Anda di halaman 1dari 21

SYARAT-SYARAT & PERATURAN PERBAHASAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KATEGORI BAHASA MALAYSIA ALA PARLIMEN 1.

NAMA Pertandingan ini dinamakan Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen Guru-Guru Sekolah Malaysia. 2. FORMAT 2.1 2.2 2.3 Satu pasukan bahas yang mewakili negeri adalah dianggotai oleh 3 orang pembahas utama dan 2 pembahas simpanan. Pasukan pencadang yang dikenali sebagai pasukan kerajaan akan bertanding dengan pasukan pembangkang. Peruntukan masa dan giliran bercakap bagi kedua-dua pasukan ialah seperti berikut: 1 3 5 8 KERAJAAN Perdana Menteri Menteri Kedua Menteri Ketiga Ucapan Menggulung Perdana Menteri /Menteri Kedua PEMBANGKANG Ketua Pembangkang 4 Pembangkang Kedua 6 Pembangkang Ketiga 7 Ucapan Menggulung Ketua Pembangkang /Pembangkang Kedua 2 MASA 8 minit 8 minit 8 minit 4 minit

2.4

Pembahas ketiga dari kedua-dua pasukan tidak mengutarakan hujah-hujah yang baru. Tugas mereka adalah untuk membidas pasukan lawan dan memperkukuhkan kes pasukan masing-masing. Semasa satu pihak berucap, ahli pasukan lawan boleh membuat Izin Laluan. Pembahas ini boleh menerima atau menolak izin laluan daripada pihak lawan. Selepas kesemua pembahas berucap, pembahas pertama atau pembahas kedua dari kedua-dua pasukan akan memberi ucapan penggulungan dimulai dengan

2.5

2.6

pasukan pembangkang kerajaan. 3. KELAYAKAN 3.1 3.2 3.3

dan

diikuti

oleh

pasukan

Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua Pegawai Perkhidmatan Pelajaran di Malaysia. Setiap negeri diwajibkan menghantar satu pasukan untuk pertandingan tersebut. Peserta Bahas mestilah terdiri dari pelbagai bangsa atau kaum. Ketiga-tiga pembahas tidak boleh terdiri dari satu bangsa atau kaum. Bagi peserta yan telah memenangi johan peringkat kebangsaan tahun 2007 tidak boleh mewakili negeri pada tahun 2008.

3.4

4.

PENGHAKIMAN 4.1 4.2 Semua pertandingan akan diadili oleh panel hakim yang terdiri daripada 3 atau 5 orang ahli. Para hakim perlu diberikan taklimat penghakiman selewatlewatnya 30 minit sekurang-kurangnya sebelum perbahasan bermula. Kemenangan diberikan kepada pasukan bahas yang mendapat undi majoriti daripada panel hakim. Kemenangan tidak diperolehi dengan cara pengiraan jumlah markah keseluruhan. Selepas selesai perbahasan, para hakim akan menyerahkan borang pemarkahan kepada Ketua Hakim. Para hakim tidak dibenarkan berbincang untuk memilih pasukan yang menang. Para hakim walau bagaimanapun dikehendaki membincang dan memilih pembahas terbaik. Para hakim boleh merujuk kepada kertas catatan hakim untuk membuat pemilihan. Dalam penentuan pembahas terbaik, ucapan penggulungan tidak diambilkira. Isu sensitif yang berkaitan dengan agama, perkauman dan menyentuh peribadi seseorang adalah dilarang. Penggunaan ayat-ayat Al-Quran dan hadis untuk mengukuhkan hujah dilarang sama sekali. Jika berlaku penalty penolakan markah akan dikenakan kepada pasukan yang terlibat dan peserta berkenaan sebanyak 5 markah.

4.3

4.4

4.5

4.6

5.

TATACARA 5.1 Pengendalian Perbahasan 5.1.1 Tajuk perbahasan akan diberi oleh Urus Setia Pusat kepada pasukan yang bertanding di peringkat zon dan kebangsaan SATU minggu sebelum bermulanya pertandingan. Tajuk perbahasan bagi pertandingan peringkat daerah dan negeri akan diuruskan oleh Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing. 5.1.2 Cabutan undi akan dijalankan di bilik Urus Setia untuk menentukan pihak kerajaan dan pembangkang 1 jam sebelum pertandingan. Kedua-dua pasukan perlu hadir 15 minit sebelum cabutan undi.

