Anda di halaman 1dari 14

PER1AN1IAN USAHASAMA

Satu Perjanjian telah dimeterai pada haribulan 2005.




DI ANTARA


Mohamad bin Bohro Bahro (No.K.P.570613-04-5039) yang beralamat di Lot.
18052, Persiaran Sekamat, Jalan Sungai Sekamat, 43000 Kajang, Selangor Darul
Ehsan (selepas daripada ini disebut sebagai `Pihak Pertama`) pada satu bahagian.


DAN


Hamzah (No.K.P. ) yang beralamat di (selepas daripada ini disebut
sebagai `Pihak Kedua`) pada bahagian yang lain.



ARTIKEL 1

INTERPETASI DAN DEFINASI



SEKSYEN 1.01

1. Di dalam Perjanjian ini di mana sisi kandungan perkataan-perkataan expresi-
expresi selepas daripada ini akan memberi maksud yang diberikan kepada mereka
adalah seperti di bawah:-



PERKATAAN MAKSUD


Konsultant individu perseorangan dan/atau syarikat
yang berkelayakan, berdaItar dan
bertauliah yang akan dilantik oleh Pihak
Kedua untuk penyediaan rekabentuk,
penyerahan pelan susun atur, penyediaan
kerja-kerja berkaitan spesiIikasi dan apa-
apa pelan rekabentuk dan lukisan
bertujuan untuk Usahasama tersebut.


Usahasama usahasama di antara Pihak Pertama dan
Pihak Kedua di mana Pihak Pertama
membekalkan Tanah tersebut dan Pihak
Kedua melakukan kemajuan kepada
Tanah tersebut dengan mendapatkan
kebenaran tukar syarat dan pecah lot
Tanah tersebut kepada unit-unit individu.


Jangkamasa Jangkamasa 5 tahun selepas dari tarikh
Usahasama Perjanjian ini dan lanjutan masa 3 tahun
(perincian di dalam Seksyen 2.03)


Kemajuan Tersebut Kemajuan yang bakal dijalankan oleh
Pihak B ke atas Tanah tersebut yang
dijelaskan dengan terperinci di dalam
seksyen 2.04.


Peguam Pemaju Bermaksud Tetuan Fatimawati Ismail &
Co, Peguambela dan Peguamcara, No.10
A, Jalan 4/12 A, Fasa 4 Tambahan,
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Darul Ehsan.


Pembeli Mana-mana pembeli yang membeli lot-
lot tanah individu yang telah dipecahkan
di atas tanah tersebut.


Hak Pihak Pertama 2 lot dari setiap 10 lot dari lot-lot
individu Tanah tersebut yang mana akan
didirikan di atasnya sebuat struktur kekal
yang rekabentuk asasnya adalah lebih
kurang sama dari pelan rekabentuk Hak
Pihak Kedua.

Hak Pihak Kedua Baki lot setelah ditolak Hak Pihak
Pertama.

Tanah Tersebut Sebidang tanah yang dikategorikan
sebagai Rezab Melayu yang di pegang di
bawah hakmilik GM 336, Lot.No. 421,
Mukim Labu, Daerah Sepang, Selangor
Darul Ehsan yang mempunyai keluasan
lebih kurang 1.6693 hektar (selepas
daripada ini disebut sebagai `Tanah
Tersebut`) yang secara terperinci
digambarkan di Lampiran A yang
dikepilkan bersama-sama ini.


Tanah tersebut dikategori kegunaannya
sebagai `Tanah Pertanian` dan tertakluk
kepada syarat-syarat dan sekatan-sekatan
berikut:-


(1) Kategori Kegunaan Tanah

Pertanian


(2) Syarat Nyata

Tanaman kekal (Industri)


(3) Sekatan Kepentingan

Tiada


Bulan bermaksud bulan-bulan kalendar.


Projek Akaun akaun bank yang dibuka dan digunakan
menurut cara yang disyorkan disini
bertujuan Kemajuan tersebut.


Ringgit Malaysia matawang Malaysia yang sah disegi
undang-undang atau tanda RM


Tahun bermaksud tahun kalendar



2. Perkataan yang memberi maksud jantina lelaki akan memasukkan sekali jantina
perempuan dan apa-apa jantina lain dan sebaliknya dan perkataan yang membawa erti
tunggal memasukkan sekali erti banyak/ramai dan sebaliknya.

ARTIKEL II

TAJUK

SEKSYEN 2.01


TANAH TERSEBUT

Pihak Pertama adalah tuanpunya tanah berdaItar Tanah tersebut.


