Anda di halaman 1dari 9

50 Tahun Merdeka

Hari ini.. Merdeka, merdeka, merdeka.. Dilaungkan sekuat hati dengan senyuman, keriangan, kepuasan Tanpa tangisan

50 tahun dahulu.. Merdeka, merdeka, merdeka, merdeka.. Dilaungkan dengan penuh rasa bangga Tatkala ayat keramat kedengaran Air mata rakyat kegembiraan mengalir, menitis ke tanah seperti memberi sinar dan harapan kepada bangsa, agama dan Negara

Kini 50 tahun berlalu.. Segala harapan dan impian 50 tahun dulu telah dicapai Ku bangga melihat semua kejayaan ini Tapi disebalik kejayaan masih ada kegagalan Adakah anak muda sekarang cukup mengerti sengsara mencapai kemerdekaan? Keperitan? Mereka tak mengerti, mereka lupa..

Kini.. Anak-anak muda ketawa meraikan kemerdekaan Mereka hanya lihat merdeka ilusi semata buku, gambar, video dan sedikit cerita orang tua Apa yang mereka rasa? Adakah jiwa mereka merasai kesusahan, keperitan, kesengsaraan 50 tahun dahulu?

50 tahun.. Masih tidak cukup untuk mengajar erti kemerdekaan di jiwa insan generasi baru Apa akan jadi kepada kemerdakaan kita Adakah ia akan berkekalan selamanya? Sedarlah kawan-kawanku Carila erti kemerdekaan.. Renungkanlah kesusahan, keperitan, kesengsaraan rakyat 50 tahun dulu Jika kamu mahu 5000 tahun merdeka tetap merdeka..

Bersatulah Melayu

Kalau nampak ada retak Kerana retak hujungnya belah Bimbang belah membawa pecah Melayu itu tak mampu berpecah

Bersatulah Melayu Melayu itu cermin Dalam jernihnya kita menilik Kita menilik mencari wajah Wajah Melayu wajah kita

Bersatulah Melayu Melayu itu lampu Terangi jalan luas terbentang Siapa cuba kaburkan suluh Kelak hilang arah dan tuju

Bersatulah Melayu Melayu itu payung Payung jangan carik Carik payung Manakan lagi tempat berlindung

Bersatulah Melayu Melayu itu pohon Akarnya mencengkam bumi Bumi ini pautan kasih Kasih Melayu segala kasih

Bersatulah Melayu Cari dan rangkalah jalan damai Damai membuka pintu pertemuan Pertemuan kelak merintis padu Berpadulah Melayu, berpadu semua.

Lim Swee Tin

Merdeka, Tanah Airku

I Merdeka tanah airku Bukan belas kasihan Penjajah yang rakus dan tamak haloba Kemerdekaan ini atas nama perjuangan sebenar-benarnya Para wira, serikandi dan negarawan nusa bangsa yang berani tabah gagah perkasa merealisasikan wawasan merdeka di petak-petak percaturan kuasa penjajah Keringat peluh nenek moyang berdekad-dekad menegakkan panji-panji kebebasan Perit jerih rakyat marhaen aneka ras membangunkan mahligai demokrasi keharmonian dan kemajuan Di petak-petak sawah Di ladang-ladang getah Di lombong-lombong timah Di serata ceruk rantau kota dan desa

II Merdeka, tanah airku Bukan percuma sebenar-benarnya Kemerdekaan ini perlu dibayar dengan air mata kemiskinan Kemerdekaan ini perlu ditebus dengan darah merah perjuangan dan penderitaan Kemerdekaan ini perlu diurusniagakan dengan hasil mahsul iltizam dan amanah ketanggungjawaban

III Merdeka, tanah airku Bererti: Kita bebas daripada minda budaya penjajah Kita bebas daripada politik pecah dan perintah penjajah Merdeka, tanah airku Bererti: Kita bangsa yang utuh merdeka Kita bangsa yang kukuh setia ceria Mendaulatkan bahasa nusa Menjunjung lunas-lunas Rukun Negara Memartabatkan maruah nusa bangsa di persada antarabangsa Merdeka, tanah airku Sebenar-benarnya merdeka kita daripada belenggu saki baki sisa-sisa penjajah!

Chai Loon Guan (Mingguan Malaysia - 5 September 1999)

Sumpah Anak Merdeka

Aku anak merdeka Bangkit dari persada luka Berdiri megah di pentas wira Inginku tebus maruah bangsa

Aku anak merdeka Terjaga dari ranjang kecewa Berpaksi gagah di panggung perkasa Ingin ku bela nasib bangsa

Aku anak merdeka Harapan nusa dan bangsa Akan kutentang petualang negara Yang tegar membuat angkara

Aku anak merdeka Di hati semangat waja Di dada penuh satria Ini Tuah akan membela Untuk kubalut luka lama

Pada Tanah Merdeka Ini

Kami kenal tanah ini selutnya pernah berbaur hanyar darah yang tumpah daripada liang derita para pejuang lumpurnya pernah tersimbah daripada batang tumbuh para pahlawan relung tanah ini pernah bergegar dek jerit pekik pejuang kemerdekaan yang mencari benih kebebasan dadanya pernah mengambus kujuran kaku anak nusa yang bangkit membina benteng bersama keris dan tombahk bersahaja menyambung nyawa demi tanah ini tidak diragut ganas.

