Anda di halaman 1dari 1

Kepada ,

PERSATUAN KELAB GURU DAN KAKITANGAN SMK TELOK GADONG, KLANG Ruj. Kami : Tarikh :

Melalui dan salinan, Pengetua, SMK Telok Gadong, Jalan Serampang 3, Off Jalan Telok Pulai, 41100 Klang, Selangor. Y.B Tan Sri/Y.B Dato/Y.B Datin/Tuan/ Puan, Per : MEMOHON SUMBANGAN KEWANGAN BAGI KELAB GURU DAN KAKITANGAN SMK TELOK GADONG Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk. 2. Saya bagi pihak Kelab Guru dan Kakitangan SMK Telok Gadong ingin memohon sumbangan berbentuk kewangan/hadiah/barangan untuk Jamuan Akhir Tahun. 3. Untuk makluman, dana yang ada setakat ini belum mencukupi untuk menampung bilangan guru dan kakitangan yang ramai di sekolah ini. Sumbangan ini turut akan digunakan untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh pihak kelab seperti : i. Kebajikan guru dan kakitangan. ii. Kursus / Bengkel Perkembangan Guru dan Kakitangan iii. Jamuan Akhir Tahun 4. Sehubungan itu, saya berharap agar pihak Y.B Tan Sri/Y.B Dato/Y.B Datin/Tuan/ Puan dapat menghulurkan sumbangan bagi menampung perbelanjaan untuk menjayakan program tersebut. Sumbangan boleh diserahkan seperti berikut : i. Hadiah/ Barangan : Kelab Guru dan Kakitangan SMK Telok Gadong ii. Kewangan/Cek : No Akaun : 5. Untuk sebarang pertanyaan atau keraguan, sila hubungi Pengerusi, ..................(019-xxxxxxx) atau Naib Pengerusi, ............................. (012-xxxxxxx). 5. Segala kerjasama dan keprihatinan Y.B Tan Sri/Y.B Dato/Y.B Datin/Tuan/ Puan saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Sekian, terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Yang benar, ........................................................... (NAMA ) Pengerusi Kelab Guru dan Kakitangan SMK Telok Gadong Klang

Anda mungkin juga menyukai