Anda di halaman 1dari 1

1.

0 PENDAHULUAN

Dalam sistem pendidikan negara, domain yang diberikan keutamaan adalah yang berkaitan dengan psikomotor dan kognitif. Psikomotor adalah berkaitan dengan pergerakan fizikal dan kognitif pula adalah berkaitan dengan tahap pemikiran murid. Semasa guru mengajar, sasaran utama guru adalah supaya murid memahami apa yang dipelajari dan mampu menyatakan kembali apa yang dipelajari. Pengajaran dan pembelajaran dikatakan berjaya apabila hasil pembelajaran yang dinyatakan di dalam rancangan pengajaran harian berjaya dicapai oleh semua murid. Akan tetapi, perubahan dasar pendidikan negara berlaku apabila

memasukkan elemen domain afektif yang mengutamakan nilai dan perubahan sahsiah yang baik. Hal ini wujud adalah rentetan daripada peningkatan gejala sosial di kalangan rakyat Malaysia terutamnya yang melibatkan murid sekolah. Apabila domain apektif ini diwujudkan, guru akan menerapkan nilai murni semasa pengajaran dan pembelajaran dengan harapan murid akan

mengamalkan nilai murni tersebut dalam kehidupan seharian. Apabila nilai ini diterapkan setiap kali sesi interaksi dengan murid, murid akan cuba untuk mengikut nilai yang betul dan menerapkannya di dalam diri sendiri. Implikasinya adalah apabila murid berjaya ditanam dengan nilai-nilai murni yang baik, masalah sosial yang berlaku boleh dikurangkan agar negara mampu melahirkan rakyat yang bernilai dan bermoral tinggi.

Anda mungkin juga menyukai