Anda di halaman 1dari 1

Strategi pemusatan murid. Di bawah strategi pemusatan murid, murid memainkan peranan yang penting dalam proses pembelajaran.

Mengikut strategi ini, murid murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran mereka. Di dalam bilik darjah, guru merupakan seorang pemimpin yang membimbing murid murid menjalankan aktiviti pembelajaran, sama ada secara berkumpulan atau secara individu. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, lebih banyak masa akan diperuntukkan kepada aktiviti pembelajaran murid. Kaedah kumpulan, inkuiri penemuan, perbincangan penyoalan, penyelesaian masalah, bermain, simulasi, main peranan, dan sumbang saran menjadi pertimbangan asas semasa menggunakan strategi pemusatan murid. Ciri ciri strategi pemusatan murid. 1) Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, murid memainkan peranan yang penting, sedangkan peranan guru merupakan pemimpin yang membimbing murid menjalankan aktiviti pembelajaran. 2) Komunikasi dan interaksi di antara guru dan murid adalah secara dua hala. Guru menggunakan kaedah menyoal dan membimbing murid supaya berfikir dan bertindak balas dengan memberi jawapan mereka. 3) Ciri kepimpinan guru bersifat demokratik. Murid murid sentiasa digalakkan memberi pendapat mereka. Guru banyak menggunakan kaedah perbincangan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. 4) Strategi pengajaran dan pembelajaran lebih mengutamakan pencapaian objektif pembelajaran murid. 5) Perkembangan murid adalah secara menyeluruh dan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. 6) Ujian formatif ditekankan dan keputusan ujian kerap kali digunakan untuk mengkaji kelemahan- kelemahan murid. 7) Penyampaian guru ditumpukan kepada pengajaran yang bermakna supaya murid murid memahami fakta yang disampaikan dan mereka berupaya membuat kesimpulan. Di bawah strategi pemusatan murid, murid murid menunjukkan sifat kreatif dan berinisiatif. Semasa saya memerhatikan sampel saya sedang mengikuti kelas Pendidikan Jasmani, guru hanya memberi arahan dan murid-murid lebih suka melakukan sesuatu aktiviti dengan sendirinya. Contohnya ketika guru mengarahkan mereka untuk menjalankan pemanasan badan. Secara sukarela, seorang murid bertindak sebagai ketua dan mereka melakukan aktiviti tersebut dengan gembira dan tanpa paksaan dari guru. Ini adalah digalakkan kerana pengajaran lebih mengutamakan penglibatan murid dan guru hanya sebagai pembimbing.