SEKSYEN 2.02


USAHASAMA

Kedua-dua pihak di sini berhasrat untuk memasuki satu usahasama untuk memajukan
dan menjual Tanah tersebut atau mana-mana bahagian daripadanya kepada orang
ramai setelah permohonan tukar syarat dan pecah bahagian oleh Pihak Kedua
diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri. Jenis Kemajuan yang akan dibuat akan
ditetapkan oleh Pihak Kedua sahaja yang di antara lain merangkumi semua atau salah
dari cadangan jenis usahasama berikut:-

Jenis

A. lot-lot tanah individu berserta dengan satu struktur kekal yang terbina di
atasnya.
B. kemudahan asas
C. apa-apa bentuk kemudahan asas yang lain diIikirkan perlu



SEKSYEN 2.03

JANGKAMASA USAHASAMA

Pihak Kedua akan menjalankan usahasama secara berperingkat dalam Jangkamasa 5
tahun dari tarikh menandatangani Perjanjian ini seperti berikut:-

(i) Pihak Kedua setelah menandatangani Perjanjian Usahasama
dipertanggungjawabkan untuk memohon kepada Pihak Berkuasa Negeri
untuk kelulusan tukar syarat, pecah bahagian Tanah tersebut kepada lot-lot
individu dan segala kerja-kerja ke????/kemajuan yang berkaitan.
(ii) Sekiranya Pihak Kedua tidak dapat menyempurnakan perkara di atas
dalam masa yang telah ditetapkan seperti di atas, maka Pihak Pertama
akan memberi lanjutan masa selama TIGA (3) tahun kepada Pihak Kedua
untuk menyempurnakan perkara tersebut dan juga perkara yang berkaitan.


SEKSYEN 2.04

KEMAJUAN

Pihak Pertama akan menjalankan Kemajuan tersebut ke atas Tanah tersebut dengan
cara memohon dari Pihak Berkuasa Negeri untuk tukar syarat Tanah tersebut dari
Pertanian kepada Pembangunan/kediaman dan untuk pecah bahagian Tanah tersebut
kepada lot individu berasingan menurut pelan susun atur yang dicadangkan oleh
konsultant dan diluluskan oleh pihak berkuasa negeri/tempatan. Namun tertakluk
kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh Pihak Kerajaan tempatan/negeri. Pihak
Kedua juga akan seterusnya mendirikan satu struktur kekal di atas tiap-tiap lot
individu untuk jualan kepada pembeli.



SEKSYEN 2.05

PENJUALAN LOT INDIVIDU

Sebaik sahaja kelulusan pelan susun atur diperolehi bagi lot-lot tanah individu atau
hakmilik individu bagi lot-lot berasingan telah dikeluarkan, maka Pihak Kedua adalah
berhak untuk menjual lot-lot tanah tersebut kepada mana-mana pembeli yang
berminat dengan menandatangani perjanjian jualbeli.



ARTIKEL III

EMA1UAN

SEKSYEN 3.01

PERJANJIAN UNTUK KEMAJUAN

Sebagai balasan kepada Pihak Kedua memberi kepada Pihak Pertama seperti berikut:-

(i) Hak Pihak Pertama
Setelah kelulusan tukar syarat dan pecah bahagaian Tanah tersebut kepada Lot-lot
individu tersebut diperolehi dari Pihak Berkuasa Negeri maka Pihak Pertama akan
berhak menerima 2 Lot tanah individu dari setiap 10 lot tanah yang mana akan
didirikan di atasnya sebuah struktur kekal yang rekabentuk asasnya adalah lebih
kurang sama dari pelan rekabentuk Hak Pihak Kedua, bebas dari sebarang tanggungan
dan liabiliti namun tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat di dalam
Perjanjian ini untuk digunakan/dilupuskan sebagaimana yang dirasakan wajar dan
sesuai oleh Pihak Pertama.





(ii) Waad Pihak Kedua

WAAD AKUJANJI PIHAK KEDUA

Pihak Kedua dengan ini berwaad dan memberi akujanji kepada Pihak Pertama seperti
berikut :-


1. Pihak Kedua akan mengambil tindakan yang sewajarnya dalam memastikan
permohonan kesemua pindahmilik Pihak Pertama kepada nama Pembeli
diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri.