5.1.3 Setelah mengetahui kedudukan mereka, pasukanpasukan yang terlibat akan dikuarantinkan di bilik persediaan masing-masing sehingga perbahasan bermula. 5.1.4 Cuma pembahas di dalam pasukan itu (3 pendebat utama dan 2 orang simpanan) dibenarkan berada di dalam bilik persediaan. Pihak lain seperti penasihat/jurulatih/penyokong adalah dilarang berada di bilik persediaan semasa pasukan dikuarantinkan. 5.1.5 Pasukan hanya boleh menggunakan bahan bercetak sahaja sebagai bahan rujukan semasa kuarantin persediaan. Alat-alat elektronik tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam bilik persediaan. 5.1.6 Pasukan bahas dikehendaki berada di bilik perdebatan 5 minit sebelum perbahasan bermula supaya pertandingan dapat berjalan dengan lancar. Pasukan yang didapati melanggar peraturan ini akan dibatalkan penyertannya. 5.2 Peranan Yang Arif Tuan Speaker/Yang Dipertua Dewan 5.2.1 Pertandingan bahas ini akan dipengerusikan oleh Yang Arif Tuan Speaker dan dibantu oleh dua orang penjaga masa. Beliau mempastikan bahawa pertandingan bahas berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan daripada pihak yang bertanding ataupun daripada penonton. 5.2.2 Tuan Speaker akan membacakan ringkasan peraturan perbahasan dan memperkenalkan penjaga masa, panel hakim dan pembahas-pembahas.

5.2.3 Tuan Speaker tidak dibenarkan membuat komen tentang tajuk perbahasan ataupun pembahas-pembahas yang bertanding. 5.2.4 Tuan Speaker akan memastikan hakim telah bersedia sebelum menjemput pembahas untuk berucap. 5.3 Peranan Penjaga Masa 5.3.1 Penjaga masa hendaklah mempastikan bahawa 8 minit diperuntukkan bagi ucapan setiap pembahas dan 4 minit untuk ucapan menggulung. Masa akan diambil kira dari permulaan pembahas berucap. 5.3.2 Penjaga masa akan membunyikan loceng sekali pada akhir minit pertama dan akhir minit ketujuh untuk menandakan bahawa ruang terbuka kepada pasukan lawan membuat Izin Laluan. Loceng akan dibunyikan dua kali pada minit kelapan sebagai tanda bahawa masa untuk pembahas berucap telah tamat. 5.3.3 Bagi ucapan menggulung penjaga masa hendaklah memastikan bahawa kedua-dua pasukan diberi masa 3 minit sebagai masa persediaan sebelum pasukanpasukan tersebut membuat penggulungan. 5.3.4 Pada minit ketiga masa penggulungan, penjaga masa akan membunyikan loceng amaran dan pada minit keempat loceng akan dibunyikan dua kali menandakan masa untuk pembahas telah tamat. 6. IZIN LALUAN 6.1 Semasa seseorang pembahas sedang berucap pihak lawan dibenarkan memohon membuat izin laluan. Izin laluan ialah celahan formal yang ditujukan kepada pembahas yang sedang berucap. Izin laluan boleh dilakukan dalam bentuk: Soalan; Kenyataan; Fakta; Ayat-ayat pendek yang berkaitan dengan isi yang sedang diutarakan oleh pembahas. 6.2 Tujuan utama Izin laluan adalah untuk memberi atau meminta maklumat mengenai sesuatu isi yang sedang diucapkan. Pihak lawan boleh membetulkan fakta yang dianggap telah terpesong. Izin laluan juga boleh digunakan untuk meminta penjelasan dan menyoal pihak lawan.

