Sinopsis Novel biografi ini mengisahkan kehidupan dan perjuangan seorang perajurit, Kanang anak Langkau. Kanang berbangsa Iban dan dilahirkan pada 2 Mac 1945 di Karangan Manok Nanga Meluan, Sarawak. Akibat kenakalannya, Kanang telah dihalau oleh ibunya, lalu dipelihara oleh datuk dan neneknya. Kanang cekal menghadapi kesusahan hidup sejak kecil. Dia melakukan pelbagai pekerjaan demi menyara hidupnya seperti menjadi tukang masak, penoreh getah, dan mengangkut penumpang dengan perahu berenjin. Kanang juga menyertai angkatan tentera secara kebetulan dan diterima bekerja sebagai Iban Tracker. Kanang telah berkahwin dengan Helen Latai anak Intie dan dikurniai enam orang anak. Kanang melalui pelbagai pengalaman serta cabaran dalam pasukan tentera sehinggalah dia dinaikkan pangkat sebagai Lans Koperal. Kanang telah ditembak oleh komunis ketika menyertai Gerakan Setia 8/79 di kawasan Hutan Korbu di Perak. Dia mendapat kecederaan parah dan terlantar di hospital selama sebulan. Pada tahun 1980, Kanang telah dianugerahi pingat kedua tertinggi negara, iaitu Panglima Gagah Berani (PGB). Pada tahun 1981 pula, Kanang telah dianugerahi Bintang Keberanian Tertinggi Negara, iaitu Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP). Kanang bersara daripada angkatan tentera pada 30 Mei 1986 setelah berkhidmat selama 21 tahun. Kanang telah dikurniai Bintara Bintang Sarawak oleh kerajaan negeri Sarawak atas jasa-jasanya kepada negara. Tema Keberanian dan semangat nasionalisme Kanang bersemangat kental dalam perjuangan menghapuskan pengganas komunis. Persoalan Semangat cinta akan tanah air dalam kalangan rakyat Kanang mempunyai semangat juang yang tinggi demi mempertahankan tanah airnya daripada pengganas komunis. Kegigihan dan kecekalan menghadapi dugaan hidup Kanang tidak berputus asa walaupun dia hidup merempat selepas berhenti daripada tentera. Kemiskinan masyarakat desa di Sarawak Kanang serta penduduk di kawasan itu hidup dalam keadaan serba miskin dan di bawah tahap pembangunan.
Watak dan Perwatakan Kanang berketurunan Iban beragama Pagan dipelihara oleh datuk dan nenek selepas dihalau oleh ibunya menjadi tentera sebagai Iban Tracker berkahwin dengan Helen Latai dan dikurniai enam orang anak berpegang kuat kepada kepercayaan tradisi dan pantang larang bertanggungjawab terhadap keluarga dan negara jujur dan berdedikasi tentera yang berani dan sanggup berkorban untuk negara Kapten Othman Abdul Hamid ketua kompeni yang bertanggungjawab berani menentang pengganas komunis bijak membuat perancangan dihormati oleh anak buahnya Helen Latai isteri Kanang berbangsa Iban ibu dan isteri yang penyayang mengambil berat masalah suami pandai menyesuaikan diri sebagai isteri seorang tentera Koperal Mohd Jamil anggota Platun no. 8 berani dan sanggup berkorban demi mempertahankan negara Plot Permulaan Kanang dipelihara oleh datuk dan neneknya di kampung selepas dihalau oleh ibunya yang tidak tahan dengan kenakalannya Perkembangan Kanang melakukan pelbagai jenis pekerjaan untuk menyara hidupnya Kanang menyertai angkatan tentera Kanang berkahwin dengan Helen Latai dan mendapat enam orang anak Perumitan anggota platun yang diketuai oleh Kapten Othman Abdul Hamid dalam misi mereka untuk menghapuskan sarang pengganas komunis di Perak
Klimaks Kanang cedera parah ditembak oleh pengganas komunis dan dia tidak sedarkan diri Peleraian Kanang dianugerahi PGB dan SP Kanang bersara daripada angkatan tentera Nilai dan Pengajaran cinta akan tanah air kita perlu sanggup berkorban demi mempertahankan negara tercinta. Kanang mempunyai semangat juang yang tinggi demi mempertahankan tanah air keberanian setiap orang harus berani berjuang menentang musuh negara. Kanang sedikit pun tidak berasa gentar apabila berhadapan dengan musuh dedikasi kita hendaklah menjalankan tugas dengan penuh dedikasi. Kanang bersungguh-sungguh melaksanakan tugasnya hingga sanggup mengorbankan kepentingannya ketabahan kita perlu tabah mengharungi segala cabaran dan dugaan hidup. Kanang tidak pernah berputus asa walaupun kehidupannya melarat selepas berhenti daripada tentera Latar Masyarakat percaya dan berpegang kuat pada adat - Kanang percaya kepada mimpi - Datuk mengamalkan ilmu memuja buaya disiplin tinggi dalam kalangan tentera - masyarakat tentera tinggi disiplinnya seperti Kanang yang taat akan ketuanya masyarakat luar bandar yang miskin - bekerja secukup hidup, menjala ikan, membawa bot dan lain-lain lagi semangat cinta akan negara - tentera Malaysia sanggup berkorban untuk negara masyarakat asing yang prihatin akan pekerjanya - Mr. Ford membantu Kanang dari segi kewangan walaupun ketika itu dia
telah muflis - Mr. Ford menulis surat sokongan kepada Kanang untuk memohon kerja sebagai Iban Tracker masyarakat Iban yang beragama Pagan - mereka percaya akan kuasa yang membantu mereka dalam kesusahan masyarakat Iban yang mempunyai kemahiran mengesan sesuatu - datuk Kanang menurunkan ilmu mengesan binatang/musuh kepada Kanang - Iban Trackers ditubuhkan kerana orang Iban memang pandai menjejak masyarakat yang tahu menghargai jasa orang - Kanang menerima pelbagai anugerah dan dinaikkan pangkat atas jasanya - ketua dan rakan Kanang sedih atas bencana yang menimpa Kanang masyarakat yang pandai menyesuaikan diri - keluarga tentera asyik berpindah-randah