Anda di halaman 1dari 5

Soalan Tatabahasa 1. Juara bola jarring dari negeri Perak ______________ piala yang dimenangi oleh mereka. A.

menjunjung B. merangkul C. menjulang D. menatang

2. Dalam perjalanan pulang dari padang, Amri ternampak pokok tumbang _________ jalan. A. menyusuri B. merintangi C. melintasi D. merentasi

3. Kamu pergilah dahulu. Sebentar lagi saya akan ______________. Kata Ali kepada Borhan. A. mengikuti B. mengejar C. menyusul D. mengekori

4. Persatuan Bahasa Melayu sekolah telah ditubuhkan pada bulan lepas. Perkataan berlawan bagi ditubuhkan ialah A. dimansuhkan B. dibatalkan C. ditutupkan D. dibubarkan

5. Para pelancong itu amat tertarik oleh kehalusan kain songket ___________ Terengganu. A. jahitan B. sulaman C. tenunan D. anyaman

6. Zamani ________ saku seluarnya untuk mencari kunci keretanya. A. mengopek-ngopek B. meraba-raba C. meramas-ramas D. membelek-belek

7. Sementara menunggu pintu pagar dibuka, penonton __________ di luar stadium. A. lalu-lalang B. bolak-balik C. mundar-mandir D. Simpang-siur

8. Mengapakah tuan puteri bersedih? Katakanlah kepada _______, kata Dayang Suri kepada Tuan Puteri Mayang Sari. A. tuan hamba B. hamba C. patik D. beta

9. _________ Majlis Perasmian Sukan Sekolah Kebangsaan Seri Kota itu mengumumkan ketibaan tetamu khas yang hadir. A. Jurucakap B. Juruhebah C. Jurubahasa D. Juruacara

10. Kerja-kerja pembersihan banjir kilat itu diteruskan __________ hari hujan. A. hingga B. sekiranya C. walaupun D. sementara

11. _________ ambil buku saya di atas meja itu, kata Puan Jamilah kepada Ahmad. A. Sila B. Harap C. Tolong D. Minta

12. Mengapakah ramai pesalah trafik menyerbu kaunter pembayaran dib alai polis. Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di atas. A. Mereka berminat untuk menganggotai pasukan polis B. Mereka hendak membayar saman kesalah trafik C. Pesalah telah membayar denda secara beramai-ramai.

13. Guru menasihati murid-muris supaya mengamalkan gaya hidup yang sihat. Pilih ayat Tanya yang ssuai bagi ayat di atas. A. Mengapakah guru menasihati murid-muridnya? B. Apakah nasihat guru kepada murid-muridnya? C. Bagaimanakah cara mengamalkan gaya hidup sihat? D. Siapakah yang perlu mengamalkan gaya hidup sihat?

14. Pilih ayat-ayat yang betul. I. II. III. IV. Dari pagi ke petang dia tidak balik ke rumah. Ceramah tentang kem motivasi itu disukai oleh murid-murid. Pak Seman membajak sawah dengan menggunakan traktor. Mereka telah sampai petang ini.

A. I dan II sahaja B. II dan III sahaja C. II, III dan IV sahaja D. I, II, III dan IV

15. I. Berbagai projek telah dilaksanakan untuk membangunkan kawasan tersebut. II. III. IV. Adnan merasa pilu sekali mendengar cerita sedih itu. Tiang elektrik itu tumbang lalu menghempap rumah. Kucing peliharaannya sangat jinak.

A. I dan II saja B. II dan III saja C. III dan IV saja D. II, III, dan IV saja