Anda di halaman 1dari 3

publication : berita harian

headline : agenda ubah minda warga miskin


date : 24/05/2006
byline : jami'ah shukri

program pembangunan modal insan untuk penduduk luar bandar akan dilancarkan, sabtu ini
serentak ekspo jualan produk pertanian dan kraftangan oleh 100 pengusaha tempatan. apakah
matlamat dan tumpuan program itu. pembangunan modal insan luar bandar adalah salah satu
usaha melahirkan masyarakat luar bandar berilmu, berkemahiran, berdaya saing, berdaya tahan
dan komited dalam melaksana dan meningkatkan keberkesanan kos pelaksanaan serta
memberikan kesan mendalam kepada masyarakat luar bandar.

kumpulan sasar modal insan luar bandar meliputi kanak-kanak, orang miskin dan miskin tegar
serta masyarakat orang asli, pemimpin jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung
(jkkk), ibu bapa, pelajar dan belia. matlamatnya juga untuk meningkatkan kesedaran pegawai
kementerian pembangunan luar bandar dan wilayah (kplbw) serta agensi pelaksana dan
kumpulan sasar mustahaknya program itu dalam pembangunan luar bandar sepanjang
rancangan malaysia kesembilan (rmk-9) bagi mencapai matlamat wawasan 2020. kesedaran di
kalangan pegawai dan kumpulan sasar penting bagi memastikan pelaksanaan program ini
berjalan lancar.

pada pelancaran itu, kita juga menganjurkan ekspo membabitkan 100 pengusaha luar bandar
dari 26 hingga 28 mei ini. ? apakah program dan manfaatnya kepada golongan sasaran.

pertama, pelancaran garis panduan tatacara kerja jkkk iaitu jadual kerja, rujukan dan panduan
kepada jkkk untuk menjalankan tugas dengan lebih cekap, terperinci dan tepat. semua 13,000
jkkk di seluruh negara diberi kursus meningkatkan kefahaman supaya mencapai tahap terbaik.
setiap kampung akan mengendalikan program pembangunan dan kemasyarakatan di kawasan
masing-masing menerusi peranan jkkk.

kedua, pelancaran kempen kesedaran ibu bapa luar bandar dalam menjayakan pelajaran anak
(dua jam-tiga jam). dalam konteks ini, ibu bapa yang mempunyai anak bersekolah rendah
digalakkan memperuntukkan masa dua jam berdampingan dan melihat perkembangan
pembelajaran mereka termasuk mengulangi kaji pelajaran. ibu bapa perlu memperuntukkan
masa tiga jam dengan anak yang bersekolah menengah.

kita percaya pelajaran adalah "kenderaan terbaik kepada mereka untuk keluar daripada garis
kemiskinan". kita mahu bagaimana sibuk sekali pun ibu bapa, mereka perlu meluangkan masa
untuk anak. ibu bapa diberi kursus keibubapan supaya lebih faham tugas mereka. program itu
juga dapat mengelakkan anak terbabit terjebak dalam gejala sosial.

ketiga, pelancaran kelab sahabat kemas iaitu membabitkan semua kakitangan, jawatankuasa
kemas, ibu bapa dan bekas pelajar supaya saling membantu. mereka adalah kumpulan akar
umbi serta ejen mempercepat, memperhebat dan menggerakkan masyarakat untuk
membangunkan sumber manusia.

keempat, pelancaran direktori usahawan luar bandar. direktori ini mengandungi nama 375
usahawan berjaya bersama produk, alamat dan nombor telefon mereka. ia memudahkan orang
ramai termasuk dalam dan luar negara membuat tempahan produk itu. produk pengusaha luar
bandar serta berkualiti setaraf dengan pengusaha lain.

dengan pelancaran empat program itu, kita berharap ia mampu membangunkan masyarakat luar
bandar untuk menentukan supaya mereka boleh bersama dengan masyarakat lain menikmati
pembangunan pada rmk-9. ? apakah tema pembangunan modal insan pemangkin masyarakat.

perdana menteri menekankan pembangunan modal insan iaitu manusia itu sendiri adalah kritikal.
ia adalah pembangunan berterusan dan kita tidak lagi menekankan bantuan kewangan kepada
masyarakat, sebaliknya mereka sama membantu diri untuk maju ke depan. dalam hal ini,
kementerian akan terus menyediakan program peningkatan kemahiran kepada belia, remaja,
kanak-kanak dan ibu bapa. penekanan juga kepada golongan yang berada pada garis
kemiskinan. ?

