Anda di halaman 1dari 7

Langkah2 mengawal kmsukan pendatang asing tanpa izin

Pertumbuhan ekonomi yang pesat di negara kita telah meningkatkan keperluan buruh asing
dalam pelbagai bidang utama. Lantas, ratusan ribu penduduk dari negara jiran mengambil
kesempatan memasuki negara kita secara beramai-ramai. Kehadiran mereka telah mencetuskan
kebimbangan di kalangan pemimpin dan rakyat tempatan. Oleh yang demikian, kehadiran
mereka perlu dibendung dan diawasi.
Dalam usaha membendung kehadiran PATI, pihak berkuasa wajar meningkatkan kawalan dan
pengawasan di sepanjang pantai dan sempadan negara kita. Pihak polis marin, imigresen dan
tentera laut hendaklah bergabung tenaga dan bertindak secara bersepadu. Pihak-pihak tersebut
harus lebih giat mengesan tempat-tempat pencerobohan untuk menyekat kemasukan PATI.
Mereka hendaklah menjalankan pemeriksaan lebih kerap di kawasan sempadan yang mudah
dicerobohi. Usaha seumpama ini akan menyukarkan kemasukan pendatang tanpa izin lalu
mengurangkan jumlah PATI di negara kita.
Seterusnya pihak polis perlu meningkatkan penguatkuasaan undang-undang berhubung pekerja
asing, terutamanya yang masuk tanpa izin. Pihak berkuasa hendaklah sentiasa mengawasi dalang
dan sindiket yang menguruskan kemasukan pendatang asing tanpa izin ini. Mereka yang
diberkas seharusnya dijatuhi hukuman yang berat termasuk hukuman mandatori. Para pendatang
asing yang ditahan ini harus dikenakan tindakan undang-undang yang tegas agar mereka tidak
mengulangi kesalahan yang dilakukan.
Di samping itu, semua pihak yang berkuasa wajar melipatgandakan operasi-operasi mengesan,
menahan dan menghantar semula pekerjapekerja tanpa izin. Pelancaran operasi kerajaan seperti
Operasi Pemutihan dan Operasi Nyah amat berkesan dalam usaha membendung limpahan
pendatang asing tanpa izin. Operasioperasi seperti ini akan mengurangkan kecenderungan
kemasukan pendatang tanpa izin ke negara kita. Walau bagaimanapun, kejayaan dan
keberkesanan operasi seumpama ini amat bergantung kepada kerjasama dan sokongan orang
ramai dan ketegasan pihak kerajaan.
Usaha-usaha menghalang limpahan pekerja asing tanpa izin tidak akan mendatangkan kejayaan
yang memberangsangkan jika tidak disertai kerjasama masyarakat, terutamanya pihak majikan.
Sesungguhnya sikap majikan yang acuh tak acuh terhadap seruan kerajaan berhubung masalah
pendatang asing tanpa izin telah memburukkan keadaan. Golongan ini seharusnya mengubah
sikap demi kepentingan negara dan rakyat. Majikan hendaklah menggaji pekerja asing yang
memiliki visa dan permit kerja yang sah sahaja.
Kerjasama antara kerajaan Malaysia dan kerajaan negara jiran yang terbabit amat penting untuk
membendung kemasukan pendatang asing tanpa izin. Pihak kerajaan melalui Kementerian Luar
Negeri, perlu menganjurkan rundingan tentang kawalan sempadan. Malahan adalah perlu untuk
mewujudkan pasukan bertindak bersama bagi menjamin kawalan sempadan yang lebih eIektiI
Selain itu, ejen-ejen yang sah perlu dilantik untuk mengendalikan kemasukan pekerja asing
secara lebih teratur dan terkawal.
Kesimpulannya, keperluan dan peranan pekerja asing dalam pembangunan ekonomi negara kita
memang tidak dapat dinaIikan. Namun demikian, limpahan pekerja asing terutamanya pendatang
tanpa izin yang tidak dikawal dan berterusan sudah tentu akan memudaratkan kesejahteraan
rakyat kita.