2. Pihak Kedua atau wakilnya yang diberi kuasa akan menandatangani semua
permohonan. Pelan susur atur dan dokumen-dokumen yang berkaitan dengan
Kemajuan tersebut untuk diserahkan kepada Pihak Berkuasa Negeri namun
tertakluk Pihak Pertama menyempurnakan segala kehendak di dalam
permohonan di atas.



SEKSYEN 3.02

PERUNTUKAN UNTUK KEWANGAN, MENCARI PASARAN PENGURUSAN
DAN LAIN-LAIN

Pihak Kedua akan menanggung segala kos bayaran premium, apa-apa bayaran kepada
Kerajaan Negeri dan membuat rancangan untuk kewangan dari mana-mana sumber
yang dirasakan patut namun tertakluk kepada syarat-syarat dan terma-terma untuk
Kemajuan tersebut dan Pihak Kedua bertanggungjawab untuk menyediakan segala
kepakaran dan konsultant yang berkaitan dengan Kemajuan tersebut termasuk
pengurusan keseluruhan dan pemasaran Lot-lot individu tersebut serta kos yang
terlibat.


ARTIKEL IV

PENGURUSAN PRO1E AAUN

SEKSYEN 4.01

PENGURUSAN PROJEK AKAUN

1. Pihak Kedua akan membuka satu projek akaun bertujuan untuk Kemajuan
tersebut dengan mana-mana bank/institusi kewangan di Malaysia (selepas
daripada ini disebut sebagai Akaun tersebut`) yang menjadi pilihan Pihak
Kedua bertujuan di antara lain untuk menyimpan booking Iee dan bayaran
kemajuan (jika ada) yang diterima dari Pembeli untuk penjualan Lot-lot individu
tersebut di mana sebarang pembayaran yang dibuat kepada penjualan Lot-lot
individu tersebut akan dibuat di atas nama Pihak Kedua.

2. Bagi tujuan pengurusan Akaun, penandatangani bagi cek-cek akan dibuat oleh
satu (1) pihak sahaja iaitu Pihak Kedua.




ARTIKEL V

AAD AU1AN1I PIHA PERTAMA

SEKSYEN 5.01

WAAD AKUJANJI PIHAK PERTAMA

Pihak Pertama dengan ini berwaad dan memberi akujanji kepada Pihak Kedua seperti
berikut :-

1. Akan memberi Surat Kuasa Wakil kepada Pihak Kedua untuk mendapat
kelulusan tukar syarat tanah tersebut dari pertanian kepada perumahan,
mendapat kelulusan pecah bahagian, membuat permohonan pindahmilik
kepada Pihak Berkuasa Negeri untuk menukar milik nama dari Pihak Pertama
kepada Pembeli dan perkara-perkara untuk kemajuan Tanah tersebut.

2. Pihak Pertama juga hendaklah menandatangani semua permohonan pelan
susun atur dan apa-apa yang berkaitan dengan kemajuan Tanah tersebut untuk
diserahkan kepada Pihak yang berkenaan. (sekiranya perlu)

3. Pihak Pertama akan memberi bantuan, pertolongan, kerjasama kepada Pihak
Kedua untuk kejayaan usahasama ini.



SEKSYEN 5.02

SURAT KUASA WAKIL

Pihak Pertama hendaklah melaksanakan satu Surat Kuasa Wakil kepada Pihak Kedua
di mana kuasanya adalah seperti yang dinyatakan dalam seksyen 5.01 (1), dan bagi
tujuan kemajuan Tanah tersebut.


SEKSYEN 5.03

MILIKAN KOSONG/PENYERAHAN SERTA HAKMILIK TANAH

(a) Pada masa penandatangani perjanjian ini, Pihak Pertama akan menyerahkan
tanah Hakmilik Asal kepada Pihak Kedua, dan membenarkan Pihak Kedua
dan/atau agen/wakilnya memasuki Tanah tersebut bagi tujuan kerja-kerja
kemajuan Tanah tersebut.

(b) Pihak Pertama dengan ini mempastikan bahawa ia tidak akan memasuki apa-apa
Perjanjian dengan Pihak Ketiga melainkan tanggungan liabliti/risiko yang sedia
ada dan/atau yang melibatkan Tanah tersebut atau mana-mana bahagian
daripadamya atau menghalang Tanah tersebut dan/atau tidak melakukan apa-apa
perkara yang mengakibatkan kaveat dimasukkan ke atas Suratan Hakmilik
BerdaItar.

