Anda di halaman 1dari 47

Sistem Pendidikan Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran Di Malaysia _______________________________________________________________________________________________ _

BAB 1

SISTEM PENDIDIKAN KANAK-KANAK BERMASALAH PENDENGARAN

1.0

Pengenalan

Falsafah Pendidikan Khas mempunyai matlamat yang sama dengan Falsafah Pendidikan Negara, iaitu menyediakan perkembangan optimum kanak-kanak dengan keperluankeperluan pendidikan khas amnya kanak-kanak bermasalah pendengaran agar dapat berfungsi sebagai individu yang berkemahiran, berdikari, berhaluan, boleh merancang, mengurus kehidupan sendiri, boleh menyedari potensi sendiri dan boleh menyesuaikan diri dalam masyarakat. Menurut Pensyarah Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Faridah Serajul Haq, berkata isu penting adalah setakat mana pendidikan dan perkhidmatan khas memberi peluang pelajar bermasalah pendengaran mendapat peluang pekerjaan, latihan vokasional dan juga melanjutkan pelajaran. Pendidikan adalah proses pembelajaran dan pengubahsuaian yang diakibatkan oleh sistem sekolah dan pengalaman lain yang berkaitan manakala sistem pendidikan kanak-kanak bermasalah pendengaran pula dalam pengajaran yang direkacipta untuk pelajar yang mempunyai ciri-ciri keperluan pembelajaran yang unik. Kewujudan sistem pendidikan kanak-kanak bermasalah
_______________________________________________________________________________________________ 1 _Kanak-Kanak Dengan Keperluan Khas (KAP 3013)

Sistem Pendidikan Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran Di Malaysia _______________________________________________________________________________________________ _

pendengaran membuktikan masyarakat mengakui wujudnya sekumpulan ahlinya yang memerlukan pengubahsuaian dan bantuan khas untuk belajar. Justeru itu, pendidikan bagi murid-murid dengan keperluan bermasalah pendengaran adalah sebahagian daripada perancangan dan pelaksanaan sistem pendidikan negara. Menurut Jamila K.A. Mohamed (2006) murid-murid ini diberi pendidikan menggunakan kurikulum yang sama dengan murid-murid normal dan pengubahsuaian kurikulum dibuat di mana perlu di dalam kelas dan disokong dengan pendekatan pengajaran dan pembelajaran supaya murid-murid ini mampu memperolehi pencapaian yang optimum. Murid pendidikan khas bagi masalah pendengaran ini menjalankan aktiviti yang telah diubahsuai kandungan kurikulum di mana, aspek yang berkaitan dengan penggunaan bahasa lisan diubahsuai kepada penggunaan komunikasi keseluruhan yang menggabungkan lisan, isyarat, gerak badan dan mimik muka. Program yang dijalankan oleh Jabatan Pendidikan Khas di Malaysia adalah berdasarkan kepada Akta Pembelajaran 1961 yang kemudiannya disemak dan digantikan dengan Akta Pendidikan 1996. Melalui program ini, murid-murid bermasalah pendengaran dilatih dari segi pertuturan dan belajar subjek-subjek yang dipelajari oleh murid biasa dengan menggunakan komunikasi seluruh termasuk bahasa isyarat. Program ini disediakan iaitu sekolah khas dan di sekolah biasa ( integrasi). Sistem pendidikan khas telah mengambil beberapa pendekatan awal untuk murid-murid sebelum masuk ke alam persekoahan. Apa yang kita ketahui, masalah pendengaran adalah kecacatan yang tersembunyi kerana keadaannya yang tidak ketara. Pengesanan awal bagi murid-murid bermasalah pendengaran adalah penting untuk mengelakkan timbulnya pelbagai kesan sampingan seperti masalah emosi, social dan

_______________________________________________________________________________________________ 2 _Kanak-Kanak Dengan Keperluan Khas (KAP 3013)

Sistem Pendidikan Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran Di Malaysia _______________________________________________________________________________________________ _

kognitif yang akan mengakibatkan murid-murid gagal dalam akademik. Menurut Lokman Saim (2004) Jawatankuasa bersama Organisasi Kesihatan Sedunia menetapkan pada tahun 1982, kanak-kanak bermasalah pendengaran perlu dikesan pada umur tiga bulan dan mula diberi tindakan pada umur enam bulan.

1.1

Falsafah Pendidikan Negara

Pendidikan di Malaysia adalah usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara.

1.2

Falsafah Pendidikan Khas

Falsafah pendidikan adalah satu usaha berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan falsafah pendidikan Negara.

BAB 2
_______________________________________________________________________________________________ 3 _Kanak-Kanak Dengan Keperluan Khas (KAP 3013)

Sistem Pendidikan Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran Di Malaysia _______________________________________________________________________________________________ _

MASALAH PENDENGARAN

2.0

Pengenalan

Deria pendengaran merupakan salah satu deria yang berfungsi bagi mendapatkan bunyi disekeliling mereka. Seterusnya melalui pendengaran inilah manusia dapat

mengenal,membeza dan seterusnya menyimpan bunyi yang diperolehi ke dalam ingatan mereka. Melalui pendengaran inilah juga berlakunya proses perolehan makna baru dan perolehan bahasa. Oleh itu deria pendengaran memainkan peranan utama dalam kehidupan manuasia.Hal ini kerana melalui deria pendengaran manusia dapat berkomunikasi sesama mereka. Oleh itu, bagi mereka yang tergolong dalam cacat pendengaran menghadapi masalah dalam pertuturan lisan tetapi ini tidak bermakna alat pertuturan mereka tidak baik. Kecacatan pendengaran bukan sahaja menggugat perkembangan pertuturan bahasa tetapi juga perkembangan sosialnya.Golongan ini terpaksa menggunakan bahasa isyarat untuk berkomunikasi dengan masyarakat. Bagi mereka yang masih mempunyai saki baki pendengaran mempunyai potensi tinggi untuk memaksimunkan sebaik mungkin deria pendengaran mereka .Kemajuan teknologi pada hari ini telah banyak mambantu manusia dalam menjalani kehidupan seharian.Oleh itu, kewujudan dan penciptaan alat bantu dengar pada hari ini telah banyak membantu golongan bermasalah bermasalah pendengaran untuk menjalani kehidupan seharian khususnya bagi tujuan berkomunikasi dalam masyarakat.
_______________________________________________________________________________________________ 4 _Kanak-Kanak Dengan Keperluan Khas (KAP 3013)

Sistem Pendidikan Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran Di Malaysia _______________________________________________________________________________________________ _

2.1

Definisi Masalah Pendengaran

Seringkali individu yang bermasalah pendengaran dikatakan sebagai pekak. Sebenarnya, bukan semua individu yang bermasalah pendengaran itu tidak boleh mendengar langsung. Ada juga dikalangan mereka yang boleh mendengar tetapi pendengaran mereka tidak jelas dan memerlukan bantuan alat bantu pendengaran. Definisi masalah

pendengaran boleh dibahagikan antara dua kategori iaitu pekak dan separuh pekak. Pekak ialah kanak-kanak yang mempunyai deria dengar yang tidak dapat berfungsi langsung. Kecacatan mungkin diperolehi sama ada selepas atau sebelum dilahirkan. Manakala separuh pekak pula adalah mempunyai deria dengar yang rosak tetapi masih boleh berfungsi sama ada dengan bantuan alat bantu mendengar atau tidak ( Cruickshakn dan Johnson, 1975:24 ). Crulckshan dan Johnson (1975) mendefinisikan cacat pendengaran berdasarkan kepada kebolehan kanak-kanak itu menggunakan deria dengarnya dan bila kecacatan itu dialami. Stephen P. Quigley dan Robert E. Kretschmer ( 1982 ), mendefinisikan bermasalah pendengaran sebagai kanak-kanak atau orang dewasa yang mana tahap pendengarannya teruk ( 91 dB atau lebih ) terutama saraf seseorang rosak dan berlaku sebelum ia boleh bertutur. Manakala William L.Heward pula mendefinisikan sebagai kanak-kanak dalam kategori yang tidak boleh menggunakan pendengaran untuk memahami pertuturan walaupun boleh mendengar bunyi atau menggunakan Alat Bantu Dengar. Frisinia ( 1974 ) mendefinisikan bahawa masalah pendengaran atau pekak sebagai suatu bentuk kecacatan yang menyukarkan untuk memahami pertuturan melalui deria

_______________________________________________________________________________________________ 5 _Kanak-Kanak Dengan Keperluan Khas (KAP 3013)

Sistem Pendidikan Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran Di Malaysia _______________________________________________________________________________________________ _

pendengaran

iaitu

telinga.

Kesukaran

untuk

memahami

pertuturan

ini

akan

mengakibatkan masalah lain yang berkaitan seperti masalah berkomunikasi atau berhubung dengan individu atau masyarakat sekeliling di dalam kehidupan mereka. Masalah ini akan dapat dikurangkan dengan hanya menggunakan alat bantuan tetapi alatan tersebut hanya sesuai digunakan oleh kanak-kanak cacat pendengaran ringan sahaja sementara kanak-kanak yang menghadapi masalah pendengaran berat tetap menghadapi kesukaran. Menurut Chua Tee Tee dan Koh Boh Boon ( 1992 ) kanak-kanak pekak sebagai seorang yang rosak pendengaran kerana dalam kebanyakan contoh, ia mempunyai pendengaran separa. Kanak-kanak ini luar biasa kerana tidak dapat bertindak balas terhadap bunyi-bunyi di sekelilingnya. Brill ( 1986 ) mendefinisikan bahawa masalah pendengaran merupakan suatu keadaan yang menandakan kesukaran untuk mendengar pertuturan,bunyi dan sebagainya. Masalah ini akan dikelaskan mengikut masalah pendengaran iaitu masalah pendengaran ringan sehingga teruk ( profound ). Individu yang menghadapi masalah pendengaran ini sukar untuk mendapat proses maklumat linguistik melalui deria telinga dengan atau tanpa alat bantuan pendengaran.

