Anda di halaman 1dari 3

Bagaimanakah pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah dapat memupuk semangat cintakan warisan bangsa dalam kalangan rakyat

Malaysia?

Malaysia sememangnya kaya dengan bangunan bersejarah tinggalan dahulu kala tidak kira Inggeris, Portugis, Belanda, Jepun dan penduduk tempatan. Malangnya, banyak bangunan ini terbiar menunggu saat untuk runtuh atau sengaja dirobohkan. Hal ini disebabkan rakyat Malaysia tidak mempunyai sikap tanggungjawab dan keperihatinan. Hal ini boleh memberikan pelbagai impak negatif kepada negara. Persoalannya, apakah kesan pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah dapat menanamkan semangat cinta akan warisan bangsa dalam diri masyarakat?

Kita seharusnya berbangga sebagai rakyat Malaysia kerana kita boleh berbangga dengan sejarah negara. Hal ini demikian kerana, sejarah dapat membuatkan kita berasa bangga dengan negara Malaysia, kerana ia menjadi simbol warisan bangsa yang satusatunya wujud di mata dunia ini. Sebagai contohnya, pembinaan kota AFamosa yang telah didirikan oleh Portugis bagi menghadapi serangan musuh. Pembinaan kota ini menjadi iktibar kepada masyarakat supaya bersatu padu dalam mempertahankan kemerdekaan negara. Oleh itu, kita mestilah berbangga dengan sejarah negara supaya kita boleh menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju berlandaskan Wawasan 2020.

Selain itu, kita juga harus bersikap cinta akan bangsa dan negara untuk memelihara dan memulihara bangunan bersejarah. Sebagai contohnya, Dataran Merdeka menunujukkan kita masih memelihara dan memulihara bangunan bersejarah. Dataran Merdeka juga mengingatkan kita kepada beberapa tokoh kemerdekaan yang bersikap cinta akan bangsa dan negara. Oleh itu, perasaan cinta akan bangsa dan negara dapat ditanamkan dalam diri hasil dari pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah.

Bekerjasama dan tolong-menolong sesama sendiri juga akan hadir dalam diri kita . Hal ini penting supaya kemerdekaan kita dapat dikekalkan. Hubungan yang baik antara masyarakat dapat mewujudkan persefahaman dan semangat bermasyarakat yang kuat. Sebagai contohnya, negara kita masih dapat mengekalkan kemerdekaan walaupun sudah 52 tahun kita merdeka. Natijahnya, negara kita akan terus bersatu padu seperti kejadian yang berlaku di Hotel Stesen di mana berlakunya Perarakan Raksasa sewaktu menentang Malayan Union.

Di samping itu, sikap rajin dan gigih juga akan terbentuk dalam diri kita juga merupakan salah satu kesan pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah. Hal ini penting untuk. Sebagai contohnya, rakyat Malaysia masih rajin dan gigih dalam menjaga bangunan bersejarah. Bangunan Sultan Abdul Samad yang masih kukuh dan masih dipelihara ini menjadi bukti rakyat Malaysia rajin dan gigih dalam menjaga bangunan bersejarah. Oleh itu, sikap rajin dan gigih dapat ditanam dalam diri kita dengan pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah.

Kesimpulannya, pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah banyak memberikan kesan-kesan positif kepada individu mahupun negara. Pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah amat penting untuk menjaga warisan bangsa dan negara. Oleh itu, jelaslah melalui pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah, kita mendapat banyak pengetahuan malah mendatangkan perkara-perkara positif kepada masyarakat.

Anda mungkin juga menyukai