Anda di halaman 1dari 5

1.0 PANDUAN MELAKSANAKAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 1.

1 PERSEDIAAN Persediaan ialah segala usaha persiapan dan kelengkapan yang dibuat oleh pelatih untuk mencapai objektif pengajarannya sebelum menghadapi pelajar di dalam kelas. Bahagian ini mengandungi dua aspek penting iaitu Objektif dan Perancangan. 1.2 OBJEKTIF Objektif ialah matlamat yang dinyatakan oleh pelatih supaya pelajar dapat menunjukkan bukti bahawa mereka telah menguasai kemahiran, memiliki konsep atau memperolehi sikap yang diharapkan sebagai hasil daripada penyertaan mereka dalam pembelajaran yang dilaksanakan oleh guru. (a) Menyatakan objektif eksplisit dengan tepat. (b) Menulis objektif ekplisit dari perspektif perlakuan pelajar. (c) Memilih perlakuan yang boleh dilihat dan mudah disukat. (d) Memilih objektif yang mungkin boleh dicapai dalam satu waktu pengajaran. 2.0 PERANCANGAN Perancangan ialah segala usaha pemikiran, penyusunan dan tindakan yang akan diambil oleh guru untuk mencapai objektif pengajarannya. (a) Mengkaji dengan teliti sukatan pelajaran, buku teks dan lain-lain sumber rujukan yang berkenaan. (b) Mempertimbangkan kebolehan atau pencapaian kelas yang akan diajar. (c) Merancang untuk mendapatkan penyertaan pelajar secara maksimum. (d) Menyusun segala kemahiran atau konsep mengikut urutan yang sesuai. (e) Menggunakan segala kemudahan yang ada di dalam kelas. (f) Memilih dan menggunakan ABBM yang sesuai dengan objektif. (g) Menguji segala ABBM yang akan digunakan sebelum sesi pengajaran. (h) Menentukan kaedah untuk mengurus masa dengan berkesan. 3.0 PENYAMPAIAN Penyampaian meliputi segala langkah yang dilakukan oleh pelatih untuk mencapai objektif pengajaran. Antara aspek bimbingan ialah kemahiran guru penyertaan pelajar dan interaksi guru pelajar. 1

3.1.1 3.1.2 3.1.3 3.1.4 3.1.5 3.1.6 3.1.7 3.1.8 3.1.9

Memulakan pengajaran dengan secepat mungkin. Memulakan pengajaran dengan menggunakan set induksi yang menarik. Mengembangkan pengajaran dengan lancar. Bercakap dengan jelas, tidak terlalu cepat dan boleh diikuti oleh pelajar. Menggunakan ayat dengan betul dan sesuai dengan tahap pencapai kelas. Menggunakan ungkapan soalan yang mendorong pelajar berfikir. Menggunakan teknik soal-jawab yang dapat menghasilkan tindakan balas maksimum daripada pelajar. Mengemukakan soalan yang berkait rapat dengan objektif pengajaran. Membentuk konsep ansur maju misalnya dari yang mudah kepada yang susah.

3.1.10 Menyampaikan isi pelajaran dengan betul dan tepat. 3.1.11 Memahami dan membuat rujukan mengenai isi pelajaran yang belum dikuasai dengan baik. 3.1.12 Mencuba terlebih dahulu soalan, contoh atau kerja amali yang akan dibincangkan dalam kelas, makmal atau bengkel. 3.1.13 Melibatkan penyertaan pelajar secara aktif, di setiap peringkat pelajaran. 3.1.14 Menggunakan masa dengan baik dan tidak meleret-leret atau terlalu cepat. 3.1.15 Menggunakan ABBM dalam pengajaran dengan berkesan. 3.1.16 Mengelak gerak geri yang mengganggu pencapaian objektif seperti terlalu banyak berjalan, melambung kapur dan membebel. 3.1.17 Menggunakan teknik peneguhan yang berkesan. 3.1.18 Membina disiplin yang baik di kalangan pelajar. 3.1.19 Menggunakan kuasa guru secara bijak dan berkesan. 3.1.20 Menutup pengajaran mengikut prinsip penyimpulan. 4.0 PENILAIAN Penilaian ialah usaha untuk menentukan sama ada segala strategi yang digunakan dalam penyampaian telah berjaya mencapai objektif yang telah ditetapkan. 4.1.1 4.1.2 Dapat melakukan penilaian di setiap peringkat perkembangan pengajaran. Bersikap sensitif terhadap penilaian yang dilakukan, iaitu member perhatian dan mengambil tindakan yang wajar jika penilaiannya itu menunjukkan pelajar belum menguasai pelajaran. 4.1.3 Bersifat kreatif dalam usaha untuk memperbaiki pengajaran.

