Anda di halaman 1dari 3

Alhamdulillah, saya merafakkan kesyukuran kerana dengan izin-Nya dapat saya menyiapkan tugasan ini daalm tempoh masa

yang ditetapkan. Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Hjh. Fadzillah binti Maarif kerana telah memberi peluang kepada saya untuk menjalankan penyelidikan mengenai tajuk kerja kursus ini. Tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa saya yang telah banyak membantu dari segi kewangan dan masa bagi membantu saya untuk menyiapkan tugasan ini. Dorongan dan galakan daripada mereka menaikkan lagi semangat saya untuk menyiapkan tugasan ini. Selain itu, ucapan terima kasih juga ditujukan kepada guru matapelajaran saya Cik Yusni binti Yusof kerana telah memberi sokongan dan tunjuk ajar yang jitu kepada saya. Tidak ketinggalan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepa rakanrakan yang telah banyak dari segi ilmu dan idea. Terima kasih atas segala komitmen dan kerjasama yang telah diberikan, segala pengalaman yang kita lalui semasa menjalankan tugasan ini akan ku jadikan sebagai kenangan manis dalam hidupku .

Berita

SUBANG JAYA, 7 Feb Amaran tegas diberikan kepada semua kontraktor agar menjalankan tugas mereka dengan baik dalam tempoh masa berbaki sehingga hujung bulan ini, kata Yang Dipertua Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Datuk Adnan Md Ikshan Menurut Adnan, tender terbuka bagi kerja-kerja mengangkat sampah dan juga membersihkan kawasan, kini dalam proses. Kami harap dapat melantik kontraktor untuk kerja-kerja itu menjelang Mac nanti. Proses sudah dibuat, cuma apa yang ingin diperkatakan adalah dari aspek lain implikasi daripada proses tender sebut harga, katanya. Namun apa yang dikesalkan menurut beliau, meskipun pihaknya belum menawarkan surat tawaran kepada kontraktor, namun ada segelintir yang sudah tidak mahu melaksanakan tugas seperti dijadualkan mungkin kerana sudah mendapat maklumat mereka tidak berpeluang menyambung kerja itu. Apa yang diperhatikan kontraktor ada masa sebulan untuk kerja dengan Alam Flora. Namun saya difahamkan, ada sesetengah kontraktor yang sudah menunjukkan kemalasan bekerja selepas merasakan mereka tidak dapat tender baru setelah tamat kontrak lama, katanya. Beliau menegaskan bahawa kontraktor harus melangsaikan tanggungjawab hingga akhir Februari ini. Berhubung permohonan tender itu saya hendak katakan yang minta bukannya sedikit. Jadi ia soal rezeki masing-masing. Kalau dapat alhamdulillah, kalau tidak dapat maknanya tiada rezeki. Bagaimanapun, sekiranya ada yang berjaya, tetapi pernah menimbulkan masalah kepada pihak kami, saya hendak cadangkan supaya mereka itu tidak dilantik, katanya pada satu sidang media yang diadakan di ibu pejabatnya di sini.

Internet i. ii. http://ocps.mpsj.gov.my http://en.wikipedia.org/wiki/Majlis_Perbandaran_Subang_Jaya

Akhbar i. ii. Star Metro, 5 Mei 2011, Halaman 8 Star Metro, 18 Mei 2011, Halaman 3