Anda di halaman 1dari 7

"berikanlah kasih,sayang,nescaya kamu akan dikasihi dan diberikan keampunan,nescaya akan diberikan keampunan"(imam Ahmad)

Rabiatul Adawiyah adalah seorang wali Allah yang mengabdikan dirinya kepada Allah. Kesabaran dan perjuangan harus dicontohi oleh wanita islam hari ini. Walaupun sejarah hidupnya bermula dari seorang wanita yang tidak mentaati Allah, akhirnya di memilih jalan sufi dalam mencari ketenangan hidup. Kisah bermula pada zaman dahulu di mana kejahilan menyelebungi masyarakat arab kebanyakan sekolah agama telah ditutup. Ayah Rabiatul Adawiyah adalah guru agama tapi terpaksa menjadi pendayung sampan. Untuk menarik minat orang menaiki sampannya dia akan mendendangkan lagu yang merdu ketika mendayung sampan. Rabiatul Adawiyah sentiasa disamping ayahnya hinggalah dia dewasa, apabila ayahnya meninggal dunia. Dia menggantikan tempat ayah sebagai pendayung sampan dan mendendangkan lagu yang merdu. Mendengarkan suaranya yang merdu itu menarik hati seorang lelaki untuk membawanya untuk dipersembahkan kepada raja dan dia terpaksa berkhidmat untuk raja. Setiap hari dia menyanyi dan menuang arak kepada raja dan tetamu raja. Suatu hari timbul kesedaran di hatinya merasa insaf dengan segala perbuatannya kerana kejahilannya itu sedangkan bapanya adalah seorang guru agama. Dari hari itu Rabiatul Adawiyah tidak mahu lagi menyanyi dan menuang arak. Dia sering duduk bersendirian berzikir kepada Allah. Dia juga diseksa oleh raja dengan kerja yang berat. Pernah suatu hari pengawal raja disuruh melepaskan ular dan kala jengking ke dalam bilik Rabiatul Adawiyah kerana raja tidak senang melihat dia sentiasa berzikir. Tetapi akhirnya ular tersebut menerkam pengawal raja. Rabiatul Adawiyah tetap tenang, walaupun dia tidak diberi makan dia tetap mampu menjalankan ibadat kepada Allah. Apabila raja mengintainya di dalam bilik, kelihatan dia sedang munajat memohn doa kepada Allah. di dalam kegelapan biliknya kelihatan cahaya yang menyuluh ke arahnya. Pada suatu malam raja bermimpi seorang tua datang dan mengatakan supaya melepaskan Rabiatul Adawiyah dan jangan lagi menyiksanya kemudia raja melihat Rabiatul Adawiyah berpakaian serba putih naik ke atas langit. Beliau terus ke bilik Rabiatul Adawiyah untuk melihat sama ada Rabiatul Adawiyah masih ada atau sudah pergi. Kelihatan Rabiatul Adawiyah masih berzikir dan berdoa. Sampai habis tempoh masa Rabiatul berkhidmat dengan raja, akhirnya dia dilepaskan oleh raja. Rabiatul Adawiyah berterima kasih kepada raja dan tidak meminta apa-apa daripada raja walaupun raja memberi peluang kepadanya untuk meminta apa saja sebelum dia pergi. Apabila dia pulang ke kampungnya, rumah telah roboh dan penduduk kampungnya juga ramai yang telah berpindah. Dia meminta orang menyediakan sebuah pondok kecil untuknya. Pada suatu malam, seorang pencuri terpandang pondok Rabiatul Adawiyah lalu dia ingin pergi mencuri di situ. Ketika itu Rabiatul Adawiyah sedang solat. Dia tidak menjumpai apa-apa di dalam rumah Rabiatul Adawiyah melainkan sebiji tempayan. Lalu dia merasa kecewa dan ingin bunuh Rabiatul Adawiyah. Apabila dia mengeluarkan pisau dan ingin menikam Rabiatul Adawiyah tiba-tiba dia menjadi keras dan pisaunya terjatuh. Rabiatul Adawiyah terkejut. Rabiatul mengatakan pada pencuri itu ambillah apa yang dia inginkan jika dia seorang pencuri tetapi mengapa ingin