Kesan2
Ekonomi Malaysia kebelakangan ini berkembang dengan pesat. Projek pembangunan raksasa
berjalan dengan lancar. Sebagai hasilnya, wujudlah peluang pekerjaan yang meluas dan timbul
masalah kekurangan tenaga kerja. Jadi, Malaysia kini menjadi tumpuan pendatang asing yang
ingin mencari rezeki lumayan. Namun kemasukan pendatang asing tanpa izin yang banyak telah
menimbulkan pelbagai masalah.
Masalah utama ialah kesulitan yang dihadapi oleh kerajaan untuk membanteras
kemasukan pendatang asing tanpa izin ini. Pihak polis, tentera, dan Jabatan Imigresen terpaksa
bekerja keras untuk memberkas mereka. Mereka ditahan dan ditempatkan di kern tahanan
sementara. Kedutaan asing pula kurang bekerjasama. Kedutaan asing enggan mengeluarkan
dokumen perjalanan sementara kepada rakyatnya supaya mereka dapat dihantar balik. Kedutaan
asing juga enggan membiayai kos penghantaran pulang. Hal ini menyebabkan banyak tenaga,
wang, dan masa kerajaan terbazir dalam usaha mencegah kemasukan pendatang tanpa izin.
Keselamatan sosial kita juga terancam. Ada antara pendatang asing tanpa izin ini
merupakan penjenayah yang dikehendaki oleh pihak berkuasa di negara asal mereka. Mereka
melarikan diri ke Malaysia supaya terlepas daripada serbuan pihak berkuasa negara asal mereka.
Malangnya, mereka terns melakukan jenayah di Bini. Kes-kes rompakan, pembunuhan, dan
rogol sering berlaku. Mangsa akan menanggung trauma sepanjang masa. Malahan sesetengah
taman perumahan dimasuki pencuri setiap mal am buat satu tempoh yang panjang. Hal ini
menyebabkan penduduk tempatan hidup dalam ketakutan. Kes-kes penjenayah warga Indonesia
ditembak mati dalam serbuan polis bukanlah kes yang luar biasa lagi. Malah tentera kita terpaksa
dikerah ke Semporna, Sabah, untuk menghadapi lanun Filipina yang menggunakan senjata
canggih untuk melakukan rompakan pada siang hari.
Penyakit-penyakit berbahaya juga akan merebak dengan meluas. Buruh asing yang sah
akan dikenakan pemeriksaan kesihatan. Sebaliknya, pendatang asing tanpa izin tidak berbuat
demikian. Banyak antara mereka berasal dari kawasan mundur di negara asal mereka. Kesihatan
mereka kurang terjamin. Ada antara mereka menghidap AIDS, tibi, penyakit kelamin, dan
sebagainya. Akibatnya, rakyat kita menjadi mangsa. Statistik telah menunjukkan bilangan rakyat
yang menghidap penyakit tibi meningkat semula. Banyak pendatang asing tanpa izin juga
disahkan sebagai pembawa kuman HIV dan hepatitis. Hubungan mereka secara seksual dengan
pelacur tempatan akan mempercepat jangkitan AIDS.
Kedatangan pendatang asing, khususnya yang tanpa izin, juga mendatangkan masalah
perumahan. Mereka akan mendirikan kawasan perumahan secara haram. Sesetengah kumpulan
pendatang asing ini pula membuka kawasan hutan sebagai kawasan perumahan mereka.
Kawasan setinggan ini tidak teratur dan kekurangan kemudahan asas, seperti sistem pembuangan
sampah dan air kumbahan. Oleh itu, pencemaran alam sekitar akan berlaku. Selain itu,
pembangunan negara pada mas a akan datang juga terbantut kerana kemunculan setinggan ini.
Imej negara kita juga terjejas kerana ini menggambarkan kelemahan pentadbiran kerajaan serta
pengagihan ekonomi yang tidak seimbang. Terdapat juga kawasan perkampungan haram yang
mewah, lengkap dengan bekalan elektrik, dan air.
