AKAUNTABILITI
Mengikut Kamus Dwibahasa , perkataan akauntabiliti di huraikan sebagai bertangungjawab kepada seseorang atau bertanggungjawab terhadap sesuatu. Menurut Tan Sri Ahmad Sarji , konsep akauntabiliti adalah satu obligasi (sesuatu yang mesti dilaksanakan/kewajiban) untuk memberikan jawapan dan penjelasan mengenai sesuatu tindakan dan prestasi kepada mereka yang berhak untuk mendapat jawapan dan penjelasan tersebut . Akauntabiliti juga adalah mengenai displin dan keperluan untuk memberikan justifikasi dan menerima kebertanggungjawaban terhadap sesuatu keputusan yang telah diambil. http://ptk44.blogspot.com/2009/05/etika-profesion keguruan.html
AKAUNTABILITI KEGURUAN
Akauntabiliti keguruan bermakna tanggungjawab yang harus difahami dan dilaksanakan oleh seseorang guru. Akauntabiliti keguruan juga membawa maksud berkenaan dengan tanggungjawab guru terhadap profesionalisme keguruan. Akauntabiliti atau tanggungjawab seorang guru yang dimaksudkan di atas merangkumi akauntabiliti guru terhadap pelajar , diri guru itu sendiri, sekolah, masyarakat dan negara , dan profesion keguruan amnya. http://ptk44.blogspot.com/2009/05/etika-profesion keguruan.html
Sekolah
Profesion
Diri/ Perlakuan
Akantabiliti Keguruan
Masyarakat
Pelajar
Melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan melalui pembacaan yang luas. Ini termasuklah membaca buku ilmiah selain membaca buku teks. Menjadi seorang 'role model' yang baik dalam masyarakat setempat. Mengurus kewangan sendiri dengan bijaksana supaya pendapatannya adalah seibang dengan perbelanjaan harian. Mengamalkan nilai-nilai murni seperti ketatasusilaan, belas kasihan, kejujuran dan keikhlasan, kecekapan, pertimbangan. memelihara penampilan diri. Melibatkan diri dalam hobi aktiviti berfaedah pada masa lapang.
mengawal emosi ketika mengajar supaya membawa ketenangan dan ketenteraman jiwa. Menjaga kesihatan badan diri supaya dapat menjalankan tugas dengan sempurna. Menjadi seorang yang berpengetahuan dan peka terhadap peristiwa-peristiwa yang berlaku di sekeliling melalui suratkhabar, radio dan television serta internet. Melibatkan diri dalam sesuatu hobi atau aktiviti yang bermanfaat dengan tujuan mengisi masa lapang secara berfaedah
KESIMPULAN
Akauntabiliti guru terhadap diri / perlakuan merupakan sikap kebertanggungjawaban seseorang guru untuk meningkatkan kemajuan diri sendiri demi meningkatkan martabat profesion yang diceburinya. Penghayatan akauntabiliti haruslah di hayati sepenuhnya kerana akan dapat meningkatkan tahap profesionalisme keguruan. Ini kerana penghayatan tersebut membolehkan semua guru dapat menjalankan tanggungjawab dan tugastugasnya dengan penuh komited dan dedikasi
RUJUKAN
http://ptk44.blogspot.com/2009/05/etika-profesionkeguruan.html http://www.slideshare.net/arthurjeo/3-guru-sebagaisatu-profesion http://www.cikgublog.com/sikap-dan-akauntabilitiguru/ http://byronky.wordpress.com/2009/04/13/5-ciriakauntabiliti-guru/