P. 1
Nota Kesusasteraan Melayu

Nota Kesusasteraan Melayu

4.0

|Views: 12,560|Likes:
Dipublikasikan oleh api-3723959
BM
BM

More info:

Published by: api-3723959 on Oct 15, 2008
Hak Cipta:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PPT, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

03/18/2014

pdf

text

original

Falsafah Pendidikan KM

• Pendidikan Kesusasteraan Melayu di Malaysia bertujuan untuk menjana minda dan emosi, mengukuhkan jati diri, menyuburkan budaya bangsa dan memupuk sikap berdaya saing ke arah pembinaan insan bestari.

Matlamat
• Melengkapkan murid dengan ilmu sastera agar dapat menghayati, menghargai, mencintai dan memupuk rasa bangga terhadap bahasa dan sastera Melayu dalam bidang pendidikan dan kerjaya ke arah pemantapan cita rasa sastera di kalangan masyarakat.

Objektif
• • • • • • • memahami isi dan menganalisis aspek sastera mengapresiasi karya sastera melalui aktiviti sastera menghayati dan menghargai estetik bahasa menghargai penulis dan karya yang dihasilkannya memberikan pandangan, menilai karya sastera secara kritis dan menyuburkan nilai kemanusiaan di samping memupuk semangat cinta akan negara. menghasilkan karya sastera yang pelbagai, sesuai dengan kebolehan murid memupuk budaya membaca untuk memperkembang dan mengekalkan minat terhadap sastera Melayu.

Kandungan Suk Pelajaran
• • • Kajian teks Prosa dan Puisi Prosa Moden - novel, cerpen, drama Prosa Tradisional -sastera sejarah, sastera epik, sastera hikayat, sastera rakyat Puisi Tradisional - pantun, syair, gurindam dan seloka Puisi Moden - sajak

• •

Aspek sastera
• • • Tema dan persoalan, watak dan perwatakan Plot, latar, gaya bahasa, bentuk, nada, sudut pandangan, nilai kemanusiaan dan pengajaran

Hasil Pembelajaran
• • • • • • • Pengenalan Kesusasteraan Melayu - definisi, cirri, bentuk, sejarah perkembangan, peranan kesusasteraan Melayu Prosa - definisi, biodata pengarang, aspek sastera, menghasilkan karya kreatif Drama - definisi, biodata, aspek sastera, menghasilkan skrip drama Puisi
– definisi, biodata, aspek sastera, menghasilkan dan mempersembahkan puisi

Kemahiran Bernilai Tambah
• • • • • • • Kemahiran Berfikir Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi Kemahiran Belajar Cara Belajar Kajian Masa Depan Kecerdasan Pelbagai Pembelajaran Konstruktivisme Pembelajaran Konstektual

Sinopsis
• • • • • Ringkasan cerita Gambaran keseluruhan cerita Membantu pembaca memahami cerita Paku Payung Limau Mandarin Pensel Sebatang

Tema
• • • • Persoalan pokok atau persoalan utama/ idea dasar, gagasan, fikiran Tema hanya satu menjadi panduan pengkarya mengumpul, memilih, menyusun bahan keadilan, perjuangan, sejarah, kemiskinan, kemanusiaan, kehijauan alam

Persoalan
• • • • • perkara-perkara kecil dalam karya yg ada hubungan dengan tema Persoalan bertujuan mengukuhkan tema yang diketengahkan Dapat dikesan melalui tindakan watak atau peristiwa yang berlaku

Watak dan Perwatakan
• • • Sesuatu objek atau pelaku (manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan) - Watak – Midun, Aku, Ikram, mempunyai sifat-sifat tertentu -perangai dan pemikiran Perwatakan - Sifat-sifat yg digambarkan pada watak – Lahiriah - bentuk, paras rupa, tingkah laku. Jasmaniah - perasaan, sikap dan pemikiran Watak pembantu /watak sampingan perbezaan dgn watak menimbulkan unsur ketegangan/konflik

• •

Watak dan Perwatakan
• • • watak - untuk menyalurkan buah fikiran atau pandangan hidup penulis watak digunakan mengembangkan tema / persoalan/mengubah persekitaran Watak utama, watak sampingan, antagonis (watak penyambut - lazimnya nilai negatif), protagonis (watak pemula -biasanya nilai positif), watak hitam, watak putih (baik), watak bulat/bundar - lebih hampir kpd manusia yang ada kelemahan (watak yg dinamis, mengalami perubahan, bersifat kompleks), watak pipih (tidak kompleks), tidak berubah) sama dengan watak statik (tidak mengalami perubahan iaitu jahat sejahat-jahatnya), watak kodi (nenek kebayan)