(c) Selama mana Perjanjian ini berkuatkuasa Pihak Pertama selanjutnya bersetuju
dan berjanji bahawa ia tidak akan menjual, memindahmilik, menyerahkan,
mencagarkan namun tertakluk atas apa-apa halangan, menyewakan geran atau
sebahagian daripadanya atau membenarkan pemaju-pemaju dan kontraktor-
kontraktor lain atau orang perseorangan untuk membina di atas Tanah tersebut
atau berurusan dengan sepenuhnya atau sebahagiannya tanpa persetujuan
bertulis daripada Pihak Kedua dan tidak sepatutnya diteruskan sekiranya kuasa
untuk memindahkan atau lain-lain urusan telahpun dijelaskan dengan nyata
sebagaimana yang tertakluk kepada terma-terma dan syart-syarat Perjanjian ini.


SEKSYEN 5.04

PENYERAHAN HAK/PESAKA

Pihak Pertama tidak akan memberi serah hak, Iaedah-Iaedah, beban liabiliti di bawah
Perjanjian ini kepada mana-mana pihak Ketiga selain dari yang berkaitan melainkan
dengan kebenaran bertulis dari Pihak Kedua, dan Pihak Kedua tidak akan tanpa alasan
yang musabah menahan kebenaran kepada Pihak Pertama jika dia bersetuju untuk
terikat di bawah terma-terma dan syarat-syarat Perjanjian ini.



ARTIKEL VI
REPRENSENTASI DAN ARRANTI


SEKSYEN 6.01

REPRENSENTASI DAN WARRANTI PIHAK KEDUA

Pihak Kedua dengan ini mengakui bahawa Pihak Pertama telah memasuki Perjanjian
ini dan bergantung sepenuhnya terhadap warranti dan representasi berikut :-

1. Pihak Kedua ialah sebuah Syarikat Sendirian Berhad yang telah ditubuhkan
dan disahkan penubuhannya mengikut peruntukan undang-undang di Malaysia
dengan kuasa yang penuh dan hak-hak untuk memasuki dan melaksanakan
semua tanggungjawabnya dalam Perjanjian ini dan telah pun mengambil hal-
hal koporat dan langkah-langkah lain untuk mengesahkan perlaksanaan,
penyampaian dan perlaksnaan Perjanjian ini.

2. Tiada maklumat yang diberikan oleh pihak Kedua yang berkaitan dengan
Perjanjian ini tidak benar atau meninggalkan sebarang Iakta yang akan
menyebabkan Perjanjian ini terpesong dan semua penyataan, hasrat,
kepercayaan dan pendapat yang terkandung dalam Perjanjian ini dibuat
dengan asas yang munasabah selepas penyataan yang terperinci daripada
Pihak Kedua.

3. Pihak Kedua hendaklah tidak membuat apa-apa mesyuarat dengan Peminjam-
Peminjam mereka atau mencadangkan atau telah membuat perancangan atau
penyerahan untuk Iaedah peminjam atau membuat apa-apa petisyen untuk
penggulungan dibentangkan atau mesyuarat bagi tujuan menimbangkan
resolusi atau langkah-langkah lain untuk penggulungan Pihak Kedua dan
sejauh mana Pihak Kedua prihatin tiada sebarang mesyuarat, perancangan,
penyerahan atau petisyen untuk penggulungan atau mesyuarat atau lain-lain
langkah untuk penggulungan yang tidak diingini dan sebab-sebab yang wujud
pada tarikh tersebut untuk mengambil langkah-langkah sedemikian.

4. Tiada pelanggaran atas apa-apa peruntukan undang-undang Perintah
Mahkamah, Penghakiman dan apa-apa yang telah di lakukan oleh Pihak Kedua.



ARTIKEL VII

SEKSYEN 7.01

PERJANJIAN JUAL BELI KEPADA PEMBELI

Pihak Kedua dengan surat kuasa wakil akan berhak menandatangani satu Perjanjian
Jual Beli dengan Pembeli (selepas daripada ini disebut sebagai Perjanjian Jual Beli
tersebut`) dan/atau apa-apa dokumen yang berkaitan dengan penjualan Lot-lot
individu tersebut setelah kebenaran tukar syarat dan/atau dan pecah bahagian
diperolehi dari Pihak Berkuasa Negeri.