2.2

Jenis-jenis Masalah Pendengaran

Masalah pendengaran boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu mempunyai maslah pendengaran pada bahagian penerimaan ( conductive deafness ) dan pada bahagian tanggapan ( perceptive deafness ). Kecacatan pada bahagian penerimaan terjadi pada

_______________________________________________________________________________________________ 6 _Kanak-Kanak Dengan Keperluan Khas (KAP 3013)

Sistem Pendidikan Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran Di Malaysia _______________________________________________________________________________________________ _

bahagian telinga tengah seperti lubang telinga tersumbat, luka pada gegendang telinga atau tidak ada lubang telinga. Kadangkala kecacatan ini boleh dipulihkan melalui rawatan perubatan. Manakala masalah pendengaran pada bahagian tanggapan pula terjadi pada bahagian telinga dalam dan berkaitan dengan saraf pendengaran. Kecacatan disebabkan oleh saraf susah untuk dirawat melalui pembedahan kerana ianya melibatkan organ-organ yang rumit (Hajah Hasnah Udin, 1988:117). Selain itu, terdapat tiga (3) jenis masalah pendengaran iaitu masalah konduktif, sensorineural dan campuran. Masalah pendengaran konduktif berlaku apabila terdapat masalah atau jangkitan pada telinga luar dan telinga tengah. Contoh masalah dan jangkitan yang boleh menyebabkan masalah pendengaran konduktif ialah ketiadaan lubang telinga (atresia), cuping telinga kecil atau tiada cuping telinga (mikrotia / anotia), sumbatan tahi telinga di salur telinga, jangkitan kuman pada salur telinga atau telinga tengah dan gegendang telinga bocor atau pecah. Masalah pendengaran sensorineural pula berlaku apabila terdapat masalah atau jangkitan pada telinga dalam, tempat di mana koklea dan saraf pendengaran berada. Masalah ini tidak dapat dilihat secara fizikal (tiada rembesan nanah atau kecacatan fizikal) tetapi hanya dapat dikenalpasti melalui pemeriksaan pendengaran secara menyeluruh. Masalah ini tidak dapat dirawat, tidak seperti masalah pendengaran konduktif yang boleh dirawat secara pengambilan ubat atau pembedahan. Masalah pendengaran campuran pula berlaku apabila terdapat kehadiran keduadua masalah pendengaran serentak iaitu masalah pendengaran konduktif dan sensorineural hadir bersama. Contohnya, seseorang yang mempunyai masalah pendengaran sensorineural juga mempunyai mampatan tahi telinga dikategorikan sebagai

_______________________________________________________________________________________________ 7 _Kanak-Kanak Dengan Keperluan Khas (KAP 3013)

Sistem Pendidikan Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran Di Malaysia _______________________________________________________________________________________________ _

mempunyai masalah pendengaran campuran. Apa jua masalah yang berlaku di telinga luar/tengah beserta masalah di telinga dalam disebut sebagai masalah pendengaran campuran.

2.3

Punca-punca Masalah Pendengaran

Terdapat dua jenis masalah pendengaran yang biasa terjadi. Masalah pendengaran tersebut ialah masalah pendengaran bahagian penerimaan dan masalah pendengaran bahagian tanggapan. Berbagai sebab telah menyebabkan kedua-dua keadaan ini berlaku. Sebab-sebab umum berlakunya masalah pendengaran ialah sejarah keluarga itu sendiri, jangkitan sebelum lahir, kecacatan anatomi kepala dan leher, berat badan semasa lahir kurang daripada 1.5 kg, oksigen yang lebih 10 hari dan masalah asfiksia yang teruk. Selain itu, ada juga sebab-sebab lain yang menyebabkan berlakunya masalah pendengaran. Faktor-faktor penyebabnya dibahagikan kepada tiga peringkat, iaitu peringkat sebelum kelahiran, semasa kelahiran dan selepas kelahiran. Sebelum kelahiran mempunyai dua faktor penting yang menyebabkan masalah pendengaran iaitu, faktor pertama adalah baka yang disebabkan gen yang terhasil ketika persenyawaan dan faktor yang kedua yang menyebabkan masalah pendengaran sebelum kelahiran ialah faktor bukan baka, jangkitan semasa ibu mengandung, terutama virus seperti rubella, demam grandular dan selesema. Sewaktu mengandung ibu berpenyakit yang berkaitan dengan pemakanan seperti kencing manis, pengambilan dadah atau bahan kimia seperti kuanin dan streptomycin sewaktu mengandung. Semasa kelahiran pula adalah disebabkan oleh sakit yang terlalu sewaktu bersalin atau terlalu hendak bersalin yang melibatkan tekanan yang kuat pada bahagian telinga.

_______________________________________________________________________________________________ 8 _Kanak-Kanak Dengan Keperluan Khas (KAP 3013)

Sistem Pendidikan Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran Di Malaysia _______________________________________________________________________________________________ _

Kelahiran tidak cukup bulan, kecederaan semasa lahir, terutama pada bahagian telinga dan penyakit hemolisis yang selalunya disebabkan oleh faktor Rh. Faktor ketiga ialah faktor selepas kelahiran iaitu mendapat penyakit berjangkit disebabkan oleh bakteria dan virus seperti begok dan demam campak. Kemalangan yang mencederakan bahagian telinga. Pengambilan antibiotik seperti Streptomycin dan juga terdedah pada bunyi yang kuat.

2.4

Darjah Masalah Pendengaran Mengikut Virginia Department of Education

Aras Desibel Rendah Ringan

Darjah Kepekakan 26-40dB 41-55dB

Ciri-ciri Pendengaran Kurang berbanding pendengaran normal. Boleh memahami percakapan dan memerlukan

_______________________________________________________________________________________________ 9 _Kanak-Kanak Dengan Keperluan Khas (KAP 3013)

Sistem Pendidikan Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran Di Malaysia _______________________________________________________________________________________________ _

alat bantu pendengaran. Hilang Pendengaran Hilang Pendengaran Hilang Pendengaran Sepenuhnya 2.5 Jenis dan Tahap Masalah Pendengaran 71-90dB >91dB Bergantung kepada penglihatan daripada pendengaran. Hanya mendengar bunyi kuat dari jarak dekat . 56 - 70dB Memerlukan alat bantu pendengaran.

JENIS MASALAH Masalah Konduktif pendengaran

BAHAGIAN TELINGA Melibatkan bahagian telinga luar dan tengah : Cth- tersumbat bendasing,serumen terlalu kental dan jangkitan otitis media.Tahap kehilangan pendengaran tidak melebihi 60 dBHL. Kebolehan mendengar hanya setakat 1 hingga 1.5 meter daripadanya. Boleh memahami perbualan tapi bermasalah untuk mendengar suara yang perlahan. Mereka perlukan alat bantu pendengaran dan juga perlukan terapi pertuturan

Masalah Sensori-

Pendengaran

Terjadi di bahagian telinga dalam yang melibatkan koklea saraf pendengaran Audiotori Pathway : Kecacatan ini tidak boleh dirawat kecuali dengan teknologi terkini spt ABD berkuasa tinggi dan pacakan koklea. Ciri-ciri bagi yang mengalami kepekakan sensori neural pula adalah seperti keupayaan mendengar bunyi 70 dB

Neural ( saraf )

_______________________________________________________________________________________________ 10 _Kanak-Kanak Dengan Keperluan Khas (KAP 3013)

Sistem Pendidikan Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran Di Malaysia _______________________________________________________________________________________________ _

ke atas. Pada tahap ini kanak-kanak sukar untuk memperolehi pertuturan. Bagi tahap teruk (70 dB -90 dB), tanpa amplikasi, mereka boleh mendengar bunyi kuat alam jarak 1 kaki dari telinga. Apabila menggunakan amlpikasi kanak-kanak ini sepatutnya boleh mengecam bunti persekitaran dan mengecam semua bunyi pertuturan. Bagi kanak-kanak yang mempunyai keupayaan mendengar yang amat teruk (melebihi 90 dB), mereka mengalami kesukaran untuk mendengar dan bertutur. Masalah ini tidak boleh dirawat kecuali dengan teknologi terkini seperti ABD berkuasa tinggi dan pacakan koklea. Selain itu mereka juga memerlukan terapi pertuturan.

Masalah pendengaran campuran

Melibatkan masalah pendengaran konduktif dan sensori neural. Tahap kehilangan pendengaran adalah dalam lingkungan tahap kehilangan pendengaran konduktif dan sensori neural.

