Anda di halaman 1dari 3

BIL. ATUR CARA 1.

KETIBAAN VIP

2.

PENDAHULUAN

Yang berusaha, Pengetua SMK Yong Peng, Pn. Asmah binti Markom Yang dihormati, YDP PIBG SMK Yong Peng, En. Gan Tin Hook Yang dihormati, Penolong Kanan SMK Yong Peng, Pn. Mahani binti Mohid. Yang dihormati, PK HEM, En. Iskandar Khor bin Abdullah PK Kokurikulum, En. Eu Hoong Siong PK Petang, En. Rosli bin Mohamad Yang dihormati, Pengerusi KEBIRU SMK Yong Peng, En. Kamarulzaman Saudi Yang dikasihi, Guru-guru kanan mata pelajaran, guru cemerlang, rakanrakan guru dan para hadirin sekalian. Melayang merbah di hujung muara, Bersama helang terbang ke Pekan, Awal Bismillah pembuka bicara, Majlis KEBIRU kita raikan. Assalammualaikum w.h.t... salam sejahtera dan salam satu Malaysia. Marilah kita merafaqkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia-Nya kita dapat berkumpul di Dewan Nasuha Herba, Pagoh, Muar, ini sempena majlis Jamuan Akhir Tahun Anjuran KEBIRU, SMK Yong Peng, tahun 2010. Ucapan terima kasih kepada tuan-tuan dan puan-puan yang dapat hadir pada hari ini untuk bersama-sama kami dalam memeriahkan lagi majlis ini.

3.

PEMBUKA MAJLIS

4.

BACAAN DOA

Hadirin yang dihormati, Tetak buluh panjang sepuluh, Mari jolok sarang penyengat, Angkat tangan jari sepuluh, Doa diminta biar selamat. Bagi memberkati perjalanan majlis, dengan segala hormatnya dipersilakan _____________________________________ untuk memimpin bacaan doa. Majlis mempersilakan tuan. Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada __________________ yang telah memimpin bacaan doa sebentar tadi. Semoga perjalanan majlis ini diberkati Allah. Insyaallah...

5.

UCAPAN Pengerusi KEBIRU

Hadirin yang dihormati Majlis diteruskan dengan mendengar ucapan alu-aluan yang akan disampaikan oleh ___________________________________________ Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan tuan. Begitulah ucapan daripada ________________________________________ Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas ucapan beliau sebentar tadi.

En. Gan Tin Hook

Seterusnya, marilah kita sama-sama mendengar ucapan yang akan disampaikan oleh Yang dihormati, YDP PIBG SMK Yong Peng, En. Gan Tin Hook. Dengan segala hormatnya dipersilakan tuan. Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang dihormati, YDP PIBG SMK Yong Peng, En. Gan Tin Hook atas kesudian menyampaikan ucapan sebentar tadi.

Pengetua

Hadirin yang dihormati Majlis diteruskan dengan mendengar ucapan yang akan disampaikan oleh Yang berusaha, Pengetua SMK Yong Peng, Pn. Asmah binti Markom. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan tuan. Begitulah ucapan daripada Yang berusaha, Pengetua SMK Yong Peng, Pn. Asmah binti Markom. Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas ucapan beliau sebentar tadi.

6.

Penyampaian Cendera mata

Hadirin sekalian, Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderamata kepada ________________________________________________________ ________________________________________________________ ________________________________________________________ ________________________________________________________ Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang berusaha, Pengetua SMK Yong Peng, Pn. Asmah binti Markom untuk menyampaikan cenderamata tersebut. Dipersilakan... (RUJUK SENARAI)

7.

Cabutan Bertuah

Majlis diteruskan dengan menjemput _______________________________ untuk mengendalikan acara cabutan bertuah. Dipersilakan tuan.

8. PENUTUP Hadirin yang dihormati sekalian, Dengan berakhirnya majlis cabutan bertuah itu sebentar tadi majlis menghampiri penghujung acara. Saya mewakili warga KELAB BILIK GURU SMK Yong Peng menyusun sepuluh jari memohon kemaafan sekiranya terdapat sebarang kepincangan sepanjang mengendalikan majlis. Sekian, wabillahitaufik walhidayah w.r.t. dan salam sejahtera. 9. JAMUAN/ BERSURAI Majlis mempersilakan para hadirin sekalian untuk menjamu selera. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Anda mungkin juga menyukai