Anda di halaman 1dari 8

Jenis Kata Kata Nama Kata Nama Khas

Contoh Interlok, Datuk Abdullah Hussain, Sasterawan Negara, Bahasa Malaysia Tingkatan Lima, India, Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia, Prof. Madya Dr. Sivamurugan pandian, Malaysia, Presiden Persatuan Dinamik India, S. Kumaravel.

Kata Nama Am

isu, novel, teks, sastera, kerajaan, paria, rakyat, masyarakat, budaya, penulis, zaman,orang, pihak, pasaran, sejarah, kasta, negara.

Kata Ganti Nama Kata Adjektif Kata Kerja Kata Kerja Tunggal Kata Kerja Terbitan

mereka, beliau, kita, ia. Muda, rasional, relevan, hina, dangkal, tertinggi, penting, picisan, ramai. baca, wujud, mahu, tahu, tegas, teliti. ditimbulkan, menjadi, dicetuskan, digarap, menceritakan, tercetus, penghinaan, melatah, mendesak, mengharamkan, menyedihkan membantah,menghayati, menyentuh, membaca, tercetus,disentuh, diucapkan, diungkap, dianggap, mencetuskan, diselesaikan, bersikap, ditegaskan, fahami, ditulis, menghina, digambarkan, melenting, melatah, menerima, meminta, dicipta, ditangani, memetik, dijadikan, bertindak, menggunakan, membakar, menghina, diangkat, diterima,biarkan,

mengikut, mempengaruhi, menilai. Kata Kerja Majmuk Kata Kerja Ganda Kata Tugas Kata Hubung Kata Seru Kata Tanya Kata Perintah Kata Pangkal Ayat Kata Bantu Kata Penguat Kata Penegas Kata Nafi Kata Pemeri Kata Sendi Nama Kata Pembenar Kata Arah Kata Bilangan Kata Adverba Kata Penekan / Kata Pembenda membacanya, penulisnya, sepenuhnya, dangkalnya, sewajarnya, baiknya, katanya, Jadual 1 : Hasil Analisis rencana Daripada Pengarang empat puluh, disalahtafsirkan, ditarik balik, Tiada dalam petikan. Tetapi, dan, atau, yang, sehingga jangan apa Tiada dalam petikan. maka telah, mungkin, pernah, telah paling lagi, juga, fahamilah. tidak, bukan. ialah, adalah, oleh, dalam, seperti, dengan, di, ke,

Berdasarkan analisis teks Jangan Bertindak Keterlaluan, Tangani dengan Rasional, penggunaan kata nama paling ketara dapat dilihat. Ini disebabkan kata nama bertindak sebagai perkataan yang boleh menjadi unsur inti sebagai binaan frasa nama dan lazimnya perkataan demikian menamakan orang, haiwan, tempat, benda atau konsep. Kata nama dapat digolongkan dalam tiga kumpulan iaitu kata nama am (Perenggan

pertama: novel), Kata Nama Khas (Perenggan pertama: Interlok) dan kata ganti nama (Perenggan keempat: mereka). Penggunaan Kata Nama Khas biasanya merujuk kepada beberapa perkara contohnya nama manusia, nama binatang, nama tumbuhan, nama tempat dan sebagainya. Namun dalam analisis yang telah saya lakukan, saya mendapati kata nama banyak merujuk kepada nama manusia, seperti yang terdapat dalam perenggan dua, iaitu Sasterawan Negara,Datuk Abdullah Hassain, Bahasa Malaysia Tingkatan Lima (Perenggan 3), Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan (Perenggan 9), Prof. Madya Dr. Sivamurugan Pandian (Perenggan 9), dan Presiden Persatuan Dinamik India, S. Kumaravel (Perenggan 11). Antara contoh lain ialah perkataan India yang terdapat pada perenggan lima, lapan, sepuluh, dan sebelas yang merujuk kepada salah satu kaum yang terdapat di Malaysia. Contoh Kata Nama Khas yang merujuk kepada tempat pula ialah Universiti Sains Malaysia (Perenggan 9) dan Malaysia (Perenggan 10). Seterusnya beralih kepada penggunaan kata kerja dalam rencana tersebut, kata kerja juga banyak terkandung dalam rencana ini. Kata kerja merupakan perkataan yang menjadi inti bagi binaan atau konstruksi frasa kerja di mana frasa kerja ini terdiri daripada kata kerja yang boleh disertai beberapa unsur lain seperti kata bantu, objek, pelengkap, ayat komplemen dan keterangan. Kata kerja merupakan golongan kata kedua terbesar penggunaannya dalam teks ini. Kata kerja tunggal ialah kata kerja yang terbentuk tanpa imbuhan. Dalam bahasa melayu kata kerja jenis ini tidak sebanyak kata kerja yang terbentuk dengan imbuhan dan boleh hadir sebagai prediket tanpa imbuhan. Kebanyakan kata kerja ini bersifat tak transitif. Antara contoh beberapa kata kerja tunggal digunakan seperti yang digunakan pada perenggan 8 (baca), perenggan 11 (wujud), perenggan 14 (mahu) dan perenggan 17 (tahu). Namun, kata kerja banyak tertumpu kepada penggunaan kata kerja terbitan supaya ayat lebih gramatis mengikut tujuan penggunaanya.

