Anda di halaman 1dari 3

Tajuk tugasan: Based on your research design, prepare a flow graph to show the relationships between the objective(s),

methodology(s) and the expected output(s). Analisis Jatuhan Langsung dan Pintasan Hujan di Hutan Dipterokap Tasik Chini, Pahang.

Jatuhan langsung dan pintasan air hujan merupakan salah satu daripada komponen yang saling berkaitan dalam membentuk satu kitaran hidrologi yang seimbang. Kedua-duanya hanya akan terjadi hasil daripada penurunan kerpasan ke permukaan bumi. Jatuhan langsung melalui air hujan berlaku apabila titisan air hujan jatuh mengenai permukaan bumi tanpa sebarang halangan khususnya di kawasan yang lapang dan tidak mempunyai halangan seperti ciri fisiografi tumbuhan. Pintasan air hujan pula menggambarkan tentang peranan tumbuhan di permukaan bumi yang bertindak menapis air hujan supaya tidak terus jatuh ke permukaan tanah. Tumbuhan akan memperlahankan jatuhan air hujan melalui daun, ranting, dahan dan batang pokok. Apabila jatuhan air hujan dapat diperlahankan, secara tidak langsung ianya akan memberi masa kepada tanah untuk proses susupan.

Justeru, fenomena jatuhan langsung dan pintasan air hujan adalah komponen penting dalam menghasilkan imbangan hidrologi kerana ianya menekankan tentang fungsi tumbuhtumbuhan dalam membantu kitaran hidrologi untuk terus berlaku. Secara tidak langsung, kajian ini menekankan tentang fungsi hutan sebagai komponen alam sekitar yang penting dalam mengekalkan keseimbangan hidrologi meliputi proses sejatan, sejat peluhan, pintasan dan jatuhan langsung, susupan air, larian air permukaan, hakisan, pembentukan ciri luahan sumber air dan lain-lain.

Analisis dilakukan di atas plot kajian bersaiz 100 meter x 100 meter yang berkedudukan pada garis lintang 324'40"U hingga 326'42"U dan 10252'18"T hingga 10255'54" T. Persampelan di kawasan terdedah dari litupan kanopi ini dijalankan dalam tiga musim yang berbeza iaitu sebelum musim hujan (Oktober), musim hujan (NovemberDisember) dan selepas musim hujan (Januari) tahun 2009 di hutan dipterokap Tasik Chini, Pahang.

Dalam melakukan analisis terhadap jatuhan langsung dan pintasan hujan yang terletak di hutan Dipterokap, Tasik Chini Pahang, terdapat beberapa objektif yang ingin dicapai. Objektif adalah penting sebagai garis panduan yang akan dipegang oleh pengkaji dalam menjalankan kajian ini kelak supaya bersesuaian dengan kajian yang ingin melihat peranan hutan dalam mempengaruhi proses imbangan hidrologi dalam skala mikro. Antara objektif yang ingin dicapai oleh pengkaji dalam melakukan kajian ini adalah: i) Mengkaji ciri fisiografi pokok yang dijadikan sampel untuk melakukan analisis jatuhan langsung dan pintasan hujan di plot kajian. ii) iii) Mengukur kadar jatuhan langsung dan pintasan hujan yang berlaku di plot kajian. Mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi berlakunya jatuhan langsung dan pintasan hujan, serta kaitannya dengan imbangan air tempatan.

Data yang digunakan dalam analisis jatuhan langsung dan pintasan hujan ini melibatkan data primer dan juga data sekunder. Data primer diperolehi melalui kerjakerja pengukuran jumlah air hujan yang turun sebagai jatuhan langsung dan yang dipintas oleh tumbuh-tumbuhan. Data sekunder yang digunakan pula melibatkan aktiviti kajian perpustakaan yang dilakukan untuk menambahkan lagi pemahaman pengkaji tentang jatuhan langsung dan pintasan air hujan.

Secara keseluruhannya, penekanan yang diberikan oleh pengkaji dalam kajian ini adalah untuk melihat perhubungan antara nilai pinttasan yang dicatatkan berbanding jumlah hujan yang turun di atas plot kajian. Formula yang digunakan untuk menentukan nilai pintasan di plot kajian adalah seperti rumus [1]. I = R (Sf + Tf) iaitu; I = merupakan pintasan R = hujan yang turun terus Sf = aliran batang Tf = jatuhan langsung ................[1]

Manakala bagi jangkaan yang diharapkan dari pengkaji tentang penyelidikan ini ialah wujudnya hubungan antara ciri fisiografi tumbuhan dan jumlah hujan dengan jumlah pintasan yang dilakukan oleh tumbuh-tumbuhan di plot pintasan. Rajah 1.1
30 20 10

pintasan (mm)

0 -10 -20 -30 -40 -50 jumlah hujan (mm) y = -0.6796x + 6.8548 R = 0.5717 0 20 40 60 80 Pintasan (mm)

Rajah 1.1: Perhubungan antara jumlah hujan dan pintasan bulan Disember 2009 (sumber:kerja lapangan, 2009). Bulan Disember 2009 merupakan bulan yang mencatatkan hubungan perilaku antara hujan kasar dengan pintasan yang tinggi dengan nilai signifikan 0.571 (r2) berbanding dengan bulan yang lain sepanjang tempoh kajian. Perbezaan diantara nilai signifikan perilaku hujan dan pintasan berlaku disebabkan faktor utamanya iaitu perbezaan jumlah curahan hujan yang diterima bagi setiap bulan sepanjang tempoh kajian. Hal ini berlaku kerana semakin tinggi jumlah curahan hujan yang diterima, maka semakin tinggi juga nilai pintasan yang boleh dilakukan oleh tumbuhan di sesebuah kawasan. Disamping itu, ciri fisiografi tumbuhan turut memainkan peranan penting dalam menentukan nilai pintasan. Antaranya meliputi saiz kanopi, tekstur kulit pokok, diameter batang pokok dan ketinggian pokok.

Secara kesimpulannya, penyelidikan ini adalah bertepatan dengan pencapaian sasaran objektif yang cuba dicapai oleh pengkaji melalui metodologi pemungutan data yang betul di kawasan kajian. Hasil kajian yang dijangka juga adalah bertepatan dengan objektif yang ingin dicapai iaitu untuk menunjukkan faktor yang mempengaruhi perilaku pintasan hujan iaitu jumlah curahan hujan dan ciri fisiografi tumbuhan di plot pintasan.

Anda mungkin juga menyukai