Anda di halaman 1dari 5

MP3 PENGESAN JIN DAN PENAWAR SIHIR (RUQYAH MP3 20min 5.

7MB) Sila download MP3 file ini dan save kedalam h/p,gadget atau PC dan perdengarkan bacaaan sehingga tamat dengan pejamkan mata.Perhatikan setelah selesai .. 1) denyutan jantung makin kencang 2) badan begegar 3) ada benda bergerak-gerak bawah kulit 4) mengantuk/menguap 5) batuk 6) gelisah 7) panas di tengkuk Jika ada mengalami sebahagian simptom-simptom diatas,kemungkinan besar ada jin yang menghuni tubuh anda. Penjelasannya adalah mudah,jin yang berada dalam tubuh kita akan bergerak melalui saluran darah kita,ayat-ayat ruqyah syar'iyah ini pula amat mustajab dalam menyakiti mereka,lalu mereka akan kucar-kacir dalam darah kita lalu menyebabkan degupan jantung kita bertambah kencang...Bagi pesakit-pesakit sihir pula,jin dalam badan mereka akan membuatkan kita mengantuk amat sangat apabila mendengar mp3 ruqyah syar'iyah ini.Dan bagi kes saka,kita akan terasa panas ditengkuk.... RUQYAH MP3/CD ini amat bagus diperdengarkan 3 kali sehari bagi mereka yang mengalami pelbagai penyakit gangguan jin,kerana fadhilat ayat-ayat tersebut amat mustajab bagi mengusir jin-jin jahat/sihir serta memagar diri kita amnya.Selain itu pesakit juga kena baca banyak-banyak dalam hati tak kira masa dan tempat zikir 'THO HA' (surah taha ayat 1) .Kesannya semasa membaca zikir itu adalah perut akan terasa mual dan seterusnya sendawa...Baca zikir ini sebanyak mungkin sehingga kita terasa muntah,itu suatu petanda dimana jin-jin beransur-ansur keluar dari badan kita...InsyaAllah.. Dengan mendengar MP3/CD ruqyah ini, insyaAllah mampu menyembuh segala penyakit misteri antaranya:-Fikiran runsing/jiwa gelisah -Menyembuhkan penyakit histeria,sihir dan saka -Mengusir jin didalam badan,rumah dan premis perniagaan -Ketenangan dalam rumahtangga -Menyembuhkan anak-anak yang menangis malam -Penambat kasih sayang antara anak dan ibubapa -Anak-anak mudah mendengar kata orang tua -Menguatkan hafalan dan pembelajaran -Membuatkan minda lebih positif dan fokus terhadap kerja dan pembelajaran -Membersihkan aura diri dan menyahkan energi-energi negatif dari badan CARA MENGGUNAKAN CD/MP3 RUQYAH SYAR'IYAH 1) Bagi kesihatan diri dan keluarga,pasangkan cd/mp3 ini didalam rumah/premis perniagaan 3x sehari atau pasangkan dari malam sampai pagi (auto repeat). 2)Bagi pesakit gangguan jin,dilarang memasangnya didalam kereta,kesannya akan mengakibatkan kita mengantuk dan mengganggu pemanduan. 3)Bagi anak-anak yang menangis diwaktu malam,anda perlu pasangkan dengan kuat,insyaAllah jin/syaitan akan lari dari mengganggu anak-anak anda. 4)Untuk merawat histeria,sihir,saka dan lambat jodoh,sediakan 3botol besar air mineral,buka penutupnya dan pasangkan cd/mp3 ruqyah ini 3round sebelah air tadi (kira-kira 1jam 20minit).Air tadi dibuat minum seteguk untuk 3x sehari dan lakukan hari berikutnya sehingga air tadi habis.Tiap-tiap lepas solat perlu baca qursy 3x dan al insyirah 3x secara istiqomah.Kemudian sebelah malamnya pula,cd/mp3 ruqyah ini hendaklah dipasang dari malam sampai pagi selama sebulan.

5)Bagi memulihkan rumah/premis perniagaan yang bermasalah,cuma pasangkan 3x sehari untuk 3hari berturut-turut. 6)Jika kita sering mengalami masalah malas dan badan terasa berat,perdengarkan cd/mp3 ruqyah ini 3x sehari,insyaAllah kita akan cergas dan kembali bersemangat.

