Anda di halaman 1dari 31

Ciri percampuran kod yang utama adalah penutur itu merupakan penutur dwibahasa atau multibahasa.

Ini bermaksud penutur tersebut mempunyai pengetahuan variasi bahasa lebih daripada satu. Hal ini membolehkan penutur tersebut menyelit lebih banyak perkataan dan frasa dari bahasa asing atau dialek-dialek mereka yang lain. Ciri percampuran kod juga dapat dilihat dari aspek kelicinan perbualan penutur tersebut. Ini bermaksud, penutur dapat berbual dengan spontan dan mengekalkan kelicinan perbualan setiap kali percampuran kod berlaku. Oleh itu, tidak wujud perubahan dari segi irama ayat atau jeda untuk menandakan percampuran kod. Di sini juga tidak menunjukkan tanda bahawa penutur itu tidak memahami apa yang dicakapkannya. Percampuran kod berlaku kerana dipengaruhi oleh keadaan tertentu.

Istilah bermaksud situasi apabila penutur menggunakan campuran kelainan bahasa yang berbeza sewaktu sesuatu perbincangan/pertuturan berlangsung Memerlukan minimum dua bahasa yang peraturannya diintegrasikan dalam satu ayat. Ini berlaku secara yang agak umum dalam pertuturan sehari-hari dalam hubungan dengan paras gaya seperti:

Apabila penutur mencampurkan gaya formal

dengan gaya tidak formal

Menurut Bokemba bermaksud penggunaan berbagai-bagai unit linguistik seperti imbuhan, kata, frasa dan klausa daripada dua sistem tatabahasa yang berlainan dalam satu ayat. Poplack pula menjelaskan bahawa percampuran kod biasanya berlaku di satu titik dalam satu ayat.

Istilah percampuran kod dan peralihan kod itu kedua-duanya tidak mempunyai perbezaan kerana jika kita perhatikan maksud yang diberikan oleh Di Pietro (1977: 3-13), Trudgill (1974: 56) dan Hudson (1980: 56) lihat dalam Wong Khek Seng (1991), masing-masing berpendapat bahawa alih kod melibatkan penukaran daripada satu ragam bahasa kepada satu ragam bahasa yang lain dan penukaran tersebut dipengaruhi oleh faktor situasi dan masa.

Manakala Gumperz, J.J (1982: 59) lihat dalam Wong Khek Seng (1991), pula mentakrifkan alih kod seperti yang berikut: "Penukaran kod dalam perbualan dapat ditakrifkan sebagai penyelitan dua sistem atau subsistem kenahuan yang berbeza ke dalam sesuatu urutan ujaran (speech exchange) yang sama. Lazimnya, alternasi tersebut melibatkan dua ayat secara urutan, dan seseorang penutur akan menggunakan bahasa kedua sama ada untuk mengulang mesejnya atau untuk membalas pernyataan orang lain."

Menurut Asmah Haji Omar (1982 : 128) lihat dalam Abil Hassan (2005), menyatakan bahawa alih kod merupakan perubahan daripada satu kod ke satu kod yang lain dalam pertuturan oleh penutur yang tertentu dan dalam situasi yang tertentu sama ada formal atau tidak formal. Menurut beliau lagi, istilah kod itu boleh saja bermaksud bahasa, dialek atau stail. Dengan pernyataan ini, bermakna alih kod boleh juga dalam bentuk interbahasa atau intrabahasa dan ia wujud di kalangan penutur bilingual serta juga di kalangan penutur monolingual (penutur yang bahasa ibundanya ialah bahasa Melayu, tetapi dalam masa yang sama dia juga boleh bertutur dalam dialek Melayu Malaysia).

Oleh itu, penutur monolingual ini sering berlakunya peralihan bertutur dalam bahasa Melayu Standard ke dialek Melayu Malaysia apabila berada dalam situasi tertentu atau dalam erti kata lain peralihan dari satu bahasa ke dialek yang berasal dari bahasa yang sama. Dengan itu jelaslah menunjukkan bahawa istilah percampuran kod dan peralihan kod itu tidak ada perbezaan.