Pada tanah merdeka ini telah tumbuh rimba kemajuan dan manusia kian lupa asal diri lalu api nasionalisme yang lantang bertiup sejak berdekad lalu kini terpaksa menunggu sepi mentari Ogos untuk bernyala kembali yang membelah relung tanah ini dahulu kini kian lenyap ditawan arus duniawi erti kemerdekaan kian kabur dalam mata fikir anak-anak kini.

Namun kami tetap bersyukur kerana dengan korban suci

Untuk Bangsa Merdeka

Untuk sebuah bangsa merdeka jauhlah daripada rendah diri dan hipokrasi mimpi malam kolonialisme yang ngeri keluh-kesah hak asasi menghilang identiti diri.

Untuk sebuah bangsa merdeka luas dalam horizon perjuangan tiada lupa akar bangsa serta sejarah yang mengalurkan nama megahnya tiada lupa tentang jerit bahasa.

Untuk sebuah bangsa merdeka teruslah bergelut dengan dilema yang mengganggu citra unggul semakin kuat ditekan makin kemas berpegang kepada ikatan bukan nama simbol keris merdeka tapi semangatnya menjadi tajam hingga akhirnya.

Seperti sebuah jarak padang terbuka tetap berani dengan kewujudan dirinya seorang yang memahami tangis bangsa monolog pada dirinya sendiri bersyukur kepada hari-hari lalunya.

Negaraku Terbilang

Tatkala aku menggagahi diri membelah kotaraya, Aku mendongak melihat tiang-tiang seri mencecah awan, Rasa bangga bangsa menyala-nyala di dada, jauh sudah rupanya negaraku mengembara.

Fikiran menggugah zaman remajaku, Zaman tiada gerbang, tiada simbol pencakar langit, Yang ada hanya siulan burung di bendang, Tapi disana kaya kemanusiaan, Kaya keampunan dan kasih sayang, Kaya tangan menghulur bantuan, Di tengah ribuan wira tak didendang.

Di luar sempadan ada cabaran, Dunia semakin deras bergelora, Tidak terperangkap kite dengan kata-kata, Yang cepat mendapat habuan luar biasa, Yang lambat mendapat sisa-sisa, Kita memilih sederhana daripada yang mutlak, Pelbagai daripada yang menyendiri, Percaya daripada mencurigai, Bersama daripada menguasai, Ke hadapan dengan acuan kita sendiri, Yang diwarisi tidak berkurang, Yang dijaga tidak susut.

Di sini di bumi ini, Kita sulam pencakar langit dengan jernih susu kemanusiaan, Anyamkan cita-cita Alfred Nobel dengan puisi Jalaludin Rumi Bajai kembang kemboja keamanan pada kubur rakusnya perang, Tiupkan serunai budaya cinta merentas sempadan, Sambil memacak panji-panji di puncak khairuummah Cemerlang, gemilang dan terbilang.

Oleh:- DATUK SERI ABDULLAH AHMAD BADAWI (Sajak ini dideklamasikan pada Pesta Puisi Patriotik Ke-5, 29 Ogos 2004 Sunken Garden, Putrajaya.)

Tanah Jantung

Ini negeri kita Negeri kasih Kasih kita pada yang tak berbelah Kasih kita dalam rangkul genggaman sejarah

Kita genggam sejarah Sejarah moyang di usap bahagia dan gundah Gundah beradap akhirnya terlerai Telah kita redahi pahit getir di lembah dan ngarai

Pengalaman menjadikan kita lebih dewasa Jatuh dan bangun anak ank bangsa Kenal makna fahami erti slogan warga Kita menjadi wrga berani, percaya diri, dan perkasa

Ini ibu pertiwi kita negeri tercinta Cinta kita yang setia terukir Berdenyut di nadi bersama merah darah mengalir

Alirnya memercikkan cita Cita kita memercukan jaya Jaya ini kelak menjulangkan maruah Maruah tinggi di tanah merdeka yang indah

Selamatlah kau tanah jantungku yang indah Dari utara ke selatan, timur dna ke barat jua Petamu keplaj sudah Udaramu camilha akhirnya Melindung memayungi Bumi kekasih ini

Ini negeri kita Diukir ikrar dan kata Dikibar jalur gemilang merata Senandung dan nyanyi bernafas setia

Dideklamasikan oleh arwah Datin Seri Endon Mahmood

Negeri Bertuah Ini

Negeri bertuah ini Tanah air tercinta Di sini kita dilahirkan Di sini kita dibesarkan Di sini taat setia dicurahkan.

Negeri bertuah ini Warisan nenek moyang Kaya dengan budaya Kaya dengan adat dan suku Air setitik menjadi tasik Tanah sekepal menjadi gunung Rakyat dididik hidup muafakat Bijak dijadikan panglima Alim dijadikan imam.

Negeri bertuah ini Pernah terjajah dan dijajah Demi maruah bangsa dan tanah air tercinta Rakyat bangun menentang Darah tumpah merata.

Negeri bertuah ini Sudah merdeka Yang gagah tidak lagi mengunus senjata Yang berani tidak lagi bermaharajalela Rakyat bangun berjuang Melawan kemiskinan Membasmi kejahilan.

Negeri bertuah ini Rakyat belajar berdikari Hutan diteroka menjadi ladang Desa dibangunkan Bandar dimodenkan Rakyat bersama mengecap pembangunan