ARTIKEL VIII

SEKSYEN 8.01

PEMBATALAN PIHAK PERTAMA

Sekiranya Pihak Pertama berhasrat menamatkan perjanjian ini sebelum jangkamasa
Usahasama tamat, Pihak Pertama hendaklah memberi notis bertulis tulis selama 3
bulan kepada Pihak Kedua, di mana, Pihak Pertama hendaklah juga memampaskan
dan memulangkan segala kos dan bayaran yang telah dibuat oleh Pihak Kedua kepada
Kemajuan Tanah tersebut berserta menanggung kos-kos konsultant yang tertunggak
dan selepas pembayaran gantirugi/pampasan/pulangan wang selesai, perjanjian ini
adalah terbatal dan kedua belah pihak tidak boleh membuat tuntutan di antara satu
sama lain berkaitan hal ini.



SEKSYEN 8.02

PEMBATALAN PIHAK KEDUA

Sekiranya Pihak Kedua berhasrat untuk menamatkan perjanjian ini sebelum
jangkamasa Usahasama tamat, Pihak Pertama hendaklah memberi notis 3 bulan
kepada Pihak Pertama dan membayar wang saguhati mengikut kemampuan dan
persetujuan kedua belah pihak, kos-kos dan pembelanjaan yang telah dibayar dan
ditanggung oleh Pihak Kedua terhadap kemajuan Tanah tersebut adalah hangus dan
selepas daripada bayaran saguhati dibuat, perjanjian akan batal dan kedua belah pihak
tidak boleh membuat tuntutan di antara satu sama lain berkaitan hal ini.




ARTIKEL IX


LAIN-LAIN

SEKSYEN 9.01

KESAHIHAN PERJANJIAN

Liabiliti dan/atau obligasi yang terdapat di dalam Perjanjian ini adalah sah dan
mengikat kedua-dua belah dan kuasa serah hak tanpa mengira sebarang pertukaran
pengubahsuaian atau apa-apa yang berkaitan berlaku.



SEKSYEN 9.02


PIHAK PERTAMA BUKAN PRINSIPAL ATAU AGEN PIHAK KEDUA

Pihak Pertama tidak boleh menganggap dirinya sebagai prinsipal atau agen Pihak
Kedua pada bila-bila masa. Pihak Pertama berjanji untuk membayar gantirugi kepada
Pihak Kedua terhadap apa-apa kerugian atau apa-apa kerosakan disebabkan
melanggar seksyen ini.


SEKSYEN 9.03

TAKSIRAN, CUKAI PINTU DAN LAIN-LAIN CUKAI

Sebaik sahaja menandatangani Perjanjian ini Pihak Kedua hendaklah membayar
taksiran cukai-cukai pintu dan lain-lain bayaran berkaitan dengan Tanah tersebut
sehingga Lot-lot individu tersebut dijual kepada Pembeli.


SEKSYEN 9.04

FORCE MAJEURE

Tidak tertakluk kepada apa-apa yang bertentangan di dalam Perjanjian ini, Pihak
Kedua tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa kerosakan akibat
ketidakpatuhan atau ketidakprihatinan terhadap syarat-syarat dan Perjanjian yang
terkandung yang disebabkan daripada atau oleh keadaan yang tidak dapat dikawal,
termasuk bencana alam, revolusi, keganasana-keganasan, rusuhan-rusuhan,
kekurangan material untuk membuat bangunan secara keseluruhannya.


SEKSYEN 9.05

MASA

Apabila masa disebut dalam Perjanjian ini ia hendaklah dianggap penting.



SEKSYEN 9.06

KOS GUAMAN, PEMBIAYAAN DAN BAYARAN SETEM

Kos untuk penyediaan dan perlaksanaan Perjanjian ini serta cukai setem hendaklah
dibiayai sepenuhnya oleh Pihak Kedua.



SEKSYEN 9.07

TIMBANGTARA

Sekiranya berlaku perselisihan dan perbezaan pendapat antara pihak-pihak yang
terlibat berkaitan dengan perkara-perkara dalam Perjanjian ini atau perlaksanaannya
atau penyelenggaraan terhadap apa-apa perkara yang berkaitan dengan Perjanjian ini
atau hak-hak, tugas-tugas atau tanggungjawab, mana-aman perselisihan dan
perbezaan tersebut hendaklah dirujuk kepada seorang penimbangtara yang
dipersetujui oleh kedua-dua pihak ataupun dua orang penimbangtara yang mana setiap
seorang dipilih oleh satu pihak dan seorang lagi dipilih oleh pihak yang satu lagi
dan mestilah mengikut peruntukan di bawah Akta Timbangtara 1950 atau apa-apa
perubahan undang-undang yang dikuatkuasakan pada masa itu.







