Anda di halaman 1dari 16

Isu dan Cabaran Pendidikan Semasa

EDU 3109 GURU DAN CABARAN SEMASA

Konsep Isu & Cabaran Semasa


Isu = perkara pokok / persoalan yang

dibincangkan Cabaran = sesuatu unsur yang menguji kemampuan dan ketabahan seseorang/organisasi

Isu & Cabaran Semasa


Integrasi Nasional Pendemokrasian Pendidikan Tonggak Pendidikan UNESCO

Globalisasi dalam Pendidikan


Kepelbagaian Budaya Pengaruh Perkembangan Teknologi Maklumat &

Komunikasi Gejala Sosial Lain-lain

Mengapa Guru Perlu Prihatin Terhadap Isu & Cabaran Semasa


Faedah / peluang yang dibawa oleh cabaran Kesan / Implikasi cabaran terhadap pendidikan dan

negara Peranan guru dalam menangani isu dan cabaran semasa

Integrasi Nasional
Definisi: - satu proses penyatuan antara kumpulan manusia yang berbeza dari segi latar belakang, status sosial dan budaya untuk membentuk satu entiti yang mempunyai norma, sistem nilai dan kehidupan bersama. - Ia adalah hasil ikatan batin dan akhirnya berlaku perkongsian pemikiran dan hati antara etnik/kaum. - Dalam konteks Malaysia, integrasi nasional bermaksud satu usaha dan proses dinamik untuk menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum bagi membentuk satu bangsa Malaysia yang mempunyai identiti sendiri berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.

Istilah-Istilah Yang Berkaitan dengan Integrasi


Segregasi - merupakan hubungan yang

bersifat pemisahan di antara etnik-etnik di dalam sesebuah negara. - Pemisahan berlaku dalam beberapa keadaan; tempat tinggal, sistem persekolahan, pengangkutan dan kemudahan awam. - Wujud sama ada didasari undang-undang (de jure), atau tidak (de facto). - Contoh segregasi de jure ialah dasar apartheid yang pernah di amalkan di Afrika Selatan.

Istilah-Istilah Yang Berkaitan dengan Integrasi


Akomodasi - merupakan proses

mempertahankan nilai dan norma-norma etnik masing-masing. Walaubagaimanapun mereka hidup harmoni dan menghormati antara satu sama lain. - Di peringkat pemerintahan pusat setiap etnik hantar wakil. Namun dalam institusi-institusi tertentu mereka saling saling bergantungan antara satu dgn yg lain. - Contoh negara - Switzerland.

Istilah-Istilah Yang Berkaitan dengan Integrasi


Asimilasi - juga dikenali sebagai asimilasi

struktur. - Merupakan proses kemasukan ke dalam masyarakat dominan melalui persahabatan dan perkaintan rapat. - Darjah asimilasi kelompok minoriti adalah berbeza-beza, iaitu berdasarkan kepada perbezaan fizikal ( seperti warna kulit) dan darjah sejauh mana ciri-ciri budaya berbeza dengan budaya kelompok dominan.

Istilah-Istilah Yang Berkaitan dengan Integrasi


Akulturasi - juga dikenali sebagai asimilasi budaya. - Terjadi apabila manusia dalam kumpulan minoriti

menerima norma, nilai dan pola-pola tingkahlaku (budaya) golongan mejoriti. - Merupakan proses meminjam atau menerima budaya golongan mejoriti, tanpa mengubah unsurunsur budaya asal.

Istilah-Istilah Yang Berkaitan dengan Integrasi


Amalgamasi - proses percampuran ras atau budaya

bagi memebtuk budaya atau ras yg baru. - Cara utama ialah melalui perkahwinan antara etnik atau ras (perkahwinan campur).

Punca Masalah Perkauman


Faktor sejarah dasar pecah dan perintah yang diamalkan

oleh penjajah British. Jurang perbezaan ekonomi akibat pembangunan ekonomi yang tidak seimbang antara kaum, sektor dan wilayah. Dasar kerajaan seperti DEB, sistem kuota dll untuk membantu kaum Bumiputera dilihat sebagai diskriminasi oleh kaum-kaum lain. Sistem pendidikan vernakular persekolahan dan bahasa pengantar yang berlainan Fahaman politik yang melampau dan perjuangan partiparti politik berdasarkan unsur perkauman Kurangnya sensitiviti dan toleransi terhadap agama dan budaya yang berbeza. Kurangnya semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat. Media massa yang mensensasikan isu-isu perkauman.

Asas Integrasi Nasional


Perkongsian kuasa politik

- peranan pemimpin, dasar yang adil dan saksama, tiada fahaman politik yang melampau Kerajaan demokrasi berparlimen - keluhuran Perlembagaan - kewibawaan undang-undang Merapatkan jurang ekonomi - tingkatkan taraf hidup pribumi - agihan kekayaan negara yang saksama Toleransi budaya dan agama - saling hormat-menghormati

Usaha Kerajaan ke Arah Integrasi Nasional


Dasar Kebudayaan Kebangsaan:

- sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan - bahasa penghantar - sukatan pelajaran yang sama - peperiksaan awam yang sama Sekolah Wawasan Dasar Kebudayaan Kebangsaan - digubal selepas peristiwa 13 Mei 1969 Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Nasional (Kini dirangka Model Ekonomi Baru) - Social reengineering Konsep 1Malaysia

Peranan Guru dalam Menangani Isu Integrasi Nasional


Memperkasakan bahasa kebangsaan

- menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan melalui Minggu Bahasa, Pertandingan Bahas, Pidato, Puisi dll. Memantapkan perpaduan dan integrasi nasional - melaksanakan Rancangan Integrasi Murid untuk Perpaduan (RIMUP) Memupuk semangat patriotisme - Nyanyian lagu kebangsaan, menaikkan bendera Memupuk kecintaan terhadap seni, warisan dan budaya bangsa. - aktiviti kurikulum & kokurikulum

Aktiviti Untuk Memupuk Integrasi Nasional


Program permuafakatan masyarakat gotong

royong Hari Keluarga Sukan Rakyat Majlis Sambutan Hari raya, Tahun Baru Cina, Deepavali, Krismas dan lain-lain. Sambutan Bulan Patriotisme dan Kemerdekaan Perkhemahan Bina Insan Murid Lawatan dan ziarah-menziarah

Soalan Perbincangan
Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan di sekolah

rendah dan menengah untuk memupuk perpaduan kaum. Namun, polarisasi perkauman masih ketara di kalangan pelajar-pelajar sekolah dan institut pengajian tinggi. Pada pendapat anda, apakah cara terbaik untuk menangani isu integrasi nasional?