P. 1
Jenis2 Dokumen Perniagaan

Jenis2 Dokumen Perniagaan

|Views: 218|Likes:
Dipublikasikan oleh Nurina Amirah Mahadzer
Microsoft Word. Keterangan tentang beberapa jenis dokumen perniagaan. Tingkatan 1~
Microsoft Word. Keterangan tentang beberapa jenis dokumen perniagaan. Tingkatan 1~

More info:

Categories:Types, School Work
Published by: Nurina Amirah Mahadzer on Sep 20, 2011
Hak Cipta:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/28/2015

pdf

text

original

Jenis-jenis Dokumen Perniagaan

Nurina Amirah Binti Mahadzer 1 Beta – SMK DOB 2011

Folio Kemahiran Hidup

JENIS-JENIS DOKUMEN
1.SURAT TANYA 2.BORANG PESANAN 3.INVOIS 4.NOTA KREDIT 5.RESIT

SURAT TANYA
Surat tanya ialah surat yang dikirimkan oleh peniaga kepada pembekal. Peniaga akan bertanya tentang jenis barang dan kuantiti barang yang dikehendaki,
SYARIKAT JAYA ELEKTRIK ENTERPRISE 455, Jln Sentosa 2, Bandar baru Sepang 21020 Sepang, Selangor Ruj : 223/08 Syarikat Pembekal Elektronik Putra Jaya 21000 Putrajaya 10 Jan 2008 Tuan, Per: senarai harga komponen elektronik 2008 Berhubung perkara di atas pihak kami ingin mendapatkan senarai harga komponen elektronik daripada syarikat tuan untuk rujukan kami. Kami amat berbesar hati jika pihak dapat menghantarkan dengan segera kepada kami Sekian, terima kasih, Yang benar, .................................... (Ahmad Ali b. Sulaiman ) Pengurus pemasaran

harga barang dan syarat pembayaran, syarat serahan dan pembayaran dan tarikh serahan.

BORANG PESANAN

Dokumen yang mengandungi maklumat barang dan harga barangan yang akan dibeli. Borang pesanan mengandungi 1. Tarikh, nombor rujukan barang, sebut harga serta nombor pesanan. 2. Harga, jenis, jenama, dan kuantiti barang. 3. Syarat serahan dan pembayaran 4. Kadar diskaun niaga dan diskaun tunai.

INVOIS

Dokumen yang menyatakan senarai barang, kuantiti dan harga serta jumlah bayaran bagi barangan yang telah diserahkan kepada peniaga. Butir-butir yang terkandung dalam invois ialah:1. Nama dan alamat pembekal dan peniaga. 2. Nombor pesanan, nombor invois, dan tarikh. 3. Keterangan jenis barang, kuantiti dan harga. 4. Syarat bayaran, syarat serahan dan diskaun. 5. K. & K. di K.

NOTA KREDIT

Dokumen yang dihantar oleh penjual kepada pembeli untuk memberitahu pembeli telah dikenakan bayaran lebih daripada yang sepatutnya. Nota ini digunakan untuk membetulkan sesuatu kesilapan di dalam invois. Hutang peniaga menjadi kurang.

RESIT

Dokumen yang dikeluarkan oleh pembekal kepada peniaga dan mengandungi maklumat pembayaran dan menjadi bukti penting bahawa pembayaran telah dibuat. Butir-butir yang terdapat dalam resit ialah:1. Nama dan alamat peniaga, serta nombor resit. 2. Nama pelanggan atau pembayar. 3. Jumlah, tarikh, dan tujuan. 4. Nombor cek (jika bayaran dibuat dengan cek) 5. Tandatangan penerima wang.

REFLEKSI
Kesimpulannya, dokumen-dokumen perniagaan yang saya pelajari dalam matapelajaran Kemahiran Hidup amat berguna dan berfaedah. Dokumen perniagaan memudahkan dan melancarkan urusan perniagaan yang dijalani tiap-tiap hari oleh pembekal, peniaga dan pembeli di kalangan masyarakat kita.

You're Reading a Free Preview

Mengunduh
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->