Anda di halaman 1dari 42

SEKAPUR SIRIH, SEULAS PINANG

Pertama sekali, saya ingin melahirkan kesyukuran ke hadrat Allah di atas segala petunjuk dan hidayah-Nya. Alhamdulillah, buku log ini telah berjaya disiapkan dengan ilham, kurnia dan petunjuk yang telah dianugerahkan oleh-Nya. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi besar kita Muhammad dan kepada ahli keluarganya, seterusnya kepada para sahabat baginda dan para tabiin, para alim ulama sehinggalah kepada sekalian hamba-hamba Allah yang mengikuti jejak langkah mereka. Terima kasih yang amat terhingga kepada kedua orang tua saya yang telah mendidik dan mengasuh saya dari kecil hinggalah ke hari ini keadaan saya sepanjang tempoh penghasilan buku log ini Seterusnya ucapan terima kasih ditujukan kepada -----------------------untuk serta memahami

segala bimbingan dan tunjuk ajar. Ucapan terima kasih juga ditujukan khas kepada ---------------------------------- yang sudah berhempas pulas membantu saya sepanjang semester ini. Tidak dilupakan rakan-rakan seperjuangan yang sanggup berkongsi

maklumat dan pengetahuan sepanjang melaksanakan segala tugasan yang diberikan. Besarlah harapan saya semoga penghasilan buku log ini akan mendatangkan faedah untuk masa kini dan akan datang. Insyaallah.

Nama :Nor Saleha Binti Misuan. Tarikh Lahir : 07 May 1991 Tempat Lahir :Hospital Segamat Adik-beradik : Anak ke-6 dari 7 orang. Alamat :132, Jalan Garuda, Felda Chemplak Barat, 85300 Labis, segamat, Johor Darul Takzim Prinsip Hidup : Kejayaan dan kebahagiaan adalah matlamat, Kesukaran dan kepayahan adalah kenangan Gelak, tawa dan tangis adalah rencah kehidupan Cita-cita : Pendidik yang berjuang untuk kejayaan anak bangsa. Harapan: Diberi kekuatan dan kesempatan oleh-Nya, untuk melaksanakan semua janji yang telah dikatakan.

Olahraga dipercayai bermula pada 3000 tahun yang lampau di Greece mengikut catatan sejarah. Ia dianggap sebagai acara sukan yang tertua di dunia. Sukan olahraga ini dicatatkan bermula di Sukan Olimpik kuno pada tahun 776 S.M di Greece. Menurut The Encyclopedia of Sports, cara pertama yang dicatatkan sebagai sukan ialah lompat jauh di mana ahli sukan Sparta iaitu Chionis pada Sukan Olimpik 656 S.M berjaya melompat sejauh 23 1 inci. Di England pula, Royal Military College di Sandhurst telah menghidupkan sukan olahraga iaitu bermula pada 1812. Selepas itu, Kelab Olahraga yang pertama ditubuhkan iaitu The Necton Guild. Semakin banyak kelab olahraga yang ditubuhkan setelah itu dan ada kelab olahraga peringkat universiti yang ditubuhkan iaitu tahun 1850 di Oxford University-Exeter College Athletic Club. Pada tahun 1866, kejohanan kebangsaan yang pertama telah dianjurkan oleh Amateur Athletic Club di England. Ramai atlet Amerika Syarikat yang telah mampu mencatatkan prestasi yang memberangsangkan menjelang abad ke-20. Meskipun kebanyakan peserta dari negara Amerika Syarikat ialah

berketurunan Negro, namun atlet dari negara Eropah lain turut cemerlang dalam sukan olahraga. Atlet dari Asia dan Afrika sememangnya belum mampu menyaingi kemampuan atlet dari Eropah pada ketika itu. Dewasa ini pelbagai kejohanan sukan yang telah diadakan seperti Sukan Sea, Sukan Asia, Sukan Komanwel dan Sukan Olimpik. Mana-mana badan atau pertubuhan yang berdaftar di bawah IAAF boleh menyertai kejohanan di bawah pengawasan IAAF.

Olahraga trek dan padang biasanya dikenali sebagai olahraga atau trek dan padang adalah satu koleksi acara sukan yang melibatkan larian, balingan

dan lompatan. Nama "olahraga" berasal daripada perkataan Greek "athlos", bermaksud "bertanding".Olahraga adalah acara pertandingan berbentuk aktiviti fizikal berasaskan pergerakan-pergerakan semula jadi seperti larian, lompatan dan balingan. Pada zaman klasik Olimpik kuno, acara olahraga agak keras, lebih mencabar dan tidak tersusun. Lama kelamaan ia menjadi teratur sehinggalah pada tahun 1896 apabila bermulanya Sukan Olimpik Moden pertama di Athens dan diikuti dengan tertubuhnya Pertubuhan Olahraga Amatur Antarabangsa atau IAAF pada tahun 1912. Setelah itu, sukan olahraga telah diubahsuai dan diperkembangkan secara lebih sistematik sehingga kini. Olahraga terbahagi kepada 3 kategori iaitu Balapan (Track), Padang (Field) dan Acara Khas (Special Event) : Acara Balapan (Track ) 1. Pecut 100 meter 200 meter 400 meter

2. Jarak Sederhana 800 meter 1500 meter

3. Lari Berganti-ganti 4x100 meter 4x200 meter

4x400 meter

4. Lari Berpagar 100 meter 110 meter 400 meter

5. Lari Berhalangan 3000 meter

Acara Padang ( field ) 1. Lompatan Lompatan jauh Lompatan kijang Lompatan tinggi Lompatan bergalah

Acara Khas ( Special Event ) 1. Heptathlon 7 acara (wanita) 2. Pentathlon 5 acara (lelaki ) 3. Dekathlon - 10 acara (lelaki) 4. Dekathlon - 10 acara (wanita) 5. Maraton. 6. Lumba jalan kaki.