ketika ini berapa jumlah kemiskinan tegar dan sasaran mencapai sifar kemiskinan tegar di negara
ini. kita melakukan pelbagai program dan perancangan mengeluarkan golongan itu daripada
definisi kemiskinan tegar menjelang 2010. pada masa ini jumlah mereka yang termasuk dalam
golongan kemiskinan tegar seramai 52,000 keluarga. perancangan kita mahu mengeluarkan
sehingga 11,000 keluarga daripada miskin tegar setahun. sabah, kelantan dan kedah masih
tinggi jumlah kemiskinan tegar. kita mempunyai skim di mana ada program untuk menambah
pendapatan dalam bidang tertentu dengan bantuan kewangan dan bimbingan.

kerajaan juga meluluskan program ladang rakyat. kita akan membuka ladang baru atau membeli
ladang sedia ada iaitu kelapa sawit dan getah. kemudian, kita akan beri secara sistem saham
kepada keluarga miskin tegar. unit perancangan ekonomi sudah meluluskan rm150 juta bagi
tujuan itu yang dijangka dilaksanakan akhir tahun ini. kita akan tingkatkan kemahiran dalam
usaha meningkatkan pendapatan mereka, termasuk terbabit dalam pengeluaran hasil pertanian.
mereka digalakkan menghasilkan pengeluaran makanan. ? bagaimanakah jurang kemiskinan di
antara bandar dan luar bandar. jika dibandingkan dengan di bandar, jurangnya masih luas. kita
memberi tumpuan kepada masyarakat luar bandar. ada antara golongan miskin tegar ini sukar
untuk dikeluarkan daripada kategori itu, seperti orang kurang upaya (oku). bagaimanapun,
bantuan berterusan akan terus diberikan. ?

kementerian menyediakan pelbagai program. bagaimana untuk memastikan ia sampai kepada


kumpulan sasaran. kita percaya dengan adanya kelab sahabat kemas ia dapat dilaksanakan
dengan baik iaitu turut memberi maklumat terutama kepada golongan yang terlepas daripada
bantuan atau belum menerima pembangunan.

selain itu, kementerian menyedia dan menempatkan kumpulan pemantau di setiap negeri supaya
projek dirancang dan dijalankan akan dilaksanakan mengikut jadual dan menepati sasaran. kita
juga bekerjasama dengan unit penyelarasan dan pelaksanaan serta unit perancangan ekonomi
untuk menentukan supaya ketelusan projek dikurangkan.

kita diberi peruntukan besar menerusi rmk-9 dan sekiranya tidak dipantau mungkin menjadi
masalah. ? apakah halangan dihadapi oleh kementerian untuk memajukan masyarakat luar
bandar. perkara paling penting untuk mengubah minda masyarakat. kita berharap golongan
miskin akan mengubah cara pemikiran mereka dalam pelbagai bentuk. mereka kena berusaha
dan tidak saja mengharapkan bantuan. kita hanya mempunyai 15 tahun untuk mencapai tahap
negara maju.

kita walaupun mempunyai infrastruktur kelas pertama, namun tahap pemikiran masih kelas
ketiga. sahabat kemas itu secara tidak langsung menentukan perubahan minda yang baik akan
berlaku. secara keseluruhan, kementerian melaksanakan tugas menyediakan prasarana
meliputi jalan luar bandar, jalan kampung serta bekalan air luar bandar dan elektrik. penyediaan
prasarana adalah fokus utama kami selain pembasmian kemiskinan. ? sejauh manakah
peranan kplbw dalam menjayakan pembangunan modal insan sebenarnya pembangunan
modal insan ini sudah dilaksanakan oleh kplbw sejak rmk-8 lagi. antara program itu ialah latihan
kepada jkkk dan usahawan luar bandar.

di samping itu, penekanan pembangunan modal insan ini meliputi setiap golongan masyarakat,
kanak-kanak menemui program tabika hingga golongan dewasa. pada rmk-9 program ini rm937
juta diperuntukkan kementerian supaya masyarakat luar bandar menjadi sebuah masyarakat
yang berilmu, berkemahiran, berdaya saing dan berdaya tahan. selain itu, kita membantu
graduan menganggur dengan mengadakan kursus di seluruh negara dengan meningkatkan
keterampilan diri mereka. setakat ini, 500 graduan sudah mengikut program itu. kita juga
adakan program kelas tabika. pada masa ini, ada 250,000 kanak-kanak dengan 8,000 kelas
tabika di seluruh negara. kita berusaha menambah 11,000 lagi kelas bagi menampung keperluan
penduduk.

Anda mungkin juga menyukai