Anda di halaman 1dari 1

Dasar satu murid satu sukan yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia akan

menjadi landasan untuk mencungkil bakat di peringkat akar umbi.


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata usaha tersebut pasti lebih
berkesan sekiranya dilaksanakan secara teratur dan konsisten.
Katanya, Persatuan Sukan Kebangsaan dan PIBG harus dibantu oleh semua pihak yang
terlibat bagi memikul tanggungjawab itu.
Katanya lagi, program sukan di sekolah juga seharusnya dipantau oleh Pejabat Pelajaran
Daerah dan Jabatan Pelajaran Negeri agar berjalan dengan lancar dan dapat memberi kesan
yang mendalam.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata demikian ketika berucap merasmikan
pembukaan rasmi kejohanan Balapan dan Padang Majlis Sukan Sekolah Malaysia ke 53 di
Stadium Perak Ipoh, malam tadi.
Walaubagaipun, Muhyiddin turut menegaskan bahawa kecemerlangan akademik dan
sahsiah murid juga tidak harus diabaikan.
Justeru, ia harus berjalan seiring dengan kejayaan yang dikecapi dalam sukan.
Sehubungan dengan itu, modul insan yang cemerlang akan terbentuk bagi memimpin dan
membangunkan negara di masa hadapan.
Majlis tersebut telah dihadiri oleh lebih 30,000 ribu atlit, para pegawai dan orang ramai.

Anda mungkin juga menyukai