5.0 PANDUAN UNTUK MENILAI PELATIH PERSEDIAAN OBJEKTIF 1. Pernyataan / Penulisan : Objektifnya mestilah dinyatakan dengan jelas dan tepat mengikut tingkah laku pelajar yang diharapkan. Perlakuan itu seharusnya boleh dilihat dan diukur. 2. Kesesuaian : Tidak begitu sukar dan tidak begitu mudah dan dapat diterima oleh pelajar. Objektif boleh dicapai dalam waktu pengajaran yang diperuntukkan. PERANCANGAN 1. Isi Pelajaran : Kandungan pelajaran sepatutnya sesuai dengan objektif, kebolehan pelajar dan kaedah pengajaran. 2. Susunan : Setiap bahagian mestilah disusun mengikut ketertiban dan saling berhubung. 3. Alat Bantu Bahan Mengajar (ABBM) Pemilihannya bersesuaian dengan tajuk. Persediaan dan pengurusannya baik serta langkah-langkah keselematan diawasi. PENYAMPAIAN PELAKSANAAN 1. Pengenalan : Pelatih sepatutnya berusaha memastikan pelajar bersedia untuk mengikuti pelajaran dan seterusnya mengarah pemikiran mereka kepada pelajaran dengan menggunakan set induksi yang menarik dan sesuai. 3

2.

Persembahan dan Penggunaan ABBM:

Isi pelajaran perlu disampaikan dengan kaedah yang sesuai dan mudah dipelajari oleh pelajar. Pertuturan pelatih mestilah jelas, teratur, tidak terlalu cepat, menggunakan bahasa yang sesuai dan tulisan yang kemas. Pelatih seharusnya dapat mengawal masa dengan baik, tidak meleret-leret atau terlalu cepat apabila menyampaikan isi pelajaran. Pelatih juga mestilah boleh menggunakan segala ABBM dengan baik dan berkesan.

3.

Interaksi guru - pelajar :

Pelatih mesti memberi perhatian kepada tingkah laku pelajar dan berusaha mendorong dan memberi peluang kepada pelajar untuk mengambil bahagian dalam pelajaran secara aktif. Mengadakan hubungan baik guru-pelajar dan mengekalkan disiplin.

4.

Perkembangan dan Penilaian :

Pelajaran dikembangkan tertakluk pada pencapaian pelajar. Usaha menilai dilakukan di setiap peringkat dengan menggunakan teknik soal-jawab yang sesuai. Mendorong pelajar berfikir serta menghasilkan tindak balas maksimum daripada mereka.

5.

Pengurusan kelas / Makmal / bengkel

Pelatih sepatutnya menimbulkan suasana aktiviti yang sesuai untuk pengajaran-pembelajaran. Pelatih juga perlu memastikan peraturan kerja amali dipatuhi, kawalan pelajar semasa menjalani amali baik dan menyimpan peralatan selepas kerja amali.

6.

Penutup :

Merumuskan pengajaran bersesuaian dengan objektif. Berusaha mengukuhkan pelajaran dengan tugasan dan menghubungkannya dengan kerja akan datang.

KEPERIBADIAN DAN IKTISAS

1.

Keperibadian :

Pelatih perlu menunjukkan kematangan dan keyakinan diri. Berusaha untuk memperbaiki kelemahan yang ada.

2.

Iktisas :

Sebagai guru, ia sepatutnya menggunakan bahasa yang sopan, menunjukkan minat, semangat, kemahuan dan sikap positif terhadap etika perguruan.

Anda mungkin juga menyukai