Masalah Pendengaran Functional Masalah Sistem Saraf Auditori Pendengaran

Melibatkan masalah pendengaran bukan semula jadi Melibatkan masalah pada fungsi saraf

2.6

Kaedah Pengujian Tahap Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran

Pengujian tahap pendengaran dilakukan oleh doktor atau pakar yang berkenaan di hospital dengan menggunakan alat-alat yang tertentu. Terdapat beberapa kaedah pengujian yang digunakan untuk menguji tahap pendengaran seseorang sama ada berada
_______________________________________________________________________________________________ 11 _Kanak-Kanak Dengan Keperluan Khas (KAP 3013)

Sistem Pendidikan Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran Di Malaysia _______________________________________________________________________________________________ _

di tahap normal, sederhana atau teruk. Pemilihan kaedah ujian yang sesuai adalah bergantung kepada keadaan kanak-kanak yang mengalami masalah pendengaran tersebut. Hasil daripada ujian yang dilakukan akan memudahkan pihak ibu bapa, guru atau pakarpakar perubatan membantu dan meningkatkan tahap pendengaran melalui kaedah perubatan, pendidikan, alat komunikasi dan sebagainya. Antara Kaedah Pengujian Tahap Pendengaran yang dipilih adalah seperti berikut:

a)

- Visual Reinforcement Audiometry (VRA)

Tujuan ujian ini diadakan adalah untuk menilai ketajaman pendengaran klien dengan menggunakan bunyi dan mereka bertindak balas dengan cara memandang ke arah bunyi tersebut. Untuk menarik perhatian, objek yang dipandang oleh klien akan mengeluarkan cahaya. Objek-objek yang digunakan semasa ujian ini terdiri daripada alat-alat permainan. Oleh itu, ujian ini sesuai untuk kanak-kanak yang berumur 7 bulan hingga 2 atau 3 tahun. Ini kerana mereka boleh memberikan respon dengan cara memandang atau melihat ke arah objek yang berbunyi. Rangsangan yang diberikan pula adalah daripada bunyi yang tinggi kepada bunyi yang rendah atau perlahan. Ujian ini menggunakan Middle Ear Analyzer. Ujian ini juga dapat menilai keadaan telinga tengah iaitu antara gegendang telinga dan tulangtulang osikel. Ia juga dapat mengesan gangguan-gangguan yang terdapat dalam telinga.

_______________________________________________________________________________________________ 12 _Kanak-Kanak Dengan Keperluan Khas (KAP 3013)

Sistem Pendidikan Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran Di Malaysia _______________________________________________________________________________________________ _

Visual Reinforcement Audiometry (VRA)

BAB 3

_______________________________________________________________________________________________ 13 _Kanak-Kanak Dengan Keperluan Khas (KAP 3013)

Sistem Pendidikan Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran Di Malaysia _______________________________________________________________________________________________ _

SISTEM PENDIDIKAN KHAS KANAK-KANAK BERMASALAH PENDENGARAN

3.0

Pengenalan

Bayangkan apa berlaku jika di dalam kelas yang mengandungi 30 orang murid normal berumur 10 tahun, ada segelintirnya mempunyai murid khas yang mempunyai masalah pendengaran dan mempunyai tahap mental 5 tahun, dengan kematangan sosial dan keupayaan kognitif pada umur 12 tahun ataupun murid masalah pendengaran dengan tahap emosi, kognitif dan keupayaan fizikal 5 tahun. Ini sudah pastinya akan menyebabkan guru menghadapi masalah. Pelajaran bagi murid itu menjadi sukar tetapi mudah bagi kanak- kanak atau murid- murid yang lain. Apabila kelas mengandungi kanak- kanak atau murid- murid berbeza dari yang lainnya, adalah sukar bagi guru membantu mereka mencapai tahap potensi tanpa sebarang bantuan. Bantuan yang disediakan oleh sekolah untuk kanak- kanak yang berbeza dengan norma kanak- kanak ini digelar pendidikan khas. Pendidikan khas adalah pengajaran yang direka bentuk bagi memenuhi keperluan pendidikan murid dengan berkeperluan khas. Pendidikan ini dirancang secara tersendiri, dilaksanakan secara teratur serta dinilai keberkesannya secara teliti bagi membantu murid dengan berkeperluan khas mencapai tahap berdikari tinggi dan kejayaan hidup yang memuaskan.

3.1

Sistem Pendidikan Khas di Malaysia

_______________________________________________________________________________________________ 14 _Kanak-Kanak Dengan Keperluan Khas (KAP 3013)

Sistem Pendidikan Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran Di Malaysia _______________________________________________________________________________________________ _

Pada masa kini, sistem pendidikan khas di Malaysia adalah di bawah tanggungjawab empat kementerian iaitu; Kementerian Kesihatan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Pelajaran Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggii dan Kementerian Sumber Manusia. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat diberi tanggungjawab menyediakan perkhidmatan kepada kanak- kanak yang cacat fizikal, terencat akal sederhana dan teruk serta kanak- kanak spastik atau terencat. Manakala Kementerian Kesihatan pula bertanggungjawb menyaring dan mengenalpasti kanak- kanak yang dilahirkan dalam keadaan berisiko untuk menjadi cacat. Laporan Jawatankuasa Kabinet yang mengkajai perlaksanaan Dasar Pelajaran melalui Perakuan 169 adalah titik tolak yang membawa kepada penekanan yang lebih jelas terhadap perkembangan pendidikan khas di Malaysia. Perakuan yang dipetik daripada Buletin Pendidikan Khas, November 1997 menyebut; Dengan adanya kesedaran bahawa kerajaan seharusnya bertanggungjawab terhadap pendidikan kanak- kanak cacat. Adalah diperakukan kerajaan hendaklah mengambil alih sepenuhnya tanggungjawab pendidikan itu daripada pihak- pihak persatuan yang mengendalikan pada masa ini. Di samping itu, pernyertaan oleh badanbadan sukarela dalam memajukan pendidikan kanak- kanak cacat hendaklah harus digalakkan. Dasar mengenai pendidikan khas di Malaysia mula dinyatakan dalam Akta Pembelajaran 1961 yang kemudiannya disemak dan digantikan dengang Akta Pendidikan 1996. bagi tujuan pelaksanaan pula, Kementerian Pelajaran mengadakan Peraturanperaturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997. Berdasarkan Akta Pendidikan 1996

_______________________________________________________________________________________________ 15 _Kanak-Kanak Dengan Keperluan Khas (KAP 3013)

Sistem Pendidikan Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran Di Malaysia _______________________________________________________________________________________________ _

Peraturan-peraturan Pendidikan Khas (1997), murid-murid dengan keperluan khas bermakna murid-murid yang mempunyai kecacatan penglihatan, kecacatan pendengaran dan masalah pembelajaran.

3.2

Program Pendidikan Khas Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran

Program pendidikan khas kanak-kanak bermasalah pendengaran bererti suatu program yang disediakan di sekolah khas bagi murid-murid yang mempunyai kecacatan pendengaran. Ia juga boleh didefinisikan sebagai suatu percantuman di sekolah biasa bagi murid-murid yang mempunyai kecacatan pendengaran atau mempunyai masalah pembelajaran. Selain itu, ia merupakan suatu program pendidikan inklusif bagi muridmurid dengan keperluan khas yang dapat menghadiri di dalam kelas biasa bersama-sama dengan murid-murid biasa. Program pendidikan khas bagi murid bermasalah pendengaran bermula sebelum merdeka. Bagi masalah pendengaran, Sekolah Kanak-kanak Pekak Persekutuan Pulau Pinang dibuka pada tahun 1954. Perkembangan pendidikan khas di Malaysia membawa kepada penubuhan Unit Pelajaran Khas di Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 1964. Manakala pada 1 oktober 1995, Unit Pendidikan Khas itu dinaik taraf sebagai Jabatan Pendidikan Khas yang diketuai oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran dan tiga orang pengarah di tiga bahagian. Melalui program pendidikan khas ini, murid-murid bermasalah pendengaran dilatih daripada segi pertuturan danbelajar subjek-subjek yang dipelajari oleh murid biasa dengan menggunakan komunikasi seluruh termasuk bahasa isyarat. Program ini

_______________________________________________________________________________________________ 16 _Kanak-Kanak Dengan Keperluan Khas (KAP 3013)

Sistem Pendidikan Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran Di Malaysia _______________________________________________________________________________________________ _

disediakan di dua setting iaitu di sekolah khas dan juga di sekolah biasa (program integrasi). Menurut Jamila K.A. Mohamed (2006), terdapat 25 sekolah khas yang

menempatkan murid dengan masalah pendengaran di seluruh negara iaitu 23 buah sekolah rendah, 1 buah sekolah menengah dan 1 buah sekolah menengah vokasional. Taburan sekolah khas itu adalah seperti berikut : 1. Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Perlis, Perlis. 2. Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Persekutuan, Pulau Pinang. 3. Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Jalan Hutton, Pulau Pinang. 4. Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Alor Setar, Kedah. 5. Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Sg Petani, Kedah. 6. Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Ipoh, Perak. 7. Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Taiping, Perak. 8. Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Jalan Peel, Kuala Lumpur. 9. Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Kampung Baharu, Kuala Lumpur. 10. Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Selangor, Selangor. 11. Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Melaka, Melaka. 12. Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Seremban, Negeri Sembilan. 13. Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Muar, Johor. 14. Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Johor Bahru, Johor. 15. Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Batu Pahat, Johor. 16. Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Kuantan, Pahang. 17. Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Kuala Terengganu, Terengganu.

_______________________________________________________________________________________________ 17 _Kanak-Kanak Dengan Keperluan Khas (KAP 3013)

Sistem Pendidikan Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran Di Malaysia _______________________________________________________________________________________________ _

18. Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Besut, Terengganu. 19. Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Lati, Kelantan. 20. Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Kota Samarahan, Kuching. 21. Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Miri, Sarawak. 22. Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Sibu, Sarawak. 23. Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Kota Kinabalu, Sabah. 24. Sekolah Menengah Pendidikan Khas Persekutuan, Pulau Pinang. 25. Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional, Shah Alam.