6.3 6.4

Masa selama 15 saat sahaja diperuntukkan bagi setiap Izin laluan. Izin laluan haruslah padat dan bernas. Izin laluan tidak boleh disalahgunakan untuk sengaja mengganggu pihak lawan kerana terdapat etika yang wajib dipatuhi. Markah akan dikurangkan jika melanggar etika ini. Penalti penolakan markah sebanyak 3 markah maksima akan dikenakan kepada individu tersebut. Etika Izin laluan 6.5.1 Pasukan lawan hanya dibenarkan memohon Izin laluan di antara minit kedua dan minit ketujuh ucapan pembahas. Izin laluan tidak boleh dilakukan pada minit pertama dan minit terakhir semasa pembahas sedang berucap. Loceng akan dibunyikan untuk menandakan permulaan dan penutup masa yang ditetapkan untuk Izin laluan. 6.5.2 Tiada terdapat Izin laluan semasa ucapan penggulungan. 6.5.3 Isyarat-isyarat yang hormat seperti mengangkat tangan atau berdiri tegak hendaklah dilakukan semasa memohon Izin laluan. Perlakuan yang kasar dan biadap seperti menepuk-nepuk meja atau tangan, memetik jari, melambai-lambai, bersiul, menjerit dan apa-apa sahaja yang sengaja dilakukan untuk mengganggu pihak lawan akan menerima pemotongan markah. Penalti penolakan markah sebanyak 3 markah maksima akan dikenakan kepada pasukan tersebut. 6.5.4 Kata-kata yang diucapkan semasa Izin laluan hendaklah halus dan berbudi bahasa serta mencerminkan tatasusila, adab dan budaya yang tinggi. Menjerit, marah-marah dan mengejek pihak lawan adalah dilarang. Penalti penolakan markah sebanyak 3 markah maksima kan dikenakan kepada individu tersebut. 6.5.5 Izin Laluan dIpohon dengan seseorang pembahas berdiri dan menyebut Izin Laluan. Pembahas yang sedang berucap tidak dimestikan menerima setiap Izin Laluan yang ditujukan kepadanya. Beliau boleh: Meminta pihak lawannya untuk duduk; Menghabiskan ayatnya dan menerima Izin Laluan tersebut; Menerima Izin laluan tersebut ketika itu.

6.5

6.6

Memohon dan Menerima Izin Laluan

6.6.1

Sepanjang perbahasan seseorang pembahas DIWAJIBKAN memohon sekurang-kurangnya 2 kali Izin laluan. Pembahas ini juga mesti menerima paling kurang 2 kali Izin laluan yang ditujukan kepadanya.

6.6.2

Pembahas yang memohon Izin laluan kurang daripada 2 kali akan kehilangan sedikit markah isi dan strategi. Isi kerana gagal mengambil peluang keemasan; Strategi kerana tidak memenuhi peranan sebagai pembahas.

6.6.3 Pembahas yang tidak menjawab atau menerima Izin laluan daripada pihak lawan juga kehilangan sedikit markah Isi dan Strategi. Isi kerana tidak memberi peluang kepada pihak lawan; Strategi kerana tidak menjalankan peranan sebagai pembahas dan takut menghadapi cabaran. 6.6.4 Panel hakim juga boleh menilai sama ada pembahas itu berdebat secara spontan ataupun terikat kepada teks ucapan melihat daripada penglibatannya dalam Izin laluan.

GARIS PANDUAN PERANAN PEMBAHAS ALA PARLIMEN NO 1 1 2 3 4 5 PASUKAN KERAJAAN PERDANA MENTERI Definisi/penakrifan tajuk Nyatakan pendirian/ tegasan pencadang Nyatakan strategi & peranan pembahas pertama, kedua & ketiga Mulakan hujah & beri huraian menyokong kes pencadang Pertegaskan kes ANGGARAN % MINIT 10 10 5 60 5 1 1 1 3 1 NO 2 1 2 3 4 5 PASUKAN PEMBANGKANG KETUA PEMBANGKANG Setuju/terima/tolak definisi Bidas pendirian & hujah pencadang pertama Nyatakan pendirian pembangkang Nyatakan strategi & peranan pembangkang kedua & ketiga Nyatakan hujah berdasarkan pendirian/tegasan pihak pembangkang Pertegaskan kes pembangkang Izin laluan PEMBANGKANG KEDUA Bidas tegasan & hujah pencadang kedua ANGGARAN % MINIT 10 25 10 5 35 1 2 1 2

6.

Izin laluan

10

6 7

5 10 40

1/2 1 3

3 1.

