Anda di halaman 1dari 9

LAPORAN PERKHEMAHAN MUSIM BUAH INTEGRASI

UNIT BERUNIFORM 2008 PADA 1, 2, & 3 OGOS 2008

DI DESA SELESA RESORT, HULU BERNAM

Pendahuluan

Seramai 67 peserta telah terlibat dalam perkhemahan tersebut yang terdiri daripada 47

orang perempuan dan 20 orang lelaki serta 5 orang pelajar sukarela selaku pembantu

urusetia.

Jumaat (1 Ogos 2008)

Pendaftaran bermula jam 2.30 petang di kantin, SMK Kuala Kubu Bharu. Taklimat telah

disampaikan oleh Kem Komandan, Cikgu Suhaini bin Samsudin. Peserta diberikan tanda

nama dan tanda nama tersebut hendaklah dikalungkan di leher sepanjang perkhemahan.

Peserta dibahagikan kepada kumpulan khemah dan diingatkan semula ahli setiap

kumpulan.

3.30 petang – Semua peserta diangkut menggunakan trak dan van polis diiringi oleh 4

buah kereta guru.

4.30 petang – Semua peserta tiba di tapak perkhemahan Desa Selesa Resort. Mereka

dijamu dengan minum petang dan disambut oleh jawatankuasa khemah serta aktiviti.

1
Taklimat mendirikan khemah diberikan oleh jawatankuasa bertugas. Sekali lagi taklimat

keselamatan dan perjalanan perkhemahan diperjelaskan kepada semua peserta. Peserta

Muslim mendirikan Solat Asar berjemaah sementara bukan muslim beredar mencari

lokasi tapak khemah.

5.30 petang – Para peserta mula mendirikan khemah masing-masing dan dibahagikan

kepada dua zon iaitu Zon A untuk Tapak Perkhemahan Lelaki dan Zon B bagi Tapak

Perkhemahan Perempuan. Aktiviti mendirikan khemah berjalan dengan baik dengan

bantuan pembantu urusetia dan guru. Cuaca juga cukup baik, redup dan berangin.

7.00 malam – Semua peserta makan malam dalam kumpulan yang telah ditetapkan.

Pelajar Muslim beredar ke surau dan bukan muslim di dataran terbuka untuk mengikuti

kuliah kerohanian yang disampaikan oleh Cikgu Wesley (Guru Pelatih UPSI). Solat

Maghrib dan Isyak berjemaah dan kuliah Maghrib disampaikan oleh Ustaz Muhamad

Basthami Abdullah bertajuk “Peranan Diri Menjadi Pemimpin Terpimpin”.

9.30 malam – Aktiviti dijalankan di dalam dewan besar. Peserta berkumpul mengikut

kumpulan dan setiap kumpulan dikehendaki menamakan kumpulan masing-masing

sempena dengan nama buah-buahan tempatan. Kumpulan tersebut ialah Kumpulan

Pulasan, Kumpulan Limau Bali, Kumpulan Delima, Kumpulan Naga, Kumpulan Cermai

dan Kumpulan Mengkudu.

2
Setiap kumpulan telah melantik seorang ketua dan seorang penolong ketua. Mereka telah

membentangkan hasil kerja kumpulan dengan baik. Setiap kumpulan diminta

memberikan nama kumpulan, rasional memilih kumpulan tersebut, melakar bendera

kumpulan dan sorakan identiti kumpulan. Setiap kumpulan diberi masa 10 minit untuk

membentangkan hasil kerja kumpulan dan kumpulan lain boleh menyoal kumpulan

tersebut. Aktiviti berjalan dengan harmoni dan menyeronokkan. Aktiviti dikelolakan

dengan baik oleh Ketua Aktiviti Cikgu Rosli Sulaiman dan dibantu oleh fasilitator serta

pembantu urusetia.

Akhir sesi, Cikgu Rosli Sulaiman memberikan kesimpulan dan memuji penglibatan

semua. Tujuan aktiviti dijalankan untuk memberi peluang kepada semua peserta berfikir

secara rasional dan matang serta berupaya menjawab semua pertanyaan. Ini dapat melatih

diri menjadi pemimpin yang berani dan bijak menangani isu semasa.

Sesi berakhir jam 11.00 malam.

Peserta dibenarkan untuk minum malam yang disediakan oleh AJK Makanan.

11.20 malam – Aktiviti berkumpulan diteruskan oleh AJK Aktiviti yang diketuai oleh

Cikgu Shakiran (Pelatih UPSI). Aktiviti dinamakan Ikatan Kasih Integrasi di mana

peserta akan diikat hujung ibu jari masing-masing. Setiap kumpulan diminta

merungkaikan ikatan tersebut walau apa cara sekali pun asalkan tali tidak putus atau

tercabut. Akhirnya mereka akan mengetahui pasangan masing-massing setelah kedua-dua

3
punca tali berjaya dileraikan. Aktiviti tersebut begitu menyeronokkan dan membuka

minda peserta agar kreatif dan berfikir dalam kumpulan menyelesaikan masalah. Aktiviti

ditamatkan dengan rumusan jam 12.30 malam.