BAB 4

_______________________________________________________________________________________________ 18 _Kanak-Kanak Dengan Keperluan Khas (KAP 3013)

Sistem Pendidikan Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran Di Malaysia _______________________________________________________________________________________________ _

SEJARAH PENDIDIKAN KANAK-KANAK BERMASALAH PENDENGARAN

4.0

Pengenalan

Dalam kontek Malaysia kanak-kanak berkeperluan khas yang mengalami masalah pendengaran, menekankan kepada kebolehan, kefungsian, kemahiran, perkembangan, penguasaan dan pencapaian pengembangan kanak-kanak tersebut dalam kemahiran-kemahiran

pendekatan baru menolak pendekatan tradisi yang menekankan

kecacatan dan ketidak bolehan .Penguasaan dan pencapaian dalam kemahiran-kemahiran tersebut berdasarkan kepada peringkat-peringkat kebolehan seseorang murid dengan keperluan-keperluan khas adalah seperti kebolehan kognitif, perkembangan, pertuturan, penguasaan membaca, kemahiran matematik, kemahiran pertumbuhan asas manusia, kemahiran berdikari, kemahiran keusahawan dan kebolehan penglihatan. Nasib kanak-kanak cacat pendengaran di tanah air kita mula berubah pada tahun 1952 kerana inisiatif seorang pakar kesihatan kanak-kanak pada masa itu, Dr. C. Elaine Field. Semasa menjalani rawatan untuk kanak-kanak, Dr. Field berjumpa dengan beberapa orang kanak-kanak cacat pendengaran dan mendapati tiada program pemulihan untuk mereka, sedangkan kanak-kanak cacat penglihatan mempunyai sekolah pendidikan khas, iaitu Sekolah St. Nicholas yang telah diasaskan pada tahun 1928. Di atas kesedaran inilah, maka Dr. Field berasa bahawa sekolah pendidikan khas untuk kanak-kanak cacat pendengaran juga patut ditubuhkan.

4.1

Sejarah Pendidikan Khas di Malaysia

_______________________________________________________________________________________________ 19 _Kanak-Kanak Dengan Keperluan Khas (KAP 3013)

Sistem Pendidikan Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran Di Malaysia _______________________________________________________________________________________________ _

Minat terhadap Pendidikan Khas di Malaysia bermula pada tahun 1920an di kalangan sukarelawan yang terlibat dalam pembukaan sekolah-sekolah cacat penglihatan dan pendengaran. Laporan Jawatankuasa Kabinet yang mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran melalui Perakuan 169 merupakan satu titik tolak yang membawa kepada satu penekanan dan tumpuan yang lebih jelas kepada perkembangan Pendidikan Khas di Malaysia. Kementerian Pendidikan mula memperkenalkan pendidikan khas bagi muridmurid bermasalah penglihatan dan pendengaran serta bermasalah pembelajaran mulai bulan Julai 1962. Dibawah perancangan pencatuman dengan pendekatan pendidikan inklusifiaitu murid-murid yang bermasalah tersebut belajar bersama-sama murid-murid normal didalam kelas yang sama (Sang 2000) Mereka diajar oleh guru yang sama tetapi dibantu oleh guru sumber yang terlatih dalam program Pendidikan Khas. Pada masa kini, Kementerian Pendidikan (Jabatan Pendidikan Khas 1998) menyediakan program-program pendidikan bagi mired-murid dengan keperluan khas di sekolah-sekolah pendidikan khas di mana terdapat 31 buah dengan bilangan murid seramai 2892 orang (Jun1998) dan sekolah-sekolah dengan kelas percantuman dan kelas pendidikan inklusif sebanyak 368 buah dengan bilangan murid seramai 7356 orang (Jun 1998). 4.2 Sejarah Ringkas Pendidikan Khas Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran

Pendidikan Murid-murid Bermasalah Pendengaran di Malaysia telah dimulakan dalam tahun 1954, dengan tertubuhnya sebuah sekolah berasrama di Pulau Pinang yang dikenali sebagai Sekolah KanakKanak Pekak Persekutuan, Pulau Pinang. Sekolah ini telah dipelopori oleh Lady Templer, Dr.Reild, Cik Joyce Hickes dan beberapa orang lain yang

_______________________________________________________________________________________________ 20 _Kanak-Kanak Dengan Keperluan Khas (KAP 3013)

Sistem Pendidikan Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran Di Malaysia _______________________________________________________________________________________________ _

berminat dalam kerjakerja kebajikan. Beberapa orang guru daripada sekolah ini telah dihantarkan ke luar negara untuk mendapatkan latihan di bidang khas Pendidikan KanakKanak Pekak. Sekolah ini telah bermula dengan hanya bergantung kepada derma daripada orang ramai. Apabila sekolah ini telah berkembang dengan pesatnya maka usaha-usaha untuk membaikinya telah dilipat gandakan dan dengan ini telah diletakkan dibawah Pentadbiran Kementerian Pelajaran. Muridmurid sekolah ini datang dari seluruh pelusuk Malaysia untuk menerima pendidikan sekolah rendah dan menengah dan sekarang ini mempunyai 368 orang murid lelaki dan perempuan. Pelajaran mereka adalah seperti murid-murid biasa dengan adanya penekanan kepada pelajaran Vokasional untuk memberi kemahiran seperti menggunting rambut, pertukangan kayu, masak-memasak dan sebagainya . Oleh kerana murid-murid bermasalah pendengaran bertambah ramai maka sekolah di Pulau Pinang tidak dapat lagi menampung semua murid-murid yang terdapat di Malaysia. Maka suatu pelajaran yang digelar Rancangan Percantuman untuk murid-murid bermasalah pendengaran telah dimulakan.

BAB 5

SEKOLAH-SEKOLAH KHAS YANG TERDAPAT DI MALAYSIA


_______________________________________________________________________________________________ 21 _Kanak-Kanak Dengan Keperluan Khas (KAP 3013)

Sistem Pendidikan Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran Di Malaysia _______________________________________________________________________________________________ _

5.0

Pengenalan

Penubuhan sekolah-sekolah khas yang pertama di Pulau Pinang pada tahun 1954, kemudian di Kuala Lumpur pada tahun 1962 dan mengikut Kota Bahru, Melaka sehingga semua negeri dalam Malaysia. Pada tahun 1984, 49 buah sekolah rendah dan 13 buah sekolah menengah telah disediakan. Bilangan sekolah khas ialah 318 buah dan bilangan kelas percantuman ialah 1552 buah serta bilangan guru ialah 242 orang. Dalam sistem pendidikan dulu, sistem lisan, pertuturan, pendengaran dan bacaan bibir telah disediakan kerana mengikuti sistem pendidikan British dan digunakan di semua negara. Komunikasi seluruh (TC) seperti lisan, pertuturan, bacaan bibir dan kod tangan telah diwujudkan kerana mempertingkatkan perolehan bahasa melalui komponen kegunaan tangan.

5.1

Takrif Sekolah Khas

Terdapat pelbagai definasi tentang Pendidikan Khas contohnya menurut Sang (2000) menyatakan bahawa pendidikan khas inlah pendidikan yang disediakan untuk muridmurid yang menghadapi masalah pembelajaran kerana masalah penglihatan, pertuturan, pendengaran serta masalah dalam pembelajaran ataupun murid-murid yang pintar cerdas yang memerlukan pendidikan yang lebih mencabar. Berlainan pula pendefinisian oleh Jabatan Pendidikan Johor (1998) yang menyatakan pendidikan khas ialah golongan yang berkepeluan khas dengan memberi penekanan kepada kebolehan, kefungsian, kemahiran, perkembangan individu dan pelajar terhadap penguasaan dan pencapaian dalam kemahiran kemahiran pengembangan

_______________________________________________________________________________________________ 22 _Kanak-Kanak Dengan Keperluan Khas (KAP 3013)

Sistem Pendidikan Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran Di Malaysia _______________________________________________________________________________________________ _

Pendidikan khas Kementerian Pelajaran Malaysia dilaksanakan melalui Sekolah Khas bagi murid bermasalah penglihatan dan bermasalah pendengaran. Program

Pendidikan Khas Integrasi disediakan untuk murid-murid berkeperluan khas bermasalah pembelajaran, bermasalah pendengaran dan bermasalah penglihatan. la diwujudkan di sekolah harian biasa rendah dan menengah dan sekolah menengah teknik/vokasional yang menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara pengasingan dan separa inklusif.

5.2

Syarat Kemasukkan Murid ke Program Pendidikan Khas

Syarat kemasukan murid ke Program Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia untuk sekolah rendah ialah murid perlu berumur 6 tahun hingga 14 tahun. Murid juga perlu disahkan oleh pengamal perubatan yang professional berkaitan dengan masalah atau penyakit yang dihadapi serta murid boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain Semua sekolah rendah pendidikan khas mengikuti aliran akademik. Kemudahankemudahan yang disediakan di peringkat sekolah rendah termasuklah asrama dan makan minum percuma. Murid yang mengikuti Program Pendidikan Khas Integrasi boleh mengikuti kurikulum kebangsaan atau kurikulum alternatif. Syarat kemasukan murid ke Program Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia untuk Sekolah Menengah ialah berumur di antara 13+ hingga 19+ tahun dan disahkan oleh pengamal perubatan. Murid juga boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain Pelajaran sekolah menengah menyediakan 2 jenis aliran iaitu akademik dan vokasional.

_______________________________________________________________________________________________ 23 _Kanak-Kanak Dengan Keperluan Khas (KAP 3013)

Sistem Pendidikan Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran Di Malaysia _______________________________________________________________________________________________ _

Untuk Pendidikan Teknik dan Vokasional, Sekolah Menengah Pendidikan Khas Persekutuan Pulau Pinang menawarkan elektif mata pelajaran vokasional (MPV) manakala Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam menawarkan Sijil Kemahiran Malaysia.

