Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
PERTUMBUHAN
Sinopsis
Pertumbuhan merupakan satu proses sesuatu organisma berkembang dari bentuk ringkas kepada bentuk yang lebih kompleks. Pertumbuhan memberikan perubahan kuantiti samada fizikal atau abstrak kepada sesuatu organisma. Pertumbuhan berlaku pada tumbuhan dan haiwan mengikut corak pertumbuhan tertentu dan membentuk lengkungan pertumbuhan. Pelbagai lengkungan tumbesaran yang berbeza boleh diperolehi daripada tumbesaran tumbuhan dan haiwan. Pelbagai parameter tumbesaran seperti tinggi, berat, dan luas permukaan boleh digunakan untuk membina lengkungan tumbesaran bagi menunjukkan satu corak pertumbuhan yang normal. Dalam topik ini anda akan mempelajari tentang takrif pertumbuhan sesuatu organisma, jenis lengkungan pertumbuhan dan corak pertumbuhan pada tumbuhan dan haiwan.
Hasil Pembelajaran
Menjelaskan definisi pertumbuhan. Menjelaskan jenis lengkungan pertumbuhan dan corak pertumbuhan sesuatu tumbuhan dan haiwan. Menjelaskan pertumbuhan dalam proses percambahan biji benih dari segi pertambahan tinggi, bilangan daun dan saiz batang. Menerangkan faktor yang mempengaruhi corak dan kadar pertumbuhan tumbuhan dan haiwan.
Ringkasan Topik
Pertumbuhan
Definisi Pertumbuhan
7.1
Definisi Pertumbuhan
Pertumbuhan merupakan salah satu ciri bagi benda hidup yang mana berlaku satu perubahan tetap ke atas sesuatu organisma dari segi kuantiti dari masa ke semasa dan tidak berbalik. Perubahan dari segi kuantiti boleh berlaku dari segi fizikal seperti saiz, bilangan, ketinggian atau kekuatan, juga berlaku dari segi abstrak seperti sel membeza dan menjadi matang menyebabkan organisma menjadi kompleks serta matang. Pertumbuhan organisma samada tumbuhan atau haiwan boleh dibahagi kepada:
Organisma berkembang menjadi multiselular untuk bertambah saiz, dan menjadi kompleks bermula dari satu sel iaitu zigot dan melalui fasa pembahagian sel, pemanjangan sel, pembezaan sel dan morfogenesis (berkembang melalui pertumbuhan dan pembezaan secara menyeluruh pembentukan organ dan organisma multiselular yang kompleks).
7.2
Lengkungan pertumbuhan diperolehi dengan menggunakan pelbagai parameter tumbesaran seperti jisim, bilangan, panjang, tinggi dan luas permukaan di plotkan melawan satu set julat masa untuk sesuatu populasi organisma atau organ. Hasil lengkungan pertumbuhan normal boleh diperolehi samada pada tumbuhan dan haiwan.
Bukan semua haiwan mempunyai lengkungan pertumbuhan yang sama. Haiwan seperti harimau, tikus, kucing dan manusia ialah haiwan yang berangka dalam mengalami pertumbuhan selanjar iaitu tumbesaran berlaku secara beransur-ansur. Selaras dengan itu, akan membentuk satu lengkungan tumbesaran bentuk-S atau sigmoid. Berbeza dengan haiwan berangka luar seperti ketam, udang, kala jengking dan serangga yang mana mengalami tumbesaran tidak selanjar dan membentuk lengkungan pertumbuhan yang berbeza dari haiwan berangka dalam. 3
Lengkungan pertumbuhan sigmoid (Rajah 7.2) boleh dibahagikan kepada lima peringkat, iaitu: 1. Fasa Permulaan (M) 2. Kadar tumbesaran perlahan Sedikit atau tiada tumbesaran atau pembahagian sel Organisma mengadaptasi kepada sumber makanan yang baru
Fasa Eksponen (N) Kadar pertumbuhan paling cepat Sel mengalami pembahagian dan pemanjagan Saiz sel mengalami pertambahan saiz yang sangat cepat
3.