Jika dilihat dalam teks tersebut, terdapat 2 penggunaan kata kerja terbitan yang menggunakan imbuhan awalan ber. Awalan (ber-) bergabung dengan semua kata dasar untuk membentuk kata kerja tak transitif. Ini boleh diperhatikan dalam ayat: i. Mereka yang membantah perlu diberi pemahaman sewajarnya dan paling penting, mereka perlu bersikap rasional. (Perenggan 7) ii. Imbuhan ber di dalam ayat ini diperlukan bagi mengubah makna

perkataan tersebut kepada kata perbuatan atau kata kerja. Lebih penting lagi, jangan bertindak ikut perasaan. (Perenggan 14) Imbuhan ber berfungsi sebagai pendukung kegramatisan ayat. Jika imbuhan ber di situ digugurkan, maksudnya tetap sama namun ayat tersebut akan diklasifikasikan sebagai ayat yang tidak gramatis. Selain kata kerja terbitan yang menggunakan imbuhan ber, terdapat lagi penggunaan imbuhan lain seperti men-. Kebiasaannya penggunaan men- akan bergantung kepada huruf pertama kata dasar yang bergabung dengannya, iaitu me-, mem-, men-, meng-, dan menge-. Antara penggunaan kata jenis ini ialah: i. isu perkauman ditimbulkan dan menjadi polemik sejak akhir-akhir ini. (Perenggan pertama) ii. Novel yang digarap untuk menceritakan realiti sebenar masyarakat pada era sebelum dan awal kemerdekaan itu telah disalahtafsirkan. iii. Ramai yang melatah malah mendesak penggunaan novel itu sebagai salah satu teks untuk komponen sastera dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia Tingkatan Lima, ditarik balik dan turut mendesak kerajaan mengharamkan novel tersebut. iv. Atau mungkin, mereka langsung tidak pernah menyentuh buku tersebut, apatah lagi membacanya. Tiada kata kerja penuh yang dapat dikesan namun terdapat dua kata kerja jenis majmuk di dalam teks tersebut. Contohnya dalam penggunaan ayat: i. Novel yang digarap untuk menceritakan realiti sebenar masyarakat pada era sebelum dan awal kemerdekaan itu telah disalahtafsirkan. (Perenggan 2)

ii.

Ramai yang melatah malah mendesak penggunaan novel itu sebagai salah satu teks untuk komponen sastera dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia Tingkatan Lima, ditarik balik dan turut mendesak kerajaan mengharamkan novel tersebut. (Perenggan 3)

Perkataan ditarik balik merupakan salah satu kata majmuk bentuk yang tidak mantap. Perkataan tersebut tidak dieja rapat atas alasan bentuknya yang tidak mantap dan imbuhannya hanya disertai dengan imbuhan awalan. Perkataan disalahtafsirkan ini pula merupakan kata kerja majmuk yang tidak mantap namun ejaannya dieja dengan rapat kerana dihadiri oleh imbuhan apitan iaitu di- dan kan. Penggunaan kata adjektif di dalam teks ini adalah kecil skopnya. Kata adjektif atau dikenali juga sebagai kata sifat, ialah perkataan yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif. Kata adjektif ini dapat dibezakan daripada kata nama dan kata kerja dengan cirinya yang boleh didahului atau diikuti oleh kata penguat. Antara perenggan yang paling banyak mengandungi kata adjektif ialah perenggan ketujuh yang memuatkan kata baru, segera, wajar, penting, dan rasional. Kata tugas pula hadir dalam ayat, klausa atau frasa untuk mendokong sesuatu tugas sintaksis tertentu sama ada sebagai penghubung, penguat, penegas atau tugastugas lain. Penggunaan kata tugas dalam teks ini dapat dilihat daripada hasil analisis yang telah diperolehi di dalam Jadual 1. Perkataan yang digunakan untuk menggabungkan perkataan dengan

perkataan rangkai kata dengan rangkai kata ayat dengan ayat merupakan kata tugas yang diklasifikasikan sebagai kata hubung. Melalui teks, kita dapat lihat beberapa contoh, iaitu: i. Isu perkauman ditimbulkan dan menjadi polemik sejak akhir-akhir ini. (Perenggan 1) ii. Ia satu perkataan yang menjadi tabu dan tidak boleh disentuh atau diucapkan oleh masyarakat India di negara ini.

iii.

Sistem itu bukan dicipta oleh orang Melayu tetapi masyarakat India sejak sekian lama. (Perenggan 12)

iv.

Jika diungkap juga walaupun pada sudut ilmiah, ia dianggap sebagai cubaan untuk mencetuskan kecenderungan rasis. (Perenggan 6)

v.