Contohnya orang yang sedang bercakap dalam bahasa Melayu memasukkan unsurunsur bahasa yang lain seperti bahasa Melayu Standard dicampuradukkan dengan dialek-dialek Melayu dan bahasa Inggeris. Ini kerana penutur beranggapan bahawa pendengar juga sepertinya yakni faham dan fasih dalam kedua-dua bahasa.

We must not permit the State of California to deplete the water supply of the State of Arizona. Aint no way were gonna give em that water
Penutur yg berkenaan mencampurkan gaya utk

mendapatkan kesan retorik yg tertentu: yakni dgn mengatur seiringan gaya pemidatoan formal dgn gaya basahan yg tidak formal akan menambah penekanan pd kedudukan penutur dlm konteks ini dibuat oleh penutur dgn tujuan utk meningkatkan lagi perasaan perpaduan dgn khalayak.

Alih kod boleh dikategorikan kepada tiga peringkat. ketiga-tiga peringkat tersebut secara ringkas sahaja dengan memberi beberapa contoh.
Pertama, alih kod peringkat kata sebagai contoh:

Lazimnya berlaku alih kod di antara peserta tutur.

A: " What is light?" B: "Cahaya"

Kedua, alih kod peringkat frasa adalah seperti berikut: "This rocket height is not very high, anda berapa tinggi."

ini bertujuan untuk mempertingkatkan pemahaman orang yang diajak bercakap.

Ketiga, alih kod dalam peringkat ayat. Alih kod ini dapat dilihat dari sudut interayat (lebih kepada interferensi leksikal) dan intraayat (perubahan berlaku pada klausa ayat). Alih kod interayat merupakan alih kod yang berlaku dari ayat ke ayat. Ia berlaku secara tidak langsung dengan melibatkan klausa dan ayat pada peringkat perbualan atau wacana. Berdasarkan contoh-contoh di bawah ini, penutur sering beralih kod daripada satu klausa ke satu klausa yang lain mengikut situasi perbualan. Peralihan kod ini berlaku dari bahasa Inggeris ke bahasa Melayu Malaysia, bahasa Melayu Standard ke bahasa Melayu Malaysia atau ke bahasa Inggeris atau sebaliknya.

a. "This afternoon we have a meeting. Pesan Ustaz, jangan lupa datang karang ja, kita baca doa tu ja." b. "Assalamualaikum! How are you? Pucat ni, demam ke ustaz?" c. "How many children do you have now? Masih seorangkah?" d. "Siti, have you seen ustaz? Terlewat kot?"

Manakala alih kod intraayat pula merupakan alih kod yang terjadi dalam ayat itu sendiri. Penukaran ini berlaku dalam satu peringkat ayat dari satu bahasa ke satu bahasa yang lain atau dari satu bahasa ke satu dialek. Contoh ayat: a. Pesan cikgu don't forget to come this evening untuk baca tahlil dan doa selamat." b. "We have to invite him, pasal ia pernah jadi guru tari dulu." c. "Tahniah Zamri kau naik pangkat , and don't forget to belanja us makan."

Penukaran kod kerap berlaku dalam satu ayat tunggal (dan dlm beberapa tempat dalam ayat). Antara kes yg paling menarik berhubung dgn jenis pertukaran kod ialah:

Jenis yang apabila penutur mencampurkan

bahasa yang berbeza (yg tdk saling difahami) Situasi ini selalu timbul dlm kawasan diwibahasa dan berbilang bahasa spt Amerika Barat Daya.