MINGGU 1

Tarikh : Hari : Tempat : Masa : Aktiviti : I.

15 julai 2010 Khamis Auditorium 5.00 ptg 7.00 ptg

Pensyarah memperkenalkan diri serta semua instruktor yang bakal membantu.

II.

Pembahagian kumpulan kepada 4 kumpulan ( A,B,C,D) dan instruktor yang akan membantu setiap kumpulan.

III.

Menerangkan tentang aktiviti yang akan dilakukan sepanjang semester ini berdasarkan rancangan instruksional (RI)

IV. V.

Melantik ketua bagi setiap kumpulan kecil. Memberitahu serba sedikit tentang peraturan yang perlu diikuti sepanjang semester .

VI. VII. VIII.

Sedikit penerangan untuk aktiviti minggu berikutnya. Tanda tangan bagi kehadiran ke kelas. Bersurai

Ulasan : Minggu pertama ini banyak mendedahkan apa sebenarnya yang akan dipelajari sepanjang semester ini bagi subjek olahraga (UKS1051)

MINGGU 2

Tarikh : Hari : Tempat : Masa : Aktiviti : I. II.

22 Julai 2010 Khamis Belakang gym 5.00 ptg 7.00 ptg

Sedikit penerangan telah diberikan oleh pensyarah. Setiap kumpulan kecil yang telah dibahagikan pada minggu lepas dibahagikan lagi kepada lima kumpulan. (1,2,3,4 dan 5).

III.

Setiap kumpulan kecil telah diberikan tajuk tugasan yang perlu disiapkan dan dibentangkan di dalam kelas.

IV.

Pensyarah

memberikan

tarikh

untuk

setiap

kumpulan

membuat

pembentangan hasil tugasan. V. Tugasannya ialah mengajar beberapa jenis olahraga. Tugasan ini akan di nilai oleh instruktor sepanjang minggu. VI. Berikut adalah jenis tugasan bagi setiap kumpulan :

Kumpulan 1 : lompat jauh Kumpulan 2 : lempar cakera Kumpulan 3 : lontar peluru Kumpulan 4 : rejam lembing Kumpulan 5 : lompat tinggi

VII.

Seterusnya, instruktor menerangkan cara untuk menyediakan rancangan mengajar .

VIII. IX. X.

Kumpulan pertama diingatkan untuk bersedia. Tandatangan kehadiran Bersurai

Ulasan : Semasa tajuk tugasan diberikan semangat untuk menyiapkan tugasan sangat tinggi tetapi cara untuk melaksanakan tugasan agak kurang jelas.

MINGGU 3

Tarikh : Hari : Tempat : Masa : Aktiviti : I.

29 julai 2010 Khamis Padang 5.00 ptg- 7.00 ptg

Kumpulan satu lompat jauh.

melakukan pembentangan tugasan berkaitan dengan

II.

Guru memberikan pengenalan mengenai aktiviti pada hari ini dan membahagikan pelajar kepada 4 kumpulan (A,B,C dan D)

III.

Otot yang terlibat dalam aktiviti lompat jauh ialah bisep, trisep, quadrisep, gastroonemius dan hamsring.

IV. V. VI.

Aktiviti pemanasan badan dilakukan. Terdapat tiga gaya dalam lompat jauh. Tiga gaya dalam lompat jauh ialah: Gaya layar Gaya gantung Gaya tendang kayuh. Terdapat empat fasa dalam lompat jauh. Empat fasa dalam lompat jauh ialah :

Fasa penujuan

Fasa lompatan Fasa penerbangan / layangan

VII.

Fasa pendaratan Setiap kumpulan menghantar tiga orang wakil untuk mewakili kumpulan masing-masing untuk bertanding antara kumpulan.

VIII. IX.

Guru mengambil ukuran untuk menentukan pemenang. Penyejukan badan dan guru mengumumkan pemenang bagi pertandingan tadi.

X. XI. XII.

Refleksi Tandatangan kehadiran Bersurai.

Ulasan : Minggu ini kumpulan pertama telah membentangkan hasil kerja mereka, komenkomen yang membina telah diberikan oleh instruktor .Kumpulan yang akan membentang pada masa akan datang perlu berusaha untuk membuat lebih baik.