Fasa Kematangan (O) Kadar pertumbuhan seterusnya menjadi malar atau tetap Kadar pertumbuhan dihadkan oleh faktor dalaman contoh hormon pertumbuhan atau faktor luaran seperti kekurangan makanan
4.
Fasa Kedewasaan (P) Tiada kadar pertumbuhan Organisma mencapai kematangan Saiz organisma kekal tidak berubah Sel pembahagi untuk mengantikan sel yang mati
5.
Fasa Penuaan (Q) Organisma mengalam proses penuaan dan akhirnya mati Kekurangan nutrien dan faktor pertumbuhan juga boleh menjadi penyebab kepada kematian
Rajah 7.2:
[Sumber: tutor.com.my] 4
Manusia juga mengalami tumbesaran selanjar dengan itu turut membentuk satu lengkungan pertumbuhan sigmoid (Rajah 7.3). Lengkungan pertumbuhan pada manusia terbahagi kepada fasa bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa dan tua/mati, secara spesifiknya.
Rajah 7.3:
[Sumber: tutor.com.my]
Selain daripada organisma multisel, organisma unisel turut menunjukkan satu lengkungan pertumbuhan sigmoid dengan julat masa pertumbuhan yang lebih singkat (Rajah 7.4).
Haiwan yang berangka luar seperti serangga mempunyai rangka luar yang keras dan tidak kenyal kerana terdiri daripada sejenis polisakarida dikenali sebagai kitin. Rangka yang keras ini menganggu proses pertumbuhan yang selanjar, dengan demikian haiwan muda ini akan bersalin kulit berulang kali sehingga mencapai dewasa. Semasa menyalin kulit rangka luar yang lama akan tanggal dan disingkirkan serta diganti denga kulit baru yang lebih besar. Penyalinan kulit ini dikenali sebagai ekdisis dan proses ini berlaku secara berkala. Semasa ekdisis, udara akan disedut oleh haiwan untuk
mengembangkan badannya yang sekarang diliputi oleh rangka luar yang baru, lembut serta kenyal. Tindakan ini akan memecahkan rangka luar yang lama dan haiwan dengan rangka luar baru akan keluar daripadanya. Rangka luar akan mengalami pertumbuhan pesat dan mengembangkan badan haiwan sebelum rangka luar menjadi keras. Setiap peringkat antara proses penyalinan kulit digelar instar. Lengkungan pertumbuhan bagi jenis haiwan ini adalah berbentuk tangga (Rajah 7.5).
Dewasa
Saiz Instar
Ekdisis
Menetas
Masa
Rajah 7.5: Lengkungan Pertumbuhan Berbentuk Tangga oleh Haiwan Berangka Luar [Sumber: countingthoughts.com]
Pada asasnya, lengkungan pertumbuhan tumbuhan adalah berbentuk sigmoid (bentukS), namun begitu berdasarkan jenis tumbuhan samada tumbuhan semusim atau saka, lengkungan pertumbuhan tumbuhan boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu lengkungan pertumbuhan primer dan lengkungan pertumbuhan sekunder.
Pertumbuhan primer berlaku pada tumbuhan tidak berkayu seperti tumbuhan renek, dan berlaku selepas percambahan biji benih bermula pada sel meristem apeks bagi membentuk tisu primer iaitu korteks, xilem dan floem primer, dan bekas vaskular. Sel meristem apeks akan mengalami beberapa proses pertumbuhan iaitu pembahagian, pemanjangan dan pembezaan sel. Corak pertumbuhan primer ditunjukkan dalam rajah 7.6 menunjukkan lengkungan berbentuk sigmoid. Percambahan penurunan berat badan disebabkan oleh respirasi dan penyusutan makanan simpanan pada kotiledon biji benih Penurunan berat disebabkan biji benih disebarkan
Masa (minggu) Rajah 7.6: Lengkungan Pertumbuhan Primer bagi Tumbuhan Semusim. [Sumber: countingthoughts.com]
Jenis tumbuhan saka akan mengalami pertumbuhan sekunder selepas berlakunya pertumbuhan primer bagi membentuk bahagian yang berkayu seperti tisu sekunder derma, xilem dan floem sekunder, yang mana akan membentuk lengkaran tahunan pada batang pokok. Tumbuhan saka seperti pokok kayu balak akan membentuk lengkungan pertumbuhan seperti lereng bukit berteres yang mana setiap lereng mewakili satu tahun pertumbuhan berbentuk sigmoid (Rajah 7.7).
