Anda di halaman 1dari 2

Jessica Fung Lee Ying Sebagai salah seorang pelajar yang baru menamatkan kehidupan sebagai pelajar SMK

Kolombong pada tahun 2009, saya berasa amat berbesar hati apabila menerima mesej inbox daripada Sir Eric yang meminta saya menulis untuk ruangan ini. Saya menerima tugasan yang diamanahkan ini tanpa meminta untuk dibelanja McDonalds atau Pizza Hut Bergurau saja ya.. Rutin hidup sebagai seorang pelajar, di mana pelajar harus sampai di sekolah sebelum jam 7 pagi, dan kembali ke rumah hanya pada jam 1 tengah hari, dan dibanjiri oleh kerja-kerja latihan yang diberikan oleh guru, sememangnya membosankan bagi kebanyakkan pelajar. Seorang pelajar akan mengambil sekurang-kurangnya 3 peperiksaan utama, iaitu UPSR, PMR dan SPM dalam proses menamatkan pelajaran peringkat menengah dengan sekeping sijil yang bermakna. Tidak dapat dinafikan bahawa pelajar menghadapi tekanan yang tinggi dalam usaha mencapai gred-gred tinggi dalam peperiksaan, namun kunci kepada masalah ini adalah mentaliti seseorang pelajar itu dalam menghadapi cabaran-cabaran ini. Pelajar sememangnya harus mengambil serius terhadap peperiksaan-peperiksaan ini. Namun, matlamat utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran bukanlah untuk mencapai gred-gred yang baik dalam peperiksaanwalaupun mencapai gred yang baik mungkin merupakan pemangkin kepada kejayaan hidup seseorang itu. Matlamat utama kita kita hadir ke sekolah setiap hari, menyiapkan kerja-kerja latihan dan nota adalah untuk menimba ilmu pengetahuan bagi meyediakan diri kita kepada cabaran-cabaran kehidupan pada masa akan datang. Mungkin sesetengah pihak akan berasa kurang bersetuju dengan pendapat saya ini, namun selepas saya menyambung pelajaran saya di tahap Pra-U, saya telah sedar bahawa mentaliti belajar untuk skor tidak akan membawa kita ke mana-mana tahap yang terlalu tinggi atau cemerlang. Saya bukan mengatakan bahawa gred-gred peperiksaan kurang penting dan tidak perlu diberi perhatian, sebaliknya peperiksaan sebenarnya merupakan tali pengukur tahap pemahaman dan pengetahuan seseorang pelajar itu dalam sesuatu matapelajaran, dan pelajar yang mempunyai mentaliti yang betul biasanya akan mendapat gred yang agak cemerlang dalam peperiksaan, dan pelajar yang telah kabur tujuannya biasanya tidak mampu membuat yang terbaik. Mentaliti yang harus dibawa oleh seseorang pelajar itu ialah mentaliti belajar untuk mengetahui. Ya, kenyataan ini tampak melucukan, namun sikap ingin tahu tersebut yang mendorong kepada penemuan dan penciptaan begitu banyak teori dan teknologi-teknologi. Dalam proses pembelajaran, soalan yang harus ditanya oleh seseorang pelajar ialah mengapakah ini ini begitu begitu? dan bukanlah bagaimana saya boleh mendapatkan A dalam peperiksaan?. Secara logiknya, bayangkan anda tengah memandu di tengah aliran trafik yang sibuk dan sesak, jika anda hanya ingin memandu dengan teknik yang bagus tapi tidak pasti pula dengan hala tuju anda, ke mana kah anda akan tujui? Oleh itu, belajar untuk mengetahui merupakan penunjuk arah dalam proses penimbaan ilmu pengetahuan kita. Inilah mengapa kita mampu mendapat keputusan yang amat memberangsangkan dalam subjek yang kita minati, kerana kita minat, maka kita selalu mengekalkan perasaan ingin tahu tersebut! Terdapat satu jenaka lawak yang mengatakan bahawa pelajar lelaki sering mampu mempelajari bab-bab mengenai system reproduksi (sebagai contoh, bab 4 bagi matapelajaran Sains Tingkatan 3), kerana kebanyakkan pelajar memang berminat mengenai hal-hal itu dan mereka mempunyai sikap ingin tahu! Bagi subjek-subjek yang tidak diminati pula, itu sebenarnya berpunca

daripada kurang pendedahan kepada matapelajaran tersebut. Setiap matapelajaran mempunyai daya tarikan yang tersendiri, tak kenal maka tak cinta, jika kita mengambil langkah pertama untuk mengetahui apa intipati yang terdapat dalam matapelajaran tersebut, nescaya kita akan berminat terhadapnya. Kebelakangan ini, saya agak kerap didedahkan dengan teknik-teknik pembelajaran yang efektif, di sini saya berkongsi untuk kebaikan bersama: Teknik 4W+1H (What? Why? Where? When? How?) teknik ini amat berguna untuk mempelajari matapelajaran yang memerlukan penghafalan fakta yang banyak. Belajar mengikut objektif pembelajaran (learning outcome) Jika anda mampu menjawab atau menjelaskan kesemua persoalan dan objektif yang ada pada objektif pembelajaran, tahniah, anda telah sekurang-kurangnya mempunyai 80% dalam tangan anda. Menjawab soalan-soalan ramalan dan soalan tahun-tahun lepas. Untuk pelajar yang bakal menghadapi PMR, SPM dan STPM, anda dinasihatkan untuk mencuba soalan-soalan tahun lepas sekurang-kurangnya untuk 10 tahun yang lepas. Analisis menyatakan bahawa soalansoalan tersebut nampaknya dikitar semula. Menetapkan matlamat anda mengikut kemampuan masing-masing. Misalnya, saya ingin mendapat 10 A+ dalam SPM 2011, saya ingin mendapat 2A, 2B dan 3C dalam PMR, matlamat sememangnya penting sebagai pemangkin kejayaan, seperti kata pujangga Inggeris yang menyatakan Menyasarkan bulan, meskipun anda gagal, anda tetap jatuh di kalangan bintang(Aim for the moon, and even if you failed, youll still land among the stars) Saya bukan menggalakkan pelajar belajar untuk keputusan semata-mata. Benar, sebentar tadi saya menyatakan bahawa gred bukan segala-galanya, namun selepas mempunyai mentaliti (belajar untuk mengetahui) yang betul, maka matlamat-matlamat anda itu pasti akan tercapai. Akhir sekali, saya mengucapkan semoga Berjaya dalam menghadapi PMR, SPM dan STPM bagi para pelajar SMKKL dan berharap kita dapat mengharumkan nama SMKKL!

Anda mungkin juga menyukai