Anda di halaman 1dari 3

ISL MINGGU 1

BAHAN RUJUKAN TAMBAHAN 1. http://mabjip.blogspot.com 2. http://ipgmalaysia.blogspot.com 3. www.scribd.com/doc/34582641/konsep-alam-belajar 4. http://tradisional-bib.blogspot.com/ PERMAINAN KANAK-KANAK 1. Batu Seremban : Juga dikenali sebagai permainan Selambut atau Serembat. Sering dimainkan di waktu lapang. Permainan ini dimainkan oleh kanak-kanak perempuan sama ada secara individu atau berpasangan. Ianya dimainkan secara berkumpulan seramai dua hingga empat orang atau lebih. Biasanya ia menggunakan guli kaca, biji getah, ketul batu yang kecil atau ketulan-ketulan objek lain berbentuk bulat. Bilangan yang biasa digunakan sebanyak lima biji. Objek-objek ini dikenali sebagai buah. 2. Permainan Gasing : Popular di Pantai Timur Semenanjung Malaysia terutama di Kelantan. Terdapat pelbagai jenis gasing di Malaysia seperti gasing jantung, gasing piring atau leper, gasing kelamar, gasing telur, gasing berembang, gasing Melayu, gasing Cina, gasing buku benang dan gasing pinang. Kanak-kanak lebih gemar dengan gasing Melayu dan Cina, kerana saiz yang kecil dan mudah dipermainkan. 3. Sepak Raga : Sepak raga terkenal sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Pada masa itu permainan ini dimainkan oleh golongan bangsawan. Rakyat biasa juga menggemari permainan ini. Pada masa sekarang sepak raga lebih dikenali dengan nama sepak takraw. Ia bukan hanya dimainkan oleh orang Melayu sahaja tetapi bangsa-bangsa lain, malah telah dikenali di seluruh dunia. Bola sepak raga diperbuat daripada bilah-bilah rotan yang dianyam bulat seperti raga sebesar isi buah kelapa dua atau tiga lapis. 4. Wau : Wau juga dikenali dengan layang-layang. Permainan wau amat digemari oleh penduduk-penduduk kampung. Permainan ini dimainkan sejak kurun ke 15. Wau masih digemari dan dimainkan di kawasan-kawasan seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.

ISL MINGGU 1

5. Congkak : Congkak ialah permainan Melayu tradisional yang digemari oleh kaum wanita dan kanak-kanak. Ianya memerlukan 2 orang pemain. Alatan yang digunakan adalah papan congkak dan buah congkak. Kadang-kadang sebagai ganti papan congkak, lubang-lubangnya dibuat di atas tanah. Sementara biji-biji congkak pula ialah guli-guli kaca, buah getah, biji saga, batu kecil dan sebagainya. Setiap papan congkak hanya boleh dimainkan oleh dua orang sahaja. Papan congkak mengandungi 14 lubang yang dipanggil "kampung". Terdapat dua lubang besar di setiap hujung papan congkak. Lubang ini dipanggil "rumah".

ISL MINGGU 1

SEBAB -SEBAB LUPAAN

MINAT

MASA TIDAK MENCUKUPI

PERASAAN TAKUT DAN BIMBANG PEREDARAN MASA

ARAS KEYAKINAN

KURANG JELIK PADA INGATAN

PENGALAMAN PAHIT

GANGGUAN PROAKTIF & RETROAKTIF

TERLALU BANYAK MAKLUMAT YANG DIINGATI

STRATEGI TINGKATKAN DAYA INGATAN Minat terhadap apa yang dipelajar Belajar dengan tujuan untuk mengingat Berikan tumpuan sepenuhnya semasa belajar Menyusun ingatan secara logik Latih tubi dan ulang berkali-kali Mengguna dan mencuba apa yang dipelajar Mnemonik (kreativiti sendiri) Mengingati fakta dalam satu rangkaian Menilai kembali apa yang dipelajar Hubungkan pelajaran dengan perkara yang sudah diketahui Akronim (kependekan ayat) Fahami dahulu sebelum mengingat

Anda mungkin juga menyukai