• •

Plot
– Jalinan peristiwa/ Rentetan peristiwa yg berasaskan sebab-akibat, – dijalin dgn permulaan, perkembangan, konflik, puncak dan peleraian – Bukannya jalan cerita
• • • • Jalan cerita -kejadian yang berlaku kerana sebab tertentu, sementara yg menggerakkan kejadian cerita itu adalah plot. Teknik plot - Ada imbas muka, imbas kembali, dialog, monolog, monolog dalaman Cerpen - hanya ada satu plot Novel -ada plot utama, plot sampingan

Latar
• • • • • • Keterangan mengenai ruang, Tempat, suasana terjadi sesuatu peristiwa Digunakan untuk mengembangkan watak/perwatakan, tema dan persoalan Terbahagi tiga Latar tempat – sek. rendah, hospital, wad kelas 3 Latar Masa- minggu ke-2 belajar, berlangsung 2 hari Latar masyarakat – pelbagai bangsa, tak suka membazir masa

Gaya Bahasa
• Cara penggunaan bahasa yang baik, kreatif untuk menyampaikan tema/ persoalan Diksi, bahasa kiasa/perbandingan, pengulangan, lambang

Gaya Bahasa
• • • • • • • • • • Diksi - pemilihan kata Asonansi Aliterasi Alusi - tokoh Simile - gaya bahasa perbandingan jelas Metafora -bahasa perbandingan atau kiasan, perahu waktu, laut itulah cermin manusia Anafora -pengulangan awal baris Epifora -pengulangan pada akhir baris Hiperbola/bombastik -berlebih-lebihan Personafikasi- sifat-sifat manusia

Nilai Kemanusiaan
– Amalan atau tingkah laku baik yang ada pada individu, kumpulan atau masyarakat – Dikemukakan dgn fakta, huraian, contoh – Contohnya - sikap bekerjasama, kasih sayang, kesabaran, simpati, mengenang jasa

Pengajaran
– Nasihat/ bimbingan yg diambil dari karya – Dikesan melalui tindakan watak dan peristiwa yg terjadi – Dikemukakan dgn fakta, huraian, contoh

Sudut Pandangan
• • • Kedudukan pengarang dalam menyampaikan cerita Sudut pandangan orang pertama - pengarang salah seorang daripada watak - aku, saya Sudut Pandangan oaring ketiga - berada di luar cerita, solah-olah serba tahu tentang watak

Bentuk
» » » » » » Susunan unit-unit berirama Bilangan rangkap Bilangan baris dalam rangkap Bilangan suku kata dalam baris Rima akhir Rumah baru pak cik saya roboh ke bumi

A. Wahab Ali
Ke Pelabuhan Jauh Usia melayarkan kita ke pelabuhan jauh Di atas perahu waktu berlarut peristiwa Kita leka dan setahun sekali tersedar Bila anak meningkat besar Menoleh kita ke belakang Cantik warna bercorakan Apa yang ada tidak disetujui Apa yang enggan dulunya belum tentu Makin lanjut di laut umur Tampak melambai kemesraan zaman Usia masa anak-anak di pelabuhan bertolak Bergamitan saying di usia yang bergolak Besar ertinya waktu dan daya Menjalani hidup Makin belayar usia ke teluk tempat berlabuh Makin cahaya menghubungi roh Makin belayar usia ke teluk tempat berlabuh Terasa dunia begitu rapuh

Citra Masyarakat
• Masyarakat yg berpegang kuat pd animisme • Tidak yakin kpd perubatan moden • Mengamalkan upacara memuja roh • Mengamalkan pantang larang • Menghormati tetamu • Mementingkan tradisi bangsa

Dharmawijaya
Di Titian Kembara Bening pagi yang meniti Di bayang pandangmu Mengukir tafsir imbauan waktu Kupinta Dada setiamu tetap bersedia Mendepani lembah lurah titian kembara Gementar senja yang tiba Di lelah langkahmu Menduga rasa keringat duka Kupinta Cekal citamu berbulan bintang Membuang bimbang ke hujung kenang Suram malam yang terpendam Di tafakur tidurmu Menanti mentari titipan maya Kupinta Mimpi baktimu tiadakan rela Menatang kehidupan berbunga hampa

Pantun
Bakar gaharu di tengah halaman Asamkan karat si pisau raut Kalau berguru salah pedoman Sesat di darat karam di laut Hijau rumput di tepian mandi Kembang berseri bungan senduduk Elok diturut resmi padi Semakin berisi semakin tunduk Tikar pucuk tikar mengkuang Alas nikah raja Melayu Ikan busuk jangan dibuang Buat perencah si daun kayu

Titisan darah di Tanah Indah Moyang kami yang papa mesra berbudi bahasa Mati terantai kakinya, tercelik hampa matanya Tanah pusakanya indah subur merata Untuk kita warisnya-penyambung cerita . Untaian masa bertunda memucatkan warna muka Ulangan cahaya bahagia menjelma tiada ke gua Kami masih berbahasa masih berbudi juga Sedang tangan raksasa mencekik bengis mangsanya. Dalam taman hak kami berkembang puspa yang wangi Aneka ragam jenisnya menghiasi persada Bunda Biar bersatu segalanya erat berpadu sejiwa Biar semerbak baunya mengharumi seluruh benua! Kami berbudi bahasa penuh ikhlas di dada Tiada rela berjela cerita neraka selaksa Kami berbudi bahasa mesra hati asasnya Siapa sahaja durhaka kami ancam nyawanya!