MINGGU 4 Tarikh : Hari : Tempat : Masa : Aktiviti : I. Guru memberi penerangan tentang sejarah dan alatan yang digunakan untuk lempar cakera II. Guru menerangkan tentang undang-undang dan otot yang terlibat dalam lempar cakera. III. IV. V. VI. Pemanasan badan dilakukan. Terdapat tiga teknik memegang cakera iaitu: Cara pegangan pertama. Cara pegangan kedua Cara pegangan ketiga. Terdapat dua teknik melempar cakera : Gaya berdiri Gaya berpusing Latihan ansur maju dilakukan. Guru melakukan dan pelajar mengikut apa yang guru ajarkan. Pelajar melakukan tiga kali percubaan. VII. Seterusnya, aktiviti permainan kecil. Setiap kumpulan dikehendaki 05 may 2010 Khamis Padang 5.00 ptg 7.00 ptg

menghantar dua orang wakil. VIII. Guru mengambil ukuran lemparan yang dilakukan oleh peserta.

IX. X. XI. XII. XIII.

Penyejukan badan. Penyampaian hadiah kepada pemenang bagi permainan kecil tadi. Refleksi dan sesi soal jawab dilakukan. Tandatangan kehadiran Bersurai.

Ulasan : Saya dapat mengetahui teknik memegang cakera dan gaya lemparan. Membuat lemparan perlu dengan menggunakan teknik yang betul supaya tidak berlaku kecederaan.

MINGGU 5

Tarikh : Hari : Tempat : Masa : Aktiviti : I.

12 Ogos 2010 Khamis Padang 5.00 ptg 7.00 ptg

Guru memberi penerangan tentang sejarah dan undang- undang melontar peluru.

II. III.

Pemanasan badan dilakukan dengan diketuai oleh guru. Guru memberi penerangan tentang kaedah lontaran yang betul dengan menggunakan alat bantu mengajar.

IV. V.

Terdapat dua fasa untuk membuat lontaran iaitu : Fasa persediaan Fasa pelaksanaan/ pemulihan Guru mengajar pelajar cara memegang peluru . Terdapat dua teknik pegangan peluru :

Memegang peluru dengan tiga jari. Memegang peluru dengan lima jari. VI. Terdapat tiga teknik lontaran iaitu :

Gaya berdiri dan melontar ( tanpa lenturan ) Gaya melungsur selangkah. Gaya Parry Obrien.

VII.

Ansur maju dilakukan untuk menambahkan pemahaman bagi melakukan lontar peluru.

VIII.

Seterusnya, aktiviti permainan

kecil. Setiap kumpulan dikehendaki

menghantar dua orang wakil bagi menyertai pertandingan ini. IX. X. XI. Penyejukan badan . Penyampaian hadiah kepada para pemenang Refleksi.

Ulasan : Untuk mendapat lontaran yang jauh, teknik melontar yang betul perlulah dikuasai.

MINGGU 6

Tarikh : Hari : Tempat : Masa : Aktiviti : I. II.

19 Ogos 2010 Khamis Auditorium 5.00 ptg 7.00 ptg

Pensyarah memulakan kuliah pada petang itu. Kuliah pada petang itu berkaitan tentang senarai pegawai kejohanan serta tugas mereka. Berikut merupakan senarai pegawai kejohanan dan tugas mereka. Pengarah pertandingan / Pengerusi teknik.

Merancang keperluan kejohanan dari segi teknikal. Menasihati setiausaha dengan tugasnya. Memberi taklimat kepada jawatankuasa. Menghadiri mesyuarat dan bertugas sebagai penasihat . Juri rayuan Terdiri daripada pegawai yang berprestasi tinggi. Lantikan biasanya 3,5 atau 7 ( nombor ganjil ) Menyelesaikan bantahan mengikut peraturan dan memberi keputusan. Keputusannya adalah muktamad.

Pengurus kejohanan Bertanggungjawab terhadap kelicinan perjalanan kejohanan. Memastikan semua pegawai telah melaporkan diri untuk bertugas . Melantik pengganti jika perlu. Mempunyai kuasa menyingkirkan mana-mana pegawai yang tidak mematuhi peraturan. Pengurus teknik Menentukan balapan trek, bulatan dan lain-lain adalah mengikut spesifikasi. Menyediakan semua alat pertandingan dan memastikan semuanya

mengikut spesifikasi. Menyediakan semua jenis borang pertandingan. Memastikan bilangan pembantu padang yang cukup. (biasanya 40 hingga 60 orang) Penyelia peserta. Menyelia pergerakan atlet-atlet antara kawasan pemanasan badan dan kawasan pertandingan . Memastikan atlet-atlet telah diperiksa di bilik panggilan dan bersedia untuk memulakan acara mereka. Menghantar atlet mengikut masa yang ditetapkan.( balapan - 30 minit , padang -45 minit ) Memaklumkan kepada referi ,pelepas dan juruhebah berkaitan maklumat atlet yang mengambil bahagian bagi setiap acara.

