Anda di halaman 1dari 4

1.

1 PENGENALAN TEORI KOGNITIF

Pada masa dahulu, apabila memperkatakan tentang sikap, manusia tidak dikaitkan dengan bidang psikologi walaupun kajian terhadapnya telah dilakukan sekian lama. Pada awalnya, ideaidea ahli psikologi memikirkan tingkah laku manusia dipengaruhi oleh naluri, diikuti pula dengan teori tingkah laku yang mengatakan manusia menghasilkan tingkah laku adalah kesan daripada pembelajaran kerana manusia dianggap seperti mesin dan minda manusia adalah kosong. Setelah timbul kesedaran bahawa otak manusia adalah berfungsi untuk melahirkan tingkah laku, maka lahirlah teori-teori yang mengkaji bagaimana minda manusia memainkan peranannya. Berikut dengan itu juga kajian mengenai sikap dan tingkah laku manusia dijalankan.

Pendekatan kognitif menekankan pada proses mental dalaman. Maklumat yang diterima diproses melalui pemilihan, perbandingan dan penyatuan dengan maklumat lain yang sedia ada dalam ingatan. Penyatuan maklumat ini kemudian akan diubah dan disusun semula. Hasil pemikiran bergantung pada proses mental dalaman tersebut.

Ahli-ahli psikologi kognitif menekankan bahawa kita bukanlah penerima rangsanganrangsangan yang pasif. Sebaliknya otak kita akan memproses secara aktif maklumat yang diterima dan menukarkan maklumat kepada bentuk atau kategori baru. Seseorang individu itu seharusnya memaksimumkan penggunaan minda mereka supaya mereka dapat menjadi pemikir yang aktif. Sebagai manusia yang telah dikurniakan otak untuk berfikir, kita seharusnya dapat bertindak balas degan sewajarnya apabila menerima sesuatu maklumat dan bersedia pula untuk berubah sikap jika kita dapati bahawa idea kita sebelum ini adalah salah atau negatif.

1.2 PENGENALAN TEORI BEHAVIORIS.

Behavioris merujuk kepada perlakuan dan tabiat seseorang manusia. Setiap perlakuan yang dilakukan manusia sebenarnya mempunyai pengaruhnya yang tersendiri. Pembelajaran sebagai perubahan tingkah laku kekal yang dihasilkan daripada pengalaman atau latihan. ~ Williams & Anandam (1973)

Teori

pembelajaran

Behaviorisme

mengatakan

bahawa

pembelajaran

merupakan satu proses pelaziman, dimana hubungan antara rangsangan luar dengan tindak balas individu dapat dibina untuk menghasilkan perubahan tingkah laku yang tekal. Tokoh-tokoh mazhab behavioris seperti Pavlov, Thorndike dan Skinner berpendapat bahawa pembelajaran merupakan suatu tingkah laku yang boleh diperhatikan, dikawal dan diramal.

Dari perspektif behaviorisme, pembelajaran hanya bermula apabila wujudnya tindak balas terhadap suatu rangsangan yang diberi. Proses pembelajaran akan diteruskan jika terdapat motivasi ekstrinsik yang sesuai (sama ada peneguhan positif atau negatif) sementara pembelajaran dikatakan berakhir apabila perubahan tingkah laku dapat dibentuk dan dikekalkan.

Behaviorisme merupakan satu pendekatan pemikiran yang menekankan peranan pengalaman dalam mengawal tingkahlaku. Menurut ahli-ahli behaviorisme, proses-proses penting yang mengawal tingkahlaku ini adalah dipelajari. Kedua-duanya, iaitu dorongan yang membangkitkan tingkahlaku serta tingkahlaku tertentu yang dibangkitkan daripada dorongan ini dipelajari melalui interaksi dengan persekitaran. Antara matlamat yang utama pemikiran ini ialah untuk menentukan hukum-hukum ataupun prinsip-prinsip yang mengawal pembelajaran. Antara tokoh-tokoh ahli behaviorisme yang terkemuka, ialah Ivan Pavlov, J.B. Watson, E.L. Thorndike dan B.F. Skinner.

1.3 BANDING BEZA TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORIS DAN KOGNITIF

Aspek Teori /Prinsip pembelajaran

Teori Pembelajaran Behavioris -Pembelajaran merupakan satu proses luaran. -Pembelajaran merupakan hasil daripada interaksi seseorang dengan R-G dan persekitarannya. -Pembelajaran berlaku hasil daripada tingkahlaku yang dapat diperhatikan dalam diri murid dan pengaruhnya terhadap perubahan tersebut.

Teori Pembelajaran Kognitif -Pembelajaran adalah satu proses mental atau proses dalaman yang melibatkan idea dan perubahan maklumat iaitu Input- pemprosesan maklumatOutput

Pemerolehan

-Proses pengulangan membentuk satu kebiasaan atau tabiat. -Matlamat ditentukan terlebih dahulu dan R-G dibentuk ke arah pencapaian matlamat tersebut. -Pembelajaran cuma mengikut apa yang dirancang untuk mereka -Pembelajaran tidak fleksibel dalam membuat penyesuaian.

-Pembelajaran berlaku berdasarkan pelajar mempunyai pengalaman yang berkaitan untuk mempelajari pengalaman baru dan ada motif dan inisiatif untuk menjalankan aktiviti pembelajaran. -Organisma menyedari alam sekelilingnya dan fleksibel dalam membuat penyelesaian.

Tumpuan

-Tertumpu kepada proses pembentukan tingkahlaku murid. -Tertumpu kepada kemahiran atau gerakbalas dan sedikit tumpuan terhadap individu

-Menekankan kepada proses mental iaitu penyelesaian masalah, ingatan, bahasa dan kreativiti.

Motivasi

-Memberi peneguhan kepada pelajar adalah sangat penting. -Ekstrinsik

-Input idea-idea dan maklumat baru membawa ke konflik kognitif dan keinginan mencapai equilibrasi kognitif -Intrinsik

Persekitaran

-Penting dalam perubahan tingkahlaku. -Persekitaran adalah penting -Mengarahkan tingah laku tetapi kawalan tidak ke tahap seperti behaviorisme.

Pengukuhan

-Memberi ganjaran kepada pelajar apabila mereka memberi tindak balas yang betul. -Faktor-faktor yang mempengaruhi ikatan R-G ialah latihan, kepuasan dan persamaan situasi. -Pengulangan R-G dan pembentukan kebiasaan. -Pengalaman adalah penting untuk proses pembelajaran.

-Menggunakan bahan bantu mengajar untuk menarik minat murid dalam kelas. -Perkembangan struktur kognitif:skema dan cara-cara untuk mempertingkatkan ingatan -Pembelajaran yang bermakna -Asimilasi dan akomodasi.

Bilik darjah

-Objektif tingkah laku adalah spesifik, diskret dan bertumpukan individu (bukan kumpulan). -Pengajaran terancang yang bersifat perskriptif dan diagnostik -Bahan pengajaran dibentuk mengikut kadar kebolehan individu -Pembelajaran mengikut langkah demi langkah -Tertumpu kepada pengajaran dan Kurikulum

-Persembahan maklumat, data dan idea secara sistematik -Idea dan maklumat merupakan sumber motivasi untuk belajar dan bukan digunakan sebagai bahan pengukuhan. -Persembahan dilakukan secara induktif dan deduktif -Berpusatkan murid (guru sebagai fasilitator).

Anda mungkin juga menyukai