Anda di halaman 1dari 11

DEFINISI Jantung atau dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai heart (Latin, cor) merupakan organ berongga yang

berfungsi mengepam darah melalui saluran darah dengan denyutan yang sekata yang berulang-ulang. Istilah kardium bermaksud berkaitan dengan jantung, berasal dari perkataan Greek kardia untuk "jantung". FUNGSI Jantung sebenarnya adalah organ utama dalam sistem kardiovaskular. Ia mampu berdenyut lebih daripada 3.5 bilion kali sepanjang kehidupan dan fungsi utamanya mengepam darah tanpa rehat tanpa henti dan tanpa diarah oleh kita yang membekalkan oksigen dan makanan ke semua bahagian badan. Dalam keadaan rehat, jantung berdenyut antara 60 hingga 90 kali seminit untuk orang dewasa manakala pada kanak-kanak antara 100 hingga 120 kali seminit. Semasa berdenyut, darah yang di pam dari seluruh badan pada kadar lima liter akan melalui jantung setiap minit. Tetapi apabila diperlukan, terutama semasa bersenam, jantung berupaya mengepam sehingga empat kali ganda jumlah itu

LOKASI JANTUNG Dalam tubuh manusia, jantung terletak sebelah kiri sedikit dari tengah dada, dan di belakang tulang dada (sternum). Ia diselaputi oleh kantung yang dikenali sebagai perikardium dan dikelilingi oleh peparu.

BENTUK Jantung adalah organ berongga berbentuk kerucut tumpul yang memiliki empat ruang yang terletak antara kedua paru-paru di bahagian tengah rongga toraks. Dua pertiga jantung terletak di sebelah kiri garis midsternal. Jantung dilindungi mediastinum. Jantung berukuran kurang lebih sebesar kepalan tangan pemiliknya (Ethel, 2003: 228). BERAT Secara purata, jantung orang dewasa mempunyai berat sekitar 300-350 g. STRUKTUR JANTUNG Dinding otot yang tebal (septum) membahagikan atrium dan ventrikel kanan dari atrium dan ventrikel kiri. Ia memisahkan darah beroksigen dan terdeoksigen dari bercampur. Injap antara atrium dan ventrikel hanya membenarkan aliran darah secara satu hala dari atrium ke ventrikel.

Ventrikel adalah bahagian jantung yang mengepam darah ke seluruh tubuh termasuk paru-paru. Dinding ventrikel adalah lebih tebal berbanding atrium, dan pengecutan dinding ventrikel adalah lebih penting bagi memastikan darah mengalir. Darah terdeoksigen dari tubuh memasuki atrium kanan melalui 2 salur, vena kava superior (superior vena cava) dan vena kava inferior (inferior vena cava). Darah kemudian mengalir ke ventrikel kanan. Ventrikel kanan mengepam darah terdeoksigen ini ke peparu melalui arteri pulmonari. Selepas darah kehilangan karbon dioksida dan menyerap oksigen dari peparu, ia mengalir melalui vena pulmonari ke atrium kiri. Dari atrium kiri, darah beroksigen dipam ke ventrikel kiri. Ventrikel kiri merupakan pam utama yang membekalkan darah melalui aorta ke seluruh tubuh kecuali peparu. Ventrikel kiri adalah lebih tebal berbanding kanan. Ini disebabkan oleh keperluan untuk mengenakan tekanan yang tinggi bagi mengatasi rintangan yang dikenakan oleh tubuh. Ventrikel kanan hanya perlu mengepam darah ke peparu, jadi ia tidak memerlukan otot dinding yang kuat. Ini juga diperlukan kerana dua sebab lain:

