Anda di halaman 1dari 2

ABSTRAK

Terdapat pelbagai aktiviti dalam proses perkembangan kurikulum, maka perlu adanya pengawalan seperti mengawal perkembangan, menyelaraskan aktiviti dan tugas-tugas lain yang perlu diurus supaya pembentukan tersebut menjadi lebih sempurna. Pengurusan ialah aktiviti yang dilakukan untuk menentukan langkah-langkah kejayaan mengenai sesuatu projek untuk membolehkan pencapaian yang maksimum terhadap objektif projek tersebut (Razali Arof, 1991). Kurikulum adalah pengalaman pembelajaran dan hasil pembelajaran yang dirancang dan dibimbing( Tanner dan Tanner, 1975). Oleh itu, pengurusan kurikulum boleh ditakrifkan sebagai aktiviti yang dilakukan bagi menentukan langkah-langkah kejayaan dan aktiviti yang diambil sama ada membentuk, menyebar, menilai atau mempengaruhi kurikulum supaya objektif dan matlamat yang ditentukan tercapai pada tahap yang maksimum dan sepenuhnya. Terdapat empat elemen pengurusan iaitu membuat keputusan, menyelesaikan masalah, hubungan manusia dan komunikasi. Proses perancangan juga terdapat empat iaitu merancang (planning), mengellola (organising), mengarah (directing) dan mengawal (controlling). Konsep pengurusan kurikulum juga terdapat empat iaitu konsep pemastian dan penentuan, konsep melantik, membentuk dan menyipan, konsep pengawalan dan konsep kordinasi. Setiap tindakan yang dilakukan akan dinilai. Oleh itu, proses penilaian akan dilakukan. Penilaian ialah suatu proses untuk membuat keputusan mengenai keberkesanan sesuatu program atau aktiviti. Rensis dan rakanrakannya di Universiti Michingan telah membentuk suatu model keberkesanan pengurusan yang mempunyai empat peringkat iaitu peringkat pertama di mana pengurus-pengurus membuat sendiri semua keputusan tentang hal-hal kerja mengarah stafnya untuk menurut perintah. Manakala pengurusan bercorak sistem dua pula pengurus masih juga mengeluarkan arahan-arahan tetapi pekerja diberi kebebasan untuk memberi komitmen tentang perintah-perintah tersebut. Pengurusan bercorak sistem tiga pula memastikan pengurus menubuhkan gol-gol dan arahan-arahan am setelah berunding dan berbincang terdahulu dengan para pekerja bawahan. Yang terakhir pula ialah pengurusan becorak sisitem impat iaitu pengurus-pengurus sistem ini menanam keyakinan dan kepercayaan yang penuh kepada staf mereka dalam segala

hal serta dapat menggunakan idea dan pendapat yang dikemukan oleh mereka. Terdapat tiga pendekatan yang diambil konsep pengurusan iaitu Laiissez Faire, Autokratik dan Demokratik. Pengurusan kurikulum di sekolah dipimpin dan diurus oleh guru besar atau pengetua. Peranan mereka adalah sebagai pemimpin kurikulum, pemantau kurikulum dan penilai kurikulum. Peranan guru sebagai pengurus kurikulum pula adalah menganalisis kurikulum, menentukan keperluan perlaksanaan,

perancangan pengajaran, perlaksaan pengajaran dan pembelajaran, penilaian dan kajian semula dan tindakan susulan.

Anda mungkin juga menyukai