Anda di halaman 1dari 3

Nasi goreng sardin sosej perisa tomyam

6 cawan nasi sejuk 1/2 biji bawang besar didadu 3 ulas bawang putih dicincang halus 1 tin kecil sardin di lenyek halus bersama kuahnya 6 batang sosej ayam dipotong menyerong 5 ulas cili padi dihiris kasar 2 sudu besar paste tomyam 8 batang kacang buncis dipotong segenggam mix veges garam secukupnya Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang putih, bawang besar dan cili api. Kacau sehingga wangi. Masukkan sardin. Biar sehingga masak. Masukkan paste tomyam. Gaul. Masukkan kacang buncis dan sosej. Tambah garam secukupnya. Kemudian masukkan nasi dan gaul rata. Sebelum dimatikan api, masukkan mix veges.

Cekodok Bangi

2 1/2 cawan tepung gandum 2 biji ubi kentang sederhana besar di parut halus 1 batang carrot sederhana besar diparut halus 1 tangkai daun sup dihiris halus 2 helai daun bawang dihiris halus 2 sudu penuh majerin (penuh maknanya bila kita kaut majerin tu satu sudu, tak payah diratakan) 2 biji telur 1 sudu kecil serbuk stok ayam garam secukup rasa segenggam ikan bilis (kalau genggam korang kecik sangat, lebihkan) * 1 bijji bawang besar yang sederhana saja besarnya * 1-2 biji cili merah * 1 cawan nasi sejuk*
Blender bahan yang bertanda * ditambah dengan sedikit air. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk dan gaul rata. Tambah air secukupnya,

tidak terlampau cair dan tidak terlampau pekat. Kacau terus dalam dua minit. Panaskan minyak dan sudukan batter ke dalam minyak yang panas di atas api perlahan sehingga kekuningan. Sedia untuk dimakan dicicah dengan sos cili atau ngap dengan cili api.

Cheese Bread Puding

Bahan: 10 keping roti sandwich (bundo guna gardenia) 1 1/2 - 2 cawan fresh milk 2 biji telur Roti dikoyak-koyak. Curahkan fresh milk dan masukkan telur. Gaul sebati dan ketepikan. 200 gm cream cheese 3/4 cawan gula 1/2 sudu kecil vanila 2/3 cawan whipping cream Pukul cream cheese hingga kembang. Masukkan gula dan vanila. Pukul hingga sebati. Masukkan whipping cream dan pukul hingga agak pekat. Kemudian masukkan bancuhan ini ke dalam roti. Gaul rata. Masukkan ke dalam loyang. Bundo gunakan loyang berukuran 30x10x4 cm. Ngam ngam muat satu adunan ni. Kalau tak ada, gunalah apa yang ada. Kemudian bakar dalam suhu 170deg c lebih kurang 40 minit.

Ayam sambal hiris

1/2 ekor ayam di potong kecil. Dilumur kunyit dan sedikit garam dan digoreng. 1 labu bawang dipotong bulat. 20 biji cili api dihiris. (boleh dikurangkan kalau tidak suka pedas) 5 ulas bawang merah * 2 ulas bawang putih * sedikit halia * 2 biji buah keras * sebiji tomato dibaji atau beberapa biji baby tomato sedikit daun bawang dan sadri dipotong pendek 1 biji limau nipis Tumbuk halus bahan bertanda *. Tumis bahan yang sudah ditumbuk. Bila naik wangi masukkan cili api. Goreng sehingga rasa bergaul. Masukkan ayam dan bubuh sedikit air sekiranya terlalu kering. Perahkan limau nipis dan rasakan garam. Masukkan bawang hiris. Apabila hampir masak masukkan tomato, daun bawang dan daun sadri.

Sardin masak kari


2 tin kecil sardin 2 atau 3 biji kentang dipotong ikut suka 4 sudu besar kari ikan 1 sudu besar cili kering giling bawang merah dan bawang putih untuk menumis beberapa helai daun kari rempah 4 sekawan santan dari 1/2 biji kelapa sebiji limau kasturi Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan penumis dan daun kari sehingga naik bau. Masukkan rempah kari dan cili. Kacau sampai masak. Kemudian masukkan pula santan. Apabila mendidih, masukkan kentang. Masak sehingga kentang hampir empuk, baru masukkan sardin berserta kuahnya sekali. Kemudian perahkan llimau. Sekiranya tidak cukup masamnya, boleh tambah sedikit lagi.

Anda mungkin juga menyukai