dalam pembinaan Candi dan Kuil. Contohnya seperti Angkor Wat, Candi Borobudur. Masyarakat Asia Tenggara menggunakan bahasa Sanskrit sehinggalah kedatangan agama Islam. Buktinya melalui penemuan prasastiprasasti Talang Tuwo/Kedukan Bukit yang menggunakan bahasa Sanskrit. Terdapat penggunaan bahasa Sanskrit seperti syurga, neraka, sembahyang dan sebagainya. Kemasukan epik terkenal seperti Ramayana dan Mahabrata. Ia dikenali dengan nama yang berbeza di Thailand (Ramakien), Tanah Melayu (Hikayat Seri Rama), manakala karya Mahabrata juga dikenali dengan pelbagai nama seperti Hikayat Pendawa Lima, Hikayat Pendawa, Hikayat Panca Delima dan Hikayat Sang Boma dan karya sejarah agung iaitu Negarakertagama. Pemerintahan dan Kerajaan dalam Tamadun India telah membawa kemunculan kerajaan di Asia Tenggara seperti Funan, Chenla, Angkor, Sukhotai/Ayuthia, Langkasuka, Tambaralinga, Folo-an, Kedah Tua/Gangga Negara, Mataram, Singgasari, Majapahit dan Srivijaya. Kesimpulan, tamadun India merupakan tamadun yang agak unik jika dibandingkan dengan tamadun asia yang lain. Hal ini demikian kerana didapati pengaruhnya adalah menyeluruh dari aspek politik, dan sosial. Walau bagaimanapun, di Tanah Melayu/Malaysia secara amnya pengaruh agama Hindu tidak kekal, begitu juga dengan pengaruh budaya India semakin dipinggirkan