Hak rakyat kita juga sedikit sebanyak terjejas. Pihak majikan lebih suka mengupah
pendatang asing tanpa izin dalam sektor perladangan, pembinaan, dan pembantu rumah kerana
gaji mereka jauh lebih murah. Hal ini pasti menjejaskan peluang pekerjaan rakyat kita
sungguhpun bukan semua rakyat kita berminat dalam bidang pekerjaan ini. Selain itu, banyak
antara mereka melibatkan diri dalam perniagaan, misalnya membuka gerai makanan, menjual
barang kemas, lampu hiasan, batik dan sebagainya. Malah ada antara mereka yang menjadi kaya-
raya, berumah besar tanpa membayar cukai pendapatan. Pada ketika nilai wang kita jatuh dengan
teruknya, peluang pekerjaan rakyat semakin sempit. Hal ini memang tidak adil kepada rakyat
kita.
Kita memerlukan tenaga asing dalam pembangunan negara. Namun kehadiran mereka,
terutamanya golongan tanpa izin, juga menimbulkan masalah. Kerajaan perlu menangani
masalah ini dengan serius supaya rakyat kita tidak menjadi minoriti di tanah airnya sendiri.
PEMBANTU RUMAH
SU - PENDERAAN PEMBANTU RUMAH
BIL
IDEA
HURAIAN
A. PUNCA PENDERAAN PEMBANTU RUMAH
1.
Tiada akta yang melindungi
- Undang-undang di Malaysia tidak merangkumi
pembantu rumah di dalam akta-akta perlindungan
hak pekerja.
- Di Indonesia masih belum ada undang-undang
yang khusus melindungi pekerja-pekerja migran.
- Pihak majikan dan agen-agen buruh bebas
mendiskriminasi pembantu rumah tanpa takut
akan diambil tindakan.
2.
Diskriminasi daripada agensi-
agensi pekerja asing
- Agensi-agensi pekerja asing di Indonesia dan
Malaysia menguasai kebanyakan aspek imigrasi
dan proses penempatan tanpa kawalan oleh kedua-
dua pihak kerajaan.
- Pembantu-pembantu rumah menjadi mangsa
penyeludupan dan pekerja paksaan.
- Mereka ditipu berkenaan keadaan tempat kerja dan
jenis pekerjaan,
- Dikurung di tempat kerja dan tidak menerima gaji.
3.
Majikan yang garang dan
bengis
- Terdapat majikan yang menganggap pembantu
rumah sebagai hamba.
- Menjadi garang dan bengis bila berhadapan dengan
pembantu rumah.
- Menggunakan bahasa yang kesat dan kadang
kadang memukul apabila pembantu rumah membuat
sedikit kesalahan (mengasari mereka dengan
seterika, rotan dan lain-lain).
4.
Sikap pembantu rumah
- Majoriti pembantu rumah kurang berpelajaran dan
tidak terdedah kepada cara kerja, budaya dan
keperluan majikan.
- Mereka menggunakan bahasa daerah dan tidak
dapat memahami sesuatu arahan dengan tepat dan
cepat.
- Majikan kecewa dengan mutu kerja dan kadangkala
mendera pembantu rumah
B.
LANGKAH MENGATASI PENDERAAN PEMBANTU RUMAH
5.
Menggubal akta berkaitan
pekerja asing
- Memperbaiki perlindungan undang-undang dengan
menggubal akta perlindungan pekerja asing.
- Meminda akta pekerjaan dan akta imigresen.
- Mengenakan hukuman atau denda yang setimpal
dan boleh memberi pengajaran kepada majikan yang
mendera pembantu rumah.
6.
Mengemukakan maklumat
latar belakang majikan
- Sebelum seseorang mengambil pembantu rumah,
kajian tentang latar belakang keluarga serta laporan
psikologi majikan haruslah dikemukakan kepada
agensi pekerja asing.
- Akan memberi gambaran tentang latar belakang
majikan yang boleh menjejaskan pekerja asing ketika
bekerja di rumah.
7.
Perlindungan insurans
- Mewajibkan majikan membeli insurans sebelum
mengambil pembantu rumah asing bekerja di rumah
mereka.