membunuhnya. Lalu dia menyuruh pencuri itu mengambil wudhuk dan bersolat serta memohon pada Allah apa yang dia inginkan. Lalu pencuri itu bersolat dan meinta pada Allah agar mendapat rezeki yang banyak supaya dia tidak perlu menjadi pencuri lagi. Pada masa yang sama diluar kelihatan kereta kuda yang membawa banyak harta yang menuju ke arah pondok Rabiatul Adawiyah. Raja menghantar orang untuk memberi Rabiatul Adawiyah harta yang banyak. Apabila orang itu datang menemui Rabiatul Adawiyah kerana ingin menyerahkan harta itu, Rabiatul Adawiyah mengatakan dia tidak pernah meminta harta dari Allah tetapi orang disebelahnya yang memohon kepada Allah jadi berikanlah harta itu kepada orang yang memintanya. Pencuri itu gembira kerana mendapat harta dan dia membuat sebuah mahligai yang indah. Pada suatu hari ada seorang lelaki menemui pencuri itu dan bertanya bagaimana dia mendapat harta yang begitu banyak dalam sekelip mata. Dia pun menceritakan kisahnya kepada lelaki itu. Lelaki itu menjelaskan kepadanya bahawa wanita yang ditenuinya itu adalah wali Allah. Dia berasa terkejut dan menyesal kerana tidak berterima kasih kepada Rabiatul Adawiyah lalu dia ke pondok rabiatul Adawiyah untuk menemuinya. Ketika itu Rabiatul Adawiyah sedang nazak. Akhirnya Rabiatul Adawiyah pergi menemui kekasihnya

KISAH 1: Suatu malam yang sunyi sepi, di kala masyarakat sedang khusyuk tidur, seorang pencuri telah menceroboh masuk ke dalam pondok Rabi'atul Adawiyah. Namun setelah menyelongkar sekeliling berkali-kali, dia tidak menemui sebarang benda berharga kecuali sebuah kendi untuk kegunaan berwuduk, itupun telah buruk. Lantas si pencuri tergesa-gesa untuk keluar dari pondok tersebut. Tiba-tiba Rabi'atul Adawiyah menegur si pencuri tersebut, "Hei, jangan keluar sebelum kamu mengambil sesuatu dari rumahku ini." Si pencuri tersebut terperanjat kerana dia menyangka tiada penghuni di pondok tersebut. Dia juga berasa hairan kerana baru kini dia menemui tuan rumah yang begitu baik hati seperti Rabi'tul Adawiyah. Kebiasaannya tuan rumah pasti akan menjerit meminta tolong apabila ada pencuri memasuki rumahnya, namun

lain pula yang berlaku. "Sila ambil sesuatu." kata Rabiatul Adawiyah lagi kepada pencuri tersebut. "Tiada apa-apa yang boleh aku ambil daripada rumah mu ini." kata si pencuri berterus-terang. "Ambillah itu!" kata Rabi'atul Adawiyah sambil menunjuk pada kendi yang buruk tadi. "Ini hanyalah sebuah kendi buruk yang tidak berharga." Jawab si pencuri. "Ambil kendi itu dan bawa ke bilik air. Kemudian kamu ambil wudhu' menggunakan kendi itu. Selepas itu solatlah 2 rakaat. Dengan demikian, engkau telah mengambil sesuatu yang sangat berharga daripada pondok burukku ini." Balas Rabi'tul Adawiyah. Mendengar kata-kata itu, si pencuri tadi berasa gementar. Hatinya yang selama ini keras, menjadi lembut seperti terpukau dengan kata-kata Rabi'tul Adawiyah itu. Lantas si pencuri mencapai kendi buruk itu dan dibawa ke bilik air, lalu berwudhu' menggunakannya.. Kemudian dia menunaikan solat 2 rakaat. Ternyata dia merasakan suatu kemanisan dan kelazatan dalam jiwanya yang tak pernah dirasa sebelum ini. Rabi'atul Adawiyah lantas berdoa, "Ya Allah, pencuri ini telah menceroboh masuk ke rumahku. Akan tetapi dia tidak menemui sebarang benda berharga untuk dicuri. Kemudian aku suruh dia berdiri dihadapan-Mu. Oleh itu janganlah Engkau halang dia daripada memperolehi nikmat dan rahmat-Mu." KISAH 2 : Pada suatu hari, sekumpulan golongan cerdik pandai telah datang ke rumah Rabi'atul Adawiyah. Tujuan mereka tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menguji beliau dengan pelbagai persoalan. Malah mereka telah bersedia dengan satu persoalan yang menarik. Mereka menaruh keyakinan yang tinggi, kerana selama ini Rabi'atul Adawiyah tidak pernah ketandusan hujah.