Rumah-Rumah Yang Tidak Dimasuki Malaikat


1- Rumah orang yang memutuskan silaturrahim 2-Rumah orang yang menderhakai orang tua 3-Rumah orang yang memakan harta anak yatim 4-Rumah orang yang memakan harta riba 5-Rumah yang di dalamnya terdapat anjing 6-Rumah yang ditempati syaitan cth majlis yg kosong dri Zikrullah, mlalaikan 7-Rumah yang penghuninya terbiasa mencaci maki 8-Rumah yang di dalamnya terdapat gambar patung 9-Rumah yang di dalamnya terdengar nyanyian dan alat muzik 10-Rumah yang di dalamnya terdapat loceng sabda Nabi "Loceng adalah seruling syaitan"cth di gereja 11-Rumah yang penuh ratapan menangisi mayat 12-Rumah yang di dalamnya terdapat khamar(arak) dan perjudian 13-Rumah yang di dalamnya terdapat terdapat kemusyrikan 14-Rumah yang dijadikan tempat permainan dadu 15-Rumah yang di dalamnya terdapat benda haram 16-Rumah orang-orang yang terkutuk 17-Rumah orang yang berbau busuk 18-Rumah yang penghuninya tidak mandi janabah 19-Rumah yang penghuni lelakinya memakai zafaran(minyak wangi yg khusus kpd wanita) 20-Rumah seorang pembazir 21-Rumah yang penghuninya terus-menerus berbuat maksiat 22-Rumah yang digunakan untuk perbuatan keji 23-Rumah pelaku dosa besar sumber = buku "rumah yang tidak dimasuki malaikat" karangan Abu Huzaifah Ibrahim bin Muhammad

RUMAH YANG TIDAK DIMASUKI MALAIKAT Muslimin yang dirahmati Allah, MARILAH kita sama-sama meningkatkan keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah Subhanahu Wata'ala dengan sebenar-benar takwa iaitu istiqamah dalam mengerjakan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Dengan yang demikian, mudah-mudahan kita akan menjadi umat yang terbaik dan unggul serta mendapat keredaan Allah di dunia dan di akhirat. Muslimin yang diberkati Allah, Dalam kehidupan di dunia ini, setiap orang memerlukan tempat tinggal sebagai tempat berlindung atau berteduh. Selain itu, kita juga menginginkan suasana rumah yang aman, damai, sejahtera, selesa dan harmoni. Namun sebagai umat Islam, setentunya kita mengharapkan rumah yang sentiasa mendapat rahmat dan berkat dari Allah Subhanahu Wata'ala. Persoalannya bagaimanakah cara kita selaku umat Islam untuk mendapatkan rumah yang sentiasa dirahmati dan diberkati itu?. Muslimin yang diberkati Allah, Sebenarnya di antara faktor yang menyebabkan sesebuah rumah itu mendapat rahmat dan keberkatan adalah disebabkan rumah tersebut sentiasa dikunjungi oleh Malaikat Rahmat. Malaikat adalah makhluk Allah Subhanahu Wata'ala yang suci yang sentiasa taat menjunjung akan perintah Allah Subhanahu Wata'ala dan tidak pernah menderhakai-Nya. Sebagaimana firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah At Tahriim ayat 6 tafsirnya : "Mereka (malaikat) tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan". Muslimin yang diberkati Allah, Apabila Malaikat Rahmat memasuki rumah seseorang, maka inilah yang disifatkan sebagai suatu rahmat, keuntungan dan kebaikan bagi penghuninya. Bagi penghuni yang beriman akan dikawal dan dijauhkan daripada gangguan syaitan, memperolehi ketenangan dan ketenteraman hati serta dipohonkan keampunan oleh para malaikat. Mereka juga dipelihara ketika tidur dan jaga, mereka didoakan oleh para malaikat dan doa mereka diaminkan bersama oleh malaikat ketika mereka sembahyang. Inilah di antara kebaikan atau faedah rumah yang dimasuki Malaikat Rahmat. Oleh itu setiap orang mukmin hendaklah sentiasa memelihara tiap-tiap perkara yang boleh mendekatkan dan memudahkan Malaikat Rahmat sentiasa memasuki rumah kita. Sebaliknya, apabila malaikat tidak masuk ke dalam rumah kita, maka ditakuti pula syaitan akan mengambil tempat memasukinya. Apabila syaitan berada pada suatu tempat disebabkan terdapat maksiat yang dilakukan, maka malaikat tidak akan masuk ke tempat tersebut kerana syaitan itu adalah musuh malaikat. Muslimin yang dirahmati Allah, Perlu diketahui, ada banyak kriteria rumah atau tempat kediaman yang tidak dimasuki oleh Malaikat Rahmat, di antaranya ialah : Pertama : Rumah orang yang memutuskan tali persaudaraan. Sesungguhnya menghubungkan silaturahim adalah wajib manakala memutuskannya pula adalah satu maksiat dan berdosa besar. Kedua : Rumah orang yang menderhaka kepada kedua ibu bapa. Kewajipan anak terhadap ibu bapa ialah berbuat baik, taat dan menghormati mereka. Adapun derhaka terhadap kedua ibu bapa itu adalah sebesar-besar dosa selepas syirik kepada Allah Subhanahu Wata'ala. Sesungguhnya keredaan Allah Subhanahu Wata'ala adalah terletak pada keredaan kedua ibu bapa terhadap anaknya dan kemurkaan Allah Subhanahu Wata'ala adalah terletak pada kebencian kedua ibu bapa terhadap anaknya.