Referi. Referi balapan, padang dan acara bercampur. Memastikan segala peraturan dipatuhi dan membuat keputusan terhadap sebarang perkara yang timbul. Menyemak semua keputusan akhir, menandatangani borang keputusan dan menyelia pengukuran pencapaian yang mengatasi rekod. Membuat keputusan tentang bantahan terhadap perjalanan kejohanan. Memberi amaran atau menyingkirkan peserta dari pertandingan sekiranya didapati mereka berkelakuan tidak senonoh. Referi acara bercampur mempunyai kuasa terhadap pengendalian pertandingan acara-acarabercampur. Pengadil Memastikan kedudukan supaya mudah memerhatikan pertandingan dengan teliti dan sekiranya terdapat kesalahan yang dilakukan, hendaklah

mengemukakan laporan bertulis kepada referi dengan segera. Sebarang pelanggaran peraturan hendaklah ditunjukkan dengan

mengangkat bendera kuning. Membantu menyelia kawasan pertukaran baton dalam acara lari bergangtiganti. Memberi isyarat pusingan terakhir kepada setiap peserta dengan

membunyikan loceng .Penjaga masa Tempat sebaris dengan garisan penamat. Setiap penjaga masa diberi satu jam randik dan ditugaskan untuk mengambil satu kedudukan sahaja.

Bacaan perlu diambil dari kilat/asap yang keluar dari letupan pistol. Masa dikira tamat apabila mana-mana bahagian tarso jelas melepasi bahagian garisan penamat. 3 orang penjaga masa akan mengambil masa seorang pemenang untuk setiap acara. Setiap penjaga masa hendaklah bekerja sendiri tanpa membincangkan masa dengan orang lain dan merekodkan masa yang diambil. Masa hendaklah dibaca ke 1/10 saat yang lebih tinggi. Jika 2 dari 3 jam tersebut mencatat masa yang sama, maka catatan tersebut hendaklah diterima sebagai masa rasmi. Jika ketiga-tiga catatan tidak sama, maka catatan yang di tengah-tengah diterima sebagai masa rasmi. Hakim Hakim balapan Akan menentukan keputusan perlumbaan. Sekiranya tidak dapat membuat keputusan hendaklah dirujuk kepada referi. Menulis borang dalam borang hakim dan dihantar. Hakim padang Menghakimi dan merekod setiap percubaan sah peserta. Angkat bendera putih bagi yang sah manakala bendera kuning bagi yang tidak sah. Pelepas Memastikan kawalan sepenuhnya terhadap peserta yang sedia dalam keadaan sedia.

Bagi acara yang menggunakan blok permulaan, arahan ke garisan, sedia akan diberikan dan tembakan dilepaskan. Apabila ada salah mula, pelepas atau pelepas panggil balik akan membuat tembakan panggil balik. Amaran akan dikeluarkan. Penolong pelepas Memastikan semua peserta bertanding dalam saringan atau larian yang betul. Memastikan atlet memakai nombor yang betul. Menempatkan semua atlet di lorong atau di tempat permulaan masingmasing. Memberi isyarat kepada pelepas. Bertanggungjawab untuk menyediakan baton. Marsyal Mempunyai kuasa penuh menguasai arena dan tidak membenarkan sesiapa yang tidak berkenaan kecuali pegawai-pegawai yang bertugas dan peserta yang bertanding memasuki dan berada di arena. III. Pensyarah memberitahu minggu hadapan akan diadakan kuiz dan meminta pelajar untuk bersedia. IV. Tandatangan kehadiran.\ V.Bersurai Ulasan : Membaca nota yang telah diberi dan buku yang telah dibeli untuk kuiz pada minggu hadapan.

MINGGU 7

Tarikh : Hari : Tempat : Masa : Aktiviti : I.

26 Ogos 2010 Khamis. Auditorium 5.00 ptg 7.00 ptg

Pensyarah mengarahkan pelajar untuk menyimpan semua nota dan soalan mula diedarkan.

II. III. IV. V.

Masa yang diberikan untuk menjawab adalah selama 30 minit. Pelajar dikehendaki menjawab semua soalan. Selepas 30 minit, kertas jawapan di kutip. Seterusnya pensyarah menyerahkan kepada para pelajar untuk merancang aktiviti yang akan dilaksanakan.

VI. VII.

Pengarah pertandingan dilantik, pelantikan adalah berdasarkan undian. Pada mulanya semua bersependapat untuk melakukan aktiviti sukan tetapi akhirnya aktiviti merentas desa telah dipilih. Pemilihan aktiviti merentas desa berdasarkan peratusan undian yang tinggi.

VIII. IX.

Tandatangan kehadiran. Bersurai

MINGGU 8

Tarikh : Hari : Tempat : Masa : Aktiviti : I.

02 September 2010 Khamis Auditorium 5.00 ptg 7.00 ptg

Pengarah pertandingan yang telah dilantik pada minggu lepas memulakan tugasannya dengan melantik ahli jawatankuasa.

II.

Perlantikan ahli jawatankuasa ini turut dilakukan secara undian tetapi jika ada yang ingin menjawat jawatan tersebut secara sukarela lebih digalakkan.

III.

Baju olahraga telah direka dan pelajar dikehendaki membeli baju tersebut dengan harga RM18.00.

IV. V.

Tandatangan kehadiran. Bersurai

Ulasan : Untuk melaksanakan sesuatu program bukanlah satu perkara yang mudah, sebaliknya ia memerlukan banyak pengorbanan. Bagi memastikan kelancaran sesuatu program itu, kerjasama dari semua pihak amat diperlukan.