5.4

Tempoh Pengajian

Tempoh belajar bagi murid-murid berkeperluan khas rendah adalah enam (6) tahun. Manakala tempoh belajar bagi murid-murid berkeperluan khas menengah adalah lima (5) tahun. Tempoh ini boleh dilanjutkan hingga dua (2) tahun maksimum di mana-mana peringkat iaitu sarna ada rendah atau menengah mengikut keperluan murid berkenaan.

BAB 6

INTEGRASI
_______________________________________________________________________________________________ 24 _Kanak-Kanak Dengan Keperluan Khas (KAP 3013)

Sistem Pendidikan Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran Di Malaysia _______________________________________________________________________________________________ _

6.0

Pengenalan

Integrasi adalah terminologi yang digunakan untuk menerangkan cara menempatkan pelajar-pelajar atau kanak-kanak berkeperluan khas di dalam kelas-kelas biasa untuk belajar bersama-sama dengan rakan sebaya.

6.1

Takrif Integrasi

Dalam situasi pendidikan, Integrasi dijelaskan sebagai satu cara yang perlu dilakukan dengan berhati-hati untuk menyatupadukan pelajar-pelajar berkeperluan khas ke dalam situasi sekolah biasa dengan bantuan khidmat sokongan yang sesuai dan perancangan yang teliti. Pada dasarnya, Integrasi hendaklah menghasilkan murid-murid biasa dengan murid-murid berkeperluan khas ke arah situasi yang mewujudkan perkongsian dalam penggunaan sumber dan peluang-peluang untuk belajar sepenuh masa. Integrasi dalam pendidikan juga membawa erti yang sama seperti

Normalization atau kelaziman hidup harian sebagai satu prinsip. Untuk melakukan kelaziman ini, pelbagai kemudahan perlu disediakan supaya mereka yang berkeperluan khas dapat hidup sebagaimana mereka yang normal. Normalization menekankan hak setiap individu yang cacat untuk mencorakkan keadaan hidupnya sendiri sebagaimana atau sedekat mungkin kepada cara hidup mereka yang normal di dalam masyarakat setiap hari. Integrasi melibatkan semua kanak-kanak berkeperluan khas. Ini termasuklah mereka yang bermasalah deria; kanak-kanak yang mempunyai masalah fizikal; kanakkanak yang bermasalah dalam pembelajaran; mereka yang kini ditempatkan di sekolah_______________________________________________________________________________________________ 25 _Kanak-Kanak Dengan Keperluan Khas (KAP 3013)

Sistem Pendidikan Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran Di Malaysia _______________________________________________________________________________________________ _

sekolah khas atau di kelas-kelas khas dan juga kanak-kanak yang mempunyai pelbagai kecacatan dan tidak diterima oleh system pendidikan di masa kini. Integrasi tidak bermaksud murid-murid berkeperluan khas boleh ditempatkan di kelas-kelas biasa secara automatik. Tahap integrasi bagi setiap murid di dalam kelaskelas biasa hendaklah ditentukan dari hasil perbincangan bersama oleh Pengarah Sekolah, Guru Besar, Ibubapa, Murid dan pakar penilai serta penasihat seperti ahli Psikologi Pendidikan dan lain-lain kepakaran jika diperlukan.

6.2

Program Pendidikan Khas Integrasi

Program Pendidikan Khas Integrasi adalah istilah baru bagi Program Pendidikan Khas Percantuman. Program ini adalah satu program yang menempatkan murid khas di kelas khas di dalam sebuah sekolah biasa. Pentadbiran program ini adalah di bawah pentadbiran sekolah. Walau bagaimanapun seorang penyelaras program yang bertindak sebagai ketua dilantik bagi mengendalikan program ini. Terdapat tiga kategori Program Pendidikan Khas Integrasi iaitu Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pendengaran, Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran. Walaupun harapan kerajaan semasa mewujudkan program integrasi ini adalah untuk mengintegrasikan murid khas dan murid normal, namun Zarin Ismail, Safani Bari dan Soo Boon Seng (2004) mendapati integrasi sosial di kalangan murid khas dan murid normal pada tahap yang rendah atau minima. Manakala peluang bagi mereka bersama Penglihatan dan Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah

_______________________________________________________________________________________________ 26 _Kanak-Kanak Dengan Keperluan Khas (KAP 3013)

Sistem Pendidikan Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran Di Malaysia _______________________________________________________________________________________________ _

semasa di luar bilik darjah adalah terhad dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan di sekolah kurang memberi tumpuan kepada murid khas.

6.3

Program Pendidikan Khas Integrasi Masalah Pendengaran

Melalui program ini diharapkan murid dengan keperluan khas masalah pendengaran dapat bergaul dengan murid biasa tanpa rasa terpinggir. Kebiasaannya integrasi yang berlaku adalah pada peringkat fizikal di mana murid dengan keperluan masalah pendengaran dan murid biasa berkongsi bangunan, padang sekolah dan kantin. Integrasi sosial juga berlaku dalam program sebegini sama ada secara terancang ataupun tidak terancang. Pihak sekolah mungkin menyediakan aktiviti-aktiviti di mana kedua-dua kategori murid terlibat sepenuhnya. Murid juga bersama-sama pada masa rehat dengan mengambil inisiatif sendiri untuk bermain ataupun menolong antara satu sama lain. Di Malaysia, sekolah yang menjalankan program pendidikan khas integrasi masalah pendengaran ialah Sekolah Menengah Vokasional (EAT) Azizah, Johor Bahru, Sekolah Menengah Teknik Langkawi, Kedah, Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat, Johor, Sekolah Menengah Vokasional Bagan Serai, Perak, Sekolah Menengah Teknik Tanah Merah, Kelantan dan Sekolah Menengah Vokasional Keningau, Sabah. 6.4 Kurikulum Program Pendidikan Khas Integrasi Kurikulum yang diguna pakai di sekolah-sekolah pendidikan khas dan Program Pendidikan Khas Integrasi ialah kurikulum kebangsaan dan kurikulum alternatif. Murid Pendidikan Khas menjalankan aktiviti kokurikulum seperti murid biasa. Tahun 1990an memperlihatkan kadar pengintergrasian pelajar-pelajar cacat pendengaran sekolah dengan masyarakat luar kian meningkat. Sebagai contoh,
_______________________________________________________________________________________________ 27 _Kanak-Kanak Dengan Keperluan Khas (KAP 3013)

Sistem Pendidikan Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran Di Malaysia _______________________________________________________________________________________________ _

penglibatan pelajar-pelajar dalam pertandingan sukan, olahraga, komputer, tarian dan sebagainya. Penglibatan mereka dalam pelbagai aktiviti dan pertandingan bukan sahaja telah membuka mata masyarakat tentang potensi sebenar pelajar-pelajar cacat pendengaran tetapi juga membina keyakinan diri mereka sendiri.

6.5 Rasional Pendidikan Integrasi Kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran berupaya untuk menerima pendidikan yang sesuai dengan kemampuan dan perkembangan mereka secara menyeluruh. Mereka hanya sekadar kurang bertindakbalas kepada strategi pengajaran dan pembelajaran biasa. Oleh itu, satu program khas perlu disediakan untuk memenuhi keperluan murid-murid ini dengan mengambilkira aspek-aspek seperti masa, bahan, budaya kelas, teknik mengajar, bantuan kepakaran dan penglibatan masyarakat. Dengan ini diharapkan pendidikan integrasi akan dapat pengkongsian kemudahan serta alat-alat dengan sepenuhnya. Peluang berinteraksi yang lebih positif antara pelajarpelajar berkeperluan khas dengan pelajar-pelajar normal. Pengagihan perkhidmatan yang lebih adil dan pengagihan sumber yang lebih meluas. Pengurangan masalah tempat bagi pelajar-pelajar yang berkepeluan khas. Pemberian peluang untuk pelajar-pelajar

berkeperluan khas menyesuaikan diri di dalam masyarakat. Mengalakkan kewujudan masyarakat penyayang yang dihasratkan di dalam wawasan negara.

6.6 Matlamat Pendidikan Integrasi Pendidikan Integrasi menumpukan perhatian ke arah pengsealiran pelajar-pelajar berkeperluan khas di sekolah-sekolah normal. Dengan ini memberi peluang kepada

_______________________________________________________________________________________________ 28 _Kanak-Kanak Dengan Keperluan Khas (KAP 3013)

Sistem Pendidikan Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran Di Malaysia _______________________________________________________________________________________________ _

pelajar-pelajar tersebut menerima pengajaran, pembelajaran dan menyertai semua aktiviti-aktiviti yang terdapat di sekolah bersama-sama pelajar normal. Ia juga akan dapat menyesuaikan diri dari awal-awal lagi dalam semua aspek kemasyarakatan yang terdapat di sekolah dan di dalam komuniti setempat dengan tujuan menjadikan mereka lebih berupaya, mampu berdikari dan menjadi anggota masyarakat yang menyumbang. Kurikulum Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran adalah bertujuan

melengkapkan kanak-kanak yang Bermasalah Pembelajaran dengan kemahirankemahiran tertentu bagi membantu mereka mencapai perkembangan yang menyeluruh. Perkembangan ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat, akhlak, nilai-nilai estetika dan sosial agar mereka boleh menjadi satu ahli masyarakat yang berguna dan berdikari.