MENTERI KEDUA Terima/tolak takrif. Beri tegasan semula (jika takrif pembangkang tidak disentuh bermakna ia telah diterima) Bidas tegasan & hujah pembangkang pertama Nyatakan hujah kedua & ketiga untuk menguatkan kes Izin laluan MENTERI KETIGA Bidas hujah-hujah pembangkang kedua Bidas hujah-hujah pembangkang pertama Perkukuh kes pencadang Izin laluan

10

4 1

2 3 4 5 1 2 3 4

40 40 10 40 30 20 10

3 3 1 3 2 2 1

2 3 4 6 1 2 3 4 5

Bidas hujah pencadang pertama Nyatakan hujah pihak pembangkang Izin laluan PEMBANGKANG KETIGA Bidang hujah-hujah pencadang ketiga Bidas hujah-hujah pencadang kedua Bidas hujah-hujah pencadang pertama Perkukuh kes pembangkang Izin laluan

30 20 10 40 30 10 10 10

2 2 1 3 2 1 1 1

8 1 2

UCAPAN PENGGULUNGAN Bidas kes pembangkang Menggulung & tegasan penutup kes pencadang

3 MINIT MASA PERSEDIAAN 7 UCAPAN PENGGULUNGAN 50 2 1 Bidas kes pencadang 50 2 2 Menggulung & tegasan penutup kes pembangkang

50 50

2 2

Nota: 1. Anggaran peratus dan minit merujuk kepda keutamaan dan masa seseorang pembahas patut tumpu terhadap peranannya. Lambang peratus tidak merujuk kepada markah yang patut diberi untuk setiap kategori. 2. 3. Markah diberi berdasarkan persembahan seseorang pembahas dengan merujuk kepada kriteria seperti gaya, isi, strategi dan bahasa. (sila rujuk SISTEM PEMARKAHAN) Perdana Menteri & Ketua Pembangkang mengutarakan SATU hujah sahaja. Menteri kedua & Pembangkang kedua mengutarakan DUA hujah sahaja Menteri ketiga & pembangkang ketiga membidas sahaja Ucapan Penggulungan Bidas & Rumus sahaja.

BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN GURU-GURU SEKOLAH MALAYSIA SISTEM PEMARKAHAN 1. UCAP UTAMA (JUMLAH = 100 MARKAH) = 8 MINIT 1.1 Setiap pembahas akan diberi markah mengikut pembahagian berikut: a. b. c. d. Isi Strategi Gaya Bahasa = = = = = 30 markah 30 markah 20 markah 20 markah 100 markah

Jumlah 1.2 1.3 NO 1 2 3 4 5

Setiap pembahas diberi 8 minit untuk berucap. GARIS PANDUAN/SKALA PEMBERIAN MARKAH (ANGGARAN) MUTU/TAHAP Cemerlang Sangat Baik Baik Sederhana Lemah ISI (30) 26-30 21-25 16-20 11-15 6-10 STRATEGI (30) 26-30 21-25 16-20 11-15 6-10 GAYA (20) 18-20 15-17 12-14 9-11 6-8 BAHASA (20) 18-20 15-17 12-14 9-11 6-8 JUMLAH (100) 86-100 70-85 56-69 40-55 24-39

2.

UCAPAN PENGGULUNGAN (JUMLAH = 50 MARKAH) 4 MINIT 2.1 Markah diberi mengikut pembahagian berikut:
a. Isi b. Strategi c. Gaya d. Bahasa Jumlah = = = = = 15 markah 15 markah 10 markah 10 markah 50 markah

2.2

Pembahas Pertama atau Kedua akan menyampaikan Ucapan Penggulungan. Pihak Pembangkang akan memulakan Ucapan Penggulungan dan diikuti oleh pihak Kerajaan. Setiap pembahas diberi masa 4 minit untuk berucap GARIS PANDUAN/SKALA PEMBERIAN MARKAH
MUTU/TAHAP Cemerlang Sangat Baik Baik Sederhana Lemah ISI (15) 14-15 12-13 10-11 8-9 6-7 STRATEGI (15) 14-15 12-13 10-11 8-9 6-7 GAYA (10) 9.10 7-8 5-6 4 3 BAHASA (10) 9.10 7-8 5-6 4 3 JUMLAH (50) 45-50 36-44 30-35 24-29 18-23