1) kapilari peparu adalah lemah; tekanan tinggi akan merosakkan kapilari tersebut dan 2) aliran darah yang perlahan adalah diperlukan bagi memberi masa untuk pertukaran gas antara darah dan peparu. LAPISAN DINDING JANTUNG Dinding jantung terdiri daripada tiga lapisan. Lapisan terluar dikenali sebagai perikardium (pericardium), lapisan tengah dipanggil myokardium (myocardium), dan lapisan terdalam dipanggil endokardium (endocardium). Perikardium boleh dibahagikan lagi kepada dua lapisan iaitu fibrous pericardium (luar) dan serous pericardium (dalam). Myokardium adalah lapisan yang paling tebal dan terdiri daripada otot jantung. Ia membentuk majoriti keseluruhan dinding jantung. Endokardium merupakan lapisan terdalam yang terdiri daripada sel epitelium leper dan tisu penyambung. Bekalan darah yang banyak diperlukan untuk membekalkan nutrien, terutama oksigen, kepada jantung. Darah ini dibekalkan oleh arteri koronari kiri dan kanan, yang bercabang keluar dari aorta. Bekalan darah kepada jantung dipanggil kitaran darah koronari

PENYAKIT DAN RAWATAN BERKAITAN JANTUNG Bidang kajian mengenai jantung dikenali sebagai kardiologi. Penyakit penting bagi jantung termasuk:

Penyakit jantung koronari merupakan kekurangan bekalan oksigen kepada otot jantung Ia menyebabkan sakit dada teruk dan ketidak selesaan yang dikenali sebagai angina.

Myocardial infarction atau umumnya dikenali sebagai sakit jantung berlaku disebabkan kematian sel jantung akibat kitaran darah kepada jantung terganggu. Penyakit jantung koronari yang berterusan akan menyebabkan sakit jantung.

Congestive heart failure atau kegagalan jantung adalah kehilangan daya pam jantung.

Endokarditis, myokarditis dan perikarditis adalah keradangan jantung. Arrhythmia kardiak (cardiac arrhythmia) adalah ketidaktentuan degupan jantung.

Sekiranya arteri koronari tersumbat, tempat masalah boleh dipintas dengan pembedahan pintas arteri koronari (coronary artery bypass surgery) atau ia boleh diluaskan melalui kaedah angioplasty. Beta blocker adalah dadah yang merendahkan kadar degupan jantung dan tekanan darah dan mengurangkan keperluan jantung untuk oksigen. Nitroglycerin dan bahan lain yang membekalkan nitrik oksida (NO) digunakan untuk merawat sakit jantung kerana ia menyebabkan pengembangan arteri koronari. Perentak jantung buatan (artificial pacemaker) diimplan ke dalam jantung pesakit yang mengidap arrhythmia. Pemindahan jantung dilakukan terhadap pesakit yang mengidap penyakit jantung koronari atau kegagalan jantung tahap akhir.

Sel-sel yang hidup di dalam badan kita memerlukan oksigen untuk menjalankan aktivitinya dan menghasilkan karbon dioksida sebagai satu hasil akhirnya. Dua sistem yang membekalkan karbon dioksida ialah sistem kardiovaskular dan sistem pernafasan. STRUKTUR SISTEM RESPIRATORI

Sistem pernafasan terdiri daripada hidung, farinks, larinks, trakea, bronkus dan paru-paru. Ungkapan trek pernafasan atas merujuk kepada hidung, farinks dan larinks apabila berlaku jangkitan pada bahagian ini, secara umumnya ia dikenali sebagai jangkitan trek pernafasan atas. Bagaimanapun jika jangkitan ini berlaku di bahagian bakinya, ia dikenali sebagai jangkitan trek pernafasan bawah.