BAB 7

INKLUSIF
_______________________________________________________________________________________________ 29 _Kanak-Kanak Dengan Keperluan Khas (KAP 3013)

Sistem Pendidikan Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran Di Malaysia _______________________________________________________________________________________________ _

7.0

Pengenalan

Selain perkhidmatan di Sekolah Pendidikan Khas dan Program Pendidikan Khas Integrasi, Pendekatan Pendidikan Inklusif juga dilaksanakan di sekolah tertentu di seluruh negara bagi memenuhi keperluan murid dan juga permintaan ibu bapa. Dasar sedia ada yang diterima pakai sekian lama memperuntukkan hak mendapat pendidikan formal bagi kanak-kanak berkeperluan khas, dan dasar tersebut diperkukuh oleh dasar Pendidikan Wajib dan Pendidikan untuk Semua yang kini menjadi asas perkiraan dalam perancangan pelaksanaan pendidikan khas di Malaysia. Dengan termaterai dua dasar tersebut, pendekatan pendidikan inklusif menjadi perkara penting dalam menghadapi cabaran dan isu-isu semasa pendidikan khas.

7.1

Takrif Inklusif

Pendidikan Inklusif dalam konteks pendidikan khas adalah pendidikan yang diberikan kepada murid-murid dengan keperluan pendidikan khas yang belajar bersama-sama dengan murid-murid normal, di dalam kelas yang sama dan diajar oleh guru biasa (Haji Sabri Salleh. Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan. 1996). Pendekatan pendidikan inklusif adalah antara beberapa pilihan yang ada untuk KBK di Malaysia. Dalam konteks definisi pendidikan khas di Malaysia, pendekatan ini masih terbatas dilaksanakan mengikut acuan Malaysia serta terdapat di sekolah-sekolah tertentu sahaja. Terdapat pelbagai kategori KBK dalam setting inklusif. Namun begitu terdapat 4 kategori KBK yang boleh didapati di merata sekolah dalam aliran perdana. Mereka ialah dalam kategori masalah fizikal (cacat anggota), emosi dan tingkah laku
_______________________________________________________________________________________________ 30 _Kanak-Kanak Dengan Keperluan Khas (KAP 3013)

Sistem Pendidikan Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran Di Malaysia _______________________________________________________________________________________________ _

(autisma dan ADHD), pembelajaran khusus, Disleksia (dyslexia) dan penguasaan kemahiran 3M.

7.2

Rancangan Pendidikan Inklusif Bermasalah Pendengaran

Untuk menyediakan Murid-murid Bermasalah Pendengaran dalam suasana biasa dan supaya dapat di terima sebagai seorang ahli masyarakat, maka murid-murid bermasalah pendengaran ini perlulah bercampur gaul dengan murid-murid biasa. Dengan cara ini juga mereka yang lengkap sifat akan lebih bertanggungjawab terhadap murid-murid bermasalah pendengaran dan dapat mengurangkan perbezaan diantara mereka yang sempurna dengan yang bermasalah khas. Inklusif dalam konteks pendidikan khas mempunyai dua pengertian. Pertama untuk memberi peluang pendidikan di peringkat rendah. Murid-murid bermasalah pendengaran dapat belajar bersama-sama dengan mereka yang biasa dalam sesebuah bilik darjah. Kedua inklusif ini dilakukan dengan mengadakan Kelas Khas yang khusus untuk kanak-kanak bermasalah pendengaran di sekolah biasa.

Pada tahun 1962, dua buah kelas percantuman telah ditubuhkan di sebuah sekolah biasa iaitu di Sekolah Rendah Inggeris, Jalan Kuantan, Kuala Lumpur yang mengandungi 41 orang murid-murid. Murid-muridnya telah mengikuti matapelajaran di sekolah rendah, kecuali matapelajran Agama Islam, kerana tiada guru yang terlatih dalam bidang ini. Murid-murid bermasalah pendengran di sekolah tersebut telah menduduki peperiksaan Darjah Tiga dan peperiksaan Penilaian Darjah Lima. Sesudah tamat pelajaran di sekolah rendah,mereka yang berkeupayaan telah di berikan peluang melanjutkan pelajaran ke

_______________________________________________________________________________________________ 31 _Kanak-Kanak Dengan Keperluan Khas (KAP 3013)

Sistem Pendidikan Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran Di Malaysia _______________________________________________________________________________________________ _

sekolah Kanak-kanak Pekak Persekutuan di Pulau Pinang. Dengan ini timbul masalah kekurangan tempat untuk mereka yang tidak dapat ditempatkan di Sekolah Kanak-Kanak Pekak Persekutuan untuk melanjutkan pelajaran mereka .

7.3

Program Pendidikan Khas Inklusif

Pendidikan Inklusif menumpukan perhatiannya ke arah pengsealiran pelajar-pelajar berkeperluan khas di sekolah-sekolah normal. Matlamatnya ialah memberi peluang kepada pelajar-pelajar tersebut menerima pengajaran, pembelajaran dan menyertai semua aktiviti-aktiviti yang terdapat di sekolah bersama-sama pelajar normal. Matlamat selanjutnya supaya pelajar-pelajar berkepeluan khas dapat menyesuaikan diri dari awalawal lagi dalam semua aspek kemasyarakatan yang terdapat di sekolah dan di dalam komuniti setempat dengan tujuan menjadikan mereka lebih berupaya mampu berdikari dan menjadi anggota masyarakat yang menyumbang.(Mohd Siraj Awang, 1996:218).

Pendidikan Inklusif bukanlah satu perkara baru di Malaysia. Yang baru hanyalah istilahnya, dan istilah inilah yang telah mengelirukan kita semua. Pada masa dahulu istilah "Program Percantuman atau Integrated telah digunakan. Negara Malaysia telahpun mengamalkannya sejak 1962 lagi (Norani, 1980:21). Matlamat utama pendidikan inklusif ialah untuk mengsealirankan pelajar-pelajar berkeperluan khas dengan pelajar-pelajar normal di sekolah biasa. Harus diingatkan di sini tidak semestinya semua pelajar berkeperluan khas boleh disealirankan begitu sahaja kerana setiap individu mempunyai kemampuan dan keperluan yang berbeza. Menurut

_______________________________________________________________________________________________ 32 _Kanak-Kanak Dengan Keperluan Khas (KAP 3013)

Sistem Pendidikan Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran Di Malaysia _______________________________________________________________________________________________ _

Deno (1970) telah menghasilkan sebuah model tahap perkhidmatan pendidikan khas yang berupaya menampung tujuh pilihan yang berupa satu "Cascade" untuk menempatkan pelajar-pelajar seperti yang dicadangkan. Menurut Clough dan Lindsay (1991) untuk meminimumkan kesan negatif ke atas pendidikan inklusif, perubahan tidak boleh dibuat secara mendadak atau mengambil kira satu pandangan sahaja (immediately or unilaterally). Kekeliruan sukar dielakkan terutama bagi guru yang belum pernah mendengar tentang pendidikan murid khas. Kajian Haniz Ibrahim (1998) telah mendapati guru aliran perdana di sekolah rendah bersikap negatif terhadap pelaksanaan pendidikan inklusif.

_______________________________________________________________________________________________ 33 _Kanak-Kanak Dengan Keperluan Khas (KAP 3013)

Sistem Pendidikan Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran Di Malaysia _______________________________________________________________________________________________ _

BAB 8

CABARAN DAN ISU SEMASA KANAK-KANAK BERMASALAH PENDENGARAN

8.0

Pengenalan

Ketidakupayaan untuk mendengar secara tidak langsung telah menjadi punca utama kanak-kanak bermasalah pendengaran untuk bertutur dan menguasai bahasa. Kegagalan menguasai bahasa seterusnya mengakibatkan kognitif kanak-kanak tidak berkembang dan sudah pastinya menyebabkan pencapaian akademik mereka turut ketinggalan berbanding kanak-kanak normal yang sebaya dengan mereka. Masa yang paling kritikal untuk kanak-kanak menguasai bahasa ialah dalam lingkungan umur 0 hingga 5 tahun, dan pada umur 2 tahun adalah masa yang paling memberangsangkan untuk perkembangan bahasa mereka. Kanak-kanak normal yang berumur 7 tahun biasanya mampu menguasai lebih kurang 500 perkataan dan mampu mengungkap ayat yang mengandungi lebih kurang 6 patah perkataan. Namun demikian keadaan ini jauh berbeza dengan kanak-kanak bermasalah pendengaran. Mereka akan jauh ketinggalan dalam perkembangan bahasa apatah lagi jika mereka tidak diberi intervensi awal seawal usia yang mungkin. 8.1 Tahap Kecacatan Pendengaran dan Hubungan Dengan Pendidikan

_______________________________________________________________________________________________ 34 _ Kanak-Kanak Dengan Berkeperluan Khas (KAP 3013)

Sistem Pendidikan Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran Di Malaysia _______________________________________________________________________________________________ _

Kanak-kanak bermasalah pendengaran biasanya mula terdedah dengan aktiviti berbahasa apabila mereka memasuki alam persekolahan. Pengalaman sedia ada mereka yang diperolehi secara tidak formal tidak cukup untuk membantu perkembangan pendidikan bahasa mereka di sekolah. Lantaran itu kanak-kanak bermasalah pendengaran sering gagal bukan sahaja dalam pelajaran bahasa malahan pelajaran lain yang memerlukan kemahiran membaca. Namun demikian pelajar bermasalah pendengaran turut mempunyai kreativiti yang sama atau kadangkala melebihi pelajar-pelajar normal terutama dalam menghasilkan seni lukisan atau hasil kraf tangan. Kenyataan ini diakui oleh Manan bin Pendek (1993), yang membuat kajian ke atas masalah pembelajaran bidang vokasional di Sek. Men. Pendidikan Khas (cacat pendengaran) satu tinjauan di Sek. Men. Pendidikan Khas Cacat Pendengaran Shah Alam. Menurut beliau, pelajar yang mengalami cacat pendengaran amnya berupaya menunjukkan hasil kerja yang lebih baik, malah mereka juga berupaya menyaingi golongan yang normal. Walau bagaimanapun keadaan ini bergantung kepada keberkesanan latihan yang diberikan. Kesesuaian latihan yang diberikan harus berupaya mengatasi masalah yang sering dialami oleh kalangan mereka yang cacat pendengaran, antaranya kecekapan, kecerdikan, kecenderungan atau minat, kesesuaian peralatan dan lain-lainnya. Pengubahsuaian harus dilakukan dari masa ke semasa bergantung pada masalah yang sering dihadapi. Hasil tinjauan menunjukkan masalah besar pelajar-pelajar cacat

pendengaran dalam pembelajaran adalah dari aspek teori. Dari segi kemahiran mereka berpotensi untuk menyaingi mereka yang normal. 8.3 Cabaran Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran

