Anda di halaman 1dari 6

SEJARAH SEKOLAH

Pada tahun 1903 sebuah tempat meyimpat pukat terubuk kepunyaan En. Omar bin Haji Megat di Kampung Hujung Tanjung atau Kampung Tengah telah diasaskan oleh sebuah sekolah yang diberi nama Sekolah Melayu Kuala Perlis. Kesedaran terhadap pentingnya ilmu pengetahuan telah mempengaruhi pemikiran rakyat. Sembilan tahun selepas itu, iaitu pada tahun 1912, kerajaan Negeri Perlis telah mengambil inisiatif dengan mendirikan sebuah sekolah bertempat di Kampung Hujung Tanjung. Memandangkan sambutan dan keberkesanan ilmu pendidikan pada tahun 1926 sebuah lagi bangunan sekolah didirikan di Kampung Tandiap. Empat belas tahun selepas itu, iaitu pada tahun 1940 dua buah bangunan yang berukuran 80` X 25` dan padang permainan telah didirikan di Kampung Tengah. Pada tahun 1958 sebuah kawasan yang menempatkan bangunan sekolah yang lengkap didirikan di Kepala Batas yang diberi nama `National School` yang mana menempatkan sekolah sekarang. Pada tahun 1962, sebuah sebuah bangunan 4 bilik darjah dan kantin didirikan. Manakala sekolah Seberang Ramai dan Kepala Batas dicantumkan. Bangunan dua tingkat didirikan pada tahun 1970 dan digunakan secara rasmi setahun selepas itu. Kepesatan pembangunan dan pendidikan memaksa sebuah bangunan tiga tingakat didirikan pada tahun 1974 dan proses pembinaan telah mengambil masa selama dua tahun. Pada 01 Disember 1991 sebuah lagi bangunan empat tingkat rasmi digunakan setelah pembinaan yang mengambil masa hanya dua tahun. Pada tahun 1996 Kementerian Pendidikan Malaysia telah meluluskan pembinaan Asrama Desa yang menempatkan seratus orang penghuni dan siap untuk didiami pada Julai 1997.

vIsi
Menjadi sekolah cemerlang dalam kurikulum, kokurikulum dan sahsiah berteraskan Falsafah Pendidikan Negara kea rah matlamat wawasan 2020

mIsi

Menyediakan prasarana yang kondusif untuk memperkembang potensi murid dengan mengoptimumkan segala sumber yang ada serta sokongan tenaga pengajar yang komited dan efisien. Memupuk dan menyemai suasana harmonis, ceria dan semangat kerjasama yang jitu di kalangan warga sekolah dan masyarakat setempat.

FALSAFAH PENDIDKAN NEGARA

PENDIDKAN DI MALAYSIA ADALAH SATU USAHA BERTERUSAN KE ARAH MEMPERKEMBANGKAN LAGI POTENSI INDIVIDU SECARA MENYELURUH DAN BERSEPADU UNTUK MEWUJUDKAN INSAN YANG SEIMBANG DAN HARMONIS DARI SEGI INTELEK, EMOSI DAN JASMANI BERDASARKAN KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN. USAHA INI ADALAH BAGI MELAHIRKAN RAKYAT MALAYSIAYANG BERILMU PENGETAHUAN , BERKETERAMPILAN, BERAKHLAK MULIA, BERTANGGUNGJAWAB DAN BERKEUPAYAAN MENCAPAI KESEJAHTERAAN DIRI SERTA MEMBERI SUMBANGAN TERHADAP KEHARMONIAN DAN KEMAKMURAN MASYARAKAT DAN NEGARA

LAGU SEKOLAH
Sekolah yang sangat ku cinta Tesergam indah ceria Sekolah Kebangsaan Kuala Perlis Kebanggaan semua Berilmu, beriman, beramal Prinsip yang kami amal Jemu dan kalah kami tak pernah kenal Semangat kami kental Guru-guru kami semua Budi jasamu itu sungguh mulia Ajaranmu amat berguna Hingga ke akhir hayat tak ku lupa Sekolah yang sangat terpuji Untukmu ku berjanji Maju dan gemilang selama-lamanya Namamu kan ku puja

visi
Menjadikan sekolah cemerlang dalam semua aspek pendiddikan menjelang 2010

misi
Untuk merealisasikan visi, kami warga Sekolah Kebangsaan Kuala Perlis akan berusaha untuk

Mendidik bagi melahirkan murid-murid yang beriman, berilmu dan berakhlak mulia serta mempunyai jati diri. Melahirkan murid yang menguasai 3M. Mewujudkan pasukan staf yang komited, berdisiplin dan amanah. Menyediakan prasarana yang lengkap bagi mewujudkan suasana yang kondusif, harmoni, selamat dan ceria.

~ ~ ~