Anda di halaman 1dari 1

KERTAS KERJA DANA SATU KELUARGA MYFAMILYN9

OBJEKTIF
Untuk kegunaan sebarang majlis / kenduri / sambung belajar / baikpulih rumah dan jalan-jalan (aktiviti keluarga).

VISI
Meningkatkan ikatan silaturrahim diantara ahli keluarga dan menjana pendapatan keluarga.

PENGENALAN
Dana 1 Keluarga Myfamilyn9 ini bertujuan untuk kegunaan keluarga di waktu memerlukan sama ada kecemasan, sambung belajar, baikpulih rumah dan aktiviti kekeluargaan seperti Hari Keluarga secara kolektif diantara ahli keluarga yang ingin menyumbang.

KAEDAH DANA 1 KELUARGA MYFAMILYN9


Duit dicarum sebulan sekali serendah RM5.00 dan laporan kewangan akan dikeluarkan setiap hujung tahun manakala audit dalaman akan dilaksanakan secara rawak ataupun secara mengejut hehehe. Ini bagi mengelakkan berlaku korupsi dan penyalahgunaan dana. Setiap penggunaan akan dimasukkan dalam laporan tahunan beserta baki dana.

PENYELENGGARA
Seorang atau dua orang (Penyelenggara dan Pembantu Penyelanggara) yang bijak menguruskan kewangan dan mendapat A dalam subjek matematik dan akaun semasa SPM hehehe) bagi menyelenggara, menguruskan kewangan, membuat laporan kewangan dan membuat tuntutan kepada pencarum yang masih belum membayar caruman mereka.

AKAUN
Wujudkan akaun baru yang mana sesuai untuk dijadikan simpanan bagi dana ini.

KOMEN
Komen diperlukan untuk penambahbaikan kertas kerja. Pendapat yang membina amat diperlukan.

Note : Seelok-eloknya kalau dapat, DANA ini dapat dilaksanakan selewat-lewatnya pertengahan tahun 2012

Anda mungkin juga menyukai