TEORI EVOLUSI
Teori evolusi dalam Sains Moden digambarkan sebagai teori yang menyatakan bahawa manusia berasal daripada binatang ,khususnya dari binatang yang berupa mawas manusia.Darwin dalam bukunya bertajuk "The Origin Of species"(Asal-Usul Jenis-Jenis Haiwan ).Beliau mengutarakan satu saranan bahawa semua makhluk yang hidup telah wujud hasil daripada proses evolusi daripada satu atau beberapa nenek moyang.Teori beliau menumpukan perhatian kepada bagaimana bentuk haiwan yang simpel berevolusi untuk menjadi bentuk yang kompleks.Beliau merumuskan pengalaman-pengalamannya bahawa semua jenis binatang berasal dari
ameba,sejenis haiwan yang mempunyai satu sel.Bermakna beliau percaya bahawapada mulanya Pencipta mencipta satu atau beberapa bentuk organisma yang simpel.Dengan proses pertarungan tabii,organisma yang kompleks telah dihasilkan ,yang penting disini ialah Darwin percaya bahawa organisma-organisma atau spesis-spesis yang kompleks berhasil dari nenek moyang yang sama iaitu spesis yang simpel. Darwin sendiri sedar bahawa rekod-rekod fosil tidak menyokong lamunannya tetapi menyimpan harapan bahawa penyelidikkan seterusnya akan mengisi kekosongan tersebut.
Bukti-Bukti Utama ialah : a. Di antara individu-individu kebanyakkan spesis,terdapat berbagai variasi dan perubahan .Variasi ini sangat jelas di kalangan haiwan ternak dan tumbuhan pertanian. b. Dalam perjuangan hidup ,organisma (haiwan atau tumbuhan) yang akan terus hidup ialah yang paling mampu untuk mempertahankan diri atau menyesuaikan diri dengan keadaan iklim dan suasana sekitarnya.Organisma-organisma yang terbaik itu akan memindahkan baka-bakanya kepada keturunannya secara proses seleksi tabii. c. Mutasi dan pemencilan memain peranan yang penting untuk mewujudkan sesuatu spesis yang baru. d. Rekod-rekod fosil dari zaman purba yang dijumpai di lapisan geologi telah memberi bukti bahawa evolusi telah berlaku.
BUKTI-BUKTI SAMPINGAN
a) Persamaan yang dapat dilihat dari peringkat peringkat "embrio" ke peringkat "fetus" antara organisma organisma yang jelas berbeza pada peringkat dewasa. b) Kebolehan untuk menjenis organisma-organisma dalam kelas-kelas tertentu menurut ke turunan dan peringkat-peringkat kesempurnaan.
c. Adanya anggota-anggota (organ) yang dianggap sebagai tidak berkembang .Anggota tersebut telah disangka sebagai turunan anggota yang berperingkat lebih rendah di mana anggota itu didapati dalam keadaan yang sempurna dan sangat berguna.
variasi-variasi tumbuhan pertanian dan haiwan ternakan adalah akibat mutasi,tetapi bentuk seperti itu selalunya dihapuskan oleh seleksi tabii.Ini adalah oleh kerana mutasi pada lazimnya tidak dapat menyesuaikan diri kepada keadaan sekitarnya.Ianya tidak membawa perubahan yang beransur iaitu sedikit demi sedikit bagi sesuatu anggota tetapi berhenti dan terbatas sebagaimana sifat itu dilihat pada mulanya.Ini adalah bertentangan dengan kepercayaan Darwin bahawa evolusi itu adalah sutu proses yang beransur membawa perubahan kepada sesuatu sifat yang berguna sedikit demi sedikit dalam jangka masa yang panjang hingga terjelma spesis yang baru. Sungguhpun demikian pada akhir-akhir ini para ahli sains telah berjaya membuktikan bahawa ada beberapa mutasi yang berguna dan yang tidak berubah secara mendadak boleh berlaku khasnya diperingkat mikro organisma.Contohnya,kultur bakteria colon (Escherichia Coli) yang diserang oleh bakteria fages didapati beberapa strain rintangan bakteria itu,akibatnya mutasi yang boleh mempertahankan diri dari pembinasaan oleh bakteriofages.Strain rintangan itu terjelma secara mutasi dengan kadar satu dalam 50 juta generasi-generasi sel,tidak kira samada diserang oleh bakteriofages atau tidak.Oleh kerana itu paraahli sains menyarankan bahawa mutasi yang brguna kepada seleksi tabii untuk perkembangan evolusi,ialah mutasi yang tidak menunjukkan perubahan mendadak .