Ketiga : Rumah orang yang memakan harta anak yatim. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda maksudnya : "Dari Abi Hurairah Radiallahuanhu, dari Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam Baginda bersabda : Sebaik-baik rumah orang Islam ialah rumah yang tinggal di dalamnya anak yatim yang diberi layanan yang baik terhadapnya. Dan seburuk-buruk rumah orang Islam ialah rumah yang tinggal di dalamnya anak yatim yang dianiaya". (Riwayat Al-Imam Ibnu Maajah) Keempat : Rumah yang mempunyai anjing. Islam adalah agama yang menitikberatkan soal kebersihan dan kesucian. Adanya anjing dalam rumah seorang Muslim memungkinkan terdapatnya najis pada sekeliling atau persekitaran rumah disebabkan jilatan dan kencing anjing ataupun seumpamanya. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda maksudnya : "Dari Abi Talhah katanya : Aku telah mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Tidak akan masuk malaikat ke dalam rumah yang terdapat di dalamnya anjing dan tidak pula masuk ke dalam rumah yang terdapat di dalamnya rupa patung-patungan". (Riwayat Al-Imam AlBukhari) Kelima : Rumah yang mengadakan suatu majlis yang tiada di dalamnya mengingati Allah. Adapun sesuatu majlis yang tidak diisi dengan zikirullah seperti bertasbih, bertahmid, bertakbir dan sebagainya dan tidak juga diisi dengan ucapan selawat dan salam ke atas Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam adalah disifatkan sebagai kelalaian, kerugian dan penyesalan disebabkan hilangnya kebajikan, tidak mendapat apa-apa ganjaran atau pahala, jauh daripada Malaikat Rahmat dan bertapaknya pula syaitan dalam majlis tersebut. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda maksudnya : "Dari Abi Hurairah Radiallahuanhu telah berkata : Telah bersabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam : Tidaklah suatu kaum duduk dalam satu majlis di mana mereka tidak berzikir kepada Allah Subhanahu Wata'ala melainkan ditimpakan ke atas mereka pengurangan pahala". (Riwayat Al-Imam Ahmad) Keenam : Rumah yang banyak kedengaran di dalamnya caci maki. Contohnya mencaci maki sesama Muslim, mencaci maki orang yang telah meninggal dunia, kejadian alam, penyakit dan sebagainya. Bagi setiap Muslim dan Muslimah mestilah sentiasa memelihara atau menjaga lidahnya daripada setiap kata atau ucapan melainkan yang jelas ada manfaatnya. Di antara rahsia di sebalik menjaga lidah itu ialah memudahkan Malaikat Rahmat mendekatkan diri kita dan datang berkunjung ke dalam rumah kita. Orang yang celupar lidahnya, suka memaki hamun, mencela dan mengutuk tidaklah disifatkan sebagai orang yang beriman sebagaimana hadis Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam maksudnya : "Dari Abdullah telah berkata : Telah bersabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam : Seorang yang beriman itu bukanlah orang yang suka mencela, suka mengutuk, suka berbuat jahat dan bukan pula yang kotor lidahnya". (Riwayat Al-Imam At-Termidzi) Ketujuh : Rumah orang-orang yang dilaknat. Di antara golongan yang dimaksudkan itu ialah orang yang terlibat dengan arak dan rasuah, orang yang merubah ciptaan Allah seperti membuat tatu pada tubuh badan, mencukur atau menipis alis mata, lelaki yang menyerupai perempuan dan perempuan yang menyerupai lelaki. Muslimin yang dirahmati Allah, Untuk menjadikan rumah kita sentiasa dikunjungi oleh Malaikat Rahmat hendaklah kita menjauhi perkara-perkara yang dilarang dalam agama kita. Biarlah segala yang makruf itu dijadikan sebagai prinsip dan syiar dalam kehidupan kita seharian. Sama-samalah kita berdoa mudah-mudahan Malaikat Rahmat akan sentiasa mengunjungi rumah kita dengan membawa berkat dan mendoakan kebaikan serta keselamatan terhadap diri dan keluarga kita. Amin Ya Rabbal'alamin. Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al Ahzab ayat 43 tafsirnya : "Dialah yang memberi rahmat kepada kamu dan malaikat-Nya pula berdoa bagi kamu untuk mengeluarkan kamu dari gelap-gelita (kufur dan maksiat) kepada cahaya yang terang-benderang

(iman dan taat). Dan adalah Ia sentiasa melimpah-limpah rahmat-Nya kepada orang-orang yang beriman di dunia dan di akhirat".