Anda di halaman 1dari 3

64

BAB 5

KOMEN DAN CADANGAN

5.1

KOMEN
1. Mengenai pergaulan dan perhubungan antara pekerja dan pelatih

Pergaulan dan layanan daripada pihak Telekom Kuala Berang amat mesra dan kakitangan-kakitangan Telekom Kuala Berang amat prihatin terhadap masalah dan keperluan kami dan menjadikan hubungan seperti sebuah keluarga. 2. Semangat Kejersama Perkara yang paling saya kagumi terhadap kakitangan Telekom Kuala Berang adalah semangat kerjasama antara satu sama lain. Ini sedikit sebanyak menaikan semangat pasukan yang kuat dalam diri pelatihpelatih. 3. Mengenai elaun kerja Sepatutnya pihak Syarikat Telekom Malaysia Berhad memberi sedikit elaun sara diri kepada pelatih yang membuat latihan praktikal di TMB walaupun mereka bukan pelatih tajaannya. 4. Mengenai tempat tinggal Memandangkan syarikat Telekom Malaysia Berhad merupakan salah satu syarikat telekomunikasi yang terbesar di Malaysia, tidak salah sekiranya menyediakan kemudahan itu kerana setiap semester beratus-ratus penuntut membuat pemohonan untuk menjalani latihan

65

praktikal mereka di syarikat ini. Mereka adalah penuntut dari Universiti, Politeknik serta institusi-institusi yang lain. 5. Mengenai bahan rujukan Semua buku-buku rujukan yang ada adalah dalam Bahasa Inggeris. Ini adalah menyukarkan pelatih memahami isi kandungannya. Ini kerana semua peralatan di import dari luar negara seperti Jepun, Australia dan Perancis. 6. Mengenai Sumber Bekalan Peralatan Selain itu, saya mendapati kekitangan Telekom menghadapi kesukaran untuk menyiapkan kerja tepat pada masa yang ditetapkan ekoran kekurangan bekalan peralatan dan alat ganti yang sangat terhad. 7. Pembatasan aktiviti harian Sebagai seorang pelatih yang tidak mempunyai pengalaman dalam bidang ini, segala aktivi bidang kerja amat terhad dan terbatas. Oleh itu, prospek kerja para pelatih lebih tertumpu kepada pemerhatian dan pembelajaran secara teori.

5.2

Cadangan Latihan Industri merupakan satu proses dimana disinilah tempat untuk

seseorang pelajar itu untuk mendalami lagi ilmu dan kemahiran yang dimiliki olehnya berdasarkan kepada pembelajarannya di Politeknik sebelum ini. Oleh yang demikian, untuk memastikan seseorang pelajar itu dapat memenuhi matlamatnya semasa menjalani Latihan Industri ini khususnya bagi pelajar yang menjalani latihan industri di Telekom Malaysia pada masa akan datang. Maka saya mencadangkan beberapa perkara yang mungkin dapat di gunakan oleh pihak kolej dan juga pihak Syarikat Telekom untuk menelitinya dan sebarang keputusan yang di buat itu mogamoga dapat memberikan manfaat dan faedah bersama kepada semua pihak. Antara cadangan-cadangan tersebut ialah:

66

Memberikan kerja yang sebanyak mungkin yang agar dapat di laksanakan oleh pelatih. Kemampuan pelatih tidak hanya berdasarkan teori semata-mata. Dengan ini pelatih akan dapat mempertingkatkan lagi pengetahuan selaras dengan wawasan negara untuk melahirkan pelajar-pelajar yang berinovatif, kreatif dan bertanggungjawab dalam melaksanakan kerja yang di berikan.

Memberi peluang kepada pelatih untuk melakukan kerja-kerja semasa latihan supaya para pelatih dapat menambah pengetahuan bukan saja dari segi teori malah dari segi amali dan praktikal. Walaubagaimanapun sebagai langkah keselamatan kerja yang dilakukan oleh pelatih haruslah di bawah pengawasan pihak Telekom itu sendiri.

Selain itu, saya berpendapat agar pihak Telekom dapat menyedia suatu projek khas yang berkaitan dengan telekomunikasi kepada para pelatih supaya para pelatih dapat mengembangkan bakat dan menunjukkan kretiviti serta inovasi dalam diri pelatih.

Akhir sekali, saya ingin mencadangkan agar pihak Telekom sentiasa mengadakan majlis gotong-royong atau majlis keramaian sesame kakitangan Telekom dan kontraktor. Ini dapat mengeratkan silaturahim di antara pekerja dan pelatih serta sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan kerja.

Anda mungkin juga menyukai