Anda di halaman 1dari 4

Ayat al-Quran dan Doa Tangani Karenah Anak

Doa memainkan peranan penting dalam pembentukan sebuah keluarga bahagia dan baiti jannati.
Sebagai ibu bapa kita perlu sentiasa mendoakan kesejahteraan anak.

Semua kata-kata, keyakinan, doa, harapan dan impian ibu bapa adalah sebenarnya doa dan
akan terkesan ke dalam jiwa anak. Doa mestilah disusuli dengan tindakan yang hikmah dalam
cara kita membentuk peribadi anak.

Di sini, saya ingin berkongsi doa yang biasa amalkan dalam menangani karenah anak sendiri
dan anak jagaan di taska dan tadika. Ia adalah kumpulan doa yang banyak saya petik hasil
daripada pembacaan selama ini, terutama daripada Nasiyah Abdul Razak, pengasas Rumah
Qiraati Nurhidayah, Taman Melawati Selangor.

Untuk membantu anak mudah belajar dan menelaah pelajaran, baca zikir Ya-Latif sebanyak 129
kali diikuti ayat 19, surah as-Syura bermaksud: Allah Maha Lembut kepada hamba-Nya; Dia
memberi rezeki kepada sesiapa yang Dia kehendaki, dan Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha
Kuasa.

!# #9 $7/ ` '$ )9# '9#
19. Allah Maha lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihanNya)
kepada hamba-hambaNya; ia memberi rezeki kepada sesiapa Yang dikehendakiNya (menurut
peraturan Yang telah ditetapkan), dan Dia lah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.

Sebaiknya dibaca selepas Subuh iaitu dibaca pada pada air pada semua botol air untuk
minuman dan masakan seisi keluarga.

Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa ayat 200, surah Ali Imran
bermaksud: Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu,
dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.

$' %!# #`# #9# #`/$ #/# #)?# !# 3=9 s=?

200. Wahai orang-orang Yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi Segala kesukaran
Dalam mengerjakan perkara-perkara Yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih
daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan
pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu
berjaya (mencapai kemenangan).

Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir Ya Hayyu, Ya Quyyum, Ya Latiff dan Ya Rahman
berulang-ulang. Semua ini insya-Allah adalah doa pelembut hati.

Begitu juga, Surah Toha ayat 1-8, surah ar-Rahman ayat 1-4 dan surah al-Insyirah dibaca dalam
kegiatan lain seperti ketika menemani anak menelaah buku dan membaca al-Quran.




Bagi ibu yang bercita-cita mendapat zuriat yang baik, elok amalkan ayat 38, Surah Ali-Imran iaitu
doa Nabi Zakaria bermaksud: Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhan-Nya, katanya:
Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya
Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.

9$ $ $2 / $% > `= < $! 7 )
$$!#
38. ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya:" Wahai Tuhanku! kurniakanlah
kepadaKu dari sisiMu zuriat keturunan Yang baik; Sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar
(menerima) doa permohonan".


Kita juga digalakkan menyentuh dengan lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil
berdoa dan menyatakan harapan. Petua membaca doa dan harapan ketika anak baru lelap kerap
saya amalkan apabila anak ada masalah emosi atau tingkah laku.

Selepas solat lima waktu, saya mengamalkan doa daripada ayat 74, Surah al-Furqan bermaksud:
Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh
daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati
melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang yang (mahu) bertakwa.

%!# 9) $/ `= $9 $_ & $G % `& $=_#
)F=9 $$)
74. dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) Yang berdoa Dengan berkata:
"Wahai Tuhan kami, berilah Kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-
perkara Yang menyukakan hati melihatnya, dan Jadikanlah Kami Imam ikutan bagi orang-orang
Yang (mahu) bertaqwa.



Ayat 40, Surah Ibrahim bermaksud: Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan
sembahyang, dan zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doaku.

> _=_# )` =9# L $/ 6)? $
40. "Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang Yang mendirikan sembahyang dan Demikianlah
juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.

Jadikanlah doa cara berkesan membentuk peribadi anak-anak. Doa itu senjata mukmin.





Lampiran

Surah Toha ayat 1-8
$ $9& 7= #)9# +F9 ) 2? 9
? ,={ {# N 9# ?`9# q9# ? 9# G`#
9 $ N 9# $ {# $ $] / $ MtB Y9# )
gB )9$/ * ` = 9# z& !# 9) ) `&! '$`{#
_`t:#
1. Taa' Haa.
2. Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (Wahai Muhammad) supaya Engkau
menanggung kesusahan.
3. hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang Yang takut melanggar perintah. Allah
4. (Al-Quran) diturunkan dari (Tuhan) Yang menciptakan bumi dan langit Yang tinggi.
5. Iaitu (Allah) Ar-Rahman, Yang bersemayam di atas Arasy.
6. Dia lah jua Yang memiliki Segala Yang ada di langit dan Yang ada di bumi serta Yang ada di
antara keduanya dan juga Yang ada di bawah tanah basah di perut bumi.
7. dan jika Engkau menyaringkan suara Dengan doa permohonanmu, (maka Yang demikian
tidaklah perlu), kerana Sesungguhnya Allah mengetahui Segala rahsia dan Segala Yang
tersembunyi.
8. Allah! tiada Tuhan Yang berhak disembah melainkan Dia, bagiNyalah Segala nama Yang baik.



Surah ar-Rahman ayat 1-4
q9# = #)9# Y={ }# = $69#
1. (Tuhan) Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmatNya.
2. Dia lah Yang telah mengajarkan Al-Quran.
3. Dia lah Yang telah menciptakan manusia; -
4. Dia lah Yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima kenyataan.













Surah al-Insyirah
`9& y 79 8 $ 8 %!# )& 8
$ 79 8. * `9# # ) `9# #
#* M `=$ <) 7/ =$
1. Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (Wahai Muhammad serta mengisinya
Dengan iman dan hidayah petunjuk) ?
2. dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam) -
3. Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan Dalam
melaksanakannya)?
4. dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi
dan berbagai kemuliaan)?
5. oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) Bahawa Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran
disertai kemudahan,
6. (sekali lagi ditegaskan): Bahawa Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
7. kemudian apabila Engkau telah selesai (daripada sesuatu amal Soleh), maka bersungguh-
sungguhlah Engkau berusaha (mengerjakan amal soleh Yang lain),
8. dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah Engkau memohon (Apa Yang Engkau gemar dan
ingini).

Anda mungkin juga menyukai