Anda di halaman 1dari 3

PAKEJ 4 HARI 3 MALAM JAKARTA-BANDUNG

PAKEJ PELANCONGAN JAKARTA BANDUNG

Tarikh Bilangan peserta

: 4-7 Jun 2011 : terhad 30 orang sahaja

Kepada yang berminat diminta menghantar nama dan no kad pengenalan secepat mungkin untuk tujuan membeli tiket Airasia. Harga tiket sepertimana yang semua maklum akan berubah-ubah. Buat masa ini harga tiket pada tarikh tersebut adalah dalam lingkungan RM 440- RM 500. Duit tiket perlu dibayar selepas tiket dibeli. Bayaran untuk pakej sebanyak RM 850 hanya dibayar pada tarikh penerbangan. Jadi para peserta mempunyai masa untuk mengumpul duit. Bayaran pakej RM 850 itu adalah untuk kemudahan-kemudahan yang pihak kami sediakan di Jakarta Bandung nanti. Kemudahankemudahan itu termasuk: 1. Hotel bertaraf 3 atau 4 bintang di Jakarta Bandung bilik kongsi berdua.. 2. Makan dan minum sepanjang lawatan di restoren baik yang terpilih 3. Pengangkutan berhawa dingin sepanjang lawatan. 4. Bayaran pemandu pelancong. 5. Bayaran tiket masuk ke tempat-temapat yang dikenakan bayaran.

HOTEL DI BANDUNG - SUKAJADI HOTEL (3 STAR) atau setaraf dengannya HOTEL DI JAKARTA - GRAND CEMPAKA (4 STAR) atau setaraf dengannya

TENTATIF PROGRAM LAWATAN:


HARI PERTAMA:

Bertolak ke Jakarta jam 5.10 petang dan dijangka sampai di Jakarta jam 6.40 petang waktu Jakarta. Menaiki bas terus ke Bandung dan dijangka sampai di Sukajadi Hotel, Bandung jam 10.00 malam
HARI KEDUA:

Selepas sarapan ke Factory Outlet Dago, Toko Tiga (Butik jeans berjenama), Cibaduyut (tempat barangan kulit), Rumah Batik dan Rumah Tas. Malam ke Paris Van Java. B/L/D
HARI KETIGA:

Selepas sarapan terus check-out dari Hotel Sukajadi dan ke Pusat Peranginan Tangkuban Perahu, Pasar Baru, Rumah Mode. Petang bertolak ke Jakarta dan check-in di Hotel Grand Cempaka. B/L/D
HARI KEEMPAT:

Selepas sarapan terus check-out dan ke MONAS (monument Nasional), Masjid Istiklaf (masjid terbesar di Indonesia yang boleh memuatkan seramai 10,000 orang) dan ke Mangga Dua. Tengahari selepas makan ke Lapangan Terbang Soekarno Hatta untuk pulang ke Kota Kinabalu. Penerbangan dari Jakarta jam 7.10 petang dan dijangka sampai di Kota Kinabalu jam 10.30 malam.
Catatan: 1. Program di atas adalah tentatif dan boleh berubah mengikut kesesuaian masa dan keadaan di Bandung dan Jakarta. 2. B/L/D = Breakfast/Lunch/Dinner 3. Pihak kami memohon kerjasama dari semua peserta untuk menepati masa yang diperuntukkan bagi setiap tempat yang dilawati untuk mengelakkan teman-teman menunggu lama di dalam bas dan mengganggu program lawatan ke tempat yang dijadualkan.

SELAMAT BEREHAT DAN MEMBELI BELAH!!!

Anda mungkin juga menyukai