Its now ocho y media (eight-thirty) on a Saturday night, and were gonna hear a new artist con (with) his new group. Youre in tune with la maquina ritmica (the rhythm machine). (dari radio Fiesta, Tucson, Arizona) Estabatraining para pelear (They were training to fight)

Dalam kes pertukaran kod, penutur sebenarnya menggunakan 2 berlainan bahasa ynga berbeza pada masa yang sama. MENGAPA BERLAKUNYA PERCAMPURAN KOD?

Menurut Soepomo (Pelita Malaysia, 2005), kod boleh beralih dari variasi ke variasi yang lain. Peralihan ini dapat menuju dari formal kepada tidak formal, dari yang paling menghormati kepada yang tidak menghormati, dari yang amat lengkap ke arah yang paling ringkas, dari dialek yang kurang dikuasai ke dialeknya sendiri dan sebagainya.
Di Negara Malaysia, fenomena percampuran kod juga sering diperbincangkan dalam seminar bahasa. Percampuran kod pada peringkat masyarakat, ditemui pada situasi-situasi formal atau tidak formal dan lebih banyak berlaku di kalangan orang muda.

Pertama, sistem pendidikan negara yang berlandaskan kedwibahasaan. Oleh kerana pengaruh atau kepentingannya dalam sistem pendidikan itu sangat kuat menyebabkan dengan tidak sengaja mempengaruhi dalam pertuturan seharian seperti penutur menggunakan percampuran kod yang melibatkan penggunaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris, kerana kedua-dua bahasa ini sangat dominan di kalangan pengguna bahasa.
Selain itu, percampuran kod juga berlaku kerana sudah menjadi kebiasaan dalam pertuturan seharian, iaitu semasa berlaku interaksi sosial dengan orang yang dikenali atau tidak terutamanya percampuran kod yang melibatkan penggunaan bahasa Inggeris. Tambahan pula, bahasa Inggeris juga digunakan sebagai bahasa perhubungan dalam urusan perniagaan sama ada di sektor awam mahupun swasta.

Kedua, unsur kemodenan, iaitu percampuran kod merupakan gaya bahasa yang terkenal masa kini terutamanya percampuran kod yang melibatkan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris atau sebaliknya. Penggunaannya digunakan sengaja kerana keinginan penutur untuk menunjukkan ketinggian status sosialnya atau menunjukkan dirinya orang yang berpelajaran tinggi. Dalam erti kata lain, sifatnya yang riyak atau ingin menunjukkan kebolehannya bertutur dalam dua bahasa.

Ketiga, faktor ekonomi, iaitu memilih perkataan yang lebih mudah dan kompleks sifatnya. Sebagai contoh sering kita perhatikan penutur bahasa Melayu akan menyerapkan kosa kata dalam bahasa Inggeris bagi menggantikan kosa kata dalam bahasa Melayu yang terdiri dari suku kata yang lebih panjang berbanding dengan kosa kata dalam bahasa Inggeris seperti kata 'result' terdiri dari dua suku kata, sering digunakan bagi menggantikan kata 'keputusan' yang terdiri dari empat suku kata. Begitu juga kata 'cheap sale' lebih mudah dipertuturkan berbanding dengan kata 'jualan murah' yang terdiri dari lima suku kata.

Contoh ayat adalah seperti berikut: a. "Liat atu liat arrownya." b. "Setahu ku di sini inda bulih parking jua."

Berdasarkan dari contoh-contoh yang diberikan di atas, kata 'arrow' yang mempunyai dua suku kata lebih sering digunakan berbanding dengan kata 'anak panah' yang mempunyai empat suku kata. Begitu juga dalam contoh yang seterusnya, kata 'parking' yang mempunyai dua suku kata itu sering digunakan bagi menggantikan kata 'tempat meletak kereta' yang mempunyai lapan suku kata.

