Anda di halaman 1dari 4

KURSUS PEDAGOGI DAN ICT DENGAN KERJASAMA IAB, UTARA [1]

1.0 PENDAHULUAN Selepas Pelan Induk Pembangunan Pendidikan dilancarkan maka tercetus pula idea melonjakkan kecemerlangan pendidikan melalui bidang-bidang NKRA. Tidak dinafikan perkembangan pesat dalam persada pendidikan negara terutamanya NKRA amat menuntut warga pendidik untuk merancang dengan tepat dan bertindak proaktif demi merealisasikan kecemerlangan pendidikan khasnya dalam melahirkan insan minda kelas pertama. Sehubungan dengan itu, guru-guru perlu memantapkan pengetahuan professional dan kemahiran diri supaya menjadi guru yang serba boleh dan berpengetahuan luas. Oleh itu,bermula pada tahun 2008, pihak kementerian telah menetapkan bahawa semua guru wajib menghadiri sekurangkurangnya 7 hari berkursus dalam setahun. Maka, pelbagai kursus, bengkel dan taklimat yang bersesuaian dengan profesionalisme guru diatur oleh pihak pentadbir dalam usaha menyediakan minda dan fizikal guru supaya menjadi pendidik yang lebih mantap, berpengetahuan tinggi dan berketerampilan. 2.0 MATLAMAT Matlamat program ini berfokus kepada peningkatan prestasi guru dari aspek sahsiah, rohani dan emosi supaya dapat melaksanakan tugas sebagai guru dengan komitmen yang tinggi dan mempunyai ilmu yang sempurna sebagai pendidik dan menjadi kaki tangan kerajaan yang akur dan patuh dengan kehendak kementerian. 3.0 OBJEKTIF 3.1Memberikan pendedahan kepada guru-guru tentang teknikteknik pengajaran berpandukan teori-teori dalam pedagogi.

KURSUS PEDAGOGI DAN ICT DENGAN KERJASAMA IAB, UTARA [1]

3.2

Mengetahui dan dapat mengenalpasti kaedah pedagogi

yang sesuai berdasarkan prestasi atau tahap pengetahuan murid. 3.3 Mencetuskan motivasi dan keyakinan diri dalam diri guru untuk membuat perubahan dalam corak pengajaran dan pembelajaran dalam kelas supaya menghasilkan suasana pengajaran yang kreatif dan berimpak tinggi kepada murid. 3.4 Meningkatkan potensi diri terutamanya dalam aspek celik IT. 3.5 Meningkatkan tahap penguasaan guru-guru dalam menguruskan teknologi maklumat dan mencari bahan-bahan pengajaran melalui internet. 4.0 MASA PELAKSANAAN 4.1 22 Julai 23 Julai 2011 5.0 KUMPULAN SASARAN 5.1 Semua guru SKSAT 6.0 JAWATANKUASA PENGURUSAN Penasihat : Encik K. Thachanamurthy, AMN. ( Guru Besar ) Tuan Haji Abd Wahab Mohd Noor. ( Penolong Kanan Pentadbiran ) Setiausaha Penolong Setiausaha : Puan Yuli Wati Sungit ( SU LDP Sekolah ) : Puan Fauziah Hanim Mokhtar ( Kaunselor)

KURSUS PEDAGOGI DAN ICT DENGAN KERJASAMA IAB, UTARA [1]

Ahli Jawatankuasa Puan Noor Banis Abdul Wahab Puan Yuliwati Sungit Cik Hajjah Ku Hanita Ku Mahamud Puan Marlina Mansor Puan Noor Aini Md Noor Puan Norjelah Baharin Cik Kim Guat Keoh 6.0 SUMBER PENDAPATAN BIL 1 SUMBER SBT JUMLAH RM 2500

BIL 1 2 3 7.0

PERKARA Makanan dan minuman Penceramah Tuntutan Perjalanan Guru Jumlah PENUTUP

KUANTITI 60 x RM 20 5 x RM 200

JUMLAH (RM) 1200.00 1000.00 300.00 2500.00

Program yang dirancang ini diharap dapat dilaksanakan dengan lancar, berkesan dan jayanya. Semoga ilmu yang diperoleh melalui kursus ini akan dipraktikkan secara maksimum dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Sesungguhnya, kejayaan hanya akan dicapai dengan usaha gigih, komitmen padu, semangat jitu dan kemahuan untuk melakukan transformasi. Moga-moga pengetahuan, kemahiran dan kecemerlangan guru-guru mencetus

KURSUS PEDAGOGI DAN ICT DENGAN KERJASAMA IAB, UTARA [1]

anjakan paradigma selaras Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menitipkan keseimbangan dalam aspek intelek, rohani, jasmani dan emosi.

Disediakan oleh,

Disahkan oleh,

. (YULI WATI SUNGIT) Setiausaha Program.

..................................................

Beri Nilai