Paru-paru terletak di dalam bahagian dada. Ia terdiri daripada berjuta-juta pundit udara yang kecil. Ia berfungsi untuk pertukaran oksigen dan karbondioksida semasa pernafasan berlaku, pernafasan dilaksanakan oleh otot-otot yang terdapat pada tulangtulang rusuk. Paru-paru merupakan organ yang elastis berbentuk kerucut Terletak dalam rongga dada atau toraks Kedua paru dipisahkan oleh mediastinum sentral yang berisi jantung dan beberapa pembuluh darah besar Setiap paru mempunyai apeks dan basis Paru kanan lebih besar dan terbagi menjadi 3 lobus oleh fisura interlobaris Paru kiri lebih kecil dan terbagi menjadi 2 lobus Lobos-lobus tersebut terbagi lagi menjadi beberapa segmen sesuai dengan segmen bronkusnya

CARA RESPIRATORI ASAS Respirasi berlaku dalam 3 langkah asas Ventilasi Pulmonari : proses pernafasan di mana gas mengalir/ bergerak antara atmosfera dan paru-paru. Respirasi Eksternal : adalah proses resapan oksigen (O2) dalam udara di alveoli ke dalam darah di kapilari alveoli Respirasi Internal : Pertukaran CO2 dan O2 antara sistemik kapilari dengan sel tisu PENGAMBILAN GAS

Oksigen yang telah meresap dari alveolus ke dalam kapilari darah perlu diangkut ke sel-sel badan yang memerlukannya. Di kapilari darah, oksigen berpadu dengan hemoglobin sel darah merah untuk membentuk oksihemoglobin. Hemoglobin + oksigen oksihemoglobin Oksigen diangkut dari peparu ke seleuruh badan dalam bentuk oksihemoglobin. Oksihemoglobin adalah kurang stabil. Apabila oksigen diperlukan dalam sel badan, oksihemoglobin akan terurai lalu membebaskan smeula molekul oksigen.

Dalam darah, sebahagian kecil karbon dioksida diangkut sebagai asid karbonik. Sebahagian karbon dioksida berpadu dengan hemoglobin untuk membentuk karbaminohemoglobin pada sel darah merah. Kebanyakan karbon dioksida diangkut dalam bentuk ion bikarbonat di dalam plasma darah. Karbon dioksida dalam bentuk asid karbonik, karbaminohemoglobin, dan ion bikarbonat diangkut ke peparu. Apabila sampai di alveolus di peparu, karbon dioksida dibebaskan daripada sebatiannya dan meresap ke dalam alveolus lalu dikeluarkan semasa hembusan nafas. PENGAKUTAN GAS OKSIGEN

Oksigen diangkut dalam bentuk Oksihemoglobin (98.5%) oksigen bergabung dengan hemoglobin dalam sel darah merah Larut dalam plasma darah (1.5

Oksihemoglobin adalah satu kompound yang tidak stabil. Oleh itu, ia mudah untuk menguraikan oksigen tersebut.
9

Faktor yang mempengaruhi penguraian tersebut adalah Tahap O2 yang rendah pH rendah Suhu tinggi Increased production of CO2 and heat

PENGAKUTAN GAS KARBON DIOKSIDA

Gas karbon dioksida diangkut dalam bentuk Ion bikarbonat (HCO3-)(70%) Karbaminohemoglobin (23%) di mana karbon dioksida bergabung dengan hemoglobin dalam sel darah merah Larut dalam plasma darah (7%)

10

KAWALAN RESPIRASI

Dalam keadaan rehat,kadar pernafasan bagi manusia ialah 15-18 kali seminit. Aktiviti cergas menyebabkan kadar pernafasan bertambah. Ini kerana, semasa aktiviti cergas, lebih banyak oksigen diperlukan untuk membekalkan tenaga yang cukup bagi aktiviti tersebut. Pada masa yang sama, lebih banyak karbon dioksida terbentuk dalam badan hasil daripada respirasi sel otot. Apabila kepekatan karbon dioksida meningkat, satu mekanisme kawal atur akan bertindak meningkatkan kadar pernafasan. Ini menyebabkan oksigen dibekalkan dengan lebih cepat ke semua bahagian badan dan karbon dioksida dibawa ke peparu dengan lebih cepat untuk disingkirkan.

11

Anda mungkin juga menyukai