Anda di halaman 1dari 1

rm10 juta bantu peniaga bumiputera

oleh ali mahmood


temerloh 21 april - kementerian pembangunan usahawan dan koperasi
memperuntukkan dana rm10 juta untuk kemudahan pinjaman kepada penjaja dan
peniaga kecil bumiputera pada tahun ini.
timbalan menterinya, datuk saifudin abdullah berkata, dana itu dikhususkan
kepada penjaja dan peniaga yang tidak pernah mendapat pinjaman dengan mana-
mana institusi kewangan sebelum ini.
katanya, kementerian akan terus menyediakan pelbagai kemudahan pinjaman dan
insentif lain sebagai usaha membantu penjaja dan peniaga kecil bumiputera maju
dalam peniagaan agar mengimbangi kaum lain di negara ini.
"penjaja, peniaga dan usahawan bumiputera boleh maju dan mampu menjalankan
perniagaan yang lebih besar sekiranya mereka sedia bersaing dan bersikap jujur
dalam menjalankan perniagaan termasuk melunaskan segala hutang dan pinjaman
mengikut jadual," katanya.
beliau berkata kepada pemberita selepas mengadakan majlis ramah mesra dengan
guru besar dan pengetua sekolah seluruh daerah temerloh di sini malam tadi.
menurut beliau, kebanyakan peniaga dan usahawan bumiputra yang gagal dalam
perniagaan berpunca daripada sikap mereka yang menyalahgunakan wang
pinjaman dan bukan disalurkan sebagai modal untuk memajukan perniagaan.
akibatnya, tegas beliau, nama mereka disenaraihitamkan apabila gagal membayar
balik pinjaman mengikut jadual.
sehubungan itu, saifuddin berharap mereka yang mendapat pinjaman, melunaskan
hutang mereka sebagaimana yang dilakukan peniaga kaum lain.
beliau yang juga ahli parlimen temerloh yakin jika amalan melunas hutang
dilakukan mengikut jadual, mereka mudah untuk membuat pinjaman seterusnya
membesarkan lagi perniagaan.
dalam perkembangan lain, saifuddin menyarankan pentadbiran sekolah
menggalakkan pelajar menubuhkan kelab usahawan atau koperasi bagi memupuk
minat dan budaya perniagaan sejak di bangku sekolah.
sehingga kini, 2,300 buah sekolah telah menubuhkan koperasi masing-masing
dengan 1,800 daripadanya sudah didaftarkan dengan suruhanjaya koperasi negara.

Anda mungkin juga menyukai