Anda di halaman 1dari 1

Mohamad Musthaqim bin Shafiee, 5 PISMP Matematik 1, IPGM Kampus Pendidikan Teknik, 56000 Kuala Lumpur

Puan Sabariah Binti Ismail, IPGM Kampus Pendidikan Teknik, Jalan Yaacob Latiff, 56000 KUALA LUMPUR. 12 JANUARI 2011

Puan, SURAT TUNJUK SEBAB TIDAK MENGHADIRI PERHIMPUNAN PAGI

Merujuk kepada perkara di atas, saya, Mohamad Musthaqim bin Shafiee, tidak menghadiri perhimpunan pagi pada hari Isnin bertarikh 3 Januari 2011. 2. Ketidakhadiran saya itu disebabkan kelewatan bas yang saya naiki lambat tiba ke tempat destinasi yang dituju. Bas itu telah mengalami kesukitan yang tidak dapat dielakkan di stesen bas Butterworth. Hal ini menyebabkan pemandu terpaksa bertolak lebih lewat dari waktu yang sepatutnya. Saya tiba di stesen bas Bukit Jalil pada pukul 9 pagi. 3. Jasa baik Puan Sabariah dipohon untuk memaafkan kesalahan saya ini. Segala kesulitan yang dihadapi amatlah dikesali. Sekian, terima kasih.

Yang benar,

........................................ (Mohamad Musthaqim bin Shafiee) 5 PISMP Matematik 1

Anda mungkin juga menyukai