cara ini menipiskan kemungkinan pembantu melakukan pemerhatian. Oleh itu, cara ini tidak digalakkan. Jenis interaksi pengajaran berpasangan yang kedua ialah secara berpasukan. Dengan cara ini keseluruhan perancangan dilakukan bersama-sama tetapi pelaksanaannya dilakukan secara berasingan. Jenis interaksi yang ketiga ialah secara individu yang bermaksud hanya perbincangan semasa perancangan dilakukan bersama-sama. Penyediaan rancangan sebenar, seperti rancangan pelajaran harian dan bahan bantu belajar, dan pengajarannya dilakukan secara berasingan. Interaksi berpasukan dan individu memang dapat dilakukan kerana masih bermanfaat untuk guru pelatih. Keberkesanannya kurang kerana tiada unsur pemerhatian. Dengan sendirinya perbincangan berasaskan data pemerhatian tidak dapat dilakukan. Perbincangan selepas pengajaran akan berupa laporan lisan sahaja. Guru pelatih yang baik sepatutnya bersedia mencuba ketiga-tiga jenis interaksi pengajaran berpasangan itu. Untuk pembiasaan, mulakan dengan jenis individu, diikuti jenis berpasukan, dan diikuti dengan jenis tandem. Apabila keseronokan dan manfaat ternyata daripada jenis tandem, banyakkan pengajaran berpasangan jenis tandem. Lazimnya, semasa praktikum guru pelatih dikehendaki melaksanakan pengajaran berpasangan pada peringkat awal latihan sahaja. Pada saya, pengajaran berpasangan wajar diteruskan sepanjang praktikum. Jikalau ada masalah, guru pelatih dapat memilih interaksi individu atau berpasukan. Namun kekerapan pengajaran berpasangan itu perlu disesuaikan dengan pelbagai faktor. Antaranya ialah jenis kursus dan mata pelajaran pengkhususan guru pelatih. Kita perlu sentiasa ingat bahawa guru pelatih bertemu dan dibimbing oleh guru pembimbing

mungkin berselang minggu. Mereka bertemu dan dibimbing oleh pensyarah penyelia pula berselang minggu atau dua minggu sekali. Tegasnya, bimbingan dan perbincangan dengan guru pembimbing dan pensyarah penyelia berlaku sekali-sekala sahaja. Jikalau guru pembimbing dan pensyarah penyelia itu terkategori dalam kumpulan orang yang sibuk, guru pelatih akan menerima bimbingan yang minimum atau kurang. Sebaliknya, guru pelatih dapat memanfaatkan pandangan, cadangan, dan bantuan rakan sebaya hampir setiap hari. Pendek kata, peluang menambah ilmu pengetahuan dan meningkatkan kemahiran yang berada di hadapan mata mesti dimanfaatkan. Perlu diingat, pengajaran berpasangan sangat digalakkan semasa sesi pengajaran makro sebagai sebahagian daripada kurikulum latihan perguruan. Secara am, guru pelatih sudah menyaksikan rakan-rakan mereka mengajar secara berpasangan semasa sesi pengajaran mikro/makro. Namun, lazimnya, hanya beberapa orang guru pelatih berpeluang melaksanakan sesi itu. Dengan perkataan lain, ada guru pelatih hanya berpeluang melaksanakan pengajaran berpasangan semasa praktikum. Lazimnya pada peringkat awal praktikum mereka menggunakan strategi pengajaran berpasangan yang mudah, iaitu cara individu dan berpasukan. Untuk memastikan mereka mengalami pengajaran berpasangan secara tandem, wajar sangatlah pengajaran berpasangan diteruskan semasa praktikum pada peringkat atau fasa seterusnya. Saya berkesempatan melakukan tinjauan pelaksanaan praktikum peringkat awal dari sudut pandangan guru pelatih. Tinjauan itu menunjukkan min pengajaran berpasangan ialah 48%. Ini bermakna tahap keyakinan guru pelatih untuk melaksanakan pengajaran berpasangan amat rendah. Hal ini membayangkan mereka kurang komited melaksanakan pengajaran berpasangan semasa praktikum peringkat pertama. Jadi, tanpa meneruskan strategi ini pada peringkat atau fasa seterusnya, strategi ini kurang membantu keberkesanan latihan. Setelah mengetahui keistimewaan pengajaran berpasangan, dapatlah kita simpulkan bahawa pengajaran berpasangan menyeronokkan. Hal ini dikatakan demikian kerana berpasangan itu sendiri menyeronokkan. Seorang-seorang, tidak seronoklah! Jadi, manfaatkan strategi pengajaran berpasangan sebanyak yang mungkin dan dalam semua peringkat latihan.