_______________________________________________________________________________________________ 35 _ Kanak-Kanak Dengan Berkeperluan Khas (KAP 3013)

Sistem Pendidikan Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran Di Malaysia _______________________________________________________________________________________________ _

Dalam dunia pendidikan, kita seharusnya tidak melupakan kanak-kanak yang tidak bernasib baik terutamanya yang mengalami masalah pendengaran. Kecacatan tersebut adalah wujud semasa dilahirkan, berpunca daripada kemalangan dan juga disebabkan oleh faktor penyakit. Gangguan pendengaran boleh merujuk kepada keadaan gangguan sedikit sehingga kepada kategori yang lebih teruk. Kanak-kanak yang cacat pendengaran perlu rawatan terperinci dan kemudian dibekalkan dengan alat pendengaran. Sekiranya mereka menghadapi masalah pendengaran, maka dengan sendiri perkembangan pertuturan dan proses pemikiran akan terganggu. Dalam menghadapi dunia ini, kanak-kanak yang mempunyai masalah pendengaran ini akan menghadapi masalah dan pelbagai cabaran-cabaran tertentu samada semasa disekolah atau pun di dunia luar. Ini kerana deria pendengaran sangat bagi kehidupan seseorang. Antara cabaran yang akan mereka hadapi ialah kesukaran untuk mendengar dan berkomunikasi dengan guru, rakan-rakan dan masyarakat luar. Sebagaimana yang diketahui, kanak-kanak yang separuh pekak atau pekak, sukar untuk mendengar dengan tepat kerana kerosakan sistem saraf pendengar. Oleh itu, kanak-kanak ini mempunyai cabaran dalam berkomunikasi dengan masyarakat. Dengan ini, ibubapa sepatutnya mengesan masalah pendengaran anak-anak mereka sejak dari awal lagi untuk menggelakkan masalah ini ke peringkat yang lebih teruk. Cabaran yang kedua ialah kanak-kanak yang mempunyai masalah pendengaran tidak gemar untuk bersosial dan mereka akan merasa mudah terasa, rendah diri dan suka mengasingkan diri daripada masyarakat. Ini kerana mereka berasa malu dan merasakan diri mereka tidak sempurna seperti insan lain. Mereka akan beranggapan masyarakat luar tidak akan menerima mereka dan memandang mereka sebagai golongan cacat. Oleh itu

_______________________________________________________________________________________________ 36 _ Kanak-Kanak Dengan Berkeperluan Khas (KAP 3013)

Sistem Pendidikan Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran Di Malaysia _______________________________________________________________________________________________ _

ibubapa, guru dan masyarakat harus memainkan peranan mereka dalam memberikan semangat, motivasi dan perangsang kepada mereka untuk terus maju dan tidak mudah takut dengan dunia persekitaran. Mereka perlu di ajar untuk berani berdepan dengan kenyataan dan dunia luar yang penuh dengan pelbagai dugaan dan cabaran. Kanak-kanak ini juga harus mempunyai semangat yang tinggi untuk mempelajari sesuatu. Contohnya dalam mempelajari bahasa isyarat untuk memudahkan lagi komunikasi sesama mereka. Seterusnya, kanak-kanak yang separuh pekak atau pekak juga akan menghadapi masalah dalam proses pengajaran dan pembelajaran seperti lambat untuk memahami sesuatu tajuk atau konsep. Ini kerana mereka tidak seperti kanak-kanak normal yang mudah untuk menerima rangsangan dan terus menterjemahkan ke dalam pemikiran untuk sesuatu tindakan. Dengan kata lain, mereka sentiasa berdepan dengan masalah dan tekanan setiap hari. Di sini terdapat beberapa pakar psikologi serta guru-guru yang berkemahiran untuk membantu kanak-kanak yang menghadapi masalah pendengaran. Misalnya kajian oleh Jonson (1980), mengatakan penggunaan cooperative learning boleh memperkembangkan komunikasi di kalangan kanak-kanak yang menghadapi masalah pendengaran. Rosenshine (1983) dalam kajiannya menjelaskan bahawa guru yang merangka kaedah pengajaran yang teratur dan mempunyai objektif yang jelas boleh membantu kejayaan pengajaran. Kaedah bermain dalam pengajaran juga boleh membantu kanak-kanak agar lebih cepat lagi memahami konsep pengajaran yang diajar oleh guru. Ini kerana melalui bermain, kanak-kanak dapat menunjukkan gerak kaki, tangan dan sebagainya. Ini akan mempercepatkan lagi mesej yang hendak disampaikan. Cabaran yang seterusnya, mereka mempunyai persaingan yang hebat dengan kanak-kanak normal. Kanak-kanak yang mempunyai masalah pendengaran akan

_______________________________________________________________________________________________ 37 _ Kanak-Kanak Dengan Berkeperluan Khas (KAP 3013)

Sistem Pendidikan Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran Di Malaysia _______________________________________________________________________________________________ _

ketinggalan ke belakang dalam apa juga keadaan. Walaupun ada di antara mereka yang dapat mengatasi kanak-kanak normal dan berjaya ke peringkat yang lebih tinggi. Contohnya apabila mereka remaja kelak, hanya sebilangan saja di antara mereka yang dapat memasuki universiti berbanding dengan remaja normal. Walau bagaimana pun, ibubapa dan guru harus sentiasa membimbing dan mendorong mereka untuk terus maju dan berjaya seperti kanak-kanak lain. Ini bukan sahaja dalam bidang akedemik tetapi juga libatkan mereka dalam kegiatan kokurikulum.

8.4

Isu-Isu Semasa Berkaitan dengan Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran

Kanak-kanak yang berkeperluan khas sebenarnya mempunyai bakat-bakat yang tersendiri Mereka harus dicungkil oleh guru-guru dari semua aspek samada dari segi sukan, kreativiti, program-program yang melibatkan masyarakat dan sebagainya. Ini akan memberikan mereka lebih berkeyakinan di samping bersukaria dan bersosialisasi antara satu sama lain. Seterusnya pada tahun 1990-an memperlihatkan kadar pengintergrasian muridmurid cacat pendengaran sekolah dengan masyarakat luar kian meningkat. Sebagai contoh, penglibatan murid-murid dalam pertandingan sukan, olahraga, komputer, tarian dan sebagainya. Penglibatan mereka dalam pelbagai aktiviti dan pertandingan bukan sahaja telah membuka mata masyarakat tentang potensi sebenar murid-murid pendengaran tetapi juga membina keyakinan diri mereka sendiri. Artikel yang seterusnya di ambil dari internet dan di tulis oleh Sazali di dalam bicara Sazali yang bertarikh 31 Januari 2002. Artikel ini menjelaskan perlabelan yang negatif terhadap orang-orang yang mempunyai masalah pendengaran atau lebih dikenali cacat

_______________________________________________________________________________________________ 38 _ Kanak-Kanak Dengan Berkeperluan Khas (KAP 3013)

Sistem Pendidikan Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran Di Malaysia _______________________________________________________________________________________________ _

dengan perkataan pekak. Di sini menjelaskan beberapa punca masyarakat memanggil dengan label yang negatif. Pertama, situasi negara adalah ketinggalan dalam kesedaran mengenai kepekakan. Malaysia tiada program awal bagi membentuk bahasa, komunikasi dan minda bayi yang mempunyai masalah pendengaran. Kanak-kanak ini akan membesar dengan ketiadaan komunikasi kerana ibubapa mereka tidak membimbing mereka dan tidak memahami cara berkomunikasi dengan cara yang betul. Kanak-kanak ini diabaikan dan ini menyebabkan minda mereka kosong serta paling menyedihkan mereka tiada asas bahasa. Jika dibuat perbandingan, kanak-kanak yang normal telah dibimbing penguasaan bahasa mulai 1 hari mereka dilahirkan dan ianya adalah amat berbeza dengan kanak-kanak yang bermasalah pendengaran yang terpaksa menunggu sehingga 3 tahun lebih untuk dibimbing berkomunikasi, sama ada melalui pertuturan atau bahasa isyarat. Kanak-kanak yang lewat diasuh dengan cara yang betul, mereka tidak akan mengerti atau lambat memahami keadaan sekeliling. Ini menyebabkan mereka disalahtafsir sebagai degil, tidak mendengar nasihat dan sebagainya. Ini akan menjadi pemulaan perlabelan negatif tersebut. Kedua, negara Malaysia tidak mempunyai akses kepada komunikasi. Kanakkanak bermasalah pendengaran tidak berpeluang untuk menelefon, mengikuti rancangan televisyen, mengikuti khutbah Jumaat, ceramah dan sebagainya. Komunikasi tersebut adalah amat penting bagi mengembangkan minda mereka serta peluang untuk mengkukuhkan asas bahasa melalui penggunaan seharian. Di negara maju, telefon teks khas dicipta dan diagihkan kepada mereka yang mengalami masalah pendengaran dan mereka akan berpeluang untuk menghantar mesej kepada ibubapa melalui telefon teks khas tersebut. Penggunaan sehariannya akan membantu perkembangan minda dan bahasa

_______________________________________________________________________________________________ 39 _ Kanak-Kanak Dengan Berkeperluan Khas (KAP 3013)

Sistem Pendidikan Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran Di Malaysia _______________________________________________________________________________________________ _

mereka. Rancangan televisyen juga disertakan dengan sarikata sama ada closed caption atau open caption. Dengan membaca sarikata tersebut setiap hari, ia akan membantu kepada perkembangan minda dan bahasa kanak-kanak yang mempunyai

masalah pendengaran. Di Malaysia, peluang ini tidak wujud dan menyebabkan kanakkanak yang mengalami masalah pendengaran akan lemah minda, ketertinggalan dan tidak berdaya saing. Ibubapa akan berasa malu dan tidak dapat menerima hakikat yang mereka mempunyai anak yang bermasalah dalam pendengaran dan mereka ini akan sukar diterima ke dalam masyarakat yang maju.