2.3 2.4
NO 1 2 3 4 5

BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN GURU-GURU SEKOLAH MALAYSIA CATATAN HAKIM PERDANA MENTERI NAMA: IL (Memberi) IL (Menjawab) Definisi: KETUA PEMBANGKANG NAMA: IL (Memberi) IL (Menjawab) Definisi-Setuju/Tolak Def. Pembangkang: Bidas Perdana: Menteri Pendirian pasukan: Pendirian Pasukan: MENTERI KEDUA NAMA: IL (Memberi) IL (Menjawab) Definisi-Setuju/Tolak Def. Semula: Bidas Ketua Pembangkang: Bidas Perdana Menteri : Hujah 2: Hujah 2: Hujah 1: Hujah 1: Hujah 3: Hujah 3: Penegasan Kes: Penegasan Kes: Bidas Ketua Pembangkang Bidas Menteri Kedua: PEMBANGKANG KEDUA NAMA: IL (Memberi) IL (Menjawab) Bidas Menteri Kedua: MENTERI KETIGA NAMA: IL (Memberi) IL (Menjawab) Bidas Pembangkang Kedua: PEMBANGKANG KETIGA NAMA: IL (Memberi) IL (Menjawab) Bidas Menteri Ketiga:

Strategi:

Strategi:

Bidas Perdana Menteri :

Penegasan Kes:

Penegasan Kes:

IL

IL

IL

IL

IL

IL

BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN GURU-GURU SEKOLAH MALAYSIA CATATAN HAKIM

UCAPAN PENGGULUNGAN
PEMBANGKANG BIDASAN: BIDASAN: KERAJAAN

RUMUSAN:

RUMUSAN:

SULIT

BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN GURU-GURU SEKOLAH MALAYSIA 2008

BORANG KEPUTUSAN
TAJUK PERBAHASAN: _____________________________________ _____________________________________

PASUKAN PEMENANG:

KERAJAAN * Tanda (X)

PEMBANGKANG

NEGERI:

_______________________________________

TANDATANGAN HAKIM: _______________________________________ NAMA HAKIM: _______________________________________ TARIKH: _______________________________________

Catatan:

Keputusan muktamad perbahasan yang dipersetujui adalah SULIT dan tidak boleh didedahkan kepada mana-mana pihak

SULIT BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN GURU-GURU SEKOLAH MALAYSIA 2008

BORANG KEPUTUSAN
TAJUK PERBAHASAN: _____________________________________ _____________________________________ PEMBAHAS TERBAIK: _____________________________________ PASUKAN: KERAJAAN * Tanda (X) NEGERI: _______________________________________ PEMBANGKANG

TANDATANGAN HAKIM: _______________________________________ NAMA HAKIM: _______________________________________ TARIKH: _______________________________________

Catatan:

Keputusan muktamad perbahasan yang dipersetujui adalah SULIT dan tidak boleh didedahkan kepada mana-mana pihak

TERTUTUP BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN GURU-GURU SEKOLAH MALAYSIA 2008

BORANG KEPUTUSAN KESELURUHAN


TAJUK PERBAHASAN: _____________________________________ _____________________________________ PASUKAN PEMENANG: KERAJAAN * Tanda (X) NEGERI :_______________________________________ :_______________________________________ KERAJAAN * Tanda (X) NEGERI:_______________________________________ HAKIM 1. 2. 3. 4. 5. __________________ __________________ __________________ __________________ __________________ ORGANISASI __________________ __________________ __________________ __________________ __________________ TANDATANGAN __________________ __________________ __________________ __________________ __________________ PEMBANGKANG PEMBANGKANG

PEMBAHAS TERBAIK PASUKAN:

TANDA TANGAN KETUA HAKIM: _________________________________ NAMA KETUA HAKIM TARIKH Catatan: :__________________________________ :__________________________________ Keputusan muktamad perbahasan yang dipersetujui adalah SULIT dan tidak boleh didedahkan kepada mana-mana pihak