Keempat, nilai makna, iaitu penutur bahasa Melayu sering menggunakan kosa kata dalam bahasa Inggeris untuk menyampaikan sesuatu yang ingin diungkapkan kerana sukar untuk mencari item leksikal dalam bahasa Melayu memandangkan jika penutur ingin menyampaikannya dalam bahasa Melayu akan melibatkan penghuraian yang panjang seperti kata 'mood' lebih sering digunakan berbanding menyatakannya dengan 'perasaan hati sama ada perasaan gembira atau sebaliknya' dalam pengertian bahasa Melayu. Contoh ayat adalah seperti berikut: "Entah ah liat mood ku dulu."
Dalam erti kata lain, percampuran kod berlaku kerana sukar ditemui kata yang tepat untuk mengungkapkan apa-apa yang tersirat dalam fikiran. Oleh itu, untuk menyampaikan pengertian atau maksud yang padanannya tidak terdapat dalam bahasa Melayu atau yang tidak diwakili oleh kata yang sedia ada, pengguna menggunakan kata, frasa atau ungkapan dalam bahasa Inggeris. Selain itu, ini mungkin disebabkan kurangnya pengetahuan penutur dalam bahasa Melayu sehinggakan penutur menggunakan percampuran kod yang bertujuan untuk menyampaikan sesuatu yang ingin disampaikannya.

Kelima, ingin merahsiakan sesuatu daripada diketahui oleh orang yang terlibat dalam peristiwa tutur. Oleh itu penutur sering bercampur kod dengan menggunakan kod yang tidak difahami seperti kedua-dua penutur yang bertutur dalam bahasa Melayu itu akan beralih kod ke bahasa Inggeris yang kurang difahami atau diketahui kepada orang yang berdekatannya.

Keenam, percampuran kod berlaku disebabkan oleh penggantian warna emosi atau warna kehendak penutur. Dalam komunikasi, penutur biasanya tidak hanya menyampaikan pesan seperti dalam bentuk kata, frasa atau ungkapan yang dituturkan tetapi juga menyampaikan pelbagai warna emosi dan kehendak perlambangannya yang tidak dilaksanakan oleh kata, frasa atau ungkapan tersebut. Contohnya, dalam masyarakat monolingual, pergantian warna emosi dan kehendak sering diwujudkan dengan pengertian nada suara. Akan tetapi dalam masyarakat bilingual, pergantian warna emosi dan kehendak ini dilahirkan melalui percampuran kod.

Contoh ayat: "I have to be strong, kuat, sabar, bersedia" Berdasarkan contoh ayat di atas menunjukkan penutur ini dalam keadaan yang sedih dan kesedihannya itu jelas diketahui melalui percampuran kod yang digunakannya.

Ketujuh, penggunaan percampuran kod kerana dipengaruhi oleh status peserta yang terlibat. Ini bermaksud pentingnya penutur perlu mengetahui status peserta yang terlibat agar yang dituturkan itu difahami oleh peserta tersebut. Contohnya seorang pegawai tinggi menggunakan percampuran kod yang melibatkan penggunaan bahasa Melayu standard dan dialek Melayu Malaysia ketika berucap di hadapan penduduk kampong yang kebanyakannya dari golongan berpendidikan rendah dan warga tua. Begitu juga, semasa dalam sesi pengajaran di bilik darjah, guru juga menggunakan percampuran kod agar dapat memudahkan kepahaman pelajar. Contoh-contoh ayat adalah seperti berikut: a. "This rocket height is not very high, inda berapa tinggi". b. "Zero sini ertinya kosong" c. "Atu human being maksudnya manusia"

Berdasarkan contoh-contoh yang diberikan di atas, guru tersebut menggunakan bahasa Melayu untuk menterjemahkan istilah dalam bahasa Inggeris.

Kelapan, faktor peserta interaksi, iaitu apabila berlakunya pertembungan antara dua masyarakat dan budaya yang berbeza sebagai contoh apabila penutur cina berinteraksi dengan penutur Melayu sering menggunakan percampuran kod agar difahami oleh peserta tutur.