MINGGU 9

Tarikh : Hari : Tempat : Masa : Aktiviti : I. Guru

23 September 2010 Khamis Padang 5.00 ptg 7.00 ptg

mengarahkan para pelajar beratur mengikut kumpulan masing-

masing. II. Guru memberi serba sedikit penerangan tentang sejarah dan alatan yang digunakan dalam permainan merejam lembing. III. Guru menerangkan tentang anggota dan otot-otot yang terlibat dalam merejam lembing. IV. Seterusnya aktiviti pemanasan badan dan guru telah melakukan dynamic stretching. V. Guru menerangkan tiga gaya memegang lembing iaitu:

Gaya Amerika Gaya Finnish Gaya pegangan-U @ Ladam. VI. VII. Pelajar meniru apa yang dilakukan oleh guru. Terdapat empat fasa rejaman. Fasa-fasa rejaman ialah :

Fasa persediaan

Fasa lari landas Fasa rejaman Fasa ikut lajak. VIII. IX. Pelajar melakukan rejaman sebanyak dua kali. Seterusnya aktiviti permainan kecil, setiap kumpulan dikehendaki

menghantar dua orang wakil untuk menyertai pertandingan rejam lembing. X. Setiap peserta dibenarkan merejam sebanyak dual kali rejaman, manakala kepada mereka yang tidak terlibat dengan pertandingan dikehendaki menjawab kuiz yang telah di sediakan. XI. Penyejukan badan dan guru mengumumkan pemenang bagi pertandingan dan kuiz sebentar tadi. XII. XIII. XIV. Majlis penyampaian hadiah dan refleksi. Tandatangan kehadiran. Bersurai

Ulasan : Bukan mudah untuk mengajar kerana untuk menarik minat seseorang itu

memerlukan kita berfikir secara kreatif agar sesi pembelajaran tidak bosan dan pelajar akan hilang tumpuan.

MINGGU 10

Tarikh : Hari : Tempat : Masa : Aktiviti : I. II.

30 September 2010 Khamis Padang 5.00 ptg 7.00 ptg

Guru memberi penerangan tentang sejarah lompat tinggi. Guru mengetuai pelajar untuk membuat pemanasan badan. Pelajar melakukan pemanasan badan bersama guru.

III.

Seterusnya guru mengatakan bahawa terdapat empat fasa dalam lompat tinggi. Fasa-fasa yang terdapat lompat tinggi ialah :

IV.

Penujuan Lonjakan Layangan Pendaratan Guru menerangkan tentang gaya yang terdapat dalam lompat tinggi. Terdapat lima jenis gaya lompat tinggi iaitu :

Gaya gunting. Gaya timur Gaya guling barat Gaya pelana Gaya frosbury flop

V.

Guru menerangkan perbezaan yang terdapat dalam kesemua jenis gaya lompatan.

VI. VII.

Guru menunjukkan demo kepada para pelajar. Pelajar dikehendaki melakukan lompatan menggunakan gaya gunting sebanyak dua kali. Pertama dengan menggunakan getah dan seterusnya menggunakan palang.

VIII.

Aktiviti seterusnya ialah permainan kecil, setiap kumpulan dikehendaki menghantar dua orang wakil untuk memasuki pertandingan lompat tinggi. Permainan diadili oleh guru.

IX.

Pelajar yang tidak terlibat dalam permainan ini dikehendaki menjawab kuiz yang disediakan.

X. XI. XII. XIII. Ulasan:

Penyejukan badan dan guru menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Refleksi Tandatangan kehadiran Bersurai.

Terdapat banyak gaya dalam lompat tinggi, terpulang kepada individu untuk memilih gaya lompatan yang mudah untuk mereka lakukan.

MINGGU 11

Tarikh : Hari : Tempat : Masa : Aktiviti : I. II.

07 Oktober 2010 Khamis Padang 5.00 ptg -7.00 ptg.

Pengagihan baju olahraga di padang. Guru memberi serba sedikit penerangan tentang sejarah lari pecut dan peralatan yang diperlukan semasa lari pecut.

III. IV.

Antara peralatan yang diperlukan semasa lari pecut ialah : Trek larian Blok permulaan Kasut (spike) Pakaian sukan Guru mengarahkan pelajar untuk joging satu padang sebelum melakukan aktiviti pemanasan badan.

V.

Selepas tamat joging pelajar dikehendaki memanaskan badan dan diketuai oleh Nurul Hana binti Baharom.

VI. VII.

Ansur maju dilakukan untuk beberapa kali. Guru mengatakan bahawa terdapat dua teknik yang digunakan untuk memulakan larian iaitu :

Gaya berdiri

VIII. IX.

Gaya dekam Terdapat dua fasa dalam lari pecut iaitu : Fasa permulaan Fasa larian Guru memberi penerangan bagaimana memulakan larian tanpa blok permulaan dan larian dengan blok permulaan.

X. XI.

Pelajar dikehendaki mengikut apa yang diajar oleh guru. Guru mengingatkan bahawa minggu hadapan akan diadakan ujian kemahiran dan para pelajar dikehendaki bersedia.

XII. XIII.

Penyejukan badan. Refleksi.

Ulasan : Untuk mahir dalam teknik larian pecut ia harus dipelajari dan dipraktikkan secara berterusan.

