Anda di halaman 1dari 4

LAPORAN AKTIVITI LATIHAN MENCEGAH KEBAKARAN, CERAMAH DAN DEMONTRASI ALATAN PEMADAM KEBAKARAN PERINGKAT SEKOLAH.

PENANG FREE SCHOOL, JALAN MASJID NEGERI, 11600 GEORGETOWN, PULAU PINANG.

TARIKH : 1HB APRIL 2011 (JUMAAT)

Pengenalan Pada 1hb April 2011 lalu, pihak sekolah di bawah bahagian Guru 3K (Kebersihan, Keselamatan dan Kebakaran) telah bekerjasama dengan pihak bomba untuk mengadakan Latihan Mencegah Kebakaran, Ceramah dan Demontrasi Alatan Pemadam Kebakaran Peringkat Sekolah yang bertempat di padang SMK Penang Free. Sebelum terlaksananya kerjasama dengan pihak bomba, pihak sekolah telah mengadakan dua kali latihan ini iaitu pada 24hb Februari dan 25hb Mac 2011 bagi melatih pelajar untuk bergerak pantas ke padang apabila mendengar bunyi loceng kecemasan.(Sila rujuk laporan aktiviti di lampiran). Objektif : Melatih warga sekolah terutamanya pelajar agar peka terhadap bunyi loceng kecemasan. Melatih pelajar agar dapat bergerak ke padang sekolah dalam masa yang ditetapkan iaitu 3 minit selepas loceng kecemasan dibunyikan. Memberi pengetahuan kepada pelajar cara penggunaan alat pemadam kebakaran sekiranya berlakunya kecemasan. Laporan aktiviti Loceng kecemasan dibunyikan selama 5 minit bermula dari jam 8.45 pagi. Semua pelajar dan para guru bergerak ke padang sekolah mengikut laluan kecemasan yang telah disediakan. Pengumpulan pelajar di padang sekolah mengambil masa 8 minit. Encik Omar mengarahkan agar semua guru tingkatan mengambil kedatangan pelajar. Pada jam 9.00 pagi, pihak bomba yang diketuai oleh Encik Zainol sebagai pegawai yang ditugaskan mengendalikan latihan ini telah memberikan taklimat berkaitan langkah-langkah

mencegah kebakaran dan tindakan tertentu yang perlu dilakukan apabila mendengar loceng kecemasan. Beliau juga telah menunjukkan domentrasi kaedah penggunaan alat pemadam kebakaran yang betul kepada pelajar dan guru-guru. Latihan ditamatkan pada jam 9.45 pagi kerana hujan. Pelajar dan guru beredar ke kelas untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran seterusya. Tindakan Pegawai bomba yang bertugas mengingatkan agar para pelajar, guru-guru serta seluruh warga sekolah memberi kerjasama ketika mendengar bunyi loceng kecemasan. Malah, pergerakkan semua warga sekolah perlu pantas iaitu dalam masa kurang daripada 3 minit selepas mendengar loceng kecemasan. Hal ini mengelak daripada berlakunya sebarang kemungkinan yang tidak diingini terjadi. Perkara ini perlu dipertingkatkan lagi untuk latihan akan datang. Perkara yang berkaitan Semasa latihan ini dilaksanakan, perbelanjaan kewangan yang digunakan adalah seperti berikut ; Bahan-bahan untuk latihan/demontrasi : 1) Bahan Api Petrol Diesel RM 10.00 RM 7.00 RM 16.20 RM33.20

2) Makanan untuk pihak bomba ( Kantin Encik Farook) JUMLAH

Penutup Secara keseluruhan, 75 peratus daripada objektif ini tercapai kecuali objektif ke dua iaitu masa pengumpulan pelajar di padang perlu dipertingkatkan pada masa akan datang. Namun, kerjasama daripada semua pihak guru dan pelajar untuk menjayakan latihan ini amatlah memuaskan. Kerjasama dan komitmen daripada pihak bomba, para guru dan pelajar yang terlibat diucapkan jutaan terima kasih.

Disediakan oleh, . (UMI KALSOM HAMBALI) Setiausaha Dokumentasi, Guru 3K Penang Free School.

Disemak dan disahkan, (TUAN HAJI RAMLI BIN DIN) Pengetua, Penang Free School