Tinggi (m)
Masa (tahun) Rajah 7.7: Lengkungan Pertumbuhan Sekunder bagi Tumbuhan Saka. [Sumber: countingthoughts.com]
7.3
Berapa corak pertumbuhan yang biasa ditunjukkan oleh haiwan dan tumbuhan ialah:
a) b) c) d) e)
Pertumbuhan Allometrik Pertumbuhan Isometrik Pertumbuhan Tak Berterusan Pertumbuhan Terhad Pertumbuhan Tak Terhad
a)
Pertumbuhan Allometrik (allo: lain-lain; metrik: pengukuran) Kebanyakan haiwan dan tumbuhan mengalami pertumbuhan pada pelbagai bahagian badan mengikut kadar pertumbuhan yang berbeza, dan pada akhirnya merupakan kadar pertumbuhan kepada keseluruhan badan. Prosedur ini menyebabkan berlaku perubahan dari segi saiz dan bentuk organisma.
Rajah 7.8: Pertumbuhan Allometrik pada Manusia. [Sumber: ncbi.nlm.nih.gov] b) Pertumbuhan Isometrik Pertumbuhan isometrik berlaku apabila organ badan tumbuh pada kadar min yang hampir sama sebagaimana bahagian badan yang lain. Prosedur ini menyebabkan tiada perubahan dari segi bentuk atau bahagian luaran badan apabila saiz organisma bertambah.
c)
Pertumbuhan Tak Berterusan Haiwan yang berangka luar seperti serangga mengalami pertumbuhan yang tidak selanjar kerana rangka luar yang keras menghadkan pertumbuhan yang selanjar. Pertumbuhan bagi setiap bahagian badan berlaku pada kadar yang sama. Namun begitu, parameter tumbesaran panjang digunakan didapati tidak dapat memberikan refleksi sebenar pertumbuhan organisma jenis ini. Ini kerana jika parameter tumbesaran berat kering digunakan, satu lengkungan sigmoid akan diperolehi, menunjukkan pertumbuhan bahan organik seperti protein adalah selanjar.
d)
Pertumbuhan Terhad Manakala bagi pertumbuhan terhad, pertumbuhan tidak berlaku berterusan sepanjang hayat yang mana apabila organisma mencapai sesuatu tahap atau saiz tiada lagi pertumbuhan berlaku. Pertumbuhan ini berlaku pada tumbuhan saka pada buah, biji dan daun dikotiledon. Manakala pada haiwan, ianya berlaku pada mamalia, serangga dan burung.
10
e)
Pertumbuhan Tak Terhad Bagi pertumbuhan tak terhad, organisma mengalami pertumbuhan berterusan sepanjang hayat. Organisma tersebut ialah tumbuhan berkayu, daun
monokotiledon, fungi, alga dan beberapa invertebrata seperti terumbu karang, ikan dan reptilia. Latihan
a)
Apakah faktor yang mempengaruhi corak dan kadar pertumbuhan tumbuhan dan haiwan? Rancang satu eksperimen untuk mengukur pertumbuhan kacang hijau untuk 1 minggu. Dalam kumpulan, rancang langkah-langkah eksperimen dan pengumpulan data. Tulis satu laporan eksperimen mengikut format yang sama pada Bab 1. Nyatakan juga langkahlangkah penambahbaikan yang perlu dibuat untuk memperbaiki eksperimen ini.
b)
Rujukan
Lee Ching and Arunasalam,J. (2007). Pre-U text STPM Biology. Shah Alam: Pearson Malaysia. Sdn. Bhd. Raven, P.H. Johnson, G.B., Losos, J.B. and Singer, S.R. (2005). Biology. Boston: McGraw Hill Higher Education.
11
12