BAB 9

_______________________________________________________________________________________________ 40 _ Kanak-Kanak Dengan Berkeperluan Khas (KAP 3013)

Sistem Pendidikan Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran Di Malaysia _______________________________________________________________________________________________ _

CADANGAN DAN PENDAPAT

9.0

Pengenalan

Kanak-kanak yang kurang upaya dalam pendengaran masih tidak terlambat untuk mendidik dan membimbing mereka. Sungguhpun dari segi lahiriah atau luaran mereka kelihatan segar atau cergas dan tiada kecacatan fizikal, tetapi dari segi dalaman mereka menghadapi kesukaran untuk berkomunikasi, membaca dan memahami sesuatu. Sekiranya masalah tersebut tidak dapat diatasi oleh pihak ibubapa dan guru-guru pada peringkat awal sudah pasti masa depan mereka tidak secerah kanak-kanak normal dan gelap. Jika mereka dilatih dengan sistematik oleh guru-guru yang mempunyai latihan khusus dalam masalah pendengaran, suatu hari nanti mereka boleh maju dan boleh bekerja di jabatan-jabatan tertentu.

9.1

Cadangan dan Pendapat

Ibubapa seharusnya peka dan lebih bertanggungjawab dengan keadaan diri anak-anak. Berkaitan dengan masalah pendengaran, mereka harus mengesan masalah pendengaran anak-anak mereka sejak dari awal lagi sekiranya mereka merasakan anak mereka mempunyai masalah kurang pendengaran untuk menggelakkan masalah ini ke peringkat yang lebih teruk. Kanak-kanak bermasalah pendengaran perlu didedahkan dengan kemudahan peralatan mengajar yang mencukupi dan pelbagai kaedah serta teknik mengajar untuk mempercepatkan lagi memahami konsep pengajaran yang diajar oleh guru. Selain itu,
_______________________________________________________________________________________________ 41 _ Kanak-Kanak Dengan Berkeperluan Khas (KAP 3013)

Sistem Pendidikan Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran Di Malaysia _______________________________________________________________________________________________ _

ibubapa dan guru hendaklah sentiasa mengambil berat, memberikan semangat, dorongan dan motivasi dari masa ke semasa untuk kanak-kanak yang menghadapi masalah pendengaran supaya mereka merasakan diri mereka di sayangi dan tidak tersisih. Sentiasa melibatkan mereka dengan pelbagai pendedahan seperti mengadakan pertandingan sukan, pertandingan melukis dan mewarna, tarian, kreativiti dan sebagainya. Mengadakan lawatan-lawatan ke tempat-tempat yang menarik seperti zoo, muzium dan sebagainya untuk membuka minda mereka ke skop yang lebih luas dengan melihat dunia persekitaran serta untuk memotivasikan diri mereka supaya tidak mudah tersisih dari masyarakat. Bahagian Pendidikan Khas di Kementerian Pendidikan Kuala Lumpur perlu menghantar lebih ramai guru yang mendapat latihan yang cukup dalam kaedah mengajar kanak-kanak yang bermasalah pendengaran. Salah satu kedah yang disarankan ialah penggunaan bahasa isyarat. Pada masa kini masih ada guru-guru yang tidak terlatih dalam bidang tersebut mengajar di sekolah pendidikan khas. Ini akan menimbulkan masalah kepada guru-guru berkenaan.

BAB 10 10

KESIMPULAN
_______________________________________________________________________________________________ 42 _ Kanak-Kanak Dengan Berkeperluan Khas (KAP 3013)

Sistem Pendidikan Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran Di Malaysia _______________________________________________________________________________________________ _

10.0

Kesimpulan

Kesimpulannya ialah semua pihak bertanggungjawab untuk memastikan sistem pendidikan khas di Malaysia berjalan lancar demi membantu murid-murid yang mengalami masalah pendengaran umumnya. Apa yang pasti, kursus yang pendek kurang dari sebulan tidak cukup untuk membantu dan mendedahkan guru-guru kepada pengetahuan serta pengalaman yang diperlukan dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran. Guru perlu mempunyai pengetahuan tentang ciri-ciri kanak-kanak masalah pendengaran supaya perhatian dapat diberikan kepada keperluan tertentu kanakkanak itu dalam proses pembelajaran seperti memilih pedagogi sesuai dengan keupayaan pelajar dalam proses pembelajaran. Walaubagaimanapun, kini timbul persoalan setakat mana pendidikan dan perkhidmatan khas yang disediakan untuk pelajar khas menjamin mereka boleh meningkat dalam kehidupan, berdikari dan menjadi manusia yang produktif. Bagi pelajar khas, mereka memerlukan kaedah pengajaran yang sesuai untuk membolehkan mereka mempelajari kemahiran tertentu dan mencapai potensi maksimum mereka di dalam bilik darjah. Oleh itu, sistem pendidikan khas berfungsi untuk menyediakan peluang pendidikan untuk kanak-kanak khas yang setanding dengan peluang pendidikan untuk rakan sebaya mereka yang normal. Setelah kita ketahui, sistem pendidikan khas telah wujud sejak awal abad ke-19 dan telah menjalani pelbagai perubahan. Perubahan itu mencerminkan perubahan sistem politik, sosial dan ekonomi sesebuah masyarakat. Kini, kita beralih kepada kepercayaan bahawa individu kurang upaya adalah sama seperti
_______________________________________________________________________________________________ 43 _ Kanak-Kanak Dengan Berkeperluan Khas (KAP 3013)

Sistem Pendidikan Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran Di Malaysia _______________________________________________________________________________________________ _

individu normal dan mereka perlu disepadukan dalam masyarakat dan menerima hak-hak yang sama tanpa diskriminasi. Sesungguhnya isu keperluan golongan khas ini khususnya dalam pendidikan wajar selari dengan konsep masyarakat penyayang yang sedang dipupuk dalam kehidupan rakyat Malaysia. Sewajarnya Pendidikan Khas diberi perspektif baru dalam pendidikan. Selain tenaga pengajar yang terlatih, prasarana yang dibina semestinya mengambil kira kesesuaian dengan kehendak kurikulum. Indikator penting yang menjadi pemacu negara maju ialah pendidikan. Pendidikan bukan sahaja dapat mengubah penampilan dan kualiti individu tetapi jauh lebih penting mampu membina kemakmuran dan kesejahteraan negara.

Bibliografi

Jamila K.A. Mohamed (2006), Pendidikan Khas untuk Kanak-kanak Istimewa. Kuala Lumpur : PTS Professional. Publishing Sdn Bhd.

Mohd Salleh Lebar (1999). Kanak-Kanak Berkeperluan Khas dalam Pendengaran. Serdang: Universiti Putra Malaysia.
_______________________________________________________________________________________________ 44 _ Kanak-Kanak Dengan Berkeperluan Khas (KAP 3013)

Sistem Pendidikan Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran Di Malaysia _______________________________________________________________________________________________ _

Rohaty Mohd Majzub dan Abu Bakar Nordin (1989). Pendidikan Prasekolah. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Lokman Saim (2004). Pengendalian Kanak-kanak Cacat Pendengaran : Satu Anjakan Paradigma . Bangi : Penerbit UKM

Zarin Ismail, Safani Bari dan Soo Boon Seng (2004). Integrasi sosial murid berkeperluan khas bermasalah pendengaran dalam program inklusif. Bangi: Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohd Siraj Awang (1996). Kanak-Kanak Berkeperluan Khas. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Noraini (1980). Kaedah dan Teknik Pelajaran Kanak-Kanak dengan Berkeperluan Khas. Shah Alam: Fajar Bakti.

Chua Tee Tee dan Koh Boh Boon (1992). Memahami Psikologi Pembelajaran KanakKanak Bermasalah Pendengaran. Pahang: PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd.

John & Cruickhakn (1975). A Practical Guide to Solving Special Education Behavior

_______________________________________________________________________________________________ 45 _ Kanak-Kanak Dengan Berkeperluan Khas (KAP 3013)

Sistem Pendidikan Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran Di Malaysia _______________________________________________________________________________________________ _

Problem. (2nd. Ed.), NY: Delmar

http://www.epekak.net.my/bicara_sazali/2002/01_2002.htm http://www.disabilitymalaysia.com/index2.php?type=view&table=factsheet&id=68 http://www.rit.edu/~msl8363/fsd50/history.html

_______________________________________________________________________________________________ 46 _ Kanak-Kanak Dengan Berkeperluan Khas (KAP 3013)

Sistem Pendidikan Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran Di Malaysia _______________________________________________________________________________________________ _

_______________________________________________________________________________________________ 47 _ Kanak-Kanak Dengan Berkeperluan Khas (KAP 3013)

Anda mungkin juga menyukai