GARIS PANDUAN PEMBERIAN MARKAH 1.0 Markah diberi kepada setiap pembahas berasaskan aspek-aspek berikut: ISI GAYA STRATEGI BAHASA 1.1 ISI a. Hakim harus menilai isi dari segi hujah yang disampaikan dan bukannya gaya menyampaikan hujah. Hakim sewajarnya [harus] menilai ketepatan dan kemantapan hujah tanpa dipengaruhi oleh kepandaian pembahas berkata-kata. Penilaian terhadap isi juga termasuk dari segi ketepatan dan kemantapan bidasan. Hakim dinasihati menilai mengikut tahap kemampuan pembahas iaitu guru-guru sekolah. Tugas hakim adalah untuk menilai kemantapan dan ketepatan hujah dan bukannya sama ada pasukan lawan boleh membidas hujah yang diberi. Jikalau hujah kurang mantap dari segi isi, markah untuk isi adalah kurang walaupun pihak lawan tidak membidasnya. Jikalau hujah yang diberi adalah lemah dari segi kemantapan dan ketepatan dan hujah itu tidak dibidas oleh pihak lawan, justeru itu pihak yang tidak membidas hujah tersebut telah melakukan kesalahan yang lebih serius berbanding dengan pihak yang menyampaikan hujah yang lemah itu kerana tidak mengambil kesempatan membidas hujah yang lemah itu. Namun begitu bidasan yang diberi harus berdasarkan hujah dan bukan berdasarkan contoh sebagaimana yang dilakukan oleh sesetengah pembahas bagi mengelak diri daripada membidas perkara-perkara yang lebih penting. Hakim harus mengelak diri daripada terpengaruh oleh kepercayaan, prejudis dan pengetahuan dalam bidang kerjaya masing-masing. Contohnya, jikalau anda seorang peguam dan anda ketahui apa yang dikatakan oleh pembahas telah diumumkan oleh Mahkamah Kehakiman Antarabangsa [MKA] pada minggu lepas, anda tidak seharusnya mengambil kira pengetahuan itu melainkan pengumuman MKA itu telah diketahui umum dengan luasnya.

b.

c.

d.

e.

1.2

GAYA a. b. Hakim tidak seharusnya memilih pembahas dengan gaya yang keterlaluan. Gaya termasuk cara pembahas berhujah, iaitu: i. ii. Gaya penyampaian Bahasa badan (body language)

Hakim dinasihati bertoleransi dengan cara penghujahan yang berbeza antara satu pembahas dengan pembahas yang lain. c. Penggunaan nota dan kad nota dibenarkan dan pembahas tidak harus didenda kecuali jika ternyata mereka membaca daripada nota. Hakim dinasihati bertoleransi tentang gaya bertutur dan kepantasan menyampaikan hujah dan markah hanya dipotong jikalau gaya pembahas melampaui batas.

d.

1.3

STRATEGI a. Strategi memerlukan perhatian yang lebih. konsep: i. ii. b. Ia meliputi dua

Struktur dan tempoh masa perhujahan Sama ada pembahas memahami isu bahas

Struktur Perhujahan yang bermutu mempunyai pendahuluan, huraian dan penutup yang jelas. Semasa perhujahan diberi, kata kunci akan diberi sebagai panduan arah tuju pembahas. Perhujahan harus bersifat lojik dan menunjukkan kesinambungan. Ini adalah penting terutamanya semasa pembahas pertama mewakili kerajaan dan pembahas ketiga bagi pihak pembangkang menyampaikan hujah mereka. Oleh itu, gaya menyampaikan hujah merupakan salah satu komponan strategi.

c.

Tempoh masa perhujahan adalah penting. Terdapat dua aspek berkenaan dengan hal ini. i. ii. Berhujah dalam had masa yang dibenarkan Memberi tempoh masa yang secukupnya untuk isu perhujahan.

d.

Pembahas sepatutnya memberi keutamaan kepada isu yang penting dan mengemudiankan yang kurang penting. Secara

umum, adalah lebih baik jikalau pembahas menyatakan bidasannya sebelum menyatakan isu/hujah. Ini kerana, adalah lebih lojik untuk menafikan pendirian pihak lawan sebelum menegak pendirian pembahas pula. e. Oleh itu hakim tidak harus menghakimi ketepatan dan kemantapan perhujahan sahaja tetapi juga harus mengambip kira ketepatan masa dan keutamaan isu. Pemahaman tentang isu Pembahas harus memahami isu-isu penting dalam perbahasan. Adalah membazir masa jikalau persoalan yang penting tidak dibidas. Dalam keadaan yang mana pembahas tidak memahami isu penting dalam perbahasan itu, ini bermakna pembahas itu tidak akan mendapat markah yang tinggi dalam bahagian Strategi. Sebaliknya, pembahas yang memahami isu yang diperbahaskan dan dapat membidas dengan baik akan mendapat markah yang tinggi dalam bahagian Strategi. g. Hakim mesti memahami perbezaan antara Strategi dan Isi. Bayangkan dalam satu situasi yang mana seorang pembahas cuba membidas suatu isu yang penting tetapi tidak membidas dengan baik, ini bermakna pembahas itu akan mendapat markah yang rendah bagi isi kerana bidasannya lemah. Akan tetapi, pembahas itu akan mendapat markah agak baik untuk Strategi kerana dapat membidas hujah yang sepatutnya.

f.