REKOD-REKOD FOSIL
Untuk membuktikan bahawa proses evolusi telah berlaku kenyataan dari sejarah adalah diperlukan dan ianya hanya boleh diperolehi dari fosilfosil.Rekod-rekodfosil tidak menunjukkan siri-siri fosil yang berturutan dimana terdapat perubahan yang beransurdari bentuk yang mudah ke bentuk yang kompleks.Challinor seorang ahli geologi yang terkenal dalan bukunya "Darwins Biological Work" (1959) mengakui bahawa rekod-rekod fosil hanya menyokong sebahagian evolusi tetapi rekod tersebut juga menyokong ciptaan secara bersendirian dan bebas.Seterusnay beliau menyatakan bahawa bukti yang jelas belum ada untuk menunjukkan evolusi telah berlaku. Untuk mempertahankan teori-teorinya ,beliau telah mengemukakan satu jenis haiwan dari fosil bernama Archeopteryx,walaubagaimanapun setelah diselidiki ,para ahli sains berpendapat bahawa haiwan itu tidak berupa rantai perhubungan antara reptilia dan burung tetapi tetap termasuk dalam jenis burung.Nenek moyang dan keturunannya tidak diketahui Ada pula yang menyarankan bahawa rantai perhubungan antara amfibia dan reptilia ialah Seymouria.
,embrio manusia hampir serupa dengan embrio haiwan seperti ikan atau monyet.Umpamanya pada peringkat itu manusia mempunyai ekor yang kecil dan tertentu ,oleh itu Huxley dan rakan-rakannya berpendapat bahawa manusia pada suatu masa yang lampau telah melalui peringkat berekor dalam evolusinya.Tetapi ini adalah suatu sangkaan sahaja dan tidak sama sekali memberi bukti bahawa evolusi telah berlaku.
a. Anggota-anggota tersebut diturunkan Anggota tersebut memainkan peranan penting dalam proses membesar. b. Kita tidak ada bukti bahawa dari nenek moyangnya di mana anggotaanggota itu berkembang dengan sempurna c) Jika anggota itu wujud sekarang ini tidak bermaksud bahawa anggota itu telah wujud pada masa yang lampau kerana musabab yang sedang berlaku boleh menghasilkan anggota itu. Antara misalan-misalan lain untuk menyokong teori evolusi yang diutarakan oleh pengikutnya ialah anggota-anggota yang dikatakan tidak berkembang serta mempunyai fungsi yang sama seperti kelenjar susu(mammary gland) dan usus buntu (appendix) manusia.
KESIMPULAN
Keseluruhannya melalui teori evolusi, Darwin membuat kesimpulan bahawa dia tidak pernah mengenal teori mutasi yang memungkinkan adanya perubahan mengejut pada keturunan. Beliau hanya percaya hanya alam sekitar sahaja yang boleh menimbulkan modifikasi yang disampaikan oleh plasma darah. Dari sifat analogi haiwan dan tumbuhan Darwin juga yakin bahawa organisma hidup itu berasal dari satu moyang .Ini telah diperkuatkan oleh penemuan beliau sendiri bahawa haiwan berasal dari proses yang serupa dan mempunyai keserupaan bentuk.