SEKSYEN 9.08

KEPERCAYAAN BERSAMA DAN PENGUBAHSUAIAN PERJANJIAN

Didalam memasuki Perjanjian ini pihak-pihak yang terlibat hendaklah mengenalpasti
bahawa adalah tidak praktikal untuk membuat peruntukan bagi setiap sesuatu yang
mungkin timbul dan mengisytiharkan ianya sebagai hasrat mereka dan memberi
alasan bahawa Perjanjian ini hendaklah dilaksanakan dengan adil di antara pihak-
pihak yang terlibat dan tidak cenderung kepada mana-mana pihak sekiranya terdapat
apa-apa sebab yang tidak disangkakan berlaku dan perlaksanaan Pembangunan dalam
Perjanjian ini, Pihak Pertama dan Pihak Kedua hendaklah berbincang secepat
mungkin dengan cara yang terbaik dan menggunakan kebijaksanaan mereka untuk
mengambil langkah-langkah yang sesuai untuk mengenepikan masalah yang tersebut
di atas. Perjanjian ini boleh diubahsuai melalui persetujuan bersama di antara pihak
yang terlibat. Semua pengubahsuaian melalui persetujuan bersama di antara pihak
yang terlibat. Semua pengubahsuaian hendaklah ditandatangani oleh wakil-wakil
yang dilantik bagi pihak-pihak yang terlibat.



SEKSYEN 9.09

NOTIS

Apa-apa notis atau permintaan hendaklah dianggap sempurna diberi atau dibuat
sekiranya ditanggalkan atau dihantar melalui bayaran pos berdaItar dan dialamatkan
kepada alamat-alamat yang tersebut di atas dan hendaklah dianggap telah sempurna
dihantar dan telah diterima oleh pihak-pihak yang dialamatkan sekiranya melalui pos
biasa.


SEKSYEN 9.10

KAVEAT

Pihak Kedua dibenarkan untuk mendaItarkan kaveat ke atas Tanah dan Pihak Pertama
dalam masa Perjanjian ini hendaklah tidak membantah atau membuat permohonan
agar kaveat tersebut dipindahkan kecuali sekiranya Perjanjian ini dibatalkan mengikut
terma-terma Perjanjian ini.


SEKSYEN 9.11

CUKAI TANGGUNGAN

Semua cukai-cukai keuntungan/hasil tanah yang dibuat atau yang disimpan oleh Pihak
Pertama dan hendaklah dibayar kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri.
Walaubagaimanapun semua cukai-cukai keuntungan/pendapatan yang dibuat atau
disimpan oleh Pihak Kedua atas jualan dan atas nama Pihak Kedua (kecuali yang di
bawah nama Pihak Kedua) hendaklah menjadi tanggungjawab penuh Pihak Kedua
dan hendaklah dilangsaikan oleh Pihak Kedua kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri.


SEKSYEN 9.12

PERLAKSANAAN SPESIFIK

Pihak Kedua di atas melaksanakan tanggungjawab, obligasi beliau dengan sempurna
dan mematuhi terma-terma seperti yang terkandung di dalam Perjanjian ini maka
Pihak Kedua berhak untuk mendapat Perlaksanaan SpesiIik Perjanjian ini dan Pihak
Pertama akan memberi jaminan untuk membayar gantirugi kepada Pihak Kedua di
atas segala kos yang timbul dari perlaksanaan hak Pihak Kedua.


SEKSYEN 9.13

PERJANJIAN MENGIKAT

Perjanjian ini adalah terikat kepada semua waris-waris, penerima serahhak, pentadbir,
Penama dan penerima hak Pihak Pertama dan Pihak Kedua.


SEKSYEN 9.14

LAMPIRAN

Lampiran-lampiran yang disebut di dalam perjanjian ini adalah sebahagian dari isi
kandungan perjanjian ini.





















DALAM MENYAKSIKAN PERJANJIAN INI pihak-pihak yang terlibat selanjutnya
menurunkan tandatangan dan dimeteraikan pada hari dan tahun yang telah disebut
sebelum ini :-




DITANDATANGANI oleh Penjual |
Di hadapan |
|





Perlaksanaan Perjanjian ini oleh |
Sebagai Syarikat telah diselenggarakan |(NI UTK COMMON SEAL)
mengikut cara-cara yang disahkan |
oleh Perlembagaan di bawah Cop |
rasmi tersebut telah di lekatkan |
pada haribulan di hadapan |





............ .............
PENGARAH PENGARAH