MINGGU 12

Tarikh : 14 Oktober 2010 Hari : Khamis Tempat : Padang Masa : 5.00 ptg 7.00 ptg Aktiviti : I. Pelajar memanaskan badan dengan diketuai oleh Nurul Hana Binti Baharom. Dinamic Streaching telah digunakan untuk aktiviti pemanasan badan ini. II. Beberapa orang pelajar mengambil barang di stor. III. Seperti yang telah diberitahu oleh instruktor pada minggu lepas, hari ini akan diadakan ujian kemahiran. IV. Ujian ini adalah bertujuan untuk menilai tahap kefahaman kami tentang beberapa acara olahraga. V. Hari ini acara yang akan diuji adalah lari pecut dan lompat jauh.

MINGGU 13

Tarikh : Hari : Tempat : Masa : Aktiviti :

MINGGU 14

Tarikh : Hari : Tempat : Masa : Aktiviti :

Sejarah Lompat Kijang:


Bermula pada abad ke19 di Ireland. Kali pertama acara lompat kijang diperlihatkan adalah apabila pelompat melakukan dua kali lompatan dengan menggunakan sebelah kaki yang sama, sebelum melakukan lompatan seperti acara lompat jauh.Ini bermakna, acara lompat kijang ini adalah gabungan acara lompat jauh dengan lompatan seperti gaya seekor kijang.

Teknik - teknik Lompat Kijang


Perubahan dalam teknik lompatan telah dilakukan dari semasa ke semasa bagi memudahkan para peserta yang mengambil bahagian, iaitu daripada melakukan dua kali lonjakan (hop), yang kemudiannya diubah kepada satu lonjakan, dan diikuti dengan satu langkahan sebelum membuat lompatan. Kini, acara lompat kijang terus menggunakan teknik yang mula diperkenalkan sejak tahun 1940-an, dan terus kekal sehingga ke hari ini. Acara ini telah mula berkembang selepas tahun 1930-an di Jepun, Brazil, dan Kesatuan Soviet. Telah sekian lama acara ini dipelopori oleh atlet lelaki, namun sejak akhir-akhir ini acara ini telah dipertandingkan di kalangan atlet wanita. Malah dalam beberapa kejohanan peringkat kebangsaan negara Malaysia, Sukan Asia Tenggara turut memasukkan acara lompat kijang sebagai satu acara pertandingan.

Peralatan Dan Kelengkapan


Sebagai salah satu acara padang sukan olahraga ,lompat kijang mempunyai peralatan dan kawasan lompatan khusus yang menjadikan acara acara padang yang lain .Adalah menjadi tanggungjawab pihak penganjur untuk menyediakan semua kelengkapan ini sebelum pertandingan bermula. i. Lorong larian -lorong khas untuk peserta membuat larian sebelum melakukan lompatan hendaklah berukuran 1.22 meter lebar dan sekurang-kurangnya 40 meter panjang. Lorong ini boleh diperbuat daripada bitumen, tartan atau berumput sahaja. Lorong ini hendaklah bebas daripada sebarang bentuk gangguan atau halangan yang boleh mengganggu peserta ketika melompat. ii. Papan melonjak -papan melonjak yang digunakan sebagai permulaan dalam melakukan lompatan atau lonjakan, merupakan peralatan terpenting walaupun kecil dari segi saiz. -papan melonjak hendaklah bersaiz 1.22 meter panjang dan 20 sentimeter lebar dan diletakkan 13 meter dari hujung terdekat kawasan pendaratan secara melintang pada lorong larian .Pada bahagian hujung hadapannya dipasangkan penanda plastisin untuk mengesan tapak kasut peserta yang melakukan lonjakan batal dengan memijak penanda plastisin ini . Pegawai pertandingan akan mengibarkan bendera jika lonjakan dibatalkan. iii. Kawasan pendaratan -Kawasan khas disediakan sebagai tempat peserta membuat pendaratan selepas melakukan lompatan. Selain sebagai tempat mendarat ,kawasan ini juga dijadikan untuk mendapatkan jarak lompatan yang dibuat oleh setiap

peserta . -Kawasan ini hendaklah berukuran minimum 2.75 meter lebar dan sembilan meter panjang .Kawasan ini diisikan dengan pasir halus yang dilembapkan. -Setiap kali selepas seorang peserta membuat lompatan dan jarak diukur ,kawasan pendaratan akan diratakan bagi menghilangkan kesan pendaratan peserta sebelumnya . iv. Pita pengukur -Dalam acara lompat kijang ,jarak lompatan yang dibuat seseorang peserta ditentukan menerusi ukuran lompatan dengan menggunakan pita pengukur .Kini di sesetengah kejohanan antarabangsa ,pita pengukur secara manual digantikan dengan lebih mudah ,pantas dan tepat. Penggunaan peralatan elektronik ini daripada kemungkinan ukuran yang dibuat tidak tepat. v. Bendera Isyarat -Walaupun bendera isyarat bukanlah peralatan penting dalam lompat kijang, tetapi bendera diperlukan oleh pegawai pertandingan untuk memberikan isyarat semasa seseorang peserta melakukan lonjakan daripada papan melonjak hingga mendarat di kawasan pendaratan .Bendera berwarna putih digunakan untuk menyatakan lompatan bersih dan sah, manakala bendera berwarna merah untuk menyatakan lompatan yang batal.