Kesembilan, kurangnya galakkan yang diberikan oleh orang yang diajak bercakap, seperti apabila kita ingin bertutur sepenuhnya dalam bahasa Melayu Standard, kita akan dianggap bermegah atau sombong, iaitu seolah-olah kita ingin menunjukkan diri kita itu dari golongan yang tinggi pendidikannya dan berkebolehan dalam menguasai bahasa Melayu Standard sepenuhnya dan ini menyebabkan percampuran kod berlaku.
Seperti di kalangan penutur monolingual, percampuran

kod yang melibatkan penggunaan bahasa Melayu Standard dan dialek Melayu Malaysia yang berasal dari bahasa yang sama.

Kesepuluh, percampuran kod turut berlaku disebabkan aktiviti peminjaman bahasa iaitu penggunaan istilah-istilah khusus dalam bidangbidang tertentu seperti ekonomi, sains dan sebagainya memperlihatkan berlakunya penggunaan istilah daripada bahasa Inggeris dan bahasa lain ke dalam bahasa Melayu. Ini dapat mengakibatkan, pengguna bahasa mengnganggap bahawa kosa-kosa kata yang digunakannya itu merupakan kata-kata pinjaman sebenarnya kosa-kosa kata bahasa Inggeris yang digunakannya dalam penyampaian bahasa Melayu itu adalah bukan kata-kata pinjaman.

Kesebelas, untuk mendapatkan tindak balas yang lebih baik antara peserta tutur dan secara tidak langsung dapat menjalinkan suasana yang ceria dan mewujudkan keakraban sebagai contoh percampuran kod yang melibatkan penggunaan dialek Melayu Malaysia kerana dialek ini merupakan penanda solidariti di kalangan masyarakat di Negara Malaysia. Contoh-contoh ayat: a."We have to discuss this problem later. Sarjan, pasan anak buah kitani suruh kumpul.'' b. "Tuan Koperal Ali can't come this morning. Apa ni, kata bininya damam ia"

Berdasarkan contoh-contoh ayat di atas, penutur menggunakan bahasa Inggeris kemudian beralih ke dialek Melayu Malaysia. Di sini jelas menunjukkan keakraban seorang pegawai dan anak buahnya dalam berkomunukasi.

Melihat dari faktor-faktor yang dinyatakan di atas itu jelas menunjukkan percampuran kod sering berlaku dalam situasi tidak formal kerana dipengaruhi oleh pelbagai faktor penyebab seperti sosiobudaya, pendidikan dan sebagainya. Dari alasan-alasan yang diberikan di atas, dapat juga dibuktikan bahawa kenyataan itu ada betulnya dengan berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Dr.Hjh Fatimah, iaitu seorang pensyarah dalam Jabatan Bahasa Melayu dan Linguistik

Berdasarkan kepada beberapa alasan yang menyebabkan berlakunya percampuran kod yang telah dinyatakan di atas tadi jelas bahawa percampuran kod (alih kod) banyak memberi sumbangan dan keperluan dalam perhubungan sehari-hari sama ada di rumah, di sekolah, di pejabat dan sebagainya seperti percampuran kod yang melibatkan penggunaan bahasa Inggeris dan Dialek Melayu Malaysia dapat menjalinkan suasana yang lebih ceria dan mewujudkan keakraban di antara penutur dan orang yang diajak bercakap. Pada umumnya kita sudah mengetahui percampuran kod berlaku tanpa kita sedari memandangkan keadaan ini sudah sebati dengan kehidupan sehari-hari dari peringkat awal lagi, bahkan ia merupakan satu kepentingan kerana dapat melicinkan atau melancarkan komunikasi. Dalam erti kata lain dapat memudahkan pemahaman kepada orang yang diajak bercakap dengan beralih kod ke kod yang mudah difahami. Percampuran kod ini mungkin disebabkan dari faktor pendidikan yang berdasarkan sistem dwibahasa yang diterima serta pengaruh persekitaran sama ada dari pergaulan sosial atau pengaruh dari bahasa ibunda.