- Perlindungan insurans diberikan supaya pampasan dapat diberikan sekiranya sesuatu perkara buruk
berlaku kepada pembantu rumah.
8.
Menggunakan agensi pekerja
asing yang diiktiraI
- Pengambilan pekerja asing mestilah melalui agensi
yang diiktiraI oleh kedua-dua kerajaan.
- Agensi akan bertanggungjawab memantau jika
pembantu rumah melakukan sesuatu yang tidak
diingini.
Kesan Kemasukan Buruh Asing di Negara kita. Bincangkan.
Buruh asing merupakan orang-orang yang berasal dari negara luar dan kemudiannya bekerja di
luar negara untuk mencari dan menambahkan lagi pendapatan mereka. Apa yang kita ketahui,
kebanyakkan buruh-buruh asing ini berasal dari negara yang serba miskin dan mundur
disebabkan terlalu ramai penduduk sehingga ruang pekerjaan tidak mencukupi bagi mereka.
Pihak kerajaan mereka juga tidak mampu membantu dan menhulurkan bantuan, malah ada yang
langsung tidak memperdulikan rakyatnya yang susah, kerana mereka hanya mementingkan
pembangunan negara sahaja, tidak pada rakyatnya. Jadi, ramai yang telah berhijrah ke luar
negara untuk mencari wang bagi menampung kehidupan keluarga mereka seharian.
Dengan kemasukkan buruh-buruh asing ini ke negara kita, negara kita dapat membangun dengan
pesatnya seperti sekarang, serentak mengikut aliran kemajuan negara-negara luar. Mereka
memang mahir dalam melakukan pekerjaan yang berat seperti membuat bangunan, jalan raya
dan sebagainya. Selain itu juga, mereka memang diperlukan untuk mengurus dan membantu
dalam pekerjaan rumah, seperti mengemas, mencuci, memasak dan menjaga anak-anak
majikannya. Begitu juga di tempat pusat membeli-belah, di mana banyak warga asing
mengambil tempat pekerjaan, mengalahkan warga tempatan kita. Kecekapan mereka dalam
bekerja memang mengagumkan dan pandai mengambil hati pelanggan.
Namun, semakin ramai kemasukkan buruh asing ke negara ini, semakin banyak orang-orang
asing tersebut mengaut keuntungan negara kita. Antaranya ialah buruh asing tersebut telah
mengambil peluang pekerjaan yang sepatutnya warga tempatan laksanakan. Ini telah
mendatangkan kesan pada warga tempatan kita, terutamanya pada golongan belia. Disebabkan
warga asing inilah, golongan belia tempatan tidak mendapat pekerjaan. Tambahan lagi, belia di
negara kita tidak mahir dalam pekerjaan berat dan juga terlalu memilih pekerjaan. Dengan
demikian, banyak pengangguran berlaku dikalangan orang tempatan.
Selain itu juga, ekonomi kita hanya bergantung pada penghasilan minyak dan gas, tetapi sumber
sebegitu memang tidak akan berkekalan. Sehubungan dengan itu, negara kita harus memikirkan
bagaimana cara untuk mencari sumber ekonomi negara selain dari penghasilan dan penjualan
minyak dan gas. Jadi, apa salahnya kita menggunakan orang tempatan untuk melakukan
kesemuanya demi pembangunan negara kita? Wang yang kita laburkan tidak sia-sia jika untuk
warga tempatan daripada dilaburkan kepada orang asing. Dengan ini, ekonomi negara tidak akan
susut dan negara akan kembali stabil seperti sedia kala.
Dengan demikian, kita harus mengetahui kesan buruh asing ini terhadap negara kita. Walaupun
mereka telah membuat negara kita semakin maju, namun mereka juga telah mendatangkan kesan
negatiI pada kita dan juga negara. Untuk mengelakkan kesan ini berterusan, warga tempatan
terutama golongan belia hendaklah mempelajari pelbagai bidang pekerjaan sehingga mereka
mahir dan berkebolehan. Ini juga bukan sahaja untuk kebaikkan pada diri mereka, tetapi juga
pada negara kerana merekalah golongan yang bertanggungjawab dalam pembangunan negara