1.4

BAHASA a. Aspek bahasa yang harus diambil kira ialah: i. ii. iii. b. gaya bahasa struktur ayat tatabahasa

Ini juga termasuk: i. ii. iii. iv. sebutan [baku] kelancaran nada intonasi

Penggunaan bahasa baku diwajibkan. Oleh itu, hakim perlu memastikan bahawa pembahas berhujah dengan menggunakan sebutan baku serta struktur tatabahasa yang betul. c. Sebaliknya, gaya bahasa yang menarik seperti penggunaan kiasan, peribahasa dan sebagainya yang tepat mengikut situasi, sewajarnya diberi markah tinggi dalam bahagian Bahasa.

1.5

BIDASAN a. Pembahas sepatutnya membidas hujah dan bukan contoh. Misalnya, pembahas bagi pihak kerajaan telah memberi contoh yang lemah tetapi hujahnya tepat dan mantap. Pihak pembangkang sepatutnya membidas hujah dan bukan contoh kerana hujah adalah lebih penting daripada contoh. Selain itu, pembahas mungkin memberi beberapa contoh bagi menerangkan hujah yang sama. Oleh itu, jika pembahas daripada pihak lawan dapat memberi satu bidasan untuk menumbangkan kesemua contoh yang diberi maka ia tidak perlu membidas setiap contoh.

b.

1.6

PENGGULUNGAN a. Penggulungan merupakan rumusan tentang pendirian pembahas mengenai isu bahas yang diperdebatkan. Oleh itu, pembahas sepatutnya hanya menyatakan isu-isu pasukan masing-masing dalam perbahasan tersebut. Dalam penggulungan pembahas tidak digalakkan memberi fokus kepada perkara yang remeh-temeh atau contoh-contoh. Pembahas seharusnya menitik beratkan isu-isu utama yang boleh menyokong pendirian mereka dan seterusnya menggoyahkan pendirian pihak lawan. Sebagai contoh jikalau pembahas memberi fokus kepada contoh dalam penggulungan, ini bermakna pembahas itu mungkin tidak memahami isu perbahasan yang diperdebatkan atau mungkin tidak memahami teknik perbahasan yang berkesan.

b.

1.7

IZIN LALUAN a. Izin laluan boleh dipakukan oleh pihak lawan sepanjang seseorang pembahas menyatakan hujahnya. Pembahas itu boleh menerima atau menolak izin laluan itu. Jikalau izin laluan itu diterima, pihak lawan itu boleh membetulkan maklumat pembahas itu atau menanyakan soalan tentang isu yang diutarakan dalam perbahasan itu, khususnya yang baru diutarakan oleh pembahas. Dengan adanya izin laluan, ini bermakna setiap pembahas akan mengambil bahagian dari awal hingga akhir perbahasan dijalankan dan bukan hanya ketika menyatakan hujah masingmasing. Pembahas seharusnya memainkan peranan memberi pandangannya. Walaupun pandangannya mungkin tidak diterima, tetapi sekurang-kurangnya, ini menunjukkan

b.

c.

pembahas itu ada mengambil bahagian atau cuba melibatkan diri dalam perbahasan itu. Malah, pembahas yang tidak memberi/menerima izin laluan akan mendapat markah yang kurang dalam bahagian Isi dan Strategi.

BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN GURU-GURU MALAYSIA PELAN KEDUDUKAN PEMBAHAS KEDUDUKAN PEMBAHAS BAHAS ALA PARLIMEN KEDUDUKAN PEMBAHAS BAHAS FORMAT LAMA PENGERUSI PENJAGA MASA TUAN SPEAKER * *

PANEL

HAKIM

PANEL HAKIM PENONTON


NOTA: Pembahas-pembahas dari kedua-dua pasukan MESTI meninggalkan tempat duduk mereka dan berdiri di sudut yang

PENONTON

bertanda (*) seperti tertera di dalam pelan di atas bila tiba giliran untuk berucap.

Anda mungkin juga menyukai