HARI KEDUA

SABTU 2 OGOS 2008

5.30 pagi – Peserta Muslim dikejutkan untuk membersih diri dan solat Subuh berjemaah

dan diimamkan oleh Ustaz Muhamad Basthami Abdullah, manakala pelajar bukan

Muslim diminta mengemas khemah dan membersih diri. Selepas Solat Subuh berjemaah

telah diadakan tazkirah bagi senaman minda di pagi hari.

7.30 pagi – Malaysia Cergas dikelolakan oleh AJK Aktiviti. Aktiviti senaman pagi

berjalan baik dengan bantuan radio dan peserta nampak gembira sambil bersenamrobik.

Satu aktiviti yang menyihatkan dan menghiburkan. Peserta dinasihatkan untuk sarapan

pagi selepas itu. Menu pada pagi itu adalah nasi lemak telur goreng.

9.30 pagi – Aktiviti seterusnya menggunakan sistem stesen. Setiap kumpulan akan

bergerak dari satu stesen ke stesen yang lain untuk menjalankan aktiviti. Stesen pertama

ialah Belajar Pertolongan Cemas, Stesen Kedua, Belajar Asas-asas Ikatan, Stesen Ketiga,

Larian Berhalangan, Stesen Keempat Permainan Deria, Stesen Kelima Uji Minda dan

Stesen Keenam ialah Masak Cara Hutan menggunakan buluh.

4
Pertandingan masak nasi dan telur dalam buluh telah diadakan dengan bimbingan Cikgu

Morsaling Muhd Tang. Peserta dikehendaki melakukan aktiviti tersebut secara

berkumpulan dan markah akan diambil dari segi cara memasak, hasil masakan dan hiasan

cara hutan.

1.00 tengah hari – Peserta perkhemahan berehat sambil makan tengah hari yang telah

disediakan oleh AJK Makanan. Setiap peserta dikehendaki menjaga sendiri pinggan dan

gelas yang diberi dan hendaklah membasuhnya sendiri setelah digunakan.

Solat Zohor berjemaah dan persiapan diri.

2.30 petang – Aktiviti Kembara Dusun sambil menikmati keindahan dusun buah-buahan.

Aktiviti dijalankan secara berkumpulan dan diketuai oleh Cikgu Azzizuddin dengan

bantuan 5 orang penolong urusetia dan 2 orang penduduk kampung selaku juru pandu.

Setiap peserta diminta membawa telur ayam mentah dan diamanahkan supaya menjaga

telur tersebut seperti menjaga nyawa sendiri. Ini dapat melatih peserta supaya

bertanggung jawab dan beramanah. Perjalanan memakan masa 3 jam dan kesukaran yang

dihadapi ialah menyusur paya dan menyusuri dusun buah-buahan yang sedang bermusim.

Aktiviti turut disertai oleh Kem Komandan iaitu Cikgu Suhaini Samsudin. Aktiviti

berjalan dengan baik dan peserta juga diajar teknik mengapungkan diri di dalam air dan

teknik menyusuri air dengan badan terapung secara selamat. Sepanjang perjalanan

peserta telah diajar jenis-jenis flora dan fauna yang terdapat di sepanjang kembara.

Semua peserta basah kuyup dan ada yang merupakan kali pertama berpengalaman

5
menyusur sungai. Alhamdulillah, aras sungai selamat untuk menjalankan aktiviti dan

jurulatih yang mengikuti program tersebut juga berkemahiran tinggi dan mempunyai sijil

tauliah aktiviti air. Aktiviti berakhir agak lewat daripada jangkaan iaitu jam 6.00 petang.

Peserta dikehendaki terus minum petang dan dikerahkan ke surau untuk Solat

Asar berjemaah manakala yang tidak berkenaan bersedia untuk aktiviti seterusnya.

Aktiviti riadah petang atau dinamakan ‘Gedik Sore’ terpaksa dibatalkan kerana

kesuntukan masa.

7.20 malam – Pelajar muslim berjemaah Maghrib dan imami oleh Ustaz Suhairudin

Ibrahim (pelatih UPSI). Manakala pelajar bukan Muslim dikehendaki menghadiri kuliah

kerohanian oleh Cikgu Mohan.

