Anda di halaman 1dari 3

Encik Rahim telah dilantik sebagai seorang Ketua Pengarah di sebuah Jabatan kerajaan; a) Bagaimanakah dapat ditentukan bahawa

beliau mempunyai sifat kepimpinan yang unggul?

Pemimpin sesuatu organisasi memainkan peranan yang penting dalam menentukan kualiti dan kecemerlangan jabatannya. Hal ini kerana, seorang pemimpin yang unggul akan menjadikan sistem pengurusan jabatannya cemerlang justeru segala urusan berjalan dengan lancar. Tercapai atau tidak visi atau misi sesuatu jabatan adalah bergantung kepada kreadibiliti pemimpinnya. Seperti seorang pelukis batik, pemimpin yang unggul boleh menjadikan kain yang kosong bertukar menjadi sesuatu yang bernilai tinggi jika kain itu dilukis dan diwarnai dengan penuh kesabaran dan tumpuan. Tambahan pula, jika sesuatu jabatan mengalami kesulitan, pemimpin yang unggul tidak akan cepat melatah malah menjadi semakin bermotivasi untuk berdiri semula. Pemimpin yang unggul akan sentiasa mencari penyelesaian untuk menjadikan organisasinya cemerlang.

Pemimpin yang unggul akan disanjung oleh pengikutnya. Sifat kepimpinan yang unggul akan menjadi teladan kepada pengikut agar menjadi lebih dedikasi terhadap tugas yang diamanahkan kepada mereka. Jika pemimpin sesuatu organisasi mempunyai kradibiliti yang tinggi maka pengikutnya akan melahirkan kepercayaan yang tinggi kepada pucuk kepimpinan beliau. Mereka akan bersedia untuk membina teamwork yang padu dan kuat. Suasana bekerja yang sedemikian akan menyebabkan pengurusan sesuatu organisasi akan menjadi semakin sistematik dan lancar. Pemimpin yang tidak mampu membuat keputusan dengan adil akan menyebabkan stafnya kehilangan kepercayaan dan hormat akan beliau. Hal ini boleh menyebabkan prestasi sesuatu jabatan merosot. Oleh yang demikian, pemimpin sesuatu organisasi haruslah mempunyai sifat kepimpinan yang unggul.

b)

Jelaskan ciri-ciri seorang Ketua Jabatan yang mempunyai kepimpinan yang berkesan.

Seseorang ketua jabatan itu haruslah mempunyai keikhlasan dalam menjalankan amanah dan tanggungjawabnya selaku seorang pemimpin sesuatu organisasi. Amalan bertertib dan

beradab, kuat bekerja, berpandangan jauh, sentiasa menimba dan memanfaatkan ilmu serta selalu mengutamakan orang lain akan melahirkan kepercayaan yang tinggi daripada staf lain. Sikap akan menjadi pengaruh teladan yang baik dan menjadi motivasi kecemerlangan untuk orang lain. Staf bawahan akan melihat keikhlasan pemimpin ini sebagai pendorong untuk kejayaan diri mereka dan institusi itu sendiri.

Pemimpin yang unggul akan sentiasa menepati masa, menyegerakan tugas, mempunyai perancangan waktu yang sempurna, bijak menggunakan masa serta selalu menyelesaikan tugas berdasarkan tempoh masa yang ditentukan. Ketekunan pemimpin seumpama ini boleh dilihat apabila gigih ketika melaksanakan tugas, sentiasa rajin dan berusaha, sabar ketika menghadapi cabaran, berdisiplin dan berpandangan jauh. Pemimpin yang ikhlas juga selalunya berdedikasi, bersemangat, kesanggupan berkorban, tidak mudah putus asa serta sentiasa bercita-cita tinggi.

Di samping

itu, pemimpin yang unggul biasanya boleh mendengar pandangan dan

pendapat orang lain serta cermat dalam tutur kata. Pemimpin seumpama ini akan melahirkan staf yang merasa senang dan selesa, tidak merasa takut atau gentar dan sentiasa berusaha bersama-sama demi kecemerlangan institusi itu. Pemimpin ini akan terus menjadi kekuatan staf sokongan untuk terus tekun dan sabar, mempunyai inisiatif diri serta boleh diharap. Di samping itu juga, setiap anggota bawahan akan sentiasa mementingkan kualiti kerja, cergas serta pantas dan pada masa yang sama cermat dan berdisiplin. Pemimpin yang ikhlas akan sentiasa mempelajari sesuatu daripada kesilapan serta sentiasa bersikap professional dan cekap melaksanakan tugas.

Pemimpinlah yang akan membawa segala usaha untuk penambahbaikan organisasi. Tanpa sifat kepimpinan yang berkesan, matlamat dan nilai tidak dapat dijelaskan, perancangan tidak dapat dibentuk atau dilaksanakan dan individu dalam organisasi itu tidak dapat menyumbang sepenuhnya kearah kecemerlangan.

c)

Huraikan cara-cara untuk mengelakkan perbuatan pilih kasih dalam tindakan-

tindakan di kalangan ketua organisasi.

Cara-cara untuk mengelakkan perbuatan pilih kasih dalam tindakan dikalangan ketua organisasi adalah datang dari dalam seseorang ketua organisasi itu sendiri. Jika mereka bersikap ikhlas dalam melakukan semua tugasan dan tanggungjawab mereka, maka isu pilih kasih ini tidak akan timbul dalam pengurusan sesuatu organisasi. Pemimpin yang ikhlas akan sentiasa berinitiatif dan selalu melakukan usaha atau sesuatu sebelum diarah melakukannya. Pemimpin ini akan merancang dengan teliti untuk mengelakkan berlakunya kesilapan. Pemimpin ini akan menurunkan agihan kerja kepada setiap anggota bawahannya secara adil dan berdasarkan kebolehan mereka.

Pemimpin yang ikhlas dalam menjalankan amanah tugasannya akan sentiasa percaya bahawa semua staf sokongannya memainkan peranan yang penting dalam memajukan organisasi dibawah pentadbirannya. Hal ini, dapat mengelakkan ketua organisasi itu bersikap pilih kasih dalam setiap tindakan yang dilakukannya. Keikhlasan kepimpinan juga selalu dicerminkan melalui bersikap adil dan menepati janji. Di samping itu, pemimpin seumpama ini biasanya boleh mendengar pandangan dan pendapat orang lain serta cermat dalam tutur kata. Elemen ikhlas merupakan satu elemen yang sangat penting bagi seseorang individu terutama seorang pemimpin untuk dihayati dan diamalkan. Ikhlas akan wujud di dalam diri seseorang itu apabila ada kesedaran tentang etika kerja yang seharusnya dijadikan panduan. Ikhlas dalam melakukan amanah dan beranggapan semua tugasan yang dilakukan adalah umpama melakukan ibadah kerana Allah boleh mengelakkan seorang pemimpin membuat keputusan semata-mata untuk mendapatkan kepentingan diri dan juga teman rapatnya. Hal ini kerana, apabila keikhlasan ini wujud dalam diri pemimpin atau ketua jabatan, dia tidak akan mengharapkan ganjaran dalam setiap tindakan yang diambilnya. Justeru itu, dari kaca mata staf sokongannya juga beliau akan dianggap sebagai seorang pemimpin yang berkebolehan dan unggul dan akan dijadikan sebagai teladan untuk mereka juga melakukan kerja dengan ikhlas, adil dan bersungguh-sungguh.

Anda mungkin juga menyukai