Anda di halaman 1dari 12

PENULISAN REFLEKSI PENULISAN REFLEKSI

PENGAJARAN PENGAJARAN
UNT PRAKTKUM UNT PRAKTKUM
PGM KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN PGM KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
KUALA LPS KUALA LPS
REFLEKS REFLEKS
Apa itu refleksi ?
Refleksi merupakan aktiviti mengkaji semula proses keberkesanan
pengajaran yang telah dilakukan melalui renungan dengan tujuan
mempertingkatkan kemahiran guru.
- refleksi bermula dengan bisikan hati dan nyata rasa ( passion )
- refleksi kendiri adalah analisis secara aktif, terarah dan
bermatlamat.
- refleksi kendiri menitik beratkan penerokaan doman affective
( emosional mind ) spiritual dan pemikiran seseorang dalam
tindakannya mencari kebenaran terhadap ilmu yang dipelajari.
Mengapa perlu refleksi ?
Refleksi membantu pelajar :
i. Mengenalpasti kekuatan dan kelemahan dalam pengajaran
pembelajaran.
ii. Mengambil tindakan susulan untuk mempertingkatkan mutu
pengajaran pembelajaran.
iii. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran perguruan.
iv. Menjadi refleksi sebagai budaya kerja profesional
keguruan.
v. Menjadikan refleksi sebagai asas kepada penulisan jurnal.
Bila perlu refleksi ?
Sebaik sahaja selesai pengajaran dan catatan mesti dibuat pada
ruang refleksi dalam buku persediaan mengajar.
Bagaimana proses refleksi ?
i. Menggambarkan semula keseluruhan pengajaran yang telah
dilakukan.
ii. Memikirkan sama ada pembelajaran telah berlaku.
iii. Memastikan sama ada objektif pengajaran pembelajaran
telah tercapai.
iv. Meneliti maklum balas mengenai pengajaran pembelajaran
dari pelbagai sumber seperti murid, rakan sejawat, guru
dan pensyarah pembimbing.
v. Menganalisis maklumat dan menilai kualiti pengajaran
pembelajaran.
vi. Merancang untuk memperbaiki / mempertingkatkan mutu
pengajaran pembelajaran.
Apakah peranan pembimbing ?
i. Menyemak refleksi pengajaran pelatih.
ii. Menyedari kepentingan refleksi dalam pelaksanaan
praktikum.
iii. Menggunakan refleksi sebagai asas perbincangan dengan
pelatih.
iv. Menyediakan petunjuk-petunjuk pengajaran pembelajaran
yang berkesan untuk membantu guru pelatih membuat
refleksi.
Apakah aspek-aspek yang boleh di refleksikan ?
a. Perancangan.
i. Objektif pengajaran
- Apakah rasional objektif pengajaran saya ?
- Sejauh manakah objektif pengajaran saya tercapai ?
- Apakah faktor-faktor yang menghalang pencapaian objektif ?
- Apakah kaitan antara tujuan pengajaran dengan objektif
saya ?
- Apakah objektif pengajaran saya sesuai dengan minat dan
tahap perkembangan murid ?
- Apakah prasyarat pencapaian objektif yang diharapkan ?
ii. Sumber pengajaran pembelajaran.
- Adakah sumber pengajaran yang digunakan membantu
mencapai objektif pengajaran saya ?
- Adakah saya mengubahsuai sumber yang sedia ada
dan mengapa saya berbuat demikian ?
- Apakah rasional bagi saya memilih sumber yang
digunakan ?
iii. si pelajaran.
- Adakah isi pelajaran ada kaitan dengan objektif ?
- Adakah butir-butir pelajaran saya merupakan kandungan
yang penting ?
- Sudahkah saya membahagikan isi pelajaran kepada
elemen-elemen yang lebih kecil dan menstrukturkannya
agar lebih mudah diikuti oleh murid ?
- Adakah isi pelajaran mengandungi unsur yang kurang
penting dan mengapa ia penting ?
- Dapatkah saya mengubahsuai isi pelajaran yang akan di-
sampaikan dan mengambil kira sifat perbezaan individu murid ?
iv. Strategi dan aktiviti pengajaran pembelajaran.
- Adakah strategi pengajaran saya dapat merealisasikan
objektif yang disediakan.
- Apakah aktiviti-aktiviti pembelajaran dapat membantu
mencapai objektif ?
- Apakah rasional bagi pemilihan strategi yang digunakan ?
- Mengapakah strategi / aktiviti pengajaran pembelajaran
saya gagal mencapai objektif ?
- Adakah aktiviti-aktiviti yang dipilih sesuai dengan minat
dan keupayaan murid ?
- Adakah strategi dan langkah-langkah yang boleh difikirkan
untuk mempertingkatkan lagi pengajaran saya ?
v. Pencerapan nilai.
- Apakah kaitan nilai-nilai murni yang dipilih dengan nilai-nilai
yang terkandung dalam Rukun Negara dan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.
- Apakah rasional bagi penerapan nilai-nilai dalam pengajaran
saya ?
- Apakah nilai-nilai penting dan mengapa ia penting ?
vi. Kemahiran-kemahiran pengajaran.
Adalah wajar seseorang guru membuat reflektif dengan
memberi tumpuan khas dalam satu masalah, dilema atau
cabaran yang dihadapi ?
Antara contohnya ialah kemahiran :
- Set induksi
- Variasi rangsangan
- Menyoal
- pengurusan masa
- penggunaan sumber
- penggunaan papan kabur
- menerangkan
- tunjuk cara
- bercerita
- pengurusan bilik darjah
- menilai kefahaman pelajar
Sambungan....
Soalan-soalan yang dapat membantu guru membuat refleksi.
i. Apakah saya faham apa yang dikatakan objektif eksplisit dan spesifik ?
ii. Apakah saya memahami dengan jelas implikasi objektif pengajaran
saya.
iii. Apakah kemungkinan-kemungkinan implikasi kepada perlakuan
pengajaran saya.
iv. Apakah contoh-contoh dan gambaran-gambaran alternatif yang
mungkin dapat memperjelaskan lagi isi pelajaran dengan lebih
berkesan kepada murid-murid ?
v. Apakah perkara yang patut saya lakukan supaya dapat menarik dan
mengekalkan minat ?
vi. Apakah perkara yang patut saya amalkan supaya murid lebih aktif ?
vii. Adakah strategi pengajaran yang digunakan dapat menghasilkan
pembelajaran yang berkesan ?
viii. Sudahkah saya mencapai objektif pengajaran saya dan apakah tahap
pencapaiannya ?
ix. Bagaimana saya boleh mengetahui tahap pencapaiannya ?

Anda mungkin juga menyukai