Peraturan Dan Undang-Undang


Sebagai acara dalam sukan olahraga ,lompat kijang dijalankan mengikut aturan dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh IAAF .Ini bermakna semua peserta yang mengambil bahagian dalam acara ini tidak kira di peringkat mana sekalipun harus mematuhi undang-undang ini :-

Giliran atau susunan peserta yang membuat lompatan hendaklah ditentukan menerusi undian yang dibuat sebelum pertandingan bermula.

Kedudukan dalam menentukan pencapaian peserta harus ditentukan menerusi lompatan yang paling jauh daripada sejumlah lompatan yang dilakukannya.

Dalam sesuatu pertandingan lompat kijang ,jika terdapat lebih daripada lapan orang peserta yang mengambil bahagian ,setiap peserta diberikan tiga lompatan dan mana-mana peserta yang mempunyai lompatan terbaik dipilih ke pusingan akhir. Dalam pusingan ini mereka diberikan tiga lompatan lagi. Jika terdapat lebih daripada seorang yang mempunyai jarak yang sama dalam menentukan peserta kelapan terbaik, tiga lompatan

tambahan diberikan. Sekiranya jumlah peserta yang mengambil bahagian kurang daripada lapan orang, mereka diberikan enam lompatan setiap seorang. Peserta yang membuat lompatan paling jauh tanpa batal dikira pemenang. Peserta hendaklah membuat lonjakan daripada papan pelepas

menggunakan kaki yang sama dengan kaki yang mendarat untuk lonjakan kedua. Pada lompatan selepas lonjakan kedua, peserta hendaklah menggunakan kaki yang sebelah lagi untuk mendarat dan melonjak untuk lompatan sebenar. dikira batal. Peserta hendaklah membuat lompatan pada papan pelepas yang disediakan di lorong larian dan lompatan. Jika peserta membuat lompatan melepasi atau melebihi papan pelepas ,lompatan dikira batal. Jika peserta tidak mematuhi aturan ini lompatan

Ketika pertandingan berlangsung, peserta tidak dibenarkan menggunakan lorong lompat kijang untuk membuat lompatan percubaan atau latihan.

Ukuran jarak lompatan hendaklah dibuat pada titik sentuhan atau pendaratan paling dekat dengan garisan atau paling dekat dengan papan melonjak ,tanpa mengira sama ada titik itu diperoleh menerusi pendaratan kaki atau mana-mana anggota tubuh peserta.

Bagi memastikan supaya setiap lompatan diukur dengan betul dan tepat, permukaan pasir di kawasan pendaratan hendaklah sama aras dengan permukaan papan melonjak.

Peserta hendaklah membuat larian di dalam lorong yang telah disediakan. Peserta hendaklah membuat lompatan setelah isyarat diberikan oleh pegawai pertandingan.

Penggunaan sebarang alat bantuan tambahan peserta adalah dilarang , kecuali kasut atau spikes.

Kesalahan Peserta
Kaki peserta tersentuh tanah melebihi papan melonjak atau memijak dan menyentuh kawasan di luar pelepas. Peserta membuat ketiga-tiga lonjakan menggunakan kaki yang sama. Peserta membuat dua lonjakan pertama dengan kaki yang berlainan. Peserta menggunakan alat bantuan atau sokongan semasa membuat lompatan. Peserta mengambil masa terlalu lama melebihi masa yang dibenarkan untuk membuat lompatan.

SEJARAH Zaman galah buluh : Pada peringkat awal lompat bergalah, pelbagai bahan digunakan sebagai galah untuk lompatan. Apabila buluh digunakan untuk membuat lompatan, disebabkan buluh ringan dan mudah dibawa, peserta berjaya membuat lompatan yang lebih tinggi. Ini terbukti pada tahun 1883,apabila Hugh Baxter dari Amerika Syarikat berjaya membuat lompatan setinggi 3.65 meter atau 11 kaki menggunakan galah daripada buluh. Peserta Amerika Syarikat William Hoyt yang merupakan pemenang lompat bergalah dalam Sukan Olimpik pertama tahun 1896.menggunakan galah buluh juga, telah mencipta teknik lompatan baharu dengan menggerakkan tempat pegangan pada galah di bahagian bawahnya dan berdekatan dengan bahagian tingginya ketika galah dipacakkan ke tanah. Teknik ini telah diperbaiki oleh Raymond Clapp, sehingga peserta mampu melompat setinggi 3.62 meter yang merupakan rekod dunia ketika itu. Galah buluh telah mendapat sambutan dari seluruh dunia, pada peringkat awal abad ke-20. pada tahun 1920-an,pelompat galah daripada buluh yang boleh dilenturkan ketika melompat Untuk beberapa ketika, penggunaan buluh sebagai galah dalam lompat bergalah menyebabkan perlumbaan untuk mencapai ketinggian yang lebih, menjadijadi sehingga buluh digantikan dengan galah yang diperbuat daripada keluli pula.