"Wahai Rabi'atul Adawiyah, semua bentuk kebajikan yang tinggi-tinggi telah dianugerahkan oleh Allah kepada kaum lelaki, namun tidak kepada kaum wanita." Ketua rombongan itu memulakan bicara. "Buktinya?" Balas Rabi'atul Adawiyah. "Buktinya ialah, mahkota kenabian dan Rasul telah dianugerahkan kepada kaum lelaki.Malah mahkota kebangsawanan juga dikurniakan kepada kaum lelaki. Paling penting, tidak ada seorang wanita pun yang telah diangkat menjadi Nabi atau Rasul, malah semuanya dari golongan lelaki." Jawab mereka pula dengan yakin. "Memang betul pendapat tuan-tuan sekalian. Akan tetapi harus diingat bahawa sejahat-jahat pangkat ada pada kaum lelaki juga. Siapa yang mengagung-agungkan diri sendiri? Siapa yang begitu berani mendakwa dirinya sebagai Tuhan? Dan siapa pula yang berkata : "Bukankah aku ni tuhanmu yang mulia?" Dengan tenang, Rabi'atul Adawiyah membalas hujah mereka sambil merujuk kepada Firaun dan Namrud. Kemudian Rabi'atul Adawiyah menambah lagi, "Anggapan dan ucapan seperti itu tidak pernah keluar dari mulut seorang wanita. Malah semuanya ditimpakan kepada kaum lelaki." KISAH 3 : Suatu hari, Rabi'atul Adawiyah terlihat seseorang sedang berjalan-jalan dengan kepalanya berbalut sambil menagih simpati daripada orang ramai. Kerana ingin tahu sebabnya orang itu berbuat demikian, Rabi'atul Adawiyah bertanya, "Wahai hamba Allah! Mengapa engkau membalut kepalamu sebegini rupa?" "Kepalaku sakit." Jawab orang itu dengan ringkas. "Sudah berapa lama?" Tanya Rabi'atul Adawiyah lagi. "Sudah sekian hari." Jawabnya dengan tenang. Lantas Rabi'atul Adawiyah bertanya lagi,"Berapa usiamu sekarang?" Orang itu menjawab,"Sudah 30 tahun" "Bagaimana keadaanmu selama 30 tahun itu?" Tanya beliau lagi.

"Alhamdulillah, sihat-sihat saja." Jawabnya. "Apakah kamu memasang sebarang tanda di badanmu bahawa kamu sihat selama ini?" Tanya Rabi'atul Adawiyah. "Tidak." Jawab orang itu ragu-ragu. "Masya Allah, selama 30 tahun Allah telah menyihatkan tubuh badanmu, tetapi kamu langsung tidak memasang sebarang tanda bagi menunjukkan kamu sihat sebagai tanda bersyukur kepada Allah. Jika sebaliknya, pasti manusia akan bertanya kepada kamu sebabnya kamu sangat gembira. Apabila mereka mengetahui nikmat Allah kepadamu, diharapkan mereka akan bersyukur dan memuji Allah." Jelas Rabi'atul Adawiyah. "Akan tetapi, kini apabila kamu mendapat sakit sedikit, kamu balut kepalamu dan kemudian pergi ke sana sini bagi menunjukkan sakitmu dan kekasaran Allah terhadapmu kepada orang ramai, Mengapa kamu berbuat hina seperti itu?" Sambung Rabi'atul Adawiyah lagi. Orang yang berbalut kepalanya itu hanya diam seribu bahasa dan tertunduk malu denga perlakuannya. Kemudian dia beredar meninggalkan Rabi'atul Adawiyah dengan perasaan kesal dan insaf. Raabiah turut mengenang nasib tiga lagi kakaknya yang terpisah tentang bagaimana takdir yang menimpa mereka. Adakah mereka juga terbelenggu dengan rantaian perhambaan? Air matanya mengalir sedih, tetapi disapunya supaya tidak dilihat oleh saudagar yang tentu akan menggunakan tindakan yang teruk pula. Apakah yang bermain di jiwa Raabiah? Beliau dapat merasai sendiri pengalaman bagaimana manusia memperhambakan manusia yang lain, sedangkan Allah menjadikan manusia semua bebas dan merdeka. Mengapa sebahagian mereka melakukan penghinaan terhadap yang lain? Bukankah manusia semua menjadi hamba kepada Allah S.W.T? Siapakah yang meluluskan hukuman menjadikan saudaranya sebagai hamba abdi kepadanya? Bukankah harta itu milik Allah? Mengapa sesetengah orang itu menjadikan orang lain sebagai jalan bagi menodai kemulian kejadian Allah? Itulah antara persoalan yang bermain dijiwanya. Raabiah mendongak ke langit. Beliau melihat tompok-tompok cahaya yang memenuhi alam yang luas ini. Dirinya mulai menjadi suci bersih. Hatiya juga turut bersih. Manakala jiwanya bercahaya. Dirinya turut menjadi terang dan bertukar menjadi mata yang melihat dan telinga yang mendengar, menjadi deria yang menerima dan mencatat maklumat suci. Tanda-tanda kebesaran Allah