“ Aku tak memaksa. Cuma aku akan sedia mendengar. Mungkin bila aku tahu lebih sikit, dapat jugak aku melapik kata dalam tugas Jabatan atau arahan-arahan rasmi aku masa depan. Maklumlah, kau tak punya pilihan lagi kecuali berhadapan dengan dia dalam tugas-tugas seharian, begitu juga aku.” Suara biola yang gemersik tadi perlahan mati lalu diganti dengan nada yang punya authority. Perkataan Jalil benar-benar telah menjerat Ikram. Terkapai-kapai perasaannya disimpai oleh jerat yang begitu mahir dilontar oleh sang pemburu. Jerat menjerut kemas. Ikram berasa dirinya seumpama kerak dan suara biola itu umpama air.

Gaya Bahasa
• Pemilihan kata (Bahasa daerah, bahasa kolokial) • Penggunaan ayat (Ayat panjang atau ayat pendek) • Penggunaan puisi atau peribahasa • Penggunaan dialog • Penggunaan bahasa Inggeris. Contoh

Gaya Bahasa
• Penggunaan ayat panjang. Contoh terkapai-kapai perasaannya… • Penggunaan Dialog. Contoh “aku tak memaksa. • Kata ganda. Contoh, arahan-arahan • Unsur simile. Contoh,

Gaya Bahasa
• Unsur personafikasi. Contoh, perkataan Jalil benar-benar…… • Unsur sinkof. Contoh, tak • Anafora • Kurasa diriku terlalu kecil • Kurasa ibadatku terlalu nipis

Gaya Bahasa
• • • • • • • • Epifora Tapi bukan mati sebenar mati Kerana tiada mati sebelum mati Simplok Usia yang panjang Rezeki yang murah Bahasa kalasik Pawana

Gaya Bahasa
• • • • • • • • Perulangan baris Bangkitlah bangkit Inversi Ayuhai kaum di Malaya negeri Perlambangan Buah lebat Perbandingan terus Hujan dan panas adalah muzik setia

Gaya Bahasa
• • • • • • • • • • • Pengulangan kata Begini ya begini tragedi di bumi Bahasa asing Paradoks Jiwamu tewas dengan wanita Unsur prosaik Kalau tuan kena, apa rasa? Unsur Alusi Pendekar dipimpin Maharajalela Onomatope Murai berkicau bersayu-sayu

Unsur Bunyi
• • • • • • • • Asonansi Aliterasi Pengulangan kalimat bunyi Dagang datang berlagak mahir Pengulangan imbuhan Kibarkan panji hunuskan keris Rima akhir abab

Teknik Penulisan
• • • • • • Teknik pemerian Teknik dialog Teknik monolog Teknik imbas kembali Teknik imbas muka Teknik suspens

Teknik Penulisan
• Teknik pemerian. Contoh, Ikram berasa dirinya seumpama kerak dan suara biola itu umpama air • Teknik dialog, contoh,…. • Teknik monolog. Contoh, Ikram berasa dirinya…

Pendekatan Menganalisis
• Semua bahan Kesusasteraan Melayu akan dianalisis terlebih dahulu sebelum diberikan kpd pelajar • Pendekatan hakiki – meninjau karya dari sudut penciptaannya • Pendekatan pengajaran – mengutamakan cara bagaimana karya sastera disampaikan kpd pelajarnya.

Pendekatan Sejarah
• Ia berlandaskan sejarah • Pentingkan periodasi dlm perkembangan kesusasteraan yg melibatkan ketamadunan • Pada setiap perkembangan, dicari keistimewaan setiap genre • Ia penting utk menilai karya • Beri peluang kpd pelajar membuat perbandingan dari segi struktur, masyarakat dan psikologi • Juga memahami nilai-nilai hidup yg diamalkan setiap generasi • Ia membantu satu pembentukan peribadi yang sihat dan opti,is dalam kehidupan seseorang itu

Pendekatan Sejarah
• Hikayat Seribu Satu Malam • Sejarah Melayu – Sulalatus Salatin ialah Sastera sejarah – • Asal-usul raja Melayu • Pembukaan Singapura dan Melaka • Penyebaran ugama Islam • Hang Tuah