Zaman galah daripada keluli : Dalam tahun-tahun selepas Perang Dunia. Kedua, galah daripada keluli diperkenalkan, iaitu galah yang diubah suai daripada penggunaan aluminium, yang diuji di Amerika Syarikat. Difahamkan, iaitu aluminium adalah ringan tetapi mudah patah. Oleh itu penggunaan keluli dapat mengelakkan galah menjadi mudah patah atau retak. Galah keluli walaupun agak berat sedikit, tetapi mudah dibengkokkan menjadikan penggunaannya amat sesuai untuk acara lompat bergalah ini. Lama kelamaan penggunaan galah keluli ini didapati kurang sesuai lagi, khususnya untuk peserta melakukan lompatan yang lebih tinggi. Ini menyebabkan para pengeluar dan pencipta galah berusaha untuk menghasilkan galah daripada bahan lain yang mungkin lebih baik. Maka terhasil pula galah yang dibuat daripada bahan yang lebih anjal yang sememangnya lebih sesuai untuk acara ini. Orang yang bertanggungjawab terhadap penciptaan barn ini ialah seorang jurutera Amerika, iaitu Richard Ganslen.

Zaman galah kaca gentian : Zaman galah daripada keluli berakhir menjelang tahun-tahun 1960-an, dengan penggunaan galah daripada kaca gentian secara lebih meluas ke seluruh dunia. Ini bermakna galah yang digunakan kini adalah galah tiruan yang diperbuat daripada adunan bahan yang menjadikannya lebih anjal dan tidak pula berat. Penggunaan galah baharu ini menyebabkan lompatan yang dibuat oleh kebanyakan peserta lebih tinggi dari semasa ke semasa.

Galah tiruan ini membolehkan peserta memegang dengan kemas tanpa menghasilkan tekanan dan kekuatan yang lebih. Kaedah melepasi palang lompat bergalah juga turut berubah. Hasil ciptaan yang dilakukan dari semasa ke semasa menjadikan wujud dua kaedah lompatan barn yang didapati amat sesuai dan digunakan hingga kini oleh kebanyakan peserta lompat bergalah. Kedua-dua kaedah itu ialah jack-knife clan fly- away. Dalam kaedah pertama, jack-knife, peserta dapat melonjakkan kedua-dua kakinya ke atas sambil menolakkan badannya melepasi palang, selalunya secara 'paksaan' menyebabkan kedudukan keseluruhan badannya menegak dengan kaki ke alas. Dalam kaedah kedua pula, peserta melakukan pergerakan badannya bersama galah dan melepaskannya dengan kuat sebaik sahaja dirinya melepasi palang. Pergerakan peserta dalam kaedah ini adalah lebih pantas, dan badannya melepasi palang pada kedudukan hampir mendatar Penggunaan galah jenis ini diteruskan hingga kini dengan pengubahsuaian dilakukan dari semasa ke semasa untuk mendapatkan galah terbaik bagi peserta dalam acara ini. Ketinggian lompatan terns meningkat clan mereka yang mengambil bahagian dalam acara ini turut meningkat sehingga menjadikan acara lompat bergalah sebagai acara olahraga yang menarik serta mendapat sambutan ramai, walaupun sukar bagi sesetengah orang.

LOMPAT BERGALAH KINI : Kini ternyata lompat bergalah merupakan salah satu acara olahraga yang diminati, khususnya dalam perjumpaan olahraga dunia. Lebih ramai pula peserta

olahraga yang melibatkan diri dalam acara ini. Semakin tinggi pula rekod yang dicipta, termasuk rekod dunia. Peserta dari Amerika Syarikat, Sweden, Perancis, Rusia dan China berlumba-lumba membuat lompatan lebih tinggi daripada yang lain. Lompatan mereka yang kini melepasi enam meter terus meningkat, dan berkemungkinan ada peserta yang mampu melompat setinggi tujuh meter pula. Di negara kita, acara ini kurang diminati malah sering tidak disenaraikan dalam kebanyakan perjumpaan olahraga, sama ada di peringkat daerah ataupun negeri. Selain merupakan acara khusus untuk lelaki, kurang pendedahan serta anggapan negatif terhadap acara ini adalah sebahagian daripada faktor atau penyebab acara ini kurang diminati. Kekurangan jurulatih juga turut menjadi alasan utama kurangnya penyertaan dalam acara ini di negara kita. Walaupun di peringkat Asia, keupayaan peserta negara kita masih jauh di-bandingkan dengan peserta terutamanya dari China, Korea dan Jepun. Bagaimanapun, di peringkat Asia Tenggara, peserta negara kita sering memenangi acara ini khususnya dalam Sukan SEA.

PERATURAN : Peserta-peserta boleh memilih tiang atau sangga dianjak ke arah kawasan mendarat supaya hujung palang yang berhampiran kepada atlet boleh diletakkan pada mana-mana tempat dari di atas hingga ke hujung belakang petak lonjak kepada satu tempat 80cm ke arah kawasan mendarat Peserta-peserta hendaklah memaklumkan kepada pegawai yang

bertanggungjawab sebelum pertandingan mengenai kedudukan tiang dan

sangga mengikut kemahuannya untuk lompatan pertama dan kedudukan ini hendaklah direkodkan. Sekiranya kemudian nanti peserta tersebut mahu diubah pula kedudukan yang dimintanya tadi, hendaklah dengan segera memaklumkan kepada pegawai yang bertanggungjawab, sebelum palang dan sangga tersebut diletakkan seperti permintaan asalnya. Kegagalan berbuat demikian akan memakan had masa membuat lompatannya .

Anda mungkin juga menyukai