Janganlah pula kita bertindak keterlaluan sehingga ke tahap menghina orang lain. (Perenggan 14)

vi.

Maka tercetuslah bantahan dan kemuncaknya ialah penghinaan terhadap penulisnya yang juga Sasterawan Negara, Datuk Abdullah Hussain. (Perenggan2) Penggunaan kata dan dalam teks digunakan untuk menghubungkan dua klausa

atau lebih yang sama tara sifatnya. Ayat ini dikenali sebagai ayat ayat majmuk gabungan (i dan ii). Penggunaan kata hubung dalam ayat (iii dan iv) pula merupakan kata hubung pancangan keterangan yang berfungsi untuk menghubungkan klausa yang menjadi keterangan kepada klausa pertama. Penggunaan perkataan yang sebagai kata hubung pula (vi) merupakan salah satu penggunaan kata hubung pancangan relatif atau secara ringkasnya perkataan yang berfungsi untuk menghubungkan klausa utama dengan klausa kecil yang lain. Terdapat banyak penggunaan kata hubung jenis ini dalam teks sehinggakan setiap perenggan pasti wujud perkataan yang. Penggunaan kata perintah juga ada menghiasi teks ini. Hal ini dapat dipastikan dengan adanya ayat: i. ii. Jangan bertindak keterlaluan, tangani dengan rasional. (tajuk petikan) jangan sekadar memetik beberapa perenggan sahaja dan dijadikan bahan politik picisan. (Perenggan 13) iii. Lebih penting lagi, jangan bertindak ikut perasaan. (Perenggan 14) Contoh ayat diatas dan beberapa contoh lain lagi yang tidak saya petik adalah mewakili ayat mengandungi kata perintah. Terdapat banyak jenis kata perintah di dalam bahasa Melayu seperti usah, sila, tolong dan banyak lagi namun dalam teks ini, hanya perkataan jangan yang dapat dikesan.

i.

Maka kerana itu, sesuatu isu itu perlu ditangani secara rasional. (Perenggan 12)

ii.

Maka tercetuslah bantahan dan kemuncaknya ialah penghinaan terhadap penulisnya yang juga Sasterawan Negara, Datuk Abdullah Hussain. (Perenggan 2) Contoh ayat di atas pula merupakan contoh penggunaan kata tugas jenis

pangkal ayat. Kata ayat maka

ini hadir dengan fungsi untuk menjadi penanda

kesinambungan ayat dalm sesebuah wacana. Kata pangkal ayat akan hadir di bahagian hadapan ayat. Seterusnya kita beralih kepada kata tugas yang mendukung tugas kata bantu aspek. Kata bantu aspek yang hadirsebelum frasa akan menimbulkan makna tambahan daripada asapek waktu atau ragam. Kata bantu aspek: i. Novel yang digarap untuk menceritakan realiti sebenar masyarakat pada era sebelum dan awal kemerdekaan itu telah disalahtafsirkan. (Perenggan 2) ii. Apa yang nyata, sejak berada di pasaran 40 tahun lalu, novel ini tidak pernah mencetuskan sebarang pertelingkahan kaum. (Perenggan 16) Kata bantu ragam: i. Katanya, istilah paria dalam novel Interlok boleh dianggap relevan pada zaman yang dibicarakan itu dan ia perlu diambil iktibar oleh masyarakat India hari ini. (Perenggan 10) Kata penguat yang dapat dikesan dalam teks tersebut ialah imbuhan ter dan juga penggunaan kata paling. Kata penguat ini berfungsi sebagai penguat maksudyang terkandung dalam kata atau frasa adjektif. Seperti contoh di bawah, kata penguat paling berfungsi untuk menguatkan sifat kata adjektif penting. i. Mereka yang membantah perlu diberi pemahaman sewajarnya dan paling penting, mereka perlu bersikap rasional. (Perenggan 7)

Menerusi teks ini juga saya dapat lihat adanya penggunaan kata nafi iaitu kata yang menjadi kata nafi frasa-frasa predikat. Berikut merupakan contoh yang telah saya perolehi: i. Tegas Abdullah, beliau bukannya mahu menghina masyarakat India. (Perenggan 8) ii. Katanya, sistem itu bukan dicipta oleh orang Melayu tetapi masyarakat India sejak sekian lama. (Perenggan 12) iii. Membakar novel dan menghina penulisnya bukanlah langkah rasional. (Perenggan 15) iv. Atau mungkin, mereka langsung tidak pernah menyentuh buku tersebut, apatah lagi membacanya. (Perenggan 4) v. vi. Tidak sama sekali. (Perenggan 8) Apa yang nyata, sejak berada di pasaran 40 tahun lalu, novel ini tidak pernah mencetuskan sebarang pertelingkahan kaum. (Perenggan 16) Kesimpulannya, kata nama digunakan paling banyak berbanding golongan kata yang lain. Namun, kehadiran golongan kata nama yang lain amat dipenting dalam mewujudkan ayat yang mempunyai tatabahasa yang gramatis.