Anda di halaman 1dari 6

PERMAINAN SEMBUNYI-SEMBUNYI

PENGENALAN
Permainan sembunyi-sembunyi merupakan satu permainan yang melibatkan seorang yang perlu bertindak sebagai pencari dan beberapa orang penyembunyi yang bilangannya tidak terhad. Permainan ini juga mempunyai peraturan-peraturan tertentu. ini pula boleh diubahsuai mengikut situasi dan kehendak para pemainnya.

Pencari mestilah seorang sahaja.

Kawasan persembunyian hendaklah dihadkan.

Penyembunyi hendaklah statik atau tidak berubah tempat persembunyian

CARA BERMAIN

1. Untuk menentukan seorang pencari para pemain boleh memilih melalui pelbagai cara tertentu. Contohnya lat ta li lat dan kiraan kaki.

2. Apabila pencari sudah dijumpai, para pemain yang selebihnya akan bertindak sebagai penyembunyi.

3. Untuk memulakan permainan, pencari akan mengira hingga kepada kiraan tertentu,sambil menutup mata. Manakala pemain yang selebihnya akan mengejar masa untuk mencari tempat persembunyian yang sesuai.

4. Setelah selesai perkiraan, pencari akan mencari para penyembunyi sehingga kesemua penyembunyi dijumpai.

5. Pengiraan mata ditentukan mengikut bilangan orang dijumpai. 6. Sekiranya pencari tidak berjaya menjumpai kesemua penyembunyi dan mengaku kalah permainan akan tamat. Pencari seterusnya adalah orang yang pertama yang ditemui oleh pencari permainan sebelum ini.

Anda mungkin juga menyukai