yang terdapat di hadapannya menjadi lidah yang sentiasa bertasbih, menjadi penyuluh yang membuka segala rahsia peribadatan makhluk kepada Allah. Bagaimana Raabiah boleh terangkat dirinya kepada kedudukan mulia yang begitu tinggi serta telus itu, dan bagaimana jiwanya gemerlap dengan cahaya ajaib yang membolehkannya nampak telus perkara yang orang lain tidak nampak, dapat merasai benda yang tidak dapat dirasai oleh orang lain. Seterusnya dapat menembusi segala sekatan masa dan tempat? Itulah rinduan mesra Ilaahii yang menjalar dalam selsel dirinya, menjadikan beliau kasih kepada Allah dengan akal, perasaan dan jiwanya. Beliau bercakap tentang rindu mesra kepada Allah semata-mata, sebagaimana tidak ada perkara syirik dalam peribadatan kepada Allah maka begitulah tidak ada saingan dalam kerinduan mesra dengan Allah. Beliau mahu menumpukan seluruh hidupnya untu beribadat kepada Allah. Siang malam adalah solat kepada Allah, bertasbih, bertahmid, untuk mendampingi diri kepadanyaNya. Seluruh anggotanya melakukan sujud berterusan, manakal seluruh pernafasan bergelora dengan segala kerinduan mesra dan kasih sayang Ilaahii. Bagaimana beliau dapat mencapai perkara itu semua? Sedangkan belia menjadai hamba abdi kepada saudagar yang tidak mengenal erti belas kasihan dalam diri dan hati. Tidak ada kelembutan perasaan dan sifat peri kemanusiaan itu? Tentu saudagar itu mahu mengongkong setiap detik hidup Raabiah untuk ditumpukan pada kerja menjaga rumahnya sahaja, sedangkan raabiah pula tidak mampu menentang perintahnya. Lagipun beliau tetap mersa tidak ada nilai diri dan terlalu hina hidup sebegitu. Saudagar itu hanyut dalam ulitan urusan kekayaan. Hatinya dibutakan oleh kilauan harta, menyebabkan dia melakukan kefasikan terhadap tuhan dengan menjadikan harta yang Allah kurniakan kepadanya itu sebagai tongkat mengenakan azab kepada dirinya sendiri kerana menghina orang dhaeif, anak yatim piatu dan orang miskin dek pemilikan hartanya. Ini kerana harta itu diibaratkan wanita yang kadangkala menjadi alat dan bahan keseronokan kaum lelaki dan selanjutnya boleh membawa bencana kepadanya pula. Seandainya ada peralatan canggih bagi menyingkap rahsia perasaan di lubuk hati manusia serta membongkar apa yang tersembunyim di dalamnya tentunya akan tersingkap segala keajaiban yang tersembunyi di lubuk hati raabiah. Seperti lain-lain orang Mukmin, lelaki maupun perempuan raabiah juga hidup mendampingi Allah dengan keadaan berubah-ubah; antara takut dan pengharapan, tetapi ia lebih memihak kepada ketakutan daripada pengharapan disebabkan terlampau rapat hubungan dengan Allah. Rasulullah bersabda; Akulah orang paling rapat dengan Allah dari kalangan kamu dan lebih kuat rasa takut daripada kamu.

Anda mungkin juga menyukai