Ceramah Israk Mikraj disampaikan oleh Tn. Hj. Rohaizad, Penolong Kanan SMK Kuala

Kubu Bharu. Ceramah turut dihadiri oleh Cikgu Suhaini Samsudin, Cikgu Norhayati

Kamarudin, Cikgu Rosli Sulaiman dan Cikgu Ahmad Fauzi. Selepas mendengar ceramah,

solat Isyak berjemaah diimamkan oleh Ustaz Suhairudin Ibrahim.

9.00 malam – Makan malam dan ‘barbeque’.

10.00 malam - Persembahan Kumpulan. Setiap kumpulan telah diberi tugas awal untuk

melakukan persembahan kumpulan. Persembahan dikelolakan oleh Cikgu Alimi (Pelatih

6
UPSI) dan Muhamad Haqim selaku pengacara. Acara diselang-selikan dengan permainan

dan nyanian oleh Kem Komandan Cikgu Suhaini Samsudin. Setiap Kumpulan diberi

masa 7 minit untuk membuat persembahan. Aktiviti berjalan dengan lancar dan

menghiburkan. Persembahan tersebut memberi peluang peserta berinteraksi sesama

mereka dalam kumpulan dan berfikir untuk melakukan yang terbaik dalam masa yang

singkat. Pelajar lebih berani untuk berkomunikasi. Aktiviti berakhir jam 12.00 malam.

Peserta terus tidur di khemah masing-masing kerana terlalu kepenatan. Aktiviti malam

juga dibatalkan kerana kesuntukan masa.

HARI KETIGA

Ahad 3 Ogos 2008

5.30 pagi – Solat Subuh berjemaah.

7.30 pagi – Senaman pagi.

8.00 pagi – Sarapan pagi menu nasi goreng dan ayam goreng.

Peserta diberi taklimat akhir sebelum mengemas khemah. Taklimat diberikan oleh Kem

Komandan. Semua peserta dikehendaki melakukan gotong-royong membersihkan

kawasan perkhemahan mengikut zon yang telah ditetapkan.

7
Aktiviti melipat khemah dan mengumpul khemah. Semua peserta perkhemahan

dikehendaki memakai pakaian uniform lengkap untuk acara penutup dan penyampaian

sijil dan hadiah.

9.00 pagi – Aktiviti penutup dan penyampaian sijil dan hadiah kepada pemenang telah

disempurnakan oleh Tn. Hj. Rohaizad bin Mokhtar, Penolong Kanan dan En. Zulkornain

Zainuddin, Penolong kanan Kokurikulum.

Keputusan pertandingan seperti berikut :

Bil KATEGORI PEMENANG


1 Kumpulan Terbaik Mengkudu
2 Kumpulan Paling Berdisiplin Limau Bali
3 Kumpulan paling Ceria Buah Naga
4 Kumpulan Persembahan Terbaik Pulasan
5 Kumpulan Paling Bekerjasama Cermai
6 Kumpulan Paling Kemas Delima
7 Terbaik Masakan Cara Hutan Mengkudu
8 Peserta Lelaki Terbaik Eugene Lu Cheng
9 Peserta Perempuan Terbaik Umi Nuraini binti Mohd. Yusof

10.00 pagi – Peserta dihantar ke sekolah untuk pulang ke rumah dengan menggunakan

dua buah van polis yang berulang-alik sebanyak dua kali. Ustazah Shamsiah dan Cikgu

Roslah Makh Hassan menunggu pelajar untuk urusan pemulangan peralatan

perkhemahan di sekolah. Terdapat juga ibu bapa yang menjemput sendiri anak mereka

pulang dari kem perkhemahan.

Penutup

8
Perkhemahan Musim Buah, Integrasi Unit Beruniform berjalan dengan lancar. Bebarapa

aktiviti tidak dapat dijalankan kerana kekangan masa. Kita hanya mampu merancang

tetapi Allah jua yang menentukannya. Seorang pelajar bernama Arifaton Aqidah telah

dikejarkan ke Klinik Kerajaan Tg. Malim kerana keletihan oleh Cikgu Faridah Abdul

Razak dan suami diiringi oleh Cikgu Norhayati Kamarudin tetapi kembali semula ke kem

selepas menerima rawatan. Beliau telah direhatkan di chalet petugas wanita. Namun

keseluruhannya objektif perkhemahan tercapai dan diharapkan aktiviti seperti ini dapat

diteruskan demi manfaat pelajar itu sendiri. Perkhemahan tersebut berjaya kerana

kerjasama semua pihak termasuk pengusaha kem yang senang dipanggil ‘Kak Normah’.

Terima kasih.

Dilaporkan oleh, Tarikh : 4 OGOS 2008

…………………………….
(SUHAINI BIN SAMSUDIN)
Kem Komandan,
Perkhemahan Musim Buah Integrassi Unit Beruniform 2008.