Pendekatan Sejarah

Pendekatan Sejarah
• • • • Hikayat Raja-Raja Pasai Hikayar Misa Melayu Hikayat Merong Mahawangsa Hikayat Aceh

Pendekatan Sosiologi
• Popular di kalangan pengkritik yg melihat hasil kesusasteraan sebagai refleksi masyarakat • Hasil kesusasteraan dianggap mempamerkan keadaan sesuatu zaman • Tiga aspek yg dikaji ialah sosiologi pengarang, masalah sosial, masalah audien

Pendekatan Sosiologi
• Sosiologi sosial seperti profesion, ekonomi, status pengarang dlm masyarakat • Ideologi sosial seperti kegiatannya dalam pertubuhan • Masalah isu sosial, implikasi dan tujuan sosial karya itu sendiri • Masalah audien dan pengaruh kesusasteraan dlm kalangan mskt • Hasil kesusasteraan digunakan utk mengetahui nilai hisup, sikap dan tingkah laku masyarakat

Pendekatan Sosiologi
• • • • • • • • • • Novel Salina – Karya A. Samad Said Anak Mat Lela Gila- Pak Sako Shit- Shahnon Ahmad Panglima Awang – Harun Aminrrashid Salah Asuhan – Abdul Muis Siti Nurbaya – Marah Rusli Atheis – Achdiat K. Miharja Keluarga Gerilya Tenggelamnya Kapal Van Der Wijk Pak Utih

Pendekatan Antropologi
• Menekankan aspek estetika kesusasteraan secara menyeluruh • Aspek-aspek budaya tertentu yg menonjol perlu dibincangkan secara khusus • Kesusasteraan dihasilkan oleh individu sebagai ahli masyarakat. Oleh itu, semua karya terbelenggu dlm rangka budaya masyarakat • Kesusasteraan dianggap mengandungi berbagai-bagai aspek budaya. Jadi pengarang, mempunyai aspirasi dan visi tersendiri • Pendekatan ini bersifat interdisiplin namun budaya tetap menjadi kayu pengukur utama

Pendekatan Psikologi
• Memusatkan perhatian kpd manusia yang mencipta • Menggunakan berbagai-bagai teori ilmu jiwa utk mengkaji tingkah laku manusia melalui konflik watak • Karya pengarang dibaca utk mengetahui sikap pengarang terhadap sesuatu persoalan, apakah motif yg kerap kali timbul dalam karyanya • Apakah anasir yg mendorongnya mencipta karya • Ahli psikolgi spt Sigmund Freud, Adler

Pendekatan Psikologi
• Dlm konteks kesusasteraan moden, manusia digambarkan menghadapi berbagai-bagai masalah hidup yg menekan seluruh jiwanya, • Timbul konflik nilai • Karya kesusasteraan dianggap sebagai cetusan hati nurani manusia (pengarang) yg diwarnai elemen abstrak, emosi dan pengalaman diri, keluarga dan masyarakat

Pendekatan Psikologi
• Dengan memahami aspek psikologi, para pelajar akan mudah menghayati karya tersebut dgn lebih mendalam terutama dari aspek penciptaan, watak/perwatakan dan kesannya kpd audien dan sebabmusabab mengapa cerita itu diolah sedemikian rupa.

Pendekatan Biografi
• Membicarakan tentang riwayat hidup dan pengalaman diri sejak dilahirkan hingga meninggal • Menceritakan peristiwa yg dialami seseorang dan pengalamannya dinukilkan • Mementingkan fakta yang tepat dan diolah supaya menarik minat pembaca • Rasa jijik, mual, simpati, benci, syang, seronok • Riwayat hidup seseorang pengarang juga diambil kira dan pengetahuan terhadap diri pengarang menolong pengkritik membuat tafsiran lebih bermakna • Memoir Seorang Dekan…

Pendekatan Biografi
• Hasil kesusasteraan yang bernilai dan baik dipancarkan oleh penulis yang riwayat hidupnya juga baik

Pendekatan Deduktif
• Melihat sesuatu itu secara menyeluruh dahulu, kemudian membuat perincian terhadap bahagian-bahagian itu • Guru-guru membuat generalisasi, menerangkan maksud, memberikan peraturan dan definisi pada awal langkah pengajaran

Pendekatan Induktif
• Melihat ciri-ciri sesuatu sebelum membuat satu generalisasi. Ia menggunakan kaedah pencarian (discovery) iaitu melihat, meneliti, menganalisis sesuatu pada awalnya kemudian membuat kesimpulan • Guru tidak digalakkan memberi definisi, isi kandungan keseluruhan pelajaran • Guru boleh mengemukakan soalan-soalan, berbincang, memerhati • Cari seberapa banyak maklumat tentang watak utama kemudian baharulah dibuat kesimpulan terhadap watak